Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 NOTA RINGKAS

BAB 1 : NOTA RINGKAS BERASASKAN RUJUKAN PELBAGAI SUMBER

Faktor-Faktor Berlakunya Disleksia : a) Keterunan b) Biologi c) kematangan

MenyenaraikanCiriciri Masalah Murid Disleksia a) Masalah fonologi b) Masalah mengingati perkataan c) Masalah penyusunan bersiri d) Masalah ingatan jangka pendek e) Masalah kesedaran sntaksis

Definisi / Konsep Disleksia

Menyenaraikan Murid-murid Disleksia a) Peringkat prasekeloh b) Peringkat sekolah rendah c) Peringkat sekolah menengah d) Peringkat dewasa

Jenis-jenis Disleksia : a) Disleksia visual b) Disleksia auditori c) Disleksia visualauditori

1.1

Definisi Dan Konsep Disleksia

1. Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksaud kesukaran dan lexis yang bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud kesukaran dalam berbahasa (Ott, 1997). 2. World Federation of Neurology (1968), mendefinisikan ialah Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalam bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

3. Seterusnya definisi yang lebih terkini untuk disleksia mengiktirafnya sebagai suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik.

4. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (hammond dan Huggus, 1996:3).

5. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang

mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

6. Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksiadiantaranya ialah : Diskalkulia (Dyscalculia) Seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan Disgrafia (Dysgraphia) Seorang disleksia yang bermaslah dalam bahasa Dispraksia (Dispraxia) Seorang disleksia yang bermaslah dalam koordinasi mota mata tangan.

1.2

Faktor-Faktor Berlakunya Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser, 1996, antara faktor-faktor berlakunya disleksia ialah :

a) Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.

b) Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor0faktor ini menjadi punca

kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakkan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.

c) Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

1.3

Jenis-Jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Disleksia visual (Penglihatan) Disleksia jenis ini merujuk kepada murid-murid yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi, atau mengingat perkataan yang dilihat. Sejauh mana bacaan terjejas adalah bergantung pada darjah begitu teruk sehinggakan murid-murid tidak dapat membaca langsung dan ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai suku kata yang banyak. Ciri-ciri murid disleksia visual ialah : i. Kepayahan diskriminasi visual ini menyebabkan kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama (contoh bas untuk bus, pen untuk ben). ii. iii. iv. v. Kadar pengamatan yang lambat. Kecenderungan kebalikan (contoh: buku - duku). Kecenderungan songsang (contoh: air - ari). Lukisan yang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. vi. Kepayahan membuat analisis dan sintaksis visual dapat dilihat dalam kerja-kerja yang memerlukan murid

mengaitkan bahagian dengan keseluruhan sesuatu objek itu. vii. Tinggi daya kebolehan dalam aktivitikemahiran auditori.
5

viii.

Keutamaan kepada aktiviti auditori yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan pandang.

ix.

Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks.

b) Disleksia Auditori (Pendengaran) Disleksia jenis ini membolehkan seseorang dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi auditori (contoh: membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenal pasti bunyi dalam setiap perkataan, pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu). Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca. Terdapat lima ciri yang selalu dikaitkan dengan murid-murid disleksia auditori: i. Kecelaruan diskriminasi auditori dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. ii. Mempunyai masalah dengan analisis dan sintaksis auditori. Hal ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan

perkataan kepada suku kata atau bunyi tertentu; tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap. iii. Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan. Contohnya: tidak dapat mengingati bunyi huruf, atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna

perkataan itu. iv. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan Contohnya: penyebutan yang tidak betul, atau semasa menulis mengubah urutan huruf kerana tidak dapat

mengingati atau mengekalkan urutan bunyi.

v.

Dari segi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran visual. Hal ini disebabkan mereka lemah dalam kerja-kerja yang melibatkan ingatan auditori, urutan, dan diskriminasi auditori.

c) Disleksia visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

1.4

Menyenaraikan Murid-Murid Disleksia

Murid-murid disleksia dapat disenaraikan mengikut peringkat seperti berikut :

a) Peringkat Prasekolah Lambat bertutur Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang, contohnya hostipal apabila ingin menyebut hospital. Jangkitan telingat yang kronik Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sama, contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirnya dengan topi, seperti api, mereka akan memberi jawapan yang salah seperti baju. Sentiasa keliru antara kanan dan kiri Lambat dalam menentukan sama ada tangan kanan ataupun kiri lebih dominan Menghadapi masalah mengikat tali kasut Sukar mengigati alamat, nombor telefon ataupun huruf
7

b) Peringkat Sekolah Rendah Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak otomatik dan sukar dibaca Berterusan menterbalikkan huruf ataupun nombor sehingga melepasi Tahun 1 Mengalami kesukaran ekstrem mempelajari tulisan sambung Masih ada maslaah apabila memasang butang baju Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat Selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan

kandungannya Mencicirkan ataupun salah baca kata penghubung (seperti di, pada) Mengabaikan kata awalan semasa membaca Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam Bahasa Inggeris (seperti eye dan ear) Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum Menghadapi masalah dengan Matematik o Sukar menghafal jadual sifir o Sukar mengingati siri langkah-langkah operasi Matematik o Sukar membuat operasi mental barkaitan arah Kesukaran mencari perkataan seperti yang tepat semasa bertutur Bilik, beg ataupun meja tulis yang sangat berselerak Sangat tidak suka pergi ke sekolah

c) Peringkat Sekolah Menengah Perbendaharaan kata yang terhad Menunjukkan kelemahan yang amat ketara apabila

mengekspresi dalam bentuk tulisan, sehingga terdapat perbezaan jelas antara kemahairan verbal (lisan) dengan karangan Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua Kesukaran membaca not muzik Gred yang rendah dalam banyak kelas Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah

d) Peringkat Dewasa Membaca dangan lambat Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali bagi memahaminya Selalu silap mengeja Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan Masih mengalami masalah dengan arah seperti kanan dan kiri Sering sesar walaupun di kawasan biasa Kadangkala keliru antara b dengan d terutamanya semasa penat ataupun sakit

1.5

Menyenaraikan Ciri-Ciri Masalah Murid Disleksia

Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia kebanyakkanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada :

a) Masalah Fonologi Pengkodan fonologi merujuk kepada sistematik antara huruf dan bunyi. Secar ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara paku dengan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama antara perkataan. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkaitan dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

b) Masalah Mengingat Perkataan Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan, mereka tidak dapt menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai kawan saya di sekolah ataupun budak lelaki itu. Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta disekolah apabila disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.

10

c) Masalah Penyusunan Bersiri Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun, susunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru, mereka menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 x 7? Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian. Sebahagian kanak-kanak disleksia

menghadapi maslah dengan pengiraan yang melibatkan wang, seperti mengira jumlah harga barang ataupun menentukan baki

d) Masalah Ingatan Jangka Pendek Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor igatan jangka pendekbagi digunakan pada masa itu. Dalam erti kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti, Lipat dua kertas manila itu, potong digarisan tengah dan seterusnya. Apabila melibatkan lima langkapun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian.

11

e) Masalah kesedaran sintaksis Kesedaran sintaksis atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia dimana mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks berkaitan bahasa. Umpamanya bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia mempunyai peraturan sintaks berbeza, dimana frasa black cat dalam bahasa Inggeris disebut sebagai kucing hitam dalam bahasa Malaysia. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.

12

Anda mungkin juga menyukai