Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal :6/12

Minggu Praktikum : Keenam

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 17 julai 2019

Tajuk Jurnal : Masalah gagal melaksanakan tugasan dan kerja rumah.

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (17 Julai 2019) saya telah menghadapi Masalah saya pada minggu ini adalah
apabila terdapat ramai murid kelas k4 yang masih gagal dalam melaksanakan dan
menyempurnakan tugasan dan kerja rumah yang diberikan dengan sempurna.

2. Analisis

Sepanjang minggu in saya telah menumpukan kepada tugasan dan kerja-kerja rumah yang
telah diberikan kepada murid-murid. Sepanjang pemantauan yang telah saya jalankan saya
dapati terdapat sebilangan murid kelas k4 yang masih gagal dalam melaksanakan dan
menyempurnakan tugasan dan kerja-kerja rumah yang telah diberikan dengan lengkap dan
baik khususnya bagi mata pelajaran matematik. Masalah ini mungkin disebabkan guru tidak
menegaskan murid untuk melaksanakan tugasan. Masalah ini didapati terdapat sebilangan
besar murid yang tidak melaksanakan tugasan dan kerja rumah yang diberikan. Murid-murid
ini juga tidak menghantar lembaran kerja mereka kepada guru untuk disemak. Ini akan
menjejaskan sesi P&P di dalam kelas serta turut mengganggu pembelajaran mereka di
dalam kelas dan sudah semestinya mereka juga akan gagal dalam menyiapkan kerja rumah
yang akan diberikan bagi kelas berikutnya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya melaksanakan tugasan sebelum P&P berakhir.

b. Tugasan tersebut sesuai dengan tahap penguasaan murid.

c. Mengasingkan murid-murid yang bermasalah ini daripada kumpulan dan membiarkan


mereka membuat tugasan yang diberi sepanjang waktu P&P berjalan. Dendaan juga
diberikan jika masalah ini berlarutan.

1
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini. Dari segi
praktikal,tempoh sepanjang P&P diberikan bagi menilai perubahan murid-murid ini. Tempoh
yang diberikan juga bergantung kepada sejauh mana perubahan sikap murid-murid ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai