Anda di halaman 1dari 20

SINTAKSIS AYAT TANYA AYAT PERINTAH

BAHASA MELAYU

&

Oleh : Muhamad Bukhari I Mohd Sofian I Akmal Hakim I PISMP BAHASA MELAYU

Ayat Penyata
ialah

ayat yang diucapkan untuk menyampaikan sesuatu berita atau keterangan.

Contoh : Bola ini kepunyaan adik.

AYAT TANYA

AYAT TANYA
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk

menanyakan

sesuatu hal.

2 jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
2. Terdapat
3. Tanda soal

(?)

diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

AYAT TANYA
Tanpa Kata Tanya
1. Ayat yang diucapkan dengan

meninggikan nada

suara pada akhir ayat penyata.

2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal 3. Ayat contoh: a) Kamu belum kahwin? b) Kamu benci saya? c) Siapa yang meninggal dunia? d) Kekasih awak orang Indonesia? e) Bukankah awak yang berikannya kepada saya?

(?)

Dengan Kata Tanya


bagaimana dan sebagainya.
2. Ayat contoh: a) Cowok itu apa? b) Kekasih Indonesia awak itu siapa namanya? c) Sejak bila kamu bercinta dengannya? d) Lombok di mana? e) Keadaan keluarga kamu bagaimana?

AYAT TANYA
siapa, bila, mana,

1. Ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa,

Dengan Kata Tanya

AYAT TANYA
-

3. Ayat Tanya dengan Kata Tanya juga boleh menerima partikel

kah

dan diletakkan di hadapan ayat.

4. Ayat contoh: a) Apakah barang itu? b) Siapakah jurujual itu? c) Bilakah hari kemerdekaan negara kamu? d) Di manakah Lombok? e) Bagaimanakah keadaan kekasih kamu yang tinggal di Indonesia itu?

AYAT PERINTAH

AYAT 1. PERINTAH Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk


menimbulkan sesuatu tindakan.

Jenis, Ayat Perintah :AYAT SURUHAN AYAT LARANGAN AYAT SILAAN AYAT PERMINTAAN

Ayat Perintah
Ditujukan

kepada orang kedua kamu, engkau, awak dan sebagainya.

Ayat larangan Ayat suruhan


Jenis Ayat Perintah

Ayat silaan

Ayat permintaan

i) Ayat suruhan
Digunakan untuk memberi perintah atau arahan. Subjek ialah kata ganti nama orang kedua yang biasanya digugurkan. Untuk tujuan penegasan, subjek boleh dikekalkan. Contoh: Keluar dari bilik ini! Pergi dari sini! Awak siapkan kerja itu sekarang. Pujuk budak yang menangis itu. Ayat suruhan boleh menggunakan partikel lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini, seperti ayat contoh yang diberikn tadi. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak taransitif dan meneriam awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan.

Contoh:

Menangislah sepuas-puas hatimu. Mengucaplah banyak-banyak. Menjeritlah sekuat-kuatnya. Berangkatlah dengan segera. Bersiaplah untuk bertolak sekarang juga.

ii) Ayat larangan Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh: Jangan ambil harta orang. Kamu jangan beritahu dia. Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.

Ayat di atas dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah.

Ada

sejenis ayat larangan yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah.
Dilarang

Contoh:

merokok.

Ditegah

memancing di sini.

iii) Ayat silaan Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat. Contoh: Sila datang ke rumah saya. Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Sila serahkan borang ke pejabat. Jemput datang majlis sukan hari ini. Jemput masuk. Ayat ini juga boleh dilembutkan dengan penggunan partikel penegas lah.

iv) Ayat permintaan Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan atau pertolongan. Contoh: Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Minta kamu semua bertenang. Tolong tutup pintu depan itu. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. Ayat ini juga boleh dilembutkan dengan penggunan partikel penegas lah.

Tolong jangan bising!

Ayat permintaan yang digunakan adalah tidak gramatis. Hal ini adalah kerana, ayat permintaan tidak boleh menerima kata larangan jangan. Bentuk-bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul

Sila jangan merokok. Tolong jangan bising.

Minta jangan berludah.

AYAT SERUAN
DEFINISI
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2. Tanda seru

perasaan

(!)

biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.

3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
1. 2. 3. 4.

CONTOH

5. Syabas, kamu telah menang! Amboi, cantiknya gadis itu! Wah, mahalnya baju ini! Oh, aku lupa bawa wang hari ini! Cis, berani kamu pukul saya!

Anda mungkin juga menyukai