Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys”
yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain,
kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini.
Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan
‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges,
1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa,
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek”
(World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya
ialah:
- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik
- Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
- Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-
mata-tangan
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Punca-punca Disleksia
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
antara
punca-punca disleksia ialah;
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan
kerosakan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem
saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan.
Ciri-ciri Disleksia
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang
diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses
mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah
berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada
rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa
rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti
berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem cat - cat
Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas.
Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis
mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang
pelik-pelik
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan
matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan
nombor yang sama.
Contohnya seperti berikut :
3–5-89-6