Anda di halaman 1dari 6

VAA 3013

PENGELUARAN TERNAKAN

TUGASAN 3:

LAPORAN PENGURUSAN HAIWAN KESAYANGAN

NAMA: NOR SYAHIRAH BINTI MAHMAD SHAUPI

NO MATRIK: D20192091028

KUMPULAN: A

NAMA PENSYARAH: DR. FAZHANA BINTI ISMAIL


1.0 PENGENALAN

Haiwan peliharaan boleh memberi manfaat fizikal dan emosi kepada pemiliknya. Hidup
dengan menjaga mereka juga dapat menjadi pengalaman yang hebat dan sangat
menghiburkan. Terdapat beberapa faedah terpenting dari pemilikan haiwan
kesayangan untuk semua orang. Haiwan peliharaan bukan sahaja mendorong
tanggungjawab, kasih sayang dan meningkatkan kesihatan, namun mereka juga
membantu kita belajar tentang hidup dan mati dan mereka juga mengajar kita tentang
ikatan dan hubungan antara satu sama lain.

Saya juga memiliki seekor kucing daripada baka Persian. Ianya merupakan pemberian
dari rakan saya. Oleh itu, saya telah menjaganya semenjak kecil lagi. Nama yang saya
berikan kepada kucing saya ialah Dora. Dora berumur 2 tahun dan mempunyai warna
bulu yang putih kecoklatan. Dora merupakan kucing yang bijak dan comel.

2.0 PENGURUSAN TEMPAT TINGGAL

Saya meletakkan kucing saya di dalam bilik. Saya juga menyediakan sangkar untuk
kucing saya. kerana kebiasaannya kucing saya akan dibiarkan bebas pada waktu siang
dan saya akan mengurungnya pada waktu malam. Saya telah menyediakan keperluan
asas di sangkar kucing saya. Saya meletakkan litter box, bekas makanan dan bekas
minuman untuk kucing saya.

Kebersihan ruangan untuk kucing saya amat penting. Oleh itu, setiap pagi rutin harian
saya ialah membersihkan bilik dan sangkar kucing saya. Hal ini bertujuan untuk
memastikan kebersihan yang optimum dan mengelakkan kucing saya berada di dalam
keadaan yang kotor. Saya akan membersihkan litter box kucing saya dengan
membuang najis dan pasir yang sudah kotor.

Saya menggunakan pasir kucing jenis pine wood pellet. Hal ini kerana ianya lebih
mengurangkan bau daripada menggunakan pasir kucing, Tambahan pula, pine wood
tidak membahayakan kucing sekiranya mereka menjilat kaki mereka. Di samping itu,
ianya juga amat menjimatkan. Terakhir sekali, saya membersihkan lantai dengan
menggunakan penyedut hampa gas.
3.0 PEMAKANAN

Apabila tiba waktu makan, saya menggunakan makanan jenis kibbles. Saya memilih
Royal Canin untuk kucing saya kerana ianya memberikan nutrisi dan vitamin yang
cukup untuk kucing saya. Tambahan pula, makan jenis ini ialah makanan super
premium yang tidak mempunyai by product. Makanan ini juga mementingkan kesihatan
salur kencing kucing dan tidak akan menyebabkan penyakit seperti batu karang. Air
yang secukupnya juga amat penting untuk mengelakkan kucing daripada dehidrasi.
Selain itu, saya juga memberikan ayam rebus atau ikan rebus kepada kucing saya.

Royal Canin Fit 32

4.0 AKTIVITI LAPANG BERSAMA HAIWAN KESAYANGAN

Kucing saya gemar untuk menghabiskan masanya dengan tidur terutamanya pada
waktu siang. Di waktu lapang saya sentiasa menghabiskan waktu bermain dengannya.
Bagi mengelakkan kucing saya berasa bosan, saya akan bermain dengannya. Oleh itu
saya telah menyediakan alat permainan untuk kucing saya. Namun, kucing saya lebih
menggemari alat permainan yang bertali berbanding bola.
5.0 PENGURUSAN HARIAN DAN GROOMING

Setiap hari saya akan menyikat bulu kucing saya dengan menggunakan sikat. Hal ini
kerana kucing saya mempunyai bulu yang panjang dan perlu dibantu untuk
mengelakkan bulu yang kusut dan mengelakkan kejadian hair ball.

Seterusnya, saya tidak menyediakan pencakar untuk kucing saya kerana setiap bulan
saya akan memotong kuku kucing saya dengan menggunakan pemotong kuku khas
untuk kucing. Ia untuk mengelakkan daripada mencederakan saya dan merosakkan
barang perabot rumah.

Tambahan pula, saya jarang memandikan kucing saya untuk mengelakkan kucing saya
menjadi stress, maka setiap minggu saya akan mengelap kucing saya dengan
menggunakan air yang suam. Sebelum mengelap saya menseterilkan tuala terlebih
dahulu dengan menggunakan air panas. Tuala dilap di seluruh badan kucing saya.
Kemudiannya dikeringkan dengan tuala yang kering. Walaubagaimanapun kucing boleh
dimandikan sebulan sekali untuk memastikan kucing bersih dan berbau segar.
Bergitulah penjagaan yang saya lakukan untuk mengekalkan kebersihan kucing saya.

6.0 PENGURUSAN KESIHATAN

Saya juga amat menitikberatkan pengurusan kesihatan kucing saya, baru-baru ini, saya
telah memandulkan kucing saya. Kucing saya telah diberi vaksinasi di klinik veterinar
sekali sebulan bagi tempoh dua bulan sebelum menjalani pembedahan untuk
pemandulan. Vaksinasi dapat mencegah banyak jenis penyakit antaranya Feline
Infectious Peritonitis (FIP), Feline Immunodeficiency Virus (FIV), Feline Panleukopenia
(FP) dan banyak lagi. Vaksin yang seterusnya akan diberikan setahun sekali.
Manakala, ubat kutu dan ubat cacing diberikan secara berkala.

7.0 PENGURUSAN PEMBIAKAN

Setelah kucing saya dimandulkan (Spaying), saya tidak lagi perlu mencari pasangan
untuk kucing saya membiak. Tetapi sebelum memandulkannya, saya telah memberikan
suntikan perancang di klinik veterinar. Suntikan ini akan mengelakkan kucing
mengalami on heat selama 3 bulan.

Saya memilih untuk memandulkan kucing saya kerana kucing saya akan menjadi lebih
sihat dan hidup lebih lama. Spaying membantu mencegah jangkitan rahim dan tumor
payudara. Selain itu, dari segi tingkah laku, kucing tidak akan mengalami on heat.
Walaupun kitaran boleh berbeza-beza, kucing betina kebiasannya akan on heat empat
hingga lima hari setiap tiga minggu selama musim pembiakan. Selain itu, kucing akan
mengeluarkan bunyi yang bising dan kecing di merata-rata tempat sekiranya tidak
dimandulkan.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, memelihara binatang peliharaan amat mudah jika kita pandai
membahagikan masa untuk menguruskannya. Selain itu, aktiviti ini mendidik kita untuk
menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Seterusnya, antara cabaran
dalam menguruskan haiwan kesayangan ialah kita memerlukan kesabaran yang tinggi
kerana kucing mungkin akan membuat sepah atau merosakkan harta benda seperti
menggigit wayar. Selain itu, pemilik kucing sentiasa perlu cakna tentang perubahan
sikap kucing kerana hal ini penting untuk memastikan keadaan kucing itu berada dalam
keadaan yang sihat dan selamat.
9.0 RUJUKAN

ASPCA. (2020). Spay/Neuter Your Pet. Dimuat turun daripada


https://www.aspca.org/pet-care/general-pet-care/spayneuter-your-
pet#:~:text=Spaying%20helps%20prevent%20uterine%20infections,cancer
%20and%20some%20prostate%20problems

Anda mungkin juga menyukai