Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Sebagai rumusan daripada segala aktiviti persatuan yang telah dijalankan oleh kami ini
telah kami rangkumkan dalam satu sajak.
Siapakah lagi
Yang akan mendaulatkan bahasa Melayu
Di buminya sendiri, bumi tercinta ini
Atau hanya teori dalam perlembagaan negeri
Dan bukan untuk amali

Siapakah lagi
Yang akan memberi nilai ekonomi
Kepada bahasa milik peribumi

Siapakah lagi
Yang akan mengajar segala ilmu
Sastera, sains dan teknologi
Dalam bahasa sendiri

Siapakah lagi
Yang sehingga kini masih meragui
Bahasa Melayu
Melainkan bangsanya sendiri
Yang lemah harga diri...

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai