Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Multisensori (VAKT)

Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia
sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang
mempunyai kemampuan Matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah.
Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pakar psikologi
mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk
membantu kanak-kanak disleksia.
Antaranya ialah menggunakan Kaedah multisensori. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai
kaedahpelbagai deria.
Kaedah pelbagai deria juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)
Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri
murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna
selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.

Kaedah multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey


Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna
Gillingham dan menghasilkanKaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali
sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia.
Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah
multisensori iaitu:
1.
kesedaran fonologi
2.

gabungan bunyi dan simbol

3.

pembinaan suku kata

4.

morfologi

5.

sintaksis

6.

semantik

Kaedah
multisensori
semasa
mengajar
kanak-kanak
disleksia
bukan
sahaja
menggunakan pelbagai deriamalahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan
bermain selain mengurangkan tekanan.

Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997)


Murid melihat perkataan menggunakan mata.

Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.


Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama
menyebut huruf dalam perkataan tersebut.

Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.

Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.

Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)


Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang
sebutan guru.

Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.


Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil
menyebut perkataan tersebut dengan kuat.

Murid melipat kertas tersebut.

Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.

Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang
ditulis.

Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

Kajian National Institutes of Child Health and


Human
Development
di
Amerika mengatakan kaedah
pembelajaran
multisensori ialahkaedah yang paling efektif untuk
mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam
bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah
multisensori lebih berkesan daripada kaedah
fonetik.
Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau
huruf menggunakan kertas pasir digunakan.
Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung
kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan

kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
ini.

Anda mungkin juga menyukai