Anda di halaman 1dari 20

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan.................................................................................................................................2
2.0 Sejarah Labu Sayong...............................................................................................................3
3.0 Keunikan Labu Sayong...........................................................................................................4
3.1 Motif...........................................................................................................................................4
3.2 Inspirasi Bentuk Labu Sayong............................................................................................4
3.3 Inspirasi Motif Labu Sayong................................................................................................5
3.4 Struktur Asas Labu Sayong...............................................................................................6
4.0 Kaedah Penghasilan Labu Sayong.......................................................................................7
4.1 Pengambilan dan pemilihan tanah liat..............................................................................7
4.2 Pengeringan tanah liat..........................................................................................................8
4.3 Proses menumbuk tanah liat...............................................................................................8
4.5 Proses menguli.......................................................................................................................9
4.6 Proses membentuk labu Sayong.......................................................................................9
4.7 Proses mengemas dan melicinkan labu Sayong.........................................................13
4.8 Proses membentuk ukiran tembikar...............................................................................14
4.9 Penjemuran............................................................................................................................15
4.10 Pembakaran.......................................................................................................................15
4.11 Penyempurnaan.................................................................................................................17
5.0 Kesimpulan...............................................................................................................................18
Rujukan.............................................................................................................................................19
1.0 Pengenalan

Pembuatan tembikar meupakan satu seni yang telah wujud sejak zaman pra
sejarah. Pembuatan tembikar ini kemudiannya diwarisi sehingga ke hari ini. Setiap negara di
dunia ini mempunyai reka bentuk tembikar yang unik dan tersendiri. Pembuatan tembikar ini
mempunyai fungsi yang tersendiri1. Orang Melayu juga mempunyai warisan pembuatan
tembikar yang tersendiri. Antara warisan pembuatan tembikar orang Melayu yang masih
boleh dilihat sehingga masa kini ialah labu Sayong2. Fungsi asal labu Sayong adalah untuk
menyimpan air untuk idiminum3. Air yang disimpan dari labu ini adalah sejuk dan baik untuk
kesihatan yang dikatakan boleh menjadi penawar seperti batuk dan demam panas. Selain
dijadikan bekas menyimpan air ia juga boleh dijadikan sebagai pasu bunga, periuk,
perhiasan dan sebagainya. Oleh itu, penulisan ini akan merungkai sejarah pembuatan Labu
Sayong yang masih lagi dipraktikkan oleh sebahagian komuniti kecil masyarakat Melayu
pada zaman moden ini.

1
Ada tembikar yang dibina untuk kegunaan pinggan mangkuk dan ada juga tembikar yang dibina untuk kegunaan
menyimpan air. Tembikar digunakan secara meluas pada zaman dahulu kerana pada zaman itu tidak ada perkakasan yang
dibuat seperti zaman moden kini.
2
Istilah “labu Sayong” diambil sempena nama tempat labu ini diperkenalkan iaitu Sayong, sebuah kawasan dalam daerah
Kuala Kangsar pada hari ini.
3
Kamdi Kamil. 1975. “Bentuk dan tradisi tembikar pra sejarah di Malaysia: Satu diskripsi ringkas” JEBAT, 5:124-146.

2
2.0 Sejarah Labu Sayong

Sayong merupakan satu kawasan dalam daerah Kuala Kangsar. Pada abad ke 18,
Sayong berada dalam pemerintahan Sultan Iskandar yang mangkat pada 1765. Baginda
telah dijemput ke Sayong oleh Seri Maharaja Lela dan disambut oleh segala hulubalang
dan pegawai hulu Sayong. Pusat pemerintahan serta Istana negeri Perak juga
pernah dibina di Sayong sehingga pemerintahan Sultan Yussuf Shariffudin Muzafar
Shah4 sebelum berpindah ke Bukit Candan sering ditengelami banjir. Sekitar tahun 1875
Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II menggambarkan Perak sebagai sebuah
negeri beriklim tropika yang subur tanahnya dan amat sesuai bagi kegiatan bercucuk
tanam. Tanaman labu yang dikeringkan kemudian dijadikan bekas minuman telah
membawa kepada ilham penghasilan labu tanah dan dikenali sebagai labu Sayong pada
ketika ini. Dari segi sejarah penciptaan labu Sayong, menurut Puan Maznah Sulaiman, 59
tahun, seorang penduduk Kampung Kepala Bendang perusahaan ini dimulakan oleh
datuknya “Tok Kaluk” yang datang dari suku Minangkabau dan mula menciptalabu Sayong
pada tahun 1810. Sementara itu tokoh pembuat Labu Sayong yang terkemuka,
5
Nila Hitam meninggal dunia pada tahun 1903, ketika berusia 100 tahun. Beliau mula
membuat labu pada usia remaja, ia bermula lebih 85 tahun sebelumnya lebih tepat
pada sekitar tahun 1818, juga dibawah pemerintahan Seri Sultan Abdul Malik Mansur
Syah. Pembuat labu juga pernah dilatih di sekolah ‘Arpang” yang dikendalikan oleh
masyarakat Bugis yang telah mula bertapak di Kuala Kangsar sejak kurun ke 17 dan
18. Sumber lain turut menyebut bahawa adanya sekolah khas yang dibina penjajah Inggeris
bagi melatih para belia untuk membuat kraftangan termasuk labu Sayong di Kuala
Kangsar River School.

4
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah dilantik sebagai Sultan Perak ke-27 menggantikan Sultan Abdullah Muhammad
Shah II Sultan Abdullah Muhammad II dari tahun 1874 hingga 1877. Baginda merupakan putera Almarhum Sultan Abdullah
Muhammad Shah I (Sultan Perak ke-22). . Semasa Sultan Ja'far Mua'azzam Shah mangkat pada tahun 1865, dan juga
semasa pemerintahan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah, baginda tidak dipilih untuk menjadi Raja Bendahara walaupun
baginda layak dan berhak kerana ramai raja-raja dan orang besar Perak tidak menyukainya.
5
Nila Hitam, seorang wanita Melayu kelahiran Kampung Kepala Bendang sendiri, dan Tuk Kaluk, seorang pendatang
Minangkabau pandai besi dari Sumatera yang diceritakan memperkenalkan penciptaan tembikar daripada tanah liat pada
kira-kira tahun 1810 semasa zaman Sultan Abdul Malik Mansur Syah di mana kemahiran beliau mendapat kepercayaan
baginda sultan tersebut sehinggakan dikurniakan sebidang tanah di kampung sama.
3
3.0 Keunikan Labu Sayong

3.1 Motif

Pada Tembikar labu Sayong, “kayu bunga” yang menjadi teknik dekorasi utama
didalam pembuatan tembikar Melayu tradisi ini biarpun dikatakan berasal dari
Minangkabau, hakikatnya ia telah digunakan sejak dari zaman pra sejarah lagi. Kayu
bunga juga merupakan salah satu teknik purba yang telah digunakan secara global
termasuklah di Malaysia dengan pembuktian kepada tembikar Gua Kajang 6 yang
dianggarkan berusia kira-kira 6000 tahun. Teknik yang sama juga digunakan di Afirika
(Sahara) mahupun di zaman silam di England, jumpaan-jumpaan tembikar purba di
Asia Tenggara turut memperlihatkan penggunaan teknik-teknik ini. Corak
”Lapita” dari kawasan Barat Pasifik yang terkenal dalam penyelidikan tembikar pra
sejarah turut menggunakan teknik dan sebilangan motif yang sama. Motif pada
tembikar Sayong terdiri dari bunga cengkeh, bunga pucuk rebung, bunga pecah
empat, bunga kedudut, bunga padi, bunga tanjung, bunga cakar ayam dan Mata
burung.

3.2 Inspirasi Bentuk Labu Sayong

Buah labu kering sememangnya dijadikan asas utama dalam penciptaan labu
dalam masyarakat Melayu tradisi. Penggunaan labu kering sebagai bekas minuman dikesan
penggunaan bagi kesemua negeri di Semenanjung Malaysia 7. Hasil dari daya
kreativiti ini lahirlah kepelbagian bentuk namun yang masih kekal pada hari ini
adalah labu kepala yang lebih dikenali sebagai labu air, labu gelugur dan labu
panai, selebihnya telah ditinggalkan dan hanya dibuat atas permintaan sahaja.
Pengamatan terhadap alam sekeliling bukan hanya kepada bentuk secara terus
sahaja, contohnya bentuk badan burung pucung yang dilihat berada disawah-sawah ketika
musim menuai diadaptasikan kepada bentuk labu berpandukan kepada bentuk dari
pandangan hadapan haiwan tersebut. Jika dilihat dari pandangan sisi tidak terdapat
sebarang bentuk yang menyerupai bentuk labu air. Di sinilah letaknya ketajaman
6
Gua Kajang terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5′ 07.57′
utara dan longitud 100′ 58.87′ timur, dengan ketinggian 76 meter di atas aras lautGua ini adalah gua yang pertama
dijalankan ekskavasi di negara ini, iaitu pada tahun 1917 oleh Evans. Kajian pertama ini menemui pecahan tembikar, alat
batu, sisa makanan dan juga tinggalan rangka manusia.
7
Asyaari Muhammad 2005. Arkeologi dan seni: Kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-RiauLingga Abad ke 16-19 masihi.
Phd. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
4
pemerhatian para pandaitanah Melayu tradisi yang menjadikan alam sebagai sumber
rujukan dalam mengadaptasikan bentuk.Selain burung puchung, gajah yang
merupakan binatang terpenting bagi pengangkutan terutamanya bagi golongan Raja,
kenderaan peperangan dan juga lambing kebangsawanan bagi pemiliknya sudah
pasti mendapat tempat dikalangan pencipta bentuk labu. Labu belalai gajah diadaptasikan
dengan muncung labu yang dilenturkan namun masih dapat berfungsi dengan baik.
Labu belimbing yang satu ketika dahulu diusahakan di negeri Kelantan pula
memperlihatkan adaptasi ”segi” pada belimbing diterapkan kepada badan labu secara
terus sementara di Sayong ia dikatakan digunakan bagi menghasilkan garisan-garisan
halus secara menegak mahupun menyerong pada labu yang dipanggil labu panai
biarpun terdapat pendapat lain tentang asal usulnya panai .Seperti yang telah dinyatakan di
bab dua labu juga telah digunakan di dalam menghiasi kubah masjid yang dikenali sebagai
buah buton.

3.3 Inspirasi Motif Labu Sayong

Selain bentuk, motif merupakan unsur utama sebagai elemen dekorasi tembikar.
Sejumlah 252 sub motif telah dikumpul merangkumi 82 motif utama. Pengumpulan data
motif ini juga telah memperlihatkan pola perkembangan penggunaan bunga-motif ini
dapat dijadikan asas dalam penciptaan motif-motif pada seni tradisi Melayu lainya.
Motif bungaan merupakan motif utama dalam seni tradisi tembikar Melayu 8. Begitu juga
dengan beberapa motif lainya termasuk pucuk rebung, siku kluang, potong wajik dan
sebagainya. Ibrahim Darus menekankan manusia berkecenderungan menghasilkan
sesuatu yang sama, justeru tidak hairanlah jika terdapat persamaan atau satu
9
kesinambungan yang berlaku pada pemilihan atau rekaan . Dari segi kuantiti bagi
setiap motif-motif pucuk rebung mendahului dengan sejumlah 27 motif diikuti oleh
bunga padi (8), pecah matahari (7) dan lain-lain.

8
Othman Mohd Yatim & Raiha Mohd Saud.1986. Panduan balai seramik muzium negara.Kuala Lumpur. Percetakan Perwira
Sdn. Bhd.
9
Ibrahim Darus & Sahaimi Abd. Manaf. 2005. Tembikar Tradisional, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia
5
3.4 Struktur Asas Labu Sayong

Struktur asas bagi semua tembikar Melayu tradisi dalam kajian kes
menunjukkan ianya merujuk kepada struktur bentuk tubuh badan manusia itu sendiri, ini
termasuklah kepada nama bahagian-bahagian yang terdapat pada tembikar itu sendiri 10.
Labu merupakan bentuk yang begitu hampir dengan susuk tubuh manusia di mana ia
pernah diilhamkan untuk penciptaan labu bagi menggambarkan kecantikan tubuh wanita11.

10
Kamdi Kamil. 1975. “Bentuk dan tradisi tembikar pra sejarah di Malaysia: Satu diskripsi ringkas” JEBAT, 5:124-146.
11
Ibrahim Darus & Sahaimi Abd. Manaf. 2005. Tembikar Tradisional, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia.

6
4.0 Kaedah Penghasilan Labu Sayong

Teknik Pembuatan Tembikar Tanah (Labu Sayong) Pembuatan tembikar ini adalah
menggunakan kaedah tradisional. Penulis telah menemubual Puan Maznah Sulaiman yang
berasal dari Kampung Kepala Bendang, Sayong, Perak. Beliau berusia 59 tahun dan telah
mewarisi perusahaan labu sayong selama 40 tahun dari ibunya. Puan Maznah
menggunakan teknik putaran dalam menghasilkan produknya dengan menggunakan
pemutar manual dan tidak menggunakan mesin pemutar.

Rajah : Potret Puan Maznah Sulaiman (kanan) bersama anak perempuannya Cik Nur Haliza Hisham
(kiri) yang diambil semasa lawatan ke bengkel labu sayong di Kuala Kangsar..

4.1 Pengambilan dan pemilihan tanah liat.

Proses terawal dalam meghasilkan tembikar tanah adalah pemilihan tanah liat.
Tanah liat diambil adalah dengan cara menggali secara langsung ke dalam tanah di
kawasan yang terdapat tanah liat 12. Tanah liat13 yang baik adalah ia berwarna merah atau
putih kecoklatan. kebiassan pengusaha tanah akan membeli tanah dari orang kampung dan
adakalanya adalah dari pemilik tanah. Cara pengambilan tanah adalah dengan cara

12
Hamer, Frank and Janet. 1991. The Potter's Dictionary of Materials and Techniques, Third Edition. London: A & C Black
Publishers.
13
Tanah liat atau lempung ialah kata generik untuk zarah galian silikat hidrous yang berdiameter kurang daripada empat
mikrometer. Tanah liat mengandungi hablur-hablur silika dan alumina yang halus. Unsur-unsur ini, silikon, oksigen, dan
aluminium adalah unsur yang banyak komposisinya di kerak bumi. Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa batuan
silika oleh asid karbonik, tetapi sesetengah terhasil daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi.
7
mencangkul dan memasukkannya didalam guni. Kebiasaannya satu guni tanah liat dijual
dengan harga RM6.

4.2 Pengeringan tanah liat

Tanah liat yang telah diperoleh samada melalui cara pengambilan sendiri atau dibeli
akan dikeluarkan dari guni dan dijemur dibawah cahaya matahari. Sifat tanah liat yang di
ambil dari perut bumi adalah lembab14. Tanah liat akan dijemur dibawah cahaya matahari.
tempoh minimum adalah 3 hari sekiranya cuaca panas. Tanah akan dijemur sehingga
kering.

4.3 Proses menumbuk tanah liat

14
Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian Jenis Seramik Di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah.Tesis
Master. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
8
Setelah kering tanah liat tersebut akan ditumbuk supaya lebih halus. Penggunaan
kaedah tradisional, tanah liat akan ditumbuk menggunakan lesung kaki. Lesung kaki 15 yang
digunakan adalah diperbuat dari kayu.

4.4 Menapis Tanah Liat

Setelah ditumbuk tanah liat tersebut akan ditapis dengan menggunakan penapis.
Walaupun telah ditumbuk tanah masih bercampur dengan partikel-partikel yang kasar dan
memisahkan bendasing seperti habuk kayu16. sekiranya terdapat bendasing tersebut akan
menyebabkan struktur tembikar tidak kukuh, rapuh, tidak tahan lama serta tidak cantik dan
licin. Setelah ditapis poin-poin yang kasar akan ditumbuk semula. Proses ini akan berulang-
ulang sehingga tanah tersebut halus dan kelihatan seperti tepung dan lembut serta ringan.
Setelah itu, tanah liat akan direndam dalam air (peram) selama beberapa hari sehingga
tanah mendap ke dasar17.

4.5 Proses menguli

Proses menguli akan membentuk tanah sehingga menjadi doh yang lembut dan liat.
Proses menguli antara proses yang penting kerana proses ini akan memampatkan struktur
tanah liat agar tanah tersebut mampat dan bersedia untuk dibentuk18.

4.6 Proses membentuk labu Sayong

Tanah liat yang diuli menjadi doh akan dibentuk menjadi bentuk menjadi labu
sayong. Dalam kaedah tradisional labu sayong akan dibentuk sedikit demi sedikit. Pinggan
akan akan digunakan sebagai pelapik dalam membentuk labu. Alat pemutar akan digunakan
supaya kerja pemusingan labu menjadi lebih mudah. Puan Maznah akan menganggar tapak

15
Lesung kaki (hindik) diperbuat daripada kayu panjangnya kira-kira 3 meter. Cara menggunakan lesung ini ialah dengan
cara memijak dihujung batang anak lesung. Biasanya ia digunakan untuk menumbuk padi bagi memisahkan kulit daripada
beras. Bagi mendapat beras, ianya perlu ditampi menggunakan nyiru. Namun begitu, lesung ini juga biasa digunakan untuk
menumbuk tanah liat bagi pembuatan labu sayong. Ketulan tanah liat ditumbuk menggunakan lesung ini supaya menjadi
hancur seperti serbuk. Serbuk ini kemudiannya akan diuli dengan air untuk membuat labu sayong
16
E. Edward McKinnon. 1996. Buku panduan keramik, Jakarta: Pusat Penelitian Arkeologi Nasional.
17
Gaimster D and Freestone I. 1997, Introduction, in Pottery in the Making, World Ceramic Traditions. London: British
Museum Press, 9-19.
18
Othman Mohd.Yatim. 1981. Penggunaan tembikar dalam masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
9
labu sayong dengan saiz bulatan pinggan tersebut. Kuantiti tanah liat yang diperlukan dalam
membentuk labu sayong adalah bergantung kepada saiz yang akan dibina. Puan Maznah
menggunakan alat pemutar tradisional kerana tidak mahir menggunakan alat pemutar semi
auto yang menggunakan kaki untuk berpusing.

10
11
12
4.7 Proses mengemas dan melicinkan labu Sayong

Setelah siap membentuk sebiji labu sayong, proses mengemas dan melicinkan
badan labu sayong19. Dalam proses ini antara alat yang digunakan ialah kayu penepik, span,
batu sungai, pisau, sudu dan penutup botol. Puan Maznah banyak menggunakan bahan-
bahan terpakai sahaja dalam membentuk labu ini. fungsi alat tersebut adalah:

i. Kayu penepik: Meratakan dan mempatkan permukaan tembikar

ii. Span: Span yang dibasahkan dengan air akan diseratakan dibahagian sebiji labu.

iii. Batu sungai: Melicinkan permukaan tembikar20

iv. Pisau: Membuang bahagian berlebihan atau yang tidak dikehendaki pada tembikar

v. Sudu & penutup botol: Melicinkankan permukaan dari tanah berlebihan

19
Othman Mohd Yatim & Raiha Mohd Saud.1986. Panduan balai seramik muzium negara.Kuala Lumpur. Percetakan
Perwira Sdn. Bhd
20
Othman Mohd.Yatim. 1981. Penggunaan tembikar dalam masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

13
4.8 Proses membentuk ukiran tembikar

Proses yang terakhir ialah proses mengukir labu sayong. labu diukir ketika masih
dalam keadaan lembut. kebiassan motif yang diukir ialah menggunakan bahan dari alam
sekeliling. Motif21 yang diukir pada badan labu adalah ringkas tetapi menarik. Antara motif
biasa yang digunakan pada labu sayong adalah garis timbul (panai), jaluran cengkung
(gelugur) dan lengkungan (gelung puyuh). Selain itu, terdapat juga hiasan berbentuk
tekanan (hiasan tekap) dan turisan22.

21
Motif seni adalah sebuah jenis seni corak hiasan yang dilukis berulang-ulang sehingga menjadi bentuk dalam suatu karya
kraf tangan atau kesenian. Seni motif dapat dihasilkan dari proses menggambar, memahat, mencetak dsb. Untuk
meningkatkan mutu dan nilai pada sesuatu benda atau karya seni. Seni motif yang diulang-ulang, dipadukan, atau
sedemikian rupa sehingga tampak rapi dapat disebut sebagai pola atau corak. Sementara itu, satu atau lebih paduan motif
seni dapat disebut hiasan. Hiasan umumnya terdiri dari satu atau lebih motif yang diatur dalam bentuk-bentuk tertentu. Di
Alam Melayu, seni motif berukuran dari kebudayaan Melayu dan pelbagai suku-suku lain yang mempunyai corak hiasan
yang tersendiri.
22
Asyaari Muhammad 2005. Arkeologi dan seni: Kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-Riau- Lingga Abad ke 16-19 masihi.
Phd. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

14
4.9 Penjemuran

Setelah Labu Sayong siap sepenuhnya, ia perlu dijemur supaya keras. Tempoh
penjemuran ini mengikut keadaan cuaca semasa. Walau bagaimanapun jemuran tersebut
jangan dibiarkan sehingga labu menjadi putih23.

4.10 Pembakaran

Setelah labu yang dijemur sudah keras dan kering, ia akan melalui proses
pembakaran. Labu tersebut dibakar selama beberapa jam hingga benar-benar keras.
Pembakaran tradisional adalah menggunakan tanur jerami atau tanur24 daun kelapa kering
ataupun kayu bakar. walau bagaimanapun Puan Maznah membakar labu sayong
menggunakan tanur elektrik yang diuruskan oleh anaknya kerana faktor umur dan bahan
pembakaran yang susah didapati.

23
Ahmad Fauzi Mohd Noor. 2009. Labu hitam Sayong dan seramik maju: Pemangkin kelestarian kehidupan masyarakat. Siri
Syarahan Umum. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
24
Tanur adalah suatu alat sejenis oven berukuran besar, mempunyai ruangan dengan penebat haba yang dapat dipanaskan
hingga mencapai suhu tertentu, untuk menyelesaikan tugas atau proses tertentu seperti pengeringan dan pengerasan.
Berbagai industri dan perdagangan memanfaatkan berbagai jenis dan bentuk tanur, misalnya untuk mengolah tanah liat
menjadi gerabah, batu bata dan keramik.
15
16
4.11 Penyempurnaan

Setelah dibakar labu sayong terus dimasukkan dalam habuk kayu untuk
mewarnakannya menjadi hitam25.

25
Asyaari Muhamad. 1998. Sejarah seni tembikar di Perak. Tesis Sarjana Persuratan, Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
17
5.0 Kesimpulan

Penciptaan tembikar Melayu tradisi Perak jelas dicipta berinspirasi alam namun
ia bukanlah satu ambilan semata-mata. Negeri Perak masih boleh berbangga
dengan kewujudan tembikar jenis ini yang nyata masih menggekalkan bentuk-bentuk labu
tradisi ini beserta dengan motifnya sekali disamping menzahirkan ciptaan-ciptaan baru.
Teknik dekorasi tekan tera yang bermula dari zaman pra sejarah juga terus-menerus
dikekalkan hingga hari ini. labu Sayong juga kekal permintaanya hingga kini, terkenal
dengan teknik bakaran hitamnya yang juga dipecayai mempunyai khasiat yang tertentu
turut dijadikan hiasanbagi kebanyakan rumah di Malaysia. Tembikar labu negeri Perak
juga dilihat sebagai warisan yang berupaya menjana ekonomi setempat berpandukan
perkembangan semasa ianya pasti dapat dipertahankan untuk jangkamasa yang lama serta
dikekalkan sebagai ikon warisan negeri Perak.

18
Rujukan

Ashmore, Wendy & Sharer, Robert J., 2000. Discovering Our Past: A Brief Introduction to
Archaeology Third Edition. Mountain View, California: Mayfield Publishing Company.
Abd Aziz Abdul Rashid. 2008. Koleksi tembikar muzium seni Asia daripada beberapa tapak
arkeologi semenanjung Malaysia. Tesis Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Adi Haji Taha.1986. “Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung Malaysia” Jurnal Persatuan
Muzium Malaysia, 5:57-62.
Adi Haji Taha.1987. “Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung Malaysia” Jurnal
Persatuan Muzium Malaysia, 5:57-62.
Asyaari Muhammad 2005. Arkeologi dan seni: Kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-Riau-
Lingga Abad ke 16-19 masihi. Phd. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
E. Edward McKinnon. 1996. Buku panduan keramik, Jakarta: Pusat Penelitian Arkeologi
Nasional.
Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian Jenis Seramik Di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota
Kuala Muda Kedah.Tesis Master. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Frank Hole, Robert F. Heizer.1990. Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas


(Terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gaimster D and Freestone I. 1997, Introduction, in Pottery in the Making, World Ceramic
Traditions. London: British Museum Press, 9-19.

Ibrahim Darus & Sahaimi Abd. Manaf. 2005. Tembikar Tradisional, Kuala Lumpur:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Kamdi Kamil. 1975. “Bentuk dan tradisi tembikar pra sejarah di Malaysia: Satu diskripsi
ringkas” JEBAT, 5:124-146.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998).Buku sumber guru Pendidikan SeniKurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

Othman Bin Mohd Yatim. 1980. Sejarah Pembuatan Keramik China untuk Penganu- Penganut
Agama Islam (Satu Sejarah Ringkas). Dlm . Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman &
Abdullah Zakaria Ghazali (pnyt.). Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia.
Othman Mohd.Yatim. 1981. Penggunaan tembikar dalam masyarakat Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohd Yatim & Raiha Mohd Saud.1986. Panduan balai seramik muzium
negara.Kuala Lumpur. Percetakan Perwira Sdn. Bhd.
P.Rado.1988. An Introduction To The Technology Of Pottery. 2nd edition. Pergamon Press. Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1999. “Tembikar Tanah daripada Kuala Selinsing,
Pulau Kelumpang, Perak”, Jurnal Arkeologi Malaysia, 12:24-59.

19
Hamer, Frank and Janet. 1991. The Potter's Dictionary of Materials and Techniques, Third
Edition. London: A & C Black Publishers.
Solheim, W. G . II, Harrison, B dan L. Wall, (1961). Niah “Three color Ware” and related
prehistoric pottery from Borneo. Sarawak Museum Journal 10 (17-18): 227-237.
Li Zhiyan and Cheng Wen. 1984. Chinese pottery and porcelain; translated into English by
Ouyang Caiwei ; English text edited by Betty Chandler and Tang Bowen. Beijing :
Foreign Languages Press.

20

Anda mungkin juga menyukai