Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni. Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

Senarai Kandungan Tajuk Pendahuluan Sejarah tembikar Jenis-jenis tembikar Bahan tembikar Cara-cara membuat tembikar Teknik membuat tembikar Tokoh-tokoh tembikar Rujukan Gambar-gambar tembikar Muka surat

Folio Seni 2010

Nama:Fateen Adriana binti Adzhar. Kelas:1 Karisma Guru Seni:Puan Sumathy a/p Raghavan

Sejarah
Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Seni Tembikar ini telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di      Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu,Perlis, Ulu Tembeling,Pahang, Bukit Tamabun, Perak Guah Niah,Sarawak.

Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang dibuat secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu. Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain itu,tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai. Ia terdiri daripada kulit dan tanah liat endapan. Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan, iaitu sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar. Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar berbeza kerana dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Bahan-bahan
 Tanah liat Langkah-langkah memproses tanah liat Tanah liat dimasukkan ke dalam bekas yang besar. Tanah liat dicampurkan dengan air supaya menjadi lembut. Tanah liat ditapis dengan penapis khas. Tanah liat disimpan semalam-malaman bagi pemendapan. Air di dalam bekas dibuang, manakala selut tanah liat ditinggalkan. Selut dicurahkan ke atas permukaan kepingan plaster Paris untuk pemendapan kali kedua.  Biarkan air yang terkandung dalam selut diserap sehingga menjadi liut untuk proses menguli.      

Tokoh
Zamri bin Pandak y y y Lahir di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1942. Memperoleh kemahiran membentuk tradisi daripada datuknya sejak berumur 15 tahun dan terus berkecimpung dalam bidang ini. Berkhidmat sebagai pengajar kraf tembikar di Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia (PKKM) pada tahun 1974 hingga bersara pada tahun 1997. Pernah memperkenal dan memajukan industri kampong berasakan kraf tembikar di: o Koperasi Industri kampong Jai, Kelantan o Koperasi Industri Kampung Mambong, Kelantan o Koperasi Industri Kampung Pulau Tiga, Parit, Perak o Koperasi Industri Kampung Kepala Bendang,Perak o Koperasi Industri Kampung Pasir Durian, Jerantut, Pahang Sering menyertai pameran, demonstrasi, bengkel, dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta. Antaranya ialah menyertai program Asian Regional Workshop di Dhaka, Bangladesh pada tahun 1986. Telah membuat beberapa inovasi dalam reka bentuk labu dan juga experimentasi pelbagai teknik dan bahan semasa berkhidmat di PKKM. Karya kerja tangan sering menjadi kegunaan rasmi kerajaan Malaysia. Contoh, 4 unit tempayan untuk Persidangan CHOGM dan tempayan pancutan air di Putrajaya.

y y

Puan Hasnah binti Mohd. Adnan y y Lahir di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Mula membuat labu sejak berumur 30 tahun kerana dipengaruhi oleh kawan-kawan dan suasana persekitaran yang aktif dalam kegiatan membuat labu sayong. Membentuk labu mengikut cara tradisional, iaitu menggunakan teknik lingkaran atau picitan. Tokoh labu sayong yang diiktiraf oleh Perbadanan kemajuan Kraf Tangan Malaysia (PKKM).

y y

Cara-cara membuat
Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dkumpulkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus. Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang. Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu. Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada. Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk menghitamkan labu, labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas labu yang telah menjalani proses pembakaran.

Teknik membentuk tembikar


 Teknik picit

 Teknik lingkaran

 Teknik kepingan

 Teknik putaran

 Teknik acuan

Teknik Pembakar Cara Tradisional

Pembakaran Labu Sayong (Salai). Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian di bakar di dalam api yang marak.

Pembakar cara Pulau tiga. Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api.

Jenis-jenis Tembikar

Tembikar Sayong -berasal dari Perak -tidak bersepuh -berfungsi sebagai bekas menyimpan air -dikenali juga sebagai labu -reka bentuk dari buah labu -bewarna hitam terhasil dari pembakaran sekam padi -diperbuat daripada tanah busut yang terpilih. -dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, perak.

Jenis-jenis labu sayong        Labu Labu Labu Labu Labu Labu Labu tanah gombol kepanyang leper gelugur besar tela       Labu Labu Labu Labu Labu Labu belalai gajah lelap bocong asli panai parit

Tembikar Mambong -Dari Kelantan -Tidak bersepuh -fungsi sebagai perkakasan dapur -bewarna perang kemerahan -dibakar dalam ketuhar khas yang dibina untuk membakar - kebanyakannya tidak mempunyai corak ragam khas

Tembikar Tembeling -tempat perusahaannya di Kampung Pasir Durian di pinggir Sungai Pahang, Hulu Tembeling, lebih kurang 16 kilometer dari Jerantut. -Tembikar terenang adalah sejenis kendi air bertutup yang merupakan hasil daripada tembikar tembeling yang terkenal di kawasan itu. - Bahan utama untuk membuat terenang ialah tanah padi berwarna kuning yang keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu di Hulu Tembeling. -Corak ragam hiasnya ringkas dan mudah.

Tembikar Sarawak -dari Sarawak -bersepuh -bewarna warna-warni -fungsi sebagai pasu

Gambar-gambar Tembikar

Rujukan

 http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar2_proses.htm

 Kathleen Chee,2008,Buku Teks Seni Tingkatan Satu, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

 http://www.google.com.my/image/

 http://lamanseni09.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai