Anda di halaman 1dari 8

KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR

kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan
yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. di sekolah rendah, murid
diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1 alat domestik
4.2 alat permainan
4.3 alat pertahanan diri
4.4 perhiasan diri (ornamen)
4.5 batik
4.6 tekat
4.7 ukiran
4.8 tenunan
4.9 anyaman
4.10 tembikar
tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. seni
tembikar telah wujud di malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang
tembikar lama seperti di gua cha, kelantan dan di sungai perak.

terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di malaysia. hampir semua tembikar
yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. beberapa buah negeri di malaysia
menghasilkan tembikar. barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak,
dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan
teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
tembikar tradisi melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang
membanggakan.
TEKNIK PEMBUATAN TEMBIKAR:
(A) TEKNIK PICITAN
(B) TEKNIK LENGKARAN
(C) TEKNIK KEPINGAN
(D) TEKNIK LEMPAR ALIN


PROSES:
mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu.
ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. campur debu tanah dengan air dan kacau. simpan di dalam pasu selama tiga hari.
3. tanah liat akan mendap. uli menjadi liut dan lembut.
4. tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di
sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. ini bertujuan untuk
menguatkan tembikar.
7. pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. cantuman bahagian badan dan kepala
tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (leather hard).
9. ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

JENIS TEMBIKAR TRADISIONAL (LABU
SAYONG:
1) LABU GONDOL ATAU LABU AIR
2) LABU KEPAYANG ATAU LABU PUCUNG
3) LABU GELUGUR
4) LABU TANAH
5) LABU PANAI
6) LABU KEPAP
7) LABU TELA
8) LABU LEPER ATAU LABU BOCONG


REKA BENTUK TEMBIKAR TRADISIONAL
Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan
tembikar orang melayu. teknik pembentukan dan penciptaan orang melayu tetap pada
tahap teknologi primitif. dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu
biasa tanpa ukuran tertentu. tukang melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama
dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di muzium negara dan
muzium taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang melayu membentuk dan
mencipta, iaitu perkembangan daya ukiran serta tingkatkebudayaan. walaupun rupa bentuk
tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.

Anda mungkin juga menyukai