Anda di halaman 1dari 8

Tahun 4 Topik : 2 Tajuk : Sayangi keluarga Objektif : 1) Murid dapat menyatakan jasa ibu mereka sekurang-kurangnya 5 jasa.

2) Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 ayat yang menunjukkan kasih sayang kepada ibu. 3) Murid dapat menyatakan adab-adab seorang anak kepada ibu.

TAJUK LAGU : ANUGERAH TUHAN Ini jasa ibuku Mari kita kenangkan Ibu menyusukanku Sabar melayaniku Walau susah Walau payah Kau usaha Membesarkanku Oh ibu Diredhai Allah selalu

REFLEKSI BINA INSAN GURU OLEH KIFAYATUL ASRAR BIN HEHSAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya telah berkenan melapangkan dada dan

melapangkan masa kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani kursus Bina Insan Guru ( BIG ) seminar yang berlangsung di Dewan Besar Nik Muhyidin Musa pada 10 April 2012 yang lalu. Pada sesi seminar kali ini saya dapatinya ia lebih kepada pendedahan kepada tema etiket social dan protocol untuk seorang guru di masa kini. Selepas menyertai seminar ini, saya telah menyedari tanggungjawab saya sebagai seorang warga pendidik yang berperanan utama dalam membangunkan modal insan yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan. Dalam seminar ini saya telah diterangkan ciri-ciri modal insan yang cemerlang iaitu berjaya dalam aspek pembawaan diri, pemakaian diri, penampilan diri, adab dalam majlis, corak pengacaraan majlis, kekananan dalam majlis, ketegori-ketegori majlis dan lain-lain lagi yang berguna sebagai persediaan seorang guru. Di samping itu melalui seminar ini saya telah mendapat tahu bahawa modal insan yang dihasilkan adalah haruslah mengikut acuan sendiri iaitu mengikut budaya masyarakat Malaysia dan tidak mengikut budaya barat dengan mengekalkan unsur tradisi. Oleh itu profesion perguruan hendaklah dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap, jujur dan berdedikasi. Maka saya telah menyedari tugas saya sebagai seorang pendidik bukanlah sesuatu yang mudah dalam menyediakan dan mengacu seorang insan yang lengkap dalam memacu pembangunan negara. Pada masa yang sama, melalui seminar ini saya juga mendapat tahu, seorang guru juga harus menjaga tingkah lakunya kerana sahsiah guru adalah amat penting dalam menentukan halatuju kerjayanya. Ini kerana guru bukan sahaja seorang pendidik tetapi mereka adalah pengganti ibu bapa, penasihat pembentukan sahsiah murid, kaunselor dan pengamal serta penyebar ilmu. Guru hendaklah menjadi contoh terbaik kepada murid-murid pada setiap masa. Oleh itu guru-guru haruslah memberi sumbangan dalam membentuk murid-murid yang mempunyai tingkah laku yang sahsiah yang positif supaya mereka dapat menjadi dalam asas pembentukan tamadun Malaysia yang berjaya pada masa hadapan. Dengan sebab

itulah seminar etiket sosialdan protokol ini diwajibkan ke atas kami sebagai seorang bakal guru. Saya juga mendapat tahu tentang ciri-ciri keguruan yang penting iaitu mempunyai latihan perguruan, mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah, ahli kesatuan yang menerima kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. Dengan ini, saya mempelajari bahawa guru haruslah mengamalkan secara langsung atau tidak langsung etiket sosial dan protokol ini kerana ianya ialah peraturan-peraturan yang berkaitandengan citarasa, kesesuaian, adab tertib, penampilan, kesopanan dansebagainya. Dengan pengamalan dalam kehidupan juga ianya akan menjadi pembelajaran sepanjang hayat dan bisa menjadikan seorang guru itu sentiasa berusaha dan terus berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu supaya dapat menjadi penyebar, pembentuk dan pemudah cara dalam memberikan ilmu yang terbaik. Dalam seminar yang dianjurkan ini juga saya mengetahui bahawa etika adalah sesuatu yang amat penting dalam semua kerjaya kerana ia menentukan kualiti yang dihasilkan melalui perkhidmatan yang kita berikan. Maka dengan menyertai seminar ini saya telah memahami dengan lebih lanjut tentang maksud etika iaitu suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Ia meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. Setiap

profesion mempunyai kod etikanya sendiri. Maka saya telah menyedari bahawa seorang guru hendaklah mematuhi kod etika demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionalnya. Secara kesimpulannya, seminar ini telah memberi banyak manfaat kepada saya. Ia telah menyedarkan saya betapa besarnya tugas saya pada masa hadapan dalam mengharungi profesion perguruan yang kian mencabar. Oleh itu, ia telah menyemarakkan semangat saya untuk berbakti kepada masyarakat pada masa hadapan dan telahpun membina sebuah motivasi diri yang kuat di dalam diri saya untuk menjalankan segala tugasan yang diberikan di Institut Perguruan dengan jayanya. Saya juga berharap agar program seminar seperti ini bukanlah penamat tetapi permulaan yang baik serta dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. REFLEKSI BINA INSAN GURU OLEH KIFAYATUL ASRAR BIN HEHSAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya melapangkan dada dan melapangkan masa kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani kursus Bina Insan Guru ( BIG ) khidmat masyarakat menderma darah pada 27 Mac 2012 yang lalu. BIG fasa 3 siri 1 ini yang telah dilaksanakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Pada sesi BIG kali ini kami telah pergi menyumbangkan darah bagi membantu masyarakat yang memerlukan darah untuk menyambung sisa-sisa hidup. Program ini juga ternyata mendapat kerjasama daripada Pusat Darah Negara yang membantu dari aspek teknikal seperti menyediakan doctor, jururawat, katilkatil, alata-alat perubatan dan lain-laian lagi yang difikirkan perlu untuk proses menderma darah. Secara kasarnya daripada aktiviti khidmat masyarakat menderma darah yang telah saya ikuti di dewan itu ialah ianya dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Ianya secara tidak langsung dapat membantu pembinaan insan guru yang merupakan suatu usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan mentaliti seseorang tentang menderma darah itu. Di samping itu, saya melihat program yang dilaksanakan ini dapat memupuk sikap keprihatinan dalam diri saya dan lebih peka akan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling masyarakat di mana kita berada. Hal ini sesuai dengan perumpamaan Melayu yang melarang kita daripada bersifat seperti kera sumbang iaitu bermaksud seseorang yang sering memisahkan diri daripada masyarakat sekeliling dan lebih suka untuk hidup sendiri-sendiri dan nafsi-nafsi. Daripada aktiviti ini juga, saya sebagai seorang guru pelatih dapat melihat peri pentingnya seorang guru dalam memastikan keberlangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dan

mengaitkannya dengan persekitaran semasa pelajar untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Program khidmat masyarakat menderma darah ini juga ternyata dapat memupuk semangat kerjasama antara setiap guru pelatih yang mungkin pada masa akan datang nanti semasa di dalam alam pekerjaan akan dapat dipraktikkan dalam membantu pihak sekolah, membersih, mengemas dan memulih serta menyusun atur peralatan agar boleh digunakan seperti sedia kala. Kerjasama dan persefahaman yang dipupuk antara insan guru serta pentadbiran sekolah ini juga saya percaya secara tidak langsung ianya akan membantu aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial (JERIS) murid sekaligus akan dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Semasa aktiviti ini berlangsung juga boleh dikatakan bahawa tidak ada seorang pun di antara kami yang menunjukkan reaksi yang negatif dalam proses menjalankan kerja. Masing-masing mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan bahagian dan tugas yang telah diagihkan. Kerjasama yang diberikan ini akhirnya memperlihatkan kesan yang baik apabila saya beserta rakan-rakan dapat membersihkan taman itu dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga berasa bangga dengan usaha yang ditonjolkan oleh rakan-rakan saya dalam proses menyempurnakan aktiviti menderma darah itu. Kesimpulannya, program BIG kali ini dapat memberi kesan yang positif dalam diri saya dan membuka mata akan keperluan kepentingan bermasyarakat dalam jiwa seorang insan yang bernama guru. Sikap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi masalah-masalah di dalam masyarakat juga ternyata dapat mematangkan diri saya dalam melihat semua masalah yang berlaku secara adil tanpa terus menghukum pihak-pihak tertentu. Biar siapapun saya, selagi saya mempunyai kudrat untuk membantu meringankan beban sesiapa sahaja, saya perlu mengambil peluang tersebut kerana perkara itu boleh mematangkan pemikiran saya dalam mendepani dan menangani sesuatu masalah. Saya juga berharap agar program ini bukanlah penamat tetapi permulaan yang baik serta dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

LAMPIRAN

LIRIK ASAL YANG SALAH TAJUK LAGU : ANUGERAH TUHAN Ibu aku anakmu Ibu kau cahayaku Engkau sulur hatiku Sabar melayaniku Walau susah Walau payah Kau usaha Membesarkan ku Oh ibu Diredhai Allah selalu

Anda mungkin juga menyukai