Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENDIDIKAN SENI TAHUN 3 Kelas : Bidang : Mengenal kraftangan Kegiatan Tajuk :

PENGAJARAN 3 : Labu

HARIAN Alamanda Gurisan sayong

Konsep utama : menghasilkan ragam hias pada tembikar menggunakan teknik gurisan.

Objektif

Pada

akhir

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

murid

dapat

i ) Implisitmurid dapat mengetahui kepelbagaian ragam hasil pada tembikar labu sayong. ii ) Eksplisit murid dapat membuat ragam hias pada rupa tembikar tradisional dengan menggunakan teknik iii ) Ekstetika murid dapat menghargai barangan kraf tradisional dan hasil karya sendiri. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat labu sayong dan ragam hias pada labu sayong. Persediaan murid : Krayon, kertas lukisan, gam, pencungkil gigi & gunting Bahan Bantu Mengajar ( BBM) : 1) Lembaran kerja menggambar. 2) Contoh motif ragam hias p.ada tembikar 3) Contoh ragam hias pada teknik gurisan yang sudah siap. Bahan bantu belajar : 1) Labu sayong. 2) Contoh hasil karya yang telah siap. 3) Gambar langkah langkah penghasilan. KBKK : Murid dapat menggunakan kreativiti masing masing dalam menyusun atur corak. Nilai : i) Memupuk nilai menghargai hasil kraf tradisional. ii) Memupuk sikap menjaga kebersihan dan kekemasan dalam penghasilan karya. Perkara Butiran kegiatan pengajaran & pembelajaran catatan Set Induksi ( 5 minit ) 1 . Guru bertanya khabar murid .

gurisan.

2. Guru memperkenalkan tajuk. 3. Guru menunjukkan gambar labu sayong. 4. Guru bersoal jawab dengan murid. Perkembangan ( 45 minit ) 1. Guru mengagihkan lembaran kerja. 2. Guru menerangkan langkah penghasilan 3. Murid menjalankan aktiviti. Langkah 1. Murid melakar labu sayong dengan menggunakan acuan yang disediakan oleh guru. Langkah 2. Murid mewarnakan rupa labu sayong dengan pelbagai warna.

Langkah 3. Murid menindan dengan warna hitam di atas lapisan pertama.

Langkah 4. Murid mengguris dengan menggunakan pencungkil gigi bagi menghasilkan ragam pada labu sayong motif yang digunakan kraf tradisional.

Langkah 5 . Murid menggunting dan menampal labu sayong yang telah siap dihias pada kertas lukisan supaya kelihatan kemas. Hasil karya yang siap .

Kemuncak ( 5 minit ) 1 ) Guru menayangkan hasil karya murid yang telah siap di hadapan kelas. 2 ) Guru memberi pujian kepada murid yang menghasilkan karya terbaik. Penutup ( 5 minit ) 1) Guru mengulang kembali tajuk pada hari ini. 2) Guru memupuk murid menyebut nama motif . 3) Guru bersoal jawab dengan murid.

SEJARAH LABU SAYUNG


Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram

Thursday, March 22, 2007


PROSES MEMBUAT LABU
1. Mengambil Tanah - mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat. 2. Menjemurkan tanah -tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari. 3. Menumbuk -tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki. 4. Mengayak -proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. -proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung 5. Membancuh -proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti tidak terlalu lembik. -bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen. 6. Menguli Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah. 7. Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan

dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu. 8. Menghias Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar. 9.Membakar Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Anda mungkin juga menyukai