Anda di halaman 1dari 2

MASALAH KEMAHIRAN MENGEJA

PUNCA-PUNCA MURID LEMAH DALAM EJAAN


1. Lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.
Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima
rangsangan daripada sumber lain.
Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima
rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika
pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang
dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara
songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran
membaca murid semakin lemah dan teruk.
Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM

2. Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau
perkataan.
Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang
kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza.
Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi
perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid
melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang
menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja.
Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".

3. Masalah memori auditori dan visual.


Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan
arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan
dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan
menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa
memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan
dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual.

4. Lemah dari segi Analisis pendengaran.


Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau
menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan
bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran.

Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.

5. Sebutan huruf yang salah.


Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain itu, murid
menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.
Contoh: "Makan" disebut "make", "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna).

Anda mungkin juga menyukai