Anda di halaman 1dari 3

2017172340029 PKUK3103

Soalan 1

Intervensi awal bermaksud satu proses Intervensi awal merupakan satu


perancangan pendidikan khusus kepada kanak-kanak mulai sejak lahir sehingga
umur persekolahan. Kanak-kanak tersebut biasanya telah dikesan menghadapai
masalah. Intervensi juga turut diberikan kepda ibu bapa dan keluarga terdekat.
Komponen intervensi awal adalah terdiri dari terapi, pendidikan, perkhidmatan
kesihatan, sokongan moral, informasi, kewangan dan kaunseling. Manakala menurut
Hanson & Lynch (1989), intervensi awal ialah gabungan usaha pendidikan,
maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri,
interaksi sosial, dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan
dikenal pasti. Intervensi awal merupakan penguasaan bahasa, mempertingkatkan
kemahiran matematik, mengembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial.
Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya
kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki sekolah rendah.

Terencat akal adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, Kecacatan intelektual, yang dahulunya
dikenali sebagai kecacatan mental yang dicirikan dengan kecerdasan atau
keupayaan mental di bawah purata normal dan kekurangan kemahiran yang
diperlukan untuk kehidupan seharian. Orang kurang upaya ini dapat belajar
kemahiran baru, tetapi mereka belajar dengan lebih perlahan. Terdapat pelbagai
tahap kecacatan intelektual, dari sederhana hingga teruk. Kecacatan ini wujud
secara tersendiri di dalam diri kanak-kanak atau wujud bersama-sama dengan jenis
ketidakupayaan lain dan menjadikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu
lebih teruk dan sukar untuk dipulihkan. Di dalam kelas, murid-murid terencat akal
tergolong dalam tahap terencat akal ringan dan boleh dididik, dan sudah boleh
mengurus diri sendiri dalam perkara –perkara asas. Masalah utama yang dihadapi
oleh guru ketika mengajar murid-murid terencat akal adalah kesukaran mereka
menerima pelajaran disebabkan tahap kecerdasan mereka yang rendah. Murid-
murid terencat akal merupakan kefungsian inteleknya di bawah tahap normal.
Keadaan ini wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif murid
iaitu kemahiran komunikasi, pengurusan diri, sosial dan psikomotor, yang dapat
dilihat dalam proses perkembangan murid.
2017172340029 PKUK3103

Penulisan kali ini memfokuskan kepada intervensi kemahiran mengurus diri


murid yang mempunyai masalah kerencatan akal. Kanak-kanak terencat akan
memerlukan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Hanya sebahagian kecil sahaja, kanak-
kanak yang dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besarnya sihat dan
normal. Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal ini tidak semuanya
akan mejadi orang dewasa yang normal. Di sini saya akan kemukakan rangkah dan
juga Langkah-langkah serta contoh intervensi yang sesuai dilakukan ke atas murid
yang mengalami masalah kerencatan akal. Pertama sekali, guru perlu mengetahui
apa masalah yang sering dilakukan oleh murid X yang boleh memberikan kesan
kepada diri beliau. Contoh yang saya pilih ialah murid X sering bersin dengan cara
yang salah secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan kesan kepada diri beliau dan
juga orang lain. Disamping itu juga, murid X tidak membasuh tangan dan
menggunakan bahan penutup mulut dan hidung setelah bersin. Kedua, laksanakan
strategi intervensi yang telah dirancang ke atas murid X tersebut.

Dalam menjalankan intervensi tersebut, apa yang hendak ingin dicapai ialah
sikap murid X yang bersin dengan cara yang salah. Hal ini juga terkait dalam
pengurusan diri beliau sekaligus mengajar beliau untuk mengurus diri dengaan
betul. Oleh itu, satu aktiviti yang dapat dijalankan ke atas murid X tersebut ialah
aktiviti menjaga kebersihan tangan dan hidung. Langkah pertama, guru tunjukkan
gambar atau bahan maujud bahan yang digunakan ketika bersin. Sebagai contoh
ialah tisu, tong sampah dan juga sabun. Kemudian, guru tunjukan gambar rajah
angkah-langkah ketika bersin dan selepas bersin. Misalnya, ambik tisu, tutup hidung
dan mulut menggunakan tisu, bersin sekuatnya, lap hidung dengan bersih, buang
tisu tersebut kedalam tong sampah dan basuh tangan menggunakan sabun.
Selepas itu, guru membuat demonstrasi bersin dengan cara yang betul mengikut
langkah-langkah sebentar tadi. Akhir sekali ialah meminta murid melakukan aktiviti
tersebut secara sendiri dengan bimbingan guru. Sekiranya murid X masih sukar
mengikuti langkah-langkah tersebut, ulang semula sehingga murid tersebut mahir
dalam aktiviti mengurus diri tersebut.
2017172340029 PKUK3103

Kesimpulannya, langkah intervensi perlu dirancang dan dilaksanakan ke atas


murid Berkeperluan Khas demi meningkatkan kemahiran-kemahiran mereka
khususnya kemahiran pengurusan diri walaupun perkara itu nampak mudah tetapi
memberi kesan yang cukup besar kepada diri mereka dan juga orang lain.

Anda mungkin juga menyukai