Anda di halaman 1dari 10

PERMAINAN IGE UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK

DALAM LINGKUNGAN 10 MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH


PEMELAJARAN

MUHAMMAD SYABIL BIN SAAD


PISMP AMBILAN JUN 2017
msyabil35@gmail.com
PUAN SUZITA BINTI A.BAKI
suzita@ipgkik.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam
lingkungan 10 bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dengan menggunakan
Permainan IGE. Pengkaji mendapati kurangnya perlaksanaan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang melibatkan kaedah permainan digital. Oleh yang demikian
kajian ini berfokuskan kepada Permainan IGE untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak
dalam lingkungan 10. Permainan IGE ini telah dilakukan oleh subjek kajian selama dua
minggu. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pos, pemerhatian berstruktur melalui
senarai semak, dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga
subjek kajian menunjukkan peningkatan skor pada ujian pos berbanding ujian pra setelah
menjalani intervensi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Permainan IGE sangat
berkesan meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran.

ABSTRACT

This research was implemented to improve the basic subtraction in the range of 10 for
Special Education students with Learning Disabilities by using the IGE Game. Three students
with learning difficulties were involved in this research. The researcher found a lack of
implementation of teaching and facilitation (PdPc) involving digital game methods. Therefore
this study focuses on the IGE Game to improve the basic subtraction in the range of 10. This
IGE Game intervention was performed by the study subjects for two weeks. Data were
collected through pre tests, post tests, structured observations through checklists, and
document analysis. The results of data analysis found that all three research subjects showed
an increase in scores on the post test compared to the pre test after undergoing the
intervention. The results of the study showed that the IGE Game was very effective in
improving the basic subtraction in the range of 10 among Special Education students with
Learning Disabilities
1.0 PENGENALAN
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk
kanak-kanak masalah pembelajaran ini. Konsep pranombor, nombor awal,
operasi nombor, pengukuran, masa dan ruang merupakan komponen penting
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik awal di peringkat ini (Azlina
Abdul Wahap, 2013). Menurut Menurut chua Tee Tee & Koh Boh Boon (2011)
murid berkeperluan khas ini berbeza daripada murid biasa dari segi mental
(kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan
komunikasi interpersonal), dan emosi (keupayaan menangani perasaan).
Namun, berdasarkan pengalaman sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc), timbul permasalahan dalam kalangan murid masalah pembelajaran
apabila mereka tidak dapat menyelesaikan lembaran kerja yang melibatkan
operasi tolak. Hal ini lantas menatijahkan kepada penguasaan kemahiran
operasi tolak yang lemah dalam kalangan murid kerana kekeliruan dari segi
memahami konsep kemahiran operasi tolak.

Oleh sebab itu, pengkaji memperkenalkan Permainan IGE untuk


membantu murid masalah pembelajaran meningkatkan kemahiran operasi
tolak. Permainan IGE ini menerapkan teori Piaget yang di petik dari Rohani
Bt. Abdullah (2015) menerangkan kanak-kanak dalam peringkat operasi
konkrit ini dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan
atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka pada
peringkat operasi konkrit. Jadi pengkaji telah menggunakan bahan bantu
mengajar konkrit seperti “Permainan IGE” ciptaan sendiri untuk mengajar
operasi tolak dalam lingkungan sepuluh. Hal ini kerana Permainan IGE ini
mempunyai pelbagai simbol-simbol yang dapat menarik perhatian peserta
kajian dan menghubungkaitkan dengan kehidupan seharian peserta kajian.

Kajian ini juga dijalankan dalam dua kitaran sahaja berdasarkan model
Lewin (1946) menjelaskan bahawa proses kajian tindakan adalah proses
yang berlaku dalam kitaran dan kitaran itu mengandungi langkah-langkah
perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi berkenaan keputusan
sesuatu tindakan itu. Penggunaan Permainan IGE yang bertindak sebagai
intervensi kepada murid masalah pembelajaran diharap berupaya untuk
meningkatkan kemahiran operasi tolak sekali gus meningkatkan rasa minat
murid dalam mata pelajaran Matematik.

1.1 Dapatan Awal


Dalam kajian ini melaksanakan tiga instrumen untuk mendapatkan
dapatan awal iaitu ujian diagnostik, pemerhatian melalui senarai semak dan
temu bual. Hasil data dan maklumat yang diperoleh daripada ujian diagnostik
dianalisis oleh pengkaji untuk mengetahui berapa ramai murid yang perlu
dibantu melalui kaedah kajian tindakan ini iaitu penggunaan Permainan IGE
untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Selain itu,
berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan semasa pdpc dilaksanakan,
pengkaji mengenalpasti bahawa beberapa orang murid yang tidak aktif dalam
melibatkan diri di dalam kelas semasa subjek Matematik.

Akhir sekali, hasil daripada temu bual bersama guru kelas peserta kajian,
pengkaji mendapati peserta kajian mengalami masalah dalam subjek
Matematik. Selain itu peserta kajian juga berlatar belakang keluarga yang
kurang stabil dalam sosio ekonominya. Oleh itu, secara kesimpulannya
ketiga-tiga instrument ini membuat pengkaji mengambil keputusan untuk
melaksanakan intervensi Permainan IGE terhadap tiga orang peserta kajian.

2.0 FOKUS KAJIAN


Pengkaji memperkenalkan penggunaan Permainan IGE yang
berupaya untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
sepuluh kerana menurut Ausuble, dalam Noriati (2013), penyampaian
pengajaran guru dibuat secara terancang bermula dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat-peringkat. Oleh itu, murid-murid perlu memahami daripada asas
kemahiran sesuatu operasi matematik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk
meningkatkan kemahiran operasi tolak asas iaitu operasi tolak dalam
lingkungan sepuluh. Dalam pembelajaran Matematik, kemahiran operasi tolak
antara komponen penting yang perlu dikuasai pada peringkat awal. Jika murid
tidak dapat menguasai kemahiran operasi tolak pastinya sukar bagi murid
untuk meneruskan dengan kemahiran matematik yang lain. Peserta kajian
juga menunjukkan kesukaran dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan
kemahiran operasi tolak kerana tidak memahami konsep asas kemahiran
operasi tolak.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk membantu peserta kajian dalam
memahami konsep operasi tolak dalam lingkungan sepuluh
menggunakan “Permainan IGE” dan menambah baik amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan pengkaji dalam bilik darjah.

3.2 Objektif Khusus


Kajian ini memastikan peserta kajian dapat:

1. Meningkatkan penguasaan konsep tolak dalam kalangan


murid-murid masalah pembelajaran dengan penggunaa
Permainan IGE.
2. Meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
sepuluh dengan menggunakan Permainan IGE.
3. Meningkatkan minat murid untuk mengikuti aktiviti semasa
PdPc dengan menggunakan Permainan IGE.

3.3 Persoalan Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
berikut.

• Adakah penggunaan “Permainan IGE” dapat


meningkatkan penguasaan konsep operasi tolak?
• Adakah penggunaa Permainan IGE boleh
meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
operasi tolak dalam lingkungan 10?
• Adakah penggunaan bahan bantu mengajar
“Permainan IGE” dapat menarik minat murid-murid
mengikuti aktiviti pdpc?
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga murid masalah pembelajaran di
salah sebuah sekolah kebangsaan yang melaksanakan Program Pendidikan
Khas Integrasi. Murid dipilih sebagai peserta kajian bagi melihat kesan
sebelum dan selepas penggunaan Permainan IGE dalam mata pelajaran
Matematik.

Kajian ini melibatkan peserta kajian tiga orang murid (dua orang murid
lelaki dan seorang murid perempuan) Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran di sekolah tempat pengkaji menjalankan praktikum fasa 2.
Peserta kajian yang dipilih ialah Subjek A yang berumur 11 tahun dan Subjek
B yang berumur 10 tahun serta subjek C yang berumur 10 tahun. Subjek A
ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu yang mengalami Autism. Selain
itu Subjek B merupakan seorang murid lelaki berbangsa India yang
mempunyai hyperaktif. Seterusnya subjek C merupakan seorang murid
perempuan berbangsa Melayu yang mengalami Autism.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 Perlaksanaan Tindakan
Rajah 1: Perlaksanaan Tindakan Kajian

Permainan IGE Lembaran


Ujian Pra Ujian Pos
(Sesi Intervensi Kerja
dan Latih tubi)

Pengkaji telah melaksanakan intervensi kepada kumpulan sasaran


pada kitaran yang pertama tetapi kumpulan sasaran tersebut tidak mencapai
objektif kajian pengkaji seperti yang diharapkan. Maka, pengkaji telah
melaksanakan kitaran kedua dengan mengubahsuai bahan intervensi supaya
objektif kajian tercapai. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan intervensi
pada sesi pengajaran dan pemudahcaraan subjek Matematik untuk tempoh
masa selama 60 minit. Set induksi selama 5 minit akan dijalankan untuk
memperkenalkan konsep operasi tolak dengan menggunakan Permainan
IGE. Permainan IGE ini mempunyai tiga bahagian yang berlainan iaitu
penerangan, contoh dan latih tubi. Di setiap bahagian tersebut memainkan
peranan penting untuk mengukuhkan kefahaman peserta kajian terhadap
konsep operasi tolak.

5.2 Kaedah Mengumpul Data Dan Menganalisis Data


Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data dan
menganalisis data sepanjang kajian dijalankan iaitu kaedah ujian (ujian pra
dan ujian pos), pemerhatian berstruktur serta analisis dokumen bagi
mendapatkan data yang terperinci dan menyeluruh. Pertama pengkaji
menganalisis data yang dikumpul semasa ujian pra dan ujian pos ini dengan
menggunakan peratus. Peratus dikira berdasarkan jumlah bilangan jawapan
yang betul dalam kedua-dua bahagian ujian pra dan pos tersebut. Seterusnya
jumlah bilangan yang betul tersebut dibahagikan dengan jumlah soalan yang
diberikan dalam kedua-dua bahagian. Ia didarabkan dengan seratus untuk
mendapatkan peratus markah keseluruhan bagi ujian tersebut.

Selain itu, pengkaji menggunakan senarai semak sebagai alat


pengumpulan data yang kedua. Senarai semak ini digunakan semasa peserta
kajian menjalankan intervensi iaitu bermain Permainan IGE tersebut. Item
yang dilihat oleh pengkaji ialah tindak balas peserta kajian terhadap aktiviti
dalam permainan tersebut. Akhir sekali, pemerhatian berstruktur iaitu jadual
senarai semak yang telah diisi oleh pengkaji dianalisis untuk dinilai tahap
pencapaian kumpulan sasaran mengenai kemahiran operasi tolak asas
mereka semasa intervensi.

6.0 DAPATAN KAJIAN


Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian dipaparkan
dalam bentuk rajah dan jadual yang merangkumi ujian, pemerhatian
berstruktur serta analisis dokumen terhadap peserta kajian. Melalui
perbincangan ini, kesemua persoalan kajian dapat dijawab.
6.1 Keputusan Ujian Pra Dan Pos
Jadual 2: Pemarkahan akhir ujian pra dan ujian pos kumpulan
sasaran.

Peserta Kajian Kitaran 1 Kitaran 2


Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
38% (lemah) 50% (lemah) 50% (lemah) 79% (baik)
A
42% (lemah) 54% (lemah) 54% (lemah) 89%
B
50% (lemah) 50% (lemah) (cemerlang)
C 38% (lemah)
83%
(cemerlang)

6.2 Keputusan Pemerhatian


Jadual 3: Senarai Semak Pemerhatian

Peserta Kajian Kitaran 1 Kitaran 2


A 2 5
B 3 6
C 2 6

6.3 Keputusan Analisis Dokumen


Jadual 4: Markah Lembaran Kerja Dan Latih Tubi Digital

Peserta Kajian Kitaran 1 Kitaran 2


Lembaran Latih Tubi Lembaran Latih Tubi

Kerja Digital Kerja Digital


A 3 3 11 8

B 3 4 10 7

C 3 3 9 7
6.4 Rumusan Dapatan
Secara kesimpulannya, pengkaji menggunakan dapatan kajian yang
diperolehi melalui kedua-dua kitaran, ia menunjukkan terdapat peningkatan
yang memberangsangkan dalam kemahiran operasi tolak terhadap peserta
kajian. Dapatan ini disokong oleh ketiga-tiga instrumen yang telah digunakan
oleh pengkaji iaitu instrumen ujian pra dan ujian pos, pemerhatian melalui
senarai semak, dan analisis dokumen. Keputusan kajian yang diperolehi
menunjukkan ketiga-tiga instrumen tersebut mencatatkan kesemua peserta
kajian mengalami peningkatan dalam kemahiran operasi tolak asas ini apabila
pengkaji menggunakan kaedah Permainan IGE dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan pengkaji

7.0 REFLEKSI
Berdasarkan kajian ini, Kemahiran operasi tolak asas peserta kajian
dapat ditingkatkan daripada hanya boleh menjawab dua hingga empat soalan
sahaja kepada boleh menjawab sehingga enam hingga lapan soalan operasi
tolak. Pengkaji dapat kenal pasti kekuatan yang terdapat pada intervensi yang
digunakan. Permainan IGE yang dibuat oleh pengkaji berjaya menarik minat
peserta kajian. Peserta kajian menunjukkan tindak balas yang baik terhadap
alat intervensi yang pengkaji gunakan ini. Intervensi ini berjaya meningkatkan
kemahiran operasi tolak asas dalam lingkungan 10 peserta kajian.

Seterusnya, pengkaji berasa lega dan berpuas hati kajian ini berjalan
dengan lancar dan data yang dikumpulkan juga tidak menimbulkan masalah
kepada pengkaji. Apa yang paling menggembirakan pengkaji adalah peserta
kajian dapat mengikut kaedah intervensi yang diperkenalkan ini serta dapat
meningkatkan kemahiran operasi tolak asas dalam lingkungan 10 setelah
intervensi ini dilaksanakan kepada peserta kajian tersebut.

8.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN


Pengkaji mempunyai beberapa cadangan penambahbaikan untuk
kajian yang seterusnya supaya ia dapat menjadi kesinambungan kepada
kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini. Antaranya ialah menambah
bilangan sesi intervensi yang dilakukan. Pada kajian ini, pengkaji hanya
melakukan satu sesi intervensi pada tiap-tiap kitaran. Kekangan masa
membuatkan pengkaji hanya melakukan dua sesi intervensi iaitu pada kedua-
dua kitaran yang dilaksanakan dan hal ini juga disebabkan oleh kekerapan
peserta kajian tidak hadir ke sekolah.

Selain itu, pengkaji turut mencadangkan supaya tindakan susulan


dilakukan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
dan mata pelajaran lain yang dirasakan sesuai terutama dalam kemahiran
mengenal.

Melalui penggunaan intervensi ini dalam pdpc mata pelajaran lain, ia


dapat meningkatkan prestasi keseluruhan akademik murid. Murid akan lebih
menumpukan perhatian dan memahami pdpc guru berbanding cara
pengajaran guru yang dahulu di mana kebiasaannya guru hanya
menggunakan kaedah perancangan dan latih tubi sahaja kepada murid.
Diharapkan intervensi ini dapat digunapakai oleh pengkaji seterusnya untuk
melihat keberkesanan intervensi ini di dalam mata pelajaran lain selain
kemahiran operasi tolak dalam mata pelajaran Matematik.
RUJUKAN

Azlina Abdul Wahap. (2013). Konteks, Input, Proses Dan Hasil Penggunaan

Kaedah Ilustrasi Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Matematik. Seminar
Pendidikan Matematik dan Sains.

Chua Tee Tee, Koh Boh Boon. 2011. Pendidikan khas dan
pendidikan pemulihan: Bacaan asas.
Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social

Issues, 34-46

Noriati A. Rashid.B.P.(2013). Murid Dan Alam Belajar.

Rohani Abdullah.(2015). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara

portfolio.

Anda mungkin juga menyukai