Anda di halaman 1dari 3

Langkah pengajaran Kata Adjektif Tajuk : Kata Adjektif Nama : Kifayatul Asrar bin Hehsan Nama teknik: Permainan

Bahasa (Membuat Kad Cerita) Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Bahan-bahan: 1. Kertas lukisan 2. Krayon 3. Kotak 4. Pita pelekat 5. Gunting Langkah-langkah: 1. Murid diberikan penerangan mudah tentang maksud dan konsep Kata Adjektif oleh guru. 2. Murid diterangkan dengan jenis dan contoh-contoh Kata Adjektif. 3. Guru bersoal jawab dengan murid untuk menilai tahap kefahaman murid. 4. Selesai sesi pengajaran, setiap murid diberikan sekeping kertas lukisan, krayon, sekeping kotak, pita pelekat dan gunting. 5. Dalam kertas lukisan itu murid dikehendaki melukis sesuatu objek dan ceritakan dalam ayat ringkas tentang objek itu dengan menggunakan krayon. 6. Ayat ringkas itu perlu mempunyai kata adjektif dan membentuk ayat adjektif. 7. Sebagai contoh jika murid melukis sebuah rumah, ayat yang harus dibuat ialah seperti Rumah itu cantik dan besar. 8. Kata cantik dan besar itu digariskan untuk menunjukkan ia adalah kata adjektif.

9. Setelah siap melukis dan membuat ayat adjektif yang ringkas tampalkan lukisan itu dengan pita pelekat di atas kotak. 10. Bawa kad itu ke depan kelas dan bacakan ayat adjektif yang direka untuk lukisan itu kepada rakan-rakan.

Teknik permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah, penulis telah memilih teknik permainan bahasa untuk mengukur keupayaan murid menguasai kemahiran menulis.

Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini ada hubung kaitnya dengan kandungan pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, permainan bahasa boleh dijelaskan sebagai cara mempelajari bahasa melalui bermain atau murid belajar sambil bermain. KELEBIHAN 1. Dapat menarik perhatian muridmurid. 2. Suasana proses p&p menjadi lebih seronok dan berkesan. 3. Melatih murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. 4. Memupuk semangat daya saing dalam diri murid. 5. Dapat membina keyakinan dalam diri murid. 6. Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan kreativiti, bakat dan potensi diri. CARA MENGATASI KELEMAHAN 1. Guru perlu merancang dengan teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. 2. Guru melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat. 3. Memberi penghargaan kepada murid yang membuat cerita terbaik. KELEMAHAN 1. Memerlukan tempoh masa yang panjang. 2. Memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. 3. Kanak-kanak yang lemah akan berasa rendah diri.

Anda mungkin juga menyukai