Anda di halaman 1dari 7

http://www.scribd.

com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

INTERVENSI AWAL

 Definisi

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan


khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan
kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang
dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).

Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,


mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan
interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan
sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara
apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak
berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar
dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan
mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti
program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat
(late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-
kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan
akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas.

Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit


yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak
lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa.
Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila
mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah
matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi
tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka


dikehendaki mempelajari bidang bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah
beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula
muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu
bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi
awal.

 Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif


kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek
dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun
ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan
kanak-kanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak


berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah
rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada
persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap
individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing
ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-


kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar
menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan
mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi
sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban
penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan
kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan
fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan
tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan
adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat
persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang
dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

 Pelaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti
mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian
strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang
perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai
strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

(a) Intervensi Berpusatkan Guru

Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar
dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998).
Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang
tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa.
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan
jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru


sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal
tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh
mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar
dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang
berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses
pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar
memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara
daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan
matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah.
Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga

Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai


sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan
komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,
pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan
kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan
perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan
keluarga?
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama


ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan
Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-
kanak yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan
dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting
tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat.
Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang
individu atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau
tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai
contoh, Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-
kanak yang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk
menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah
intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.

 Penyaringan

Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak


hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak
sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang
upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang
dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan
melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran
bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan
melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat
pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya
pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk
menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

 Pengujian Diagnostik

Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah


atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan
dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk
kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya,
pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada
seseorang kanak- kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan
dirinya (Heward, 2003).

(a) Perkembangan Motor

Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.


Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,
kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.
Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek)
dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat
tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak.

(b) Perkembangan Kognitif

Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti


kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa
lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada
masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan
maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru
adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa

Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan,


keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima
maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan,
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1

frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan
anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri
tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa
kanak-kanak berkeperluan khas.

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial

Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang


permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka
tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka
juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap
ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-
kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif

Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai


kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan
sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi
dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui
pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan
khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan
umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan
keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut.
Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang
diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi
banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan
kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola) dan kemahiran
kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain).