Anda di halaman 1dari 5

SCM2074

KONSERVASI ORGANIK 1

JURNAL/ARTIKEL

TAJUK : LABU SAYONG KUALA KANGSAR

PENSYARAH : MUKHTARUDDIN BIN MUSA

NAMA NO MATRIK
JALMAN BIN JANUSIN C19A0153
NAMA PENGARANG : ROZDAN MAZALAN

PENERBIT : BERITA HARIAN ( 4 OGOS 2019)


TAJUK : LABU SAYONG KUALA KANSAR

PENGENALAN

Labu sayong merupakan sejenis bekas tembikar yang berwarna hitam dan rekabentuk labu yang berasal
dari mukim sayong. Labu sayong ini dihasilkan di sebuah desanyang terletak kira-kira 1 kilometer dari
kuala kangsar, perak. Barangan ini diusahakan masyarakat kampong kepala bendang. Terdapat dua
tokoh dalam pengahasilan labu sayong di kuala kangsar yang pertama adalah seorang wanita kelahiran
kuala kangsar dan tok kaluk seorang pendatang minangkabau pandai besi dari sumatera yang
diceritakan memperkenalkan tembikar daripada tahan liat pada tahun kira-kira 1810 semasa zaman
sultan abdul malik Mansur syah yang mana kemahiran beliau mendapat kepercayaan baginda.
ISI PENTING DALAM ARTIKEL INI.

• Kira-kira 90% industri pembuatan kraftangan tembikar seperti labu air di mukim sayong, kuala
kangsar, perak. Khususnya kepala bentang masih aktif.
• Pengusaha tembikar adiguru kraf, zulkafly panda bedin yang merupakan generasi kelima masih
bersemangat untuk mengekalkan pembutaan labu sayong, walaupun tempahan tembikar
bergerak pelahan sejak setahun lalu di sebabkan kuranganya tempahan. Ini dapat dibuktikan,
yang mana sepanjang perjalanan memasuki kampung kepala bendang, kelihatan banyak
bengkel pengusaha pembuatan tembikar yang dilihat suram. Tembikar kelihatan berhabuk,
namun masih kelihatan tersusun kemas di dalam bengkel.
• Beliau masih mengekalkan pembuatan tembikar labu secara tradisonal iaitu menggunakan
tangan sahan untuk membuaat tembikar labu.
• Beliau mengusaha tembikar labu ini sejak kecil daripada arwah ibu beliau. Dan sekarang hanya
anak kelima beliauyang berminat untuk meneruskan sekaligus kerjaya industri kraf labu ini
supaya tidak pupus.
• Berbeza pandangan pengusaha moden dan tradisonal sayong pottery, mohd pareb zamari, yang
mana melihat kraf ini jauh menembusi pelbagai negara di dunia masih berpotensi untuk
dtaranformasikan bagi kegunaan harian.
• Beliau juga mengusahakan kaedah pembuatan moden dan tradisional mengakui keistimewaan
tanah sayong yang memiliki banyak khasiat memberi keupayaan industry itu untuk bertahan
lama.
• Sebagai pengusaha generasi kelima, beliau memastikan kaedah pembuatan tradisonal perlu
diteruskan untuk mengekalkan warisan identity kuala kangsar yang sebagai pengeluar satu-
satunya labu sayong di dunia.
• Bagi mengakat industri ini, penggunaan teknologi moden perlu seiring dengan pengeluaran
produk yang lebih produktif termasuk cepat, ketahanan, kreativiti dan pemasaran.
• Selain tanah liat sayong, beliau turut mengimport tanah ‘porcelain’ dari jepun untuk membuat
temmbikar dan labu mempunyai ketahanan tinggi.
- Tanah porcelain, perlu dimasukkan beberapa bahan lain untuk lebih tahan. Ianaya akan
lebih kuat selepas dimasukan bahan lain dan mampu menghasilkan banyak tembikar.
Keranan ketahanannya mampu dibakar pada suhu 1,250 celsius.
- Tanah sayong pula banyak keistimewaan dan tidak perlu campur dengan mineral lain
supaya lebih tahan lama. Kelebihan tanah sayong sebagai penapis klorin jika dimasukkan
paip di dalamya untuk menyejukkan badan secara semula jadi.
• Teknik pembuatan
- Pembuatan tradisonal
- Pembuatan moden
- Throwing/teknik lemparan alin
- Teknik acuan
- Teknik sepuh
• 6 cara hasilkan tembikar
- Membentuk.
- Membersih.
- Meluruh.
- Hiasan/ukiran.
- Mengering.
- Membakar.
• Teknik pembakaran tanah sayong pada suhu 1,000 celsius dan bagi tanah poslin pada suhu
1,250 celsius.
PENDAPAT SAYA, BAGI ISI YANG DI KEMUKAKAN DALAM ARTIKEL INI.

• Semangat dan usaha dalam meneruskan pengahsilan labu sayong ini tetap diteruskan.
Walaupun kurang mendapat tempahan bagi mengekalkan warisan turun temurun supaya tidak
pupus begitu sahaja. Hal ini adalah tindakan yang begitu berani daripada zulkafly pandak bedin.
Walaupun menggunakan kaedah tradisonal dalam penghasilan labu bagi mempertahankan
warisan tersebut.
• Penggunaaan teknologi moden, amatlah diperlukan pada masa kini, tambahan pula semua
maklumat dihujung jari ramai pembeli menggunakan platform media sosial untuk membeli
belah, justeru itu tindakan anak kelima beliau adalah bijak bagi meningkatkan permintaan labu
sayong bukan sahaya dalam negara malah ke seluruh dunia.
• Kaedah transformasi penghasilan juga amat diperlukan pada masa kini, yang mana dalam
penghasilan labu sayong ini kita perlulah kreatif dan inovatif untuk menghasilkannya supaya
dapat menarik minat pembeli untuk memlikinya.
• Industri kraf labu sayong ini mampu menjana mendapat dengan lebih tinggi serta mampu
mewujudkan hubungan dua hala. Contohnya, import tanah liat percolain dari jepun menjalin
antara dua pihak yang memerlukan bahan mentah untuk memperbagaikan penghasilan labu
sayong khususnya.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan dalam artikel labu sayong kuala kangsar yang saya baca, labu sayong yang
merupakan warisan turun temurun daripda nenek moyang masih dikekalkan walaipun sebahagian
bengkel yang terdapat di sekitar kampung kepala bendang kelihatan suram. Akan tetapi semangat untuk
mengekalkan warisan tidak pernah pudar dalam diri walaupun ianya kurang mendapat sambutan akan
tetapi itu bukan jalan pengakhiran bagi penghasilan labu sayong di kawasan itu khususnya.selain itu
juga, pengetahuan dalam teknologi jamat diperlukan bagi menpromosikan produk keluaran tempatan
agar dapat menjana pendapatn dengan lebih cepat sertab dapat menembusi pelbagai negara di dunia dan
mentranformasikan kraf ini untuk kegunaan harian.

Anda mungkin juga menyukai