Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Tahun 6

Klik pada
Gambar untuk
ke Link Video
TAJUK 2 : Negara Malaysia

A. Asal Usul Negeriku

Negeri-negeri di Malaysia mendapat nama melalui pelbagai cara dan


sumber. Antaranya ialah melalui lisan dan dari sumber bertulis.

Perlis: Berasal dari perkataan siam iaitu “Phrau Loi” yang


bermaksud kelapa hanyut. Gelaran ini diberi oleh orang
siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk
pergi ke Kedah. Kelapa hanyut banyak dijumpai di kuala
sungai Perlis. Sebutan ini lama-kelamaan bertukar menjadi
“Perleh” mengikut loghat tempatan. Selain itu, asal nama
Perlis juga dikaitkan dengan seorang tokoh iaitu Tok Perlis

Kedah: Mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah",


"Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan
sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil
ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Menurut
Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang
beerti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah
adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya
bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual
gelas berkaki pada masa itu.

Pulau Pinang : Pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu.


Seorang pelayar bernama Ragam menamakan sedemikian
kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing ditemui
beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan
British pada tahun 1786. Pokok pinang mula ditanam di pulau ini
selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau
Pinang.

Penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang


dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga
yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Perak : Berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul


nama Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa
nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun
Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia
diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti
perak. Ada juga yang mengaitkannya dengan sejenis
logam iaitu perak

Selangor : Wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama


Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil
sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka
menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala
Selangor.
Menurut satu kisah, kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi
dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk
setempat sebagai mentangau yang sering kali dijadikan panduan
kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai
tempat persinggahan bagi menambah bekalan pelayaran. Para
pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’.
Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah
menjadi Kuala Selangor,

Negeri Sembilan : Nama Negeri Sembilan mula digunakan


pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-
negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi
sebahagian daripada Johor; Naning yang kini menjadi
sebahagian daripada Melaka; Rembau, Sungai Ujong, Johol dan
Jelebu yang kini adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan;
Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada
Pahang; dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada
Selangor.

Daerah negeri Sembilan sekarang ialah Sungai Ujong, Rembau,


Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Melaka : Diberikan oleh Parameswara. Setelah tiba di Bertam,


baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh
seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan
keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan
untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama
pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya
memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon
Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk
menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut

Johor : Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab


“Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab
jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang
ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang
sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga
dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-
orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Terengganu: Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan. Nama


Terengganu itu dikaitkan dengan "Taring anu" dikatakan berasal daripada
cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda
Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu
rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Salah seorang
daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya
kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya
menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama
taring tersebut. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan
ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan
dikenali dengan Terengganu.

Pahang : Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan


negeri Pahang. Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula,
pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan
dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu
mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.
Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang
Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul
Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura.

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Kelantan Nama "Kelantan" dikatakan diambil daripada


perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi
pokok Melaleuca leucadendron.

Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang


daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".

Sumber China menyatakan nama Kelantan ialah Ho-Lan-Tan


atau Kuo-Lan-Tan

Sabah Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada


sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang
saba iaitu sejenis buah pisangyang dipanggil "SABBAH " atau
"SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular
dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di
sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber
makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh
masyarakat Bajau di negeri tersebut.

Sarawak :Asal usul nama Sarawak sering dikaitkan


dengan cerita penduduk tempatan. Di Bahagian Hulu
Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong
antimoni. Apabila Brunei hendak menguasai kawasan
itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya.
Mereka sering menyebut perkataan “serah kepada
awak”. Lama kelamaan perkataan tersebut
diringkkaskan menjadi Sarawak. Oleh itu, kawasan
tersebut menjadi Sarawak.

Terdapat juga sumber yang menyatakan Pangeran


Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan
Kuching sekiranya James Brooke berjaya
menghapuskan pemberontakan pada masa tersebut.
James Brooke berjaya menghapuskan
pemberontakan dan menuntut haknya. Sultan Brunei
terpaksa bersetuju dan telah mengungkapkan
perkataan “serah kepada awak” kepada James
Brooke

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Lambang kemegahan negeri

Negeri-negeri di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri. Setiap negeri


biasanya mempunyai bendera, lambang negeri, jata, lagu negeri dan Bandar
diraja masing-masing
Bandar Ketua Lagu
Jata Bendera Negeri Ibu Negeri
Diraja Negeri Negeri

Amin Amin
Perlis Kangar Arau Raja Ya
Rabaljalil

Allah
Anak Selamatkan
Kedah Alor Setar Sultan
Bukit Sultan
mahkota

Yang di-
Pulau Untuk
Georgetown - Pertua
Pinang Negeri Kita
Negeri

Allah
Kuala Lanjutkan
Perak Ipoh Raja
Kangsar Usia Sultan

Duli Yang
Selangor Shah Alam Klang Sultan Maha
Mulia

Berkatlah
Negeri Seri Yang di-
Seremban Yang di-
Sembilan Menanti Pertuan
Pertuan
Besar
Besar

Yang di-
Bandar Melaka
Melaka - Pertua
Melaka Maju Jaya
Negeri

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Lagu
Bandar
Johor Johor Bahru Sultan Bangsa
Maharani
Johor

Allah
Pahang Kuantan Pekan Sultan Selamatkan
Sultan Kami

Terengg Kuala Selamat


Sultan
anu Terengganu - Sultan

Selamat
Kelantan Kota Bharu Sultan
- Sultan

Yang di-
Kota Sabah
Sabah Pertua
Kinabalu - Tanah Airku
Negeri

Yang di-
Ibu
Sarawak Kuching Pertua
- Pertiwiku
Negeri

Selain negeri-negeri di atas, Negara kita juga mempunyai tiga Wilayah


Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan

Wilayah Yang di-


Maju dan
Persekut - - Pertuan
Sejahtera
uan Agong

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

Latihan :

A. Tuliskan nama negeri berdasarkan pernyataan berikut

Pernyataan Negeri

Sumber China menyatakan Kelantan ialah Ho-Lan-Tan


atau Kuo-Lan-Tan

Berasal daripada nama sejenis pisang yang dipanggil


pisang saba

Berasal daripada sebutan taring anu

Diambil sempena Sembilan negeri kecil yang disatukan


di bawah satu pemerintahan berpusat di Seri menanti

berasal dari perkataan Arab, yang bermaksud gelas


berkaki

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin


Sejarah Tahun 6

B. Arahan: Tuliskan nama negeri serta Bandar diraja bagi negeri-negeri berikut

Negeri :

Negeri :
Nama Bandar diraja :

Nama Bandar diraja:

Negeri :

Negeri :
Nama Bandar diraja:

Nama Bandar diraja:

By Pocats @ Ahmad Hishanuddin

Anda mungkin juga menyukai