Anda di halaman 1dari 7

1.

Bincangkan konsep insan menurut perspektif Barat

a) Falsafah Barat (rujukan: kuliah topik ke-4/nota)

Tokoh-tokoh pemikir Yunani seperti Pythagoras, Plato dan Aristotle sampai kepada tokoh era

moden seperti Rene Descartes, Karl Marx, Nietszsche, dan Sigmund Freud adalah antara tokoh

pemikir Barat sepanjang zaman yang telah berusaha untuk mencari pemahaman tentang manusia.

Tambahan pula, tokoh pemikir-pemikir Barat di zaman moden juga mempunyai pandangannya

yang unik dan tersendiri dalam wacana mereka mengenai manusia.

Merujuk kepada pemikiran ahli falsafah Greek yang masyhur Aristotle. Beliau menganggap

bahawa manusia itu mempunyai ciri atau sifat utamanya iaitu akal fikiran yang rasional. Oleh

itu, menurut Aristotle menyebut dalam Bahasa Inggeris, “ man is a rational animal”.

Manusia adalah insan ataupun kejadian yang berfikir. Jadi, pemikiran rasional menjadi ciri

utama kemanusiaan ataupun seseorang insan itu. Ini membezakannya dari haiwan atau daripada

alam jasad yang tidak bernyawa. Kebolehan berfikir secara rasional ini dikatakan suatu

keistimewaan yang dipunyai oleh manusia yang tidak dipunyai oleh kewujudan-kewujudan yang

lain. Ini dikritik oleh sesetengah pihak dalam kalangan ahli Falsafah Barat itu sendiri, dimana

mereka melihat ini sebagai suatu penumpuan yang agak berat sebelah terhadap sifat intelektual

manusia iaitu apa yang dikatakan Logosentrisme. Logosentrisme itu bermaksud berpusatkan

kepada akal fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata.

Konsep “man is a rational being” boleh dibezakan dengan konsep yang ditimbulkan oleh

seorang lagi ahli falsafah Barat Friedrich Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman. Bagi

Nietzsche beliau mengatakan bahawa, yang menarik tentang konsep insan atau

kemanusiaan ini bukannya seperti yang dinyatakan oleh Aristotle yang bersifat logosentrik.
Tetapi yang menariknya adalah cerita yang terdapat dalam sastera Greek silam atau Greek kuno

dimana aspek kemanusiaan yang berteraskan bukan kepada akal fikiran yang rasional tetapi

berteraskan kepada emosi manusia yang mungkin tidak bersifat rasional. Jadi, Nietzsche

mengatakan bahawa “Greek literature is interesting because it presents a different side of man. It

gives us a picture of the dark side of humanity”. Disitu kita lihat bahawa konsep manusia sebagai

insan yang berfikir itu dicabar oleh Nietzsche dan juga oleh ahli-ahli falsafah golongan Counter-

Enlightenment yang mencabar konsep “man as a rational being and man as having to adopt a

scientific approach to life” yang dianjurkan oleh golongan Counter-Enlightenment.

Pada abad ke-18 dan ke 19, golongan Counter-Enlightenment menekankan aspek-aspek emosi

dan intuitif dalam kehidupan dan dalam sifat insan itu sendiri. Jelaslah konsep insan dalam

falsafah Barat itu bukan sesuatu yang bersifat sealiran ataupun monolitik tetapi didalam falsafah

Barat juga terdapat kepelbagaian mengenai konsep insan. Perkara ini tidak termasuk pandangan

dari sudut falsafah Barat, Zaman Pertengahan dimana konsep manusia itu banyak

dipengaruhi oleh fahaman agama khususnya agama Kristian dan disitu konsep manusia itu

sebagai makhluk tuhan dan sebagai ciptaan tuhan yang seharusnya patuh kepada hukum-hukum

tuhan itu ditekankan di dalam perspektif keagamaan dalam menghuraikan akan konsep dan

sifat kemanusiaannya itu.

Dari sudut falsafah moden umpamanya fahaman Existentialisme yang dibawa oleh ahli-ahli

fasafah seperti Jean Paul Sarte dan sebagainya, mereka menganggap bahawa manusia itu

dilahirkan tanpa apa-apa panduan dalam hidup atau tanpa apa-apa sifat kerohanian yang

bersifat semula jadi . Tugas manusia apabila berada di dunia ini ialah untuk mencari

makna dalam kehidupannya sendiri. Jadi ini adalah satu fahaman yang boleh dikatakan bersifat

existentialist dan juga post-modernist.


b) Evolusionist (rujukan: https://youtu.be/kUrAjaiqdXw)

Konsep insan menurut evolusionist ialah mempercayai teori yang dipelopori oleh Charles

Darwin dalam bukunya yang bertajuk “Origin of the Species” pada tahun 1859. Teori ini

menyatakan bahawa manusia berasal dari suatu proses evolusi yang panjang, dimulai dari zat

yang paling sederhana sampai terbentuknya makhluk yang sangat kompleks yang disebut

“manusia”. Keberadaan zat hidup pertama ini biasanya difahami sebagai hasil dari sebuah

peristiwa alam yang kebetulan dan tiba-tiba. Masa yang diperlukan untuk proses evolusi ini

mampu memakan waktu berjuta-juta tahun.

Teori evolusi mengatakan bahwa manusia merupakan keturunan dari hominid. Hominid adalah

makhluk hidup yang memiliki ciri-ciri di antara manusia dan kera. Banyak fosil-fosil hominid ini

ditemukan di seluruh dunia. Fosil hominid tertua yang pernah ditemukan adalah

Australopithecus africanus. Hominid ini ditemukan di Afrika. Australopithecus memiliki kapasiti

otak sebesar 450 cc. Hominid ini sudah mampu berjalan dengan posisi tegak. Posisi tegak ini

sangat penting kerana, posisi ini memberikan beberapa faedah bagi hominid ini. Contohnya,

hominid ini sudah mampu melihat benda dalam jarak yang jauh dan mereka sudah mampu

memindahkan berat ke tangan.

Sekitar 2 juta tahun yang lalu, muncullah Homo habilis, spesies ini dianggap merupakan

keturunan dari Australopithecus africanus. Homo habilis sudah memiliki kemampuan untuk

membuat peralatan-peralatan kasar dari batu-batuan dan tulang haiwan. Mereka bertahan hingga

sekitar 1,5 juta tahun yang lalu. Kemudian, mereka digantikan oleh Homo Erectus.
Homo erectus adalah jenis hominid yang berkemungkinan besar merupakan keturunan dari

Homo Habilis. Homo erectus memiliki kapasiti otak yang lebih besar daripada Homo habilis.

Mereka sudah mampu membuat peralatan yang lebih halus dan rapi dari batu-batuan dan tulang

haiwan.

Kemudian, Homo erctus menurunkan Homo Neanderthalensis. Homo Neanderthalensis hidup di

gua-gua dan telah mampu untuk menanam orang yang sudah mati. Di beberapa wilayah, mereka

mampu bertahan sehingga 40.000 tahun yang lalu. Akan tetapi, mereka telah pupus dan

digantikan Homo sapiens, manusia moden.

2. Bincangkan konsep insan menurut perspektif dua agama (salah satunya adalah agama

yang anda anuti) (rujukan: kuliah/nota)

a) Agama Islam

Agama Islam mempunyai persepsi yang tersendiri dalam membincangkan konsep al-insan. Al-

Quran sebagai indikator utama bagi umat Islam mendefinisikan insan sebagai manusia. Bagi

membezakan taraf dan darjat manusia dengan makhluk lain, manusia dianugerahkan akal.

Pemberian yang sangat berharga ini kepada manusia menyebabkan manusia dinaikkan taraf dan

sebagai makhluk yang teristimewa disisi tuhan. Meskipun begitu, sekiranya akal yang

dinugerahkan oleh Allah disalahgunakan oleh manusia ia merosakkan fungsi sebagai sehingga

taraf manusia ini disamakan seperti haiwan.

Dalam al-Quran, perkataan al-insan disebut sebanyak 65 kali. Dalam al-Quran terdapat surah “al-

Insan” yang ditafsirkan sebagai manusia. Bahkan wahyu yang pertama diturunkan kepada
Rasulullah iaitu surah “al-`Alaq” perkataan insan disebut sebanyak 3 kali. Semua perkataan

insan dalam surah “`al-Alaq” didefinisikan sebagai manusia. Berdasarkan kepada peruntukan

ayat al-Quran menunjukkan pengertian insan secara literalnya difokuskan kepada manusia.

Berdasarkan ayat al-Quran Surah al – Mukminun (ayat 12-14) menjelaskan secara ilmiah proses

kejadian manusia yang bermula dari proses percampuran benih (air mani) kemudian berlaku

proses biologi sehinggalah membentuk lembaga manusia. Semua proses fisiologi ini mengikut

prosedur yang telah ditetapkan oleh Allah yang diluar dari kemampuan manusia. Pelbagai ilmu

dan pengajaran yang ditunjukkan oleh al-Quran kepada manusia.

Jika diteliti proses kejadian manusia, secara umumnya, al-Quran menjelaskan proses kejadian

manusia itu mempunyai tahap yang berbeza. Kejadian makhluk pertama yang diciptakan Alah

iaitu Nabi Adam a.s diciptakan berasaskan unsur tanah. Manakala penciptaan manusia selain

daripada Nabi Adam terbentuk melalui proses biologi seperti yang dikaji melalui pembelajaran

sains. Proses penciptaan manusia merupakan sesuatu perkara yang unik dan menakjubkan.

Proses kejadian ini membuktikan kepada manusia bahawa kebesaran Allah merupakan Pencipta

yang Maha Bijaksana, Tuhan sekalian alam

Satu lagi konsep yang terdapat dalam agama Islam ialah manusia sebagai khalifah Tuhan di

muka bumi ini. Hal ini bermakna manusia diberikan mandat oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir

dan memerintah alam ini dengan baik. Namun begitu, kedudukan manusia sebagai khalifah yang

mentadbir dan memerintah alam ini tidak bermakna mereka boleh mengeksploitasi alam ini

sesuka hati mereka.

Oleh kerana kedudukan manusia sebagai khalifah dan hamba Allah, maka manusia berada pada

kedudukan yang tersendiri dan lebih mulia daripada segala makhluk yang lain. Dengan itu,
manusia tidak sepatutnya menjadi hamba atau bertuhankan kepada makhluk yang lain selain

daripada Allah s.w.t.

b) Agama Hindu

Dalam agama Hindu, manusia itu dianggap sebagai suatu kejadian yang mempunyai roh

ataupun disebut sebagai Atman dalam fahaman Hindu dimana idealnya ialah untuk Atman

(individual soul) itu bergabung dengan Brahman mungkin boleh dianggap sebagai alam

ketuhanan ataupun the divine. Juga terdapat konsep kefahaman kelahiran semula didalam

fahaman Hinduisme dimana bentuk dan sifat dimana manusia itu dilahirkan semula

bergantung kepada apa yang dilakukannya di muka bumi ini dalam kehidupannya sekarang ini.

Jadi jika dia melakukan kebaikan dalam hidupnya pada masa kehidupan yang ada sekarang ini,

maka dia akan mendapat balasan yang baik dan akan dilahirkan semula dalam bentuk yang lebih

baik. Sekiranya ia melakukan kejahatan, maka dia kan dilahirkan dalam bentuk yang lebih

rendah martabatnya daripada manusia seperti haiwan dan sebagainya. Jadi ini konsep insan

yang mempunyai unsur metafizika dan juga etika. Metafizikal dalam erti kata ia menganjurkan

konsep kelahiran semula atau rebirth dan etika dalam erti kata bahawa ia menganjurkan

tentang apakah tindakan yang akan dilakukan oleh manusia untuk mencapai darjat yang lebih

tinggi iaitu untuk mencari kesejahteraan didalam hidupnya.

3. Kemukakan 3 kritikan terhadap konsep insan dalam perspektif Barat menurut Falsafah

Pendidikan kebangsaan (JERI)

Antara kritikan konsep insan dalam perspektif barat ialah dari aspek rohani. Sebagai contohnya

konsep insan yang dicetuskan oleh Nietzche yang tidak bercirikan agama yang kukuh iaitu
mengatakan kepercayaan kepada tuhan menunjukkan sikap yang lemah dan segan untuk

mengejar kebenaran yang sebenar. Hal ini bertentangan dengan FPK yang menggalakan kita

supaya memberi penekanan terhadap kefahaman dan amalan keagamaan serta patuh dan percaya

kepada tuhan.

Seterusnya ialah falsafah materialisme berpandangan bahawa elemen yang terpenting bagi

manusia bukanlah akal atau roh sebaliknya terletak pada dimensi usahanya. Hal ini harus dikritik

kerana menurut FPK setiap elemen jasmani, rohani, intelek dan emosi adalah penting dan

haruslah seimbang. Keseimbangan setiap aspek ini akan menjadikan manusia itu sebaik-baik

kejadian.

Yang terakhir ialah pandangan yang mengatakan manusia adalah jahat. Hal ini wajar di kritik

kerana menurut FPK, individu itu haruslah diberi pendidikan supaya menjadi individu yang

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri.

Anda mungkin juga menyukai