Anda di halaman 1dari 13

Sejarah Nama Negeri Sarawak

Asal nama sebenarSarawaktidak dapat


dibuktikan secara saintifik dan mutlak.
Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama
Sarawak asal seperti berikut:Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai
Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang
digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur
dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke
Samarahan.
Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama
sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang
mengandungi belerang dan antimoni .
Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu
semasa Sarawak di bawah pemerintahan
Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu
kaya dengan antimoni.

Sejarah Nama Negeri Sabah

Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis


tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba yang
juga dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat
Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh


para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan
Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina.
Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak
sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan
British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu
disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam


Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo
Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walaubagaimanapun,
nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika
pembentukan Malaysia.

Sejarah Nama Negeri Johor

Sebelum mendapat nama sebenar seperti sekarang, Johor telah di


sebut-sebut dan terkenal dalam kalangan para pelayar dari Siam,
Eropah, Timur Tengah dan Kerajaan sekitar Nusantara dengan
berbagai nama lama sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
lagi.

Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada
tahun 1612, Johor pada mulanya telah di kenali dengan sebutan
dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg
bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan
besar di hulu Sungai Johor.

Dalam bahasa Siam, Johor telah disebut sebagai Gangganu dan


orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua
perkataan ini membawa maksud Batu Permata.

Semasa Nusantara terkenal dengan perniagaan rempah ratus, para


pedagang Arab juga telah datang untuk menjalankan perniagaan di
sini. Dari masa kesemasa pengaruh bahasa Arab dan Islam menjadi
semakin kuat dengan kedatangan para pedagang Arab ke sini.

Orang-orang Arab menyebut batu permata dengan panggilan


Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor lebih di kenali
dan kekal sehingga sekarang.

Sejarah Nama Negeri Kedah


Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah
negeri tertua di Tanah Melayu, ianya
berdasarkan penemuan arkeologi tentang
kewujudan penempatan serta aktiviti
masyarakat Melayu Proto. Nama kedah
mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah
"Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan
sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha"
atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil
ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau
"Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama
negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah"
yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada
juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud
"Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya
bersempena dengan perniagaan pedagang arab
yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

Sejarah Nama Negeri Kelantan

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini


sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan
oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli,
tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli
kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang
bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya
disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah"
atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan.

Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut


tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang
selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Koulo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama
"Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan",
"Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa
nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok
"Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri
Kelantan pada ketika itu.

Sejarah Nama Negeri Melaka


Selain dari kisah Parameswara yang
menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing
hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka
tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat
teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya.
Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang
sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari
istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan
oleh pedagang arab yang membawa maksud
"pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa
sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai
"Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa
erti "negeri orang melayu".

Sejarah Nama Negeri Sembilan

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada


dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong 2) Naning 3) Rembau
4) Jelebu 5) Johol 6) Klang 7) Jelai
8) Ulu Pahang 9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang


kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang
dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan
kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut
sebagai negeri yang sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong 2) Rembau 3) Jelebu
4) Johol 5) Ulu Muar 6) Inas
7) Gunung Pasir 8) Terachi 9) Jempol

Sejarah Nama Negeri Pahang


Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura,
nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri
Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua.
Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang
mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer,
Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin
juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing
yang terkenal dengan timah.

Sejarah Nama Negeri Perak


Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai
nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga
Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara
ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong
Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena
dengan anak panah bermata perak yang
dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat
Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan
yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah
negeri.

Sejarah Nama Negeri Perlis


Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau
"kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena
dengan nama seorang tua yang dianggap
mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga
versi lain bagaimana Perlis mendapat
nama,berkemungkinan ianya berasal dari
perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud
kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan
banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang
menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke
Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh
masyarakat tempatan akhirnya menjadi
"Perleh".

Sejarah Nama Negeri Pulau Pinang


Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang
di kawasan penempatan masyarakat asal melayu
di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi
nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada
11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak
lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta
Inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk
tempatan.

Sejarah Nama Negeri Selangor

Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah


daripada sejenis serangga yang digelar langau. Seorang
pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah
tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika
berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah
meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang
diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau


yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya
besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara
pedagang mengatakan aku singgah di Kuala Sungai
Mentangau seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau
dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.

Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari


perkataan salang dan jemur. Dikatakan Kuala Selangor
menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara
disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang
dan jemur dicantumkan menjadi selangur.

Sejarah Nama Negeri Terengganu


Dipercayai berasal dari cahaya kilat
yang dilihat oleh penduduk Kelantan,
lalu mereka berkata "terangnya genu"
atau maksud lainnya "terang sampai ke
sana". Terdapat juga kisah yang
mengatakan nama Terengganu berasal
dari kisah penemuan taring gajah di
sebatang sungai di Pulau Duyong, dek
kerana saiz taring yang besar serta
belum pernah dilihat oleh penduduk
tempatan, mereka merujuk taring itu
sebagai "Taring anu", sungai dimana
taring tersebut dijumpai juga dikenali
sebagai "Sungai Taring Anu.

Anda mungkin juga menyukai