Anda di halaman 1dari 5

Maksud Pola Ayat Dasar & Pembahagiannya

Definisi dan Konsep Ayat Dasar :


·   Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
·   Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain
seperti ayat tunggal,majmuk, aktif, pasif dan sebagainya.
·   Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek
dan predikat.

Pembahagian Pola Ayat Dasar.


Terdapat empat jenis pola ayat dasar iaitu :      
1.    Subjek : FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaNama (FN)
Contoh ayat :Maisarah pelajar universiti.
 
2.   Subjek :FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaKerja (FK)
 Contoh ayat :Amalina sedang tidur.
3.    Subjek :FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaAdjektif (FA)
Contoh ayat :Pemuda itu pemurah.
4.    Subjek :FrasaNama (FN) + Predikat: FrasaSendiNama (FSN)
Contoh ayat :Ibu di dapur
Berdasarkan nota di atas, pola ayat terbahagi kepada empat
pola iaitu
1.     Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
2.   Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)
3.   Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FAdj)
4.   Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
Sebagai Latihan Cuba Tuliskan Pola Ayat ayat di bawah:-
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan
Frasa Nama + Frasa Nama  (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja  (FN +
FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif  (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama  (FN + FS).
1.       Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: FN +
2.       Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: FN +
3.       Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak/ telah bertolak.
POLA AYAT: FN +
4.       Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: FN +
5.       Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: FN +
6.       Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita /
cerdas.
POLA AYAT: FN +
7.       Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: FN +
8.       Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: FN +
9.       Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: FN +
10.  Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: FN +
11.  Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: FN +
12.  Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: FN +
13.  Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: FN +
14.  Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: FN +
15.  Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: FN +
16.  Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: FN +
17.  Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: FN +
18.  Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: FN +
19.  Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: FN +
20.  Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: FN +
21.  Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: FN +
22.  Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: FN +
23.  Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: FN +
24.  Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: FN +
25.  Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: FN +
26.  Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: FN +
27.  Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: FN +
28.  Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: FN +
29.  Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FFN +
30.  Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir
itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: FN +
31.  Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: FN +
32.  Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: FN +
33.  Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: FN +
34.  Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak
Manafyang berkaki lima.
POLA AYAT: FN +
35.  Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: FN +
36.  Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum
lelaki belaka.
POLA AYAT: FN +
37.  Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: FN +
38.  Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: FN +
39.  Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: FN +
40.  Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang
Kampung Sentosa.
POLA AYAT: FN +
41.  Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: FN +
42.  Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika
itu.
POLA AYAT: FN +
43.  Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus
menurun.
POLA AYAT: FN +
44.  Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: FN +
45.  Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: FN +
46.  Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: FN +
47.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: FN +
48.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: FN +
49.  Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat
kurang.
POLA AYAT: FN +
50.  Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas
apabila memasak.
POLA AYAT: FN +

Anda mungkin juga menyukai