Anda di halaman 1dari 25

Disediakan Oleh :

ZAINAL ARIFF BIN MAT


‫زينال عريف بن مت‬
JABATAN PENGAJIAN MELAYU, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TAJUK 2.0:

SUBTAJUK:
2.1 teori dan prinsip perkamusan
2.2 kata entri/kata masukan
2.3 kata standard dan variasi
INTERAKSI 2:
i. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu
linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah
kamus.

ii. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan
pemberian ini juga menggunakan kata-kata.

iii. Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna
kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri.
Lambang ini ialah lambang linguistik.
iv. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-
perkara yang berikut:

a. Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan,


penentuan individu, dan penentuan prasarana.

b. Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan


persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan
program perkamusan.
c. Aspek linguistik - aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu
linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa,
lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.

d. Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus


secara meluas sebagai satu produk
e. Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus - penguasaan
dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan
kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa.
Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang
konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat
untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga
tidak kurang penting.
f. Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi
termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam
penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti
tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang
disajikan.
v. Prinsip-prinsip yang lain ialah:

a. Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti


bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

b. Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan


oleh pengguna, yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang
benarbenar mewakili ruang lingkup khalayak, misalnya bahasa untuk
kanak-kanak.
c. Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai
dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak
sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan
sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat
istiadat pengguna kamus.

d. Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak
diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer
atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.
vi. Medan maklumat kamus memerlukan perincian bagi seorang penyusun
kamus

vii. Sebuah kamus yang baik perlulah mempunyai himpunan kata yang
mencukupi, teknik pemerian dan penyajian yang kemas dan tuntas,
panduan penggunaan kamus yang mudah, reka bentuk kamus yang
menarik dan menggunakan teknologi terkini.

viii. Tahap pemberian makna dan pentakrifan dianggap tahap yang


menentukan keberhasilan mutu sesebuah kamus yang diusahakan.
ix. Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi mempunyai perkaitan
yang rapat dengan ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji
makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus.

x. Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi


lambang memberikan makna tertentu. Contohnya apabila mata melihat
sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk
atau jenis kain.
xi. Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan
bahasa, iaitu:

a. Makna deskriptif:
yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya,
misalnya makna dalam kamus.
b. Makna sosial:
yakni makna dalam konteks kegunaan sosial, misalnya
naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya
(masyarakat Cina memberikan nilai baik, manakala masyarakat
Barat memberikan nilai negatif)

c. Makna ekspresif:
yakni makna berkaitan dengan perasaan, misalnya kagum atau
marah berbeza berdasarkan persepsi individu.
INTERAKSI 2:
i. Semua kamus yang dihasilkan akan mempunyai entri. Entri merupakan
salah satu maklumat bahasa yang boleh didapati dalam sesebuah
kamus.

ii. Entri ialah istilah khusus bagi kata masukan yang akan disusun
mengikut abjad masing-masing atau lebih senang difahami sebagai
perkataan yang akan dimasukkan ke dalam sesebuah kamus.
iii. Kamus Dewan mempunyai lebih kurang 5843 entri yang telah
dimuatkan dalam KDE4. Kata entri ini terdiri daripada unit-unit leksikal
yang merupakan bahagian yang diterangkan dalam sesebuah kamus
(Rashidah Ismail 2001:23)

iv. Mengikut beberapa orang ahli bahasa menyatakan bahawa komponen


asas struktur kamus ialah entri atau kelompok maklumat tatabahasa,
semantik, stilistik dan sebagainya yang kelihatan seperti perenggan dan
diberi tajuk dalam cetak huruf tebal yang dinamai kata nama (bandingan
Lions 1977, Dubois 1981).
v. Jadi kata masukan atau entri dalam Kamus Dewan amat penting kerana
dengan adanya entri, maklumat seperti tatabahasa, semantik, stilistik
dan banyak lagi dapat dilihat dan difahami.

vi. Kepelbagaian entri yang dimasukkan dalam sesebuah kamus akan


memperbanyakkan lagi perkataan yang akan diketahui oleh para
pengguna.
vii. Terdapat pelbagai jenis entri yang mencakupi pelbagai bidang seperti
bidang sains dan teknologi, linguistik berkomputer, astronomi, agama,
politik, pelayaran serta muzik.

viii. Ada beberapa kategori entri atau kata masukan, iaitu:


a. Entri Primer atau Utama;
b. Entri Sekunder; dan
c. Entri Varian.
ix. Entri Primer atau Utama:
a. Kata masukan yang terdiri daripada perkataan atau kata tunggal
yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam kamus.
b. Kebiasaannya dalam sesebuah kamus, kata akar atau kata dasar
akan diletakkan sebagai entri utama.
c. ada juga kata majmuk yang dijadikan entri utama kerana bentuk-
bentuk kata majmuk yang dimasukkan telah mantap ejaannya.
ix. Entri Primer atau Utama:
a. Kata masukan yang terdiri daripada perkataan atau kata tunggal
yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam kamus.
b. Kebiasaannya dalam sesebuah kamus, kata akar atau kata dasar
akan diletakkan sebagai entri utama.
c. ada juga kata majmuk yang dijadikan entri utama kerana bentuk-
bentuk kata majmuk yang dimasukkan telah mantap ejaannya.
INTERAKSI 2:
i. Kata Standard:
a. Penggunaan ejaan standard dalam kamus merupakan aspek dalam
penghasilan kamus yang baik.
b. Ejaan yang digunakan dalam kamus ialah ejaan Rumi baru yang
telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972
sejajar dengan pedoman serta senarai perkataan yang terdapat di
dalam Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
d. Asmah Omar (1975) berpendapat bahawa pengguna kamus juga
ingin mendapatkan kaedah ejaan yang betul bagi suatu kata.

e.

c.
DAUN SELASIH
TERIMA KASIH,
DAUNdaripada
KELADI,
JUMPA LAGI.
ZAINAL ARIFF BIN HAJI MAT

Anda mungkin juga menyukai