Anda di halaman 1dari 3

Sukan Rampanau

Pengenalan Sukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah.Sukan Rampanau atau berjalan dengan menggunakan cangkungan merupakan sejenis sukan tradisi yang sering dilakukan semasa lapang dan juga satu kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu.Namun Sukan Rampanau ini juga berbeza panggilannya mengikut sesuatu daerah ,ada dikalangan beberapa daerah menyebutnya Rampanau dan ada juga yang menyebutnya Minsurukud (KG.Sunsuron,Tambunan).

Sukan Rampanau ini kini hanya dapat kita saksikan pada keramaian Pesta Kaamatan dan jarang sekali dimainkan oleh masyarakat zaman ini akibat pengaruh arus pemodenan zaman. Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera pemainnya.Permainan ini memerlukan keseimbangan badan. Rampanau ini selalunya diperbuat daripada dahan sagu,kayu keras dan 2 batang bambu. Namun ia berbeza di setiap daerah, contohnya, di daerah Tambunan keseluruhan Rampanau ini diperbuat dari buluh.Bambu berkenaan berukuran kira-kira 3M hingga 10M.Dahan sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki semasa sukan dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira - kira 8cm dan 5cm.
Peraturan-Peraturan Sukan Rampanau

Peraturan-peraturan Sukan Rampanau : 1.Pertandingan ini adalah terbuka kepada lelaki dan wanita menikut kategori umur.

2. Jarak larian adalah bergantung kepada keluasan gelanggang pertandingan dan penganjur. 3. Semua peserta mestilah berada diatas kaki kayu semasa berlari dari permulaan hingga akhir. 4. Peserta yang jatuh dari kayu semasa berlari mestilah berhenti dan menaiki kaki kayu semula sebelum meneruskan larian. 5. Peserta yang jatuh sebanyak 3 kali dalam 1 larian akan dikira kalah. 6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kematian yang mungkin berlaku semasa pertandingan. 7. Peserta yang berada dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan. 8. Peserta mengandung tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 9. Sukatan ketinggian kaki kayu mestilah seragam mengikut kategori dan umur peserta.

Anda mungkin juga menyukai