Anda di halaman 1dari 33

X PENGENALAN

Merujuk hierarki keperluan Maslow, makanan adalah salah satu keperluan asas
yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya. Manusia juga
perlu mempunyai pengetahuan tentang pengambilan nutrien seperti protein,
karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas supaya makanan
yang diambil adalah seimbang dan dapat membantu proses pertumbuhan,
pemulihan dan pengawalan kesihatan tubuh. Oleh itu, amalan diet seimbang
boleh dicapai berdasarkan Peruntukan Pengambilan Nutrien dan juga piramid
makanan.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

8
8

X
Makanan dan
Pemakanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan fungsi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam
mineral, air dan pelawas;
2. Menerangkan kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan bagi
protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas;
3. Menyatakan sumber bagi protein, karbohidrat, lemak, vitamin,
garam mineral, air dan pelawas;
4. Menyatakan kegunaan RNI; dan
5. Mengira nilai tenaga dalam makanan dengan menggunakan Jadual
Komposisi Makanan.
188 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

KUMPULAN MAKANAN ASAS
Makanan boleh didefinisikan sebagai bahan yang boleh dimakan sama ada dalam
bentuk pepejal atau cecair atau antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi
kimia yang tersendiri dan apabila dimakan ia menjalankan peranan seperti
membina tubuh, memberi tenaga dan melindungi tubuh serta mencegah penyakit.

Pemakanan pula adalah kajian tentang nutrien yang terkandung di dalam
sesuatu makanan yang memainkan peranan untuk proses tumbesaran dan
mengekalkan keseimbangan tubuh antara sihat dan penyakit. Dengan erti kata
lainnya pemakanan merupakan proses bagaimana tubuh menggunakan nutrien
yang terdapat di dalam makanan. Nutrien ini akan dikeluarkan daripada
makanan melalui proses penghadaman di sepanjang salur penghadaman yang
bermula dari mulut hinggalah bahan makanan itu dikumuh.
8.1.1 Nutrien
Sebagaimana yang diketahui, terdapat 50 jenis nutrien termasuk air yang
diperlukan setiap hari oleh tubuh manusia untuk mengekalkan tahap kesihatan
yang optimum. Kesemua nutrien ini boleh didapati melalui bahan-bahan
makanan yang diambil. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu
protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Walaupun air dan
selulosa bukanlah terdiri daripada kumpulan nutrien namun ia sangat
diperlukan dalam pemakanan manusia. Nutrien terbina daripada gabungan
elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Oleh itu nutrien perlu
diambil dalam kuantiti yang seimbang. Setiap nutrien mempunyai komposisi,
fungsi, sumber, kesan kelebihan dan kekurangan pengambilan. Setiap nutrien
mempunyai fungsi asas terhadap tubuh badan seperti berikut yang disenaraikan
dalam Jadual 8.1.
8.1
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 189
Jadual 8.1: Fungsi Asas Nutrien
Nutrien Fungsi
Protein Bahan untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel yang
rosak serta memberi tenaga.
Karbohidrat Merupakan bahan bakar untuk kegiatan sel dan tisu.
Sekiranya berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Lemak Bahan asas tenaga dan disimpan sebagai lemak.
Vitamin Mengawal proses-proses penting dan membantu
mempercepatkan tindak balas kimia.
Garam mineral Membekalkan bahan-bahan khas untuk tumbesaran,
membaiki dan menjaga kesempurnaan sel.
Air dan Pelawas Walaupun kedua-dua bahan ini tidak mengandungi zat
makanan, tetapi ia sangat diperlukan oleh tubuh untuk
mencegah pelbagai penyakit.

Berdasarkan fungsi asas nutrien, makanan boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama iaitu:
(a) Makanan pembina tubuh
Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel-sel yang telah
rosak.
(b) Makanan pemberi tenaga dan haba
Makanan yang memberi tenaga kepada tubuh untuk melakukan aktiviti
luaran seperti bergerak dan dalam tubuh seperti pergerakan jantung,
pernafasan dan perkumuhan.
(c) Makanan pelindung dan pencegah penyakit
Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan.

Rajah 8.1 menunjukkan pengelasan nutrien mengikut kumpulan utama
makanan.

190 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN


Rajah 8.1: Pengelasan nutrien

(a) Protein
Protein adalah satu bahan yang penting dan terdapat pada semua
organisma hidup. Protein terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen,
oksigen dan nitrogen. Terdapat juga unsur-unsur lain di dalam protein
seperti fosforus, sulfur dan besi. Protein dibentuk daripada lebih kurang
20 jenis asid amino yang berlainan secara semula jadi. Tumbuh-tumbuhan
boleh mensintesiskan asid amino dengan sendiri manakala haiwan tidak
boleh melakukannya walaupun kesemua ini adalah satu keperluan hidup.
Asid amino boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu (rujuk
Jadual 8.1):
(i) Asid amino penting; dan
(ii) Asid amino tidak penting.

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 191
Jadual 8.1: Perbezaan antara Asid Amino Penting dan Asid Amino Tidak Penting
Asid Amino Penting Asid Amino Tidak Penting
Terdiri daripada asid amino berikut:
Histidina
Leusina
Metionina
Triptofan
Isoleusina
Fenilalanina
Treonina
Valina
Terdiri daripada asid amino berikut:
Arginina
Alanina
Sistina
Glistina
Tirosina
Asid glutanik
Asid aspartik
Sisteina
Asid amino ini tidak boleh disintesis oleh
tubuh.
Asid amino ini boleh disintesis oleh tubuh
sekiranya terdapat bahan-bahan yang
diperlukan untuk membuat asid amino.
Oleh itu asid amino ini tidak perlu
dibekalkan dalam makanan.
Sumber asid amino penting boleh
diperoleh daripada protein lengkap
(protein haiwan) seperti daging, karangan
laut, ikan, telur, hasil tenusu dan kacang
soya.
Sumber asid amino tidak penting boleh
diperoleh daripada protein tidak lengkap
(protein tumbuhan) seperti kekacang,
kekeras, bijirin, sayuran kekacang.



(i) Fungsi protein:
Membina sel tubuh bagi tumbesaran;
Mengganti dan membaiki sel yang mati dan rosak;
Bahan utama dalam penghasilan enzim, hormon, antibodi dan sel
darah;
Membantu pembekuan darah;
Unsur penting dalam cecair dalam tisu tubuh; dan
Menghasilkan tenaga.

Kacang soya adalah satu-satunya makanan sumber tumbuhan yang
dikategorikan sebagai protein lengkap. Bincangkan mengapa.
AKTIVITI 8.1
192 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
(ii) Kesan pengambilan berlebihan protein:
Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan
karbon;
Unsur karbon yang berlebihan ditukar kepada lemak dan menjadi
tisu adipos di bawah kulit; dan
Nitrogen yang berlebihan ditukar kepada urea dan dikeluarkan
melalui air kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid urik
dan berkumpul di sendi tubuh.

(iii) Kesan kekurangan pengambilan protein:
Tumbesaran terganggu;
Luka dan kecederaan lambat sembuh;
Badan lemah dan mudah diserang penyakit;
Kekurangan berterusan menyebabkan penyakit Kwashiorkor; dan
Kesihatan terganggu dengan ketiadaan keseimbangan cecair dan
tisu tubuh.

(b) Karbohidrat
Karbohidrat terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Terdapat
dua atom hidrogen bagi setiap atom karbon dan oksigen. Unit asas
karbohidrat adalah glukosa. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada dua
kategori iaitu gula ringkas terdiri daripada monosakarida dan disakarida.
Manakala kategori kedua adalah gula kompleks iaitu polisakarida (Rajah 8.2).
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 193

Rajah 8.2: Karbohidrat yang dikelaskan kepada dua kategori

Secara umumnya sumber makanan yang mengandungi karbohidrat adalah:
(i) Bijirin atau hasil bijirin seperti beras, gandum, jagung, terigu;
(ii) Sayur-sayuran akar dan kekacang seperti ubi kentang, ubi kayu dan
keladi;
(iii) Buah-buahan seperti pisang, epal dan lain-lain; dan
(iv) Gula dan makanan yang manis seperti kek, jem dan coklat.

Jadual 8.2 menerangkan secara ringkas berkaitan dengan fungsi
karbohidrat, kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan pengambilan
karbohidrat kepada badan manusia.
194 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.2: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Karbohidrat
Fungsi Karbohidrat
Kesan Pengambilan
Berlebihan Karbohidrat
Kesan Kekurangan
Pengambilan Karbohidrat
Pembekal utama bagi
tenaga dan haba
Membantu metabolisme
protein
Sumber utama bagi
selulosa

Bertambah berat badan
Ditukarkan kepada
lemak dan disimpan di
bawah kulit
Ditukarkan kepada
glikogen dan disimpan
di dalam hati
Turun berat badan
Keletihan, kelaparan
dan kesejukan
Mudah dijangkiti
penyakit


(c) Lemak
Lemak mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Unit asas bagi
lemak adalah asid lemak dan gliserol. Fungsi utama lemak adalah
membekalkan haba dan tenaga kepada tubuh. Lemak boleh diklasifikasikan
kepada asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu (Rajah 8.3).

Rajah 8.3: Lemak yang diklasifikasikan kepada dua kategori

Jadual 8.3 menunjukkan ringkasan tentang fungsi, kesan pengambilan
berlebihan dan kekurangan pengambilan lemak kepada manusia.

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 195
Jadual 8.3: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Lemak

Fungsi Lemak
Kesan Pengambilan
Berlebihan Lemak
Kesan Kekurangan
Pengambilan Lemak
Memberi tenaga dan haba
Melindungi organ dalaman
tubuh
Mengawal suhu tubuh
Pelarut bagi vitamin larut
lemak
Mengurangkan
penggunaan protein bagi
penghasilan tenaga
Memberi daya tahan lapar
kerana lambat dicernakan

Lemak akan disimpan
dan berlaku
kegemukan
Penyakit jantung dan
darah tinggi akibat
pemendapan kolestrol
dalam salur darah

Berat badan
berkurangan
Kekurangan yang
maksimum
menyebabkan
pertumbuhan
terganggu dan kulit
kering
Cepat rasa lapar
Kesejukan akibat
kurang penebat


(d) Vitamin
Vitamin adalah molekul organik halus yang diperlukan untuk fungsi
biokimia yang khusus dalam sel tubuh. Walaupun vitamin tidak
mempunyai nilai tenaga dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
sahaja, tanpanya tubuh tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Hampir
semua vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Oleh itu, vitamin harus
diperoleh melalui makanan. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan
utama iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Jadual 8.4 sehingga
8.9 menerangkan tentang fungsi, kesan pengambilan berlebihan dan
kekurangan pengambilan vitamin A, D, E, K, B1 dan C kepada badan kita.

196 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.4: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan
Kekurangan Pengambilan Vitamin A
Fungsi Vitamin A (Retinol)
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin A
Kesan Kekurangan
Pengambilan Vitamin A
Menjaga kesihatan kulit
supaya licin dan sihat
Memelihara membran
mukosa dalam saluran
pernafasan, pencernaan
dan perkumuhan
Membina rodopsin bagi
penglihatan mata
semasa pencahayaan.
Mengawal
pertumbuhan tulang
dan gigi kanak-kanak
Keguguran rambut
Sakit tulang
Kerosakan pada hati
Loya
Cirit-birit
Pertumbuhan dalam
kalangan kanak-kanak
terbantut
Keracunan jika beta-
karotena tidak sempat
ditukar kepada retinol
Penglihatan kabur
terutama waktu malam
Mata boleh buta
(penyakit xeroftalmia)
Jangkitan pada saluran
pernafasan, pencernaan
dan perkumuhan
kerana membran kering
Melambatkan
tumbesaran kanak-
kanak

Jadual 8.5: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Vitamin D
Fungsi Vitamin D
(Kalsiferol)
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin D
Kesan Kekurangan
Pengambilan Vitamin D
Membantu penyerapan
kalsium dan fosforus di
usus kecil
Membantu
pembentukan gigi dan
tulang yang kuat
Toksik
Muntah-muntah
Cirit-birit
Keletihan
Dahaga
Pemendapan kalsium
dalam jantung dan buah
pinggang
Pertumbuhan terbantut
di kalangan kanak-
kanak.
Penyakit rikets (tulang
membengkok ke dalam)
pada kanak-kanak
Orang dewasa
mengalami osteomalasia
di mana tulang rapuh
dan mengecut.
Menjejaskan kekuatan
gigi dan tulang


TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 197
Jadual 8.6: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Vitamin E
Fungsi Vitamin E
(Tokoferol)
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin E
Kesan Kekurangan
Pengambilan Vitamin E
Sebagai antioksida
untuk mengelakkan
pencemaran makanan
Jarang berlaku dan tidak
toksik

Belum terdapat kesan
yang ketara

Jadual 8.7: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Vitamin K
Fungsi Vitamin K
(Menadion)
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin K
Kesan Kekurangan
Pengambilan VitaminK
Membantu proses
pembekuan darah
Bersama kalsium
menukarkan protombin
ke trombin untuk
membina fibrin
Toksik Pendarahan dalaman
yang berlarutan

Jadual 8.8: Fungsi, Kesan Pengambilan dan Kekurangan Pengambilan Vitamin B1
Fungsi Vitamin B1
(Tiamina)
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin B1
Kesan Kekurangan
Pengambilan Vitamin B1
Koenzim metabolisme
karbohidrat
Membantu tumbesaran
kanak-kanak
Membantu fungsi sistem
saraf
Menambah selera
makan
Kerosakan pada hati Pertumbuhan kanak-
kanak terbantut
Tiada selera makan dan
letih
Kurang daya
konsentrasi
Penyakit beri-beri
(sistem saraf terganggu,
lemah otot, dan kurang
berat badan)
Radang saraf

198 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.9: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Vitamin C
Fungsi Vitamin C
Kesan Pengambilan
Berlebihan Vitamin C
Kesan Kekurangan
Pengambilan Vitamin C
Memelihara kulit, gigi,
dan gusi
Pembinaan tisu
perantaraan
Membantu penyerapan
ferum
Menguatkan dinding
saluran darah
Membina dan
memelihara kulit dan
lapisan saluran
pencernaan
Membentuk
hemoglobin dan enapan
ferum dalam tisu hati
Dikumuhkan
Cirit-birit dan bengkak
perut
Tidak dapat membina
tisu perantaraan
Dinding saluran darah
pecah dan lemah
Gusi berdarah dan gigi
longgar
Kulit kering dan kasar
Anemia kerana tiada
penyerapan ferum
Luka lambat sembuh
atau tidak sembuh
Penyakit skurvi

(e) Garam Mineral
Garam mineral adalah bahan bukan organik yang sangat perlu untuk
tubuh. Walaupun kuantiti yang diperlukan adalah sedikit namun ia
mempunyai kesan yang ketara terhadap kesihatan manusia. Tumbuh-
tumbuhan menyerap garam mineral melalui akar dan haiwan
kemudiannya memakan tumbuhan ini untuk mendapatkan garam mineral.
Oleh itu, manusia mendapatkan bekalan garam mineral dari haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang dimakannya. Garam mineral terbahagi kepada
dua kategori iaitu garam mineral makro dan mikro. Garam mineral makro
ialah mineral yang terdapat dalam badan dalam jumlah yang melebihi 10g
iaitu kalsium, fosforus, magnesium dan natrium manakala garam mineral
mikro ialah mineral yang terdapat dalam badan dalam jumlah yang kurang
daripada 10g iaitu ferum, iodin dan fluorin. Jadual 8.10 sehingga 8.15
menunjukkan ringkasan tentang fungsi, kesan pengambilan berlebihan dan
kekurangan pengambilan garam mineral seperti kalsium, fosforus,
magnesium, natrium, ferum dan iodin kepada badan manusia.

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 199
Jadual 8.10: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Kalsium
Fungsi Kalsium
Kesan Pengambilan
Berlebihan Kalsium
Kesan Kekurangan
Pengambilan Kalsium
Membentuk kalsium
fostat untuk kekuatan
dan kekerasan tulang
Membantu proses
pembekuan darah
Mengaktifkan enzim
untuk metabolisme
tubuh
Membantu fungsi otot
dan saraf
Batu karang
Pembentukan gigi dan
tulang terganggu
Penyakit rikets pada
kanak-kanak
Penyakit osteomalasia
pada orang dewasa
Tumbesaran terganggu
Otot dan saraf tidak
berfungsi dengan baik

Jadual 8.11: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Fosforus
Fungsi Fosforus
Kesan pengambilan
berlebihan Fosforus
Kesan kekurangan
pengambilan Fosforus
Membina dan
menguatkan gigi dan
tulang
Membantu pengawalan
cecair tubuh
Membantu pengeluaran
tenaga
Mengatur metabolisme
protein, vitamin, lemak
dan karbohidrat
Penyakit kalsium
terbentuk di luar tulang
khasnya dalam buah
pinggang
Tulang dan gigi lemah
Otot menjadi lemah
Kesan sama seperti
kekurangan kalsium


Jadual 8.12: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Magnesium
Fungsi Magnesium
Kesan Pengambilan
Berlebihan Magnesium
Kesan Kekurangan
Pengambilan Magnesium
Mengawal ketegangan
otot
Membantu kestabilan
sistem saraf
Membantu proses
metabolisme tubuh
Toksik
Mengganggu fungsi
buah pinggang

Pengawalan pergerakan
otot terganggu
Radang saraf
Penyakit tetanus

200 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.13: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan
Pengambilan Natrium
Fungsi Natrium
Kesan Pengambilan
Berlebihan Natrium
Kesan Kekurangan
Pengambilan Natrium
Mengawal
keseimbangan cecair
dalam sel, luar sel, dan
dalam salur darah
Membina plasma darah
dan cecair limfa
Dikumuhkan Otot menjadi kejang
Letih
Kurang selera makan
Radang saraf


Jadual 8.14: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Ferum
Fungsi Ferum
Kesan Pengambilan
Berlebihan Ferum
Kesan Kekurangan
Pengambilan Ferum
Membina hemoglobin
dan mioglobin dalam
sel darah merah
Membantu membawa
oksigen ke seluruh
tubuh
Pengambilan melebihi 1
000 mg sehari menjadi
toksik
Muntah, cirit-birit,
kejang perut

Penyakit anemia
Letih dan pening


Jadual 8.15: Fungsi, Kesan Pengambilan Berlebihan dan Kekurangan Pengambilan Iodin
Fungsi Iodin
Kesan pengambilan
berlebihan Iodin
Kesan kekurangan
pengambilan Iodin
Membentuk tiroksin
Mengawal tumbesaran
kanak-kanak
Menjaga kesihatan
orang dewasa
Membantu metabolisme
tubuh
Sakit kepala
Sesak nafas

Tumbesaran terganggu
Penyakit goiter dan
kretinisme
Daya pemikiran tidak
sempurna


(f) Selulosa
Selulosa boleh didapati dari tumbuh-tumbuhan. Selulosa juga
mengandungi serat atau fiber yang sangat penting dan berfungsi sebagai
pelawas dalam sistem perkumuhan tubuh. Selulosa membantu pergerakan
peristalsis dalam saluran pencernaan dan boleh mengelakkan sembelit.
Jadual 8.16 menerangkan tentang fungsi selulosa dan kesan kekurangan
pengambilan iodin kepada badan manusia.

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 201
Jadual 8.16: Fungsi dan Kesan Kekurangan Pengambilan Iodin
Fungsi Selulosa Kesan Kekurangan Pengambilan Iodin
Membantu proses perkumuhan
Mengelakkan sembelit
Merangsang proses peristalsis
Proses perkumuhan tidak lancar
Penyakit sembelit, hernia, divertiluka,
vena verikos

(g) Air
Air adalah gabungan unsur oksigen dan hidrogen. Air merupakan bahan
yang amat penting dalam sistem pemakanan manusia. Lebih kurang 70%
berat badan terdiri daripada air dan kuantiti air dalam badan ini perlu
dikekalkan iaitu terdapat perseimbangan antara air yang hilang dan air
yang diganti semula. Air yang hilang daripada badan mestilah diganti
semula melalui minuman, buah-buahan, sup, sayur-sayuran dan makanan
yang mengandungi air. Kuantiti air yang diperlukan adalah bergantung
kepada umur, pekerjaan, saiz dan aktiviti individu. Namun begitu secara
purata keperluan air dianggarkan dari enam ke lapan gelas sehari. Jadual
8.17 menunjukkan fungsi dan kesan kekurangan pengambilan air kepada
badan kita.

Jadual 8.17: Fungsi dan Kesan Kekurangan Pengambilan Air
Fungsi Air Kesan Kekurangan Pengambilan
Air
Membantu sistem pencernaan
Mengawal suhu tubuh
Melicinkan membran dan sendi
tubuh
Melembapkan permukaan sistem
pencernaan, pernafasan dan
membran mukus
Membantu sistem perkumuhan
Bahan utama dalam semua cecair
tubuh
Pelarut bagi garam dan sebatian
organik
Turun berat badan
Rasa dahaga, letih dan lesu
Kulit kering dan lebam



Senaraikan makanan yang anda ambil bagi sarapan, makan tengahari dan
makan makan malam. Nyatakan nutrien yang terkandung dalam setiap
hidangan dan kesan pengambilan yang berlebihan bagi setiap nutrien.
AKTIVITI 8.2
202 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
8.1.2 Diet Seimbang
Diet adalah pengambilan makanan dan minuman oleh seseorang individu. Diet
seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien
penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan
pelawas dalam kuantiti yang diperlukan. Walaupun setiap nutrien berfungsi
secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk
penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga berbeza dalam makanan dan
tidak ada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien yang diperlukan,
kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.
Keperluan nutrien juga berbeza mengikut jantina, umur, saiz, berat badan,
aktiviti dan pekerjaan seseorang. Keperluan makanan yang seimbang adalah
penting kepada tubuh untuk proses tumbesaran, membaiki sel-sel yang rosak,
mendapatkan tenaga dan mengelakkan diri daripada penyakit atau masalah
kesihatan. Amalan diet yang seimbang boleh mengelakkan seseorang daripada
mengalami keadaan berlebihan pengambilan zat makanan dan malnutrisi. Untuk
mengatasi masalah ini, maka piramid makanan dan Saranan Pengambilan
Nutrien (RNI) dijadikan sebagai panduan untuk mencapai diet seimbang.

Piramid Makanan

Piramid makanan adalah satu panduan pemilihan makanan untuk mencapai
amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Berdasarkan piramid makanan
terdapat lima kumpulan utama makanan berasaskan kandungan nutrien dan
fungsinya. Ini membuktikan bahawa tidak ada sejenis makanan yang
mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan. Oleh itu individu perlu
mengambil pelbagai jenis makanan. Makanan yang berlainan membekalkan
kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, mineral dan pelawas) yang berbeza. Kepelbagaian boleh dicapai dengan
mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam
piramid makanan.

Rajah 8.4 menunjukkan bentuk piramid yang lebar di bahagian bawah dan
semakin mengecil di bahagian atas. Ini menunjukkan makanan yang diambil
seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid yang paling
bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid. Kesederhanaan harus
diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak. Panduan
piramid makanan menyarankan jumlah (hidangan) yang boleh dimakan dari
setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 203

Rajah 8.4: Piramid Makanan

Berikut adalah panduan pemilihan diet seimbang berdasarkan piramid makanan
untuk tabiat makan yang sihat (rujuk Jadual 8.18).

204 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.18: Panduan Pemilihan Diet Seimbang Berdasarkan Piramid Makanan
Aras/ Kumpulan
Makanan
Khasiat Pemakanan
Saranan
Pengambilan
Contoh Satu Hidangan
Aras 1
Makan paling
banyak
Contoh: roti, bijirin,
pasta dan nasi
Kumpulan
makanan yang
terdiri daripada
karbohidrat
kompleks berfungsi:
- Untuk
membekalkan
tenaga
- Membekalkan
vitamin,
mineral, gentian
dan sedikit
protein
- Rendah
kandungan
lemak
8-12 hidangan cawan nasi (nasi
putih atau perang)
atau
1 keping roti bijirin
penuh atau
cawan mihun/
mi/pasta atau
capati bersaiz
kecil atau
1 cawan bubur nasi
kosong atau
cawan bijirin
sarapan atau
1 biji ubi kentang
bersaiz sederhana
atau
3 keping biskut
tawar
Aras 2
Makan lebih banyak
Kumpulan
makanan buah-
buahan atau sayur-
sayuran
Sumber yang kaya
dengan vitamin,
garam mineral dan
pelawas
3-5 hidangan
sayur-sayuran
Sayur- sayuran
cawan sayuran
berdaun hijau tua
bersama batangnya
atau
cawan sayuran
buah atau berakar
atau
cawan ubi
keledek atau ubi
kayu.

2-4 hidangan
buah-buahan
Buah-buahan
biji jambu batu
bersaiz sederhana
atau
1 potong betik,
tembikai atau nanas
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 205
atau
1 biji pisang, oren,
buah laici atau epal
atau
cawan jus buah.
Aras 3
Makan dengan
sederhana
Kumpulan
makanan daripada
daging, ayam, ikan,
telur, kekacang,
hasilan tenusu iaitu
susu, keju dan
dadih.
Kumpulan
makanan yang kaya
dengan protein,
Vitamin B kompleks
dan garam galian
2-3 hidangan 1 ketul paha ayam
saiz sederhana atau
1 ekor ikan
kembung saiz
sederhana atau
2 ketul daging
tanpa lemak sebesar
kotak mancis atau
5 sudu makan ikan
bilis tanpa kepala
atau
2 taukua atau
2 biji telur atau
1 cawan kekacang
atau
2 keping tempe.
Aras 4
Makan sedikit
sahaja
Kumpulan
makanan yang
mengandungi
banyak lemak dan
gula.
Lemak dan minyak
mengandungi asid
lemak tepu dan
vitamin A,D,E,K
Gula pula dapat
membekalkan
tenaga dan kalori
tetapi tidak
mengandungi zat
makanan lain
Kuantiti yang
sedikit





206 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet Seimbang

Rajah 8.5: Faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan diet seimbang

Pengambilan diet dan keperluan nutrien untuk setiap individu adalah berbeza.
Sekiranya keperluan pengambilan diet yang tidak seimbang akan
mengakibatkan seseorang itu mudah diserang penyakit. Terdapat tujuh faktor
yang mempengaruhi pengambilan diet yang seimbang iaitu (lihat Rajah 8.5):

(a) Jantina
Lelaki memerlukan lebih karbohidrat dan lemak kerana mereka lebih aktif
dan mempunyai lebih banyak otot tanpa lemak. Manakala perempuan pula
Berpandukan piramid makanan seperti yang telah dibincangkan,
cadangkan menu diet seimbang anda untuk makan tengahari.

Bincangkan alternatif yang perlu dilakukan untuk mengurangkan
pengambilan lemak dan gula dalam diet anda.
AKTIVITI 8.3
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 207
memerlukan lebih banyak ferum untuk menggantikan darah yang hilang
ketika kedatangan haid dan melahirkan anak.

(b) Umur
0-1 tahun Bayi memerlukan lebih banyak protein untuk
tumbesaran iaitu 2 gram protein bagi setiap kilogram
berat badan.
2-9 tahun Pada peringkat ini kadar tumbesaran kanak-kanak
sangat cepat dan metabolisme mereka juga sangat tinggi.
Mereka juga lebih aktif berbanding orang dewasa. Oleh
itu. Makanan yang mengandungi protein adalah penting
untuk pertumbuhan dan pembinaan sel-sel badan.
Mereka juga memerlukan lebih karbohidrat dan lemak
untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi.
10-19 tahun Pada peringkat ini keperluan nutrien adalah sangat
tinggi berbanding kumpulan lain kerana banyak berlaku
perubahan biologi. Oleh itu, karbohidrat hendaklah
menjadi keutamaan dalam diet mereka sebagai sumber
tenaga. Protein juga diperlukan untuk menghasilkan
tisu-tisu baru semasa tumbesaran. Kalsium dan fosforus
adalah sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan
gigi yang sihat.
20 tahun ke atas Orang tua memerlukan lebih banyak garam mineral dan
vitamin untuk mengekalkan kesihatan secara
menyeluruh kerana kumpulan ini mudah terkena
penyakit. Perubahan yang paling penting dalam diet
orang tua adalah bahan makanan yang membekalkan
tenaga diperlukan dalam kuantiti yang kecil kerana
keperluan kalori mereka semakin berkurangan.

(c) Saiz dan Berat Badan
Rangka badan yang besar memerlukan kuantiti nutrien yang lebih
berbanding rangka badan yang kecil kerana mereka mempunyai lebih luas
permukaan. Oleh itu, mereka yang mempunyai berat badan yang
berlebihan perlu mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan
berkalori tinggi berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.

(d) Aktiviti dan Pekerjaan
Pengambilan diet bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
Individu yang banyak melakukan aktiviti fizikal dan aktif bersukan
memerlukan lebih tenaga. Oleh itu, kumpulan ini memerlukan makanan
208 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
yang mengandungi karbohidrat dan lemak. Protein diperlukan untuk
membaiki tisu bagi individu yang melakukan aktiviti lasak dan agresif.

(e) Iklim
Iklim boleh mempengaruhi penghasilan haba untuk mengawal suhu badan
seseorang. Penduduk di negeri yang beriklim sejuk mengalami kehilangan
haba yang banyak. Oleh itu, mereka memerlukan makanan yang
membekalkan lebih tenaga dan haba. Manakala penduduk di kawasan
beriklim panas sering mengalami kehilangan cecair badan kesan daripada
perpeluhan. Oleh itu diet yang sesuai untuk mereka yang tinggal dalam
iklim yang panas perlu lebih mengutamakan pengambilan air, buah-
buahan, dan sayur-sayuran untuk menggantikan cecair yang hilang dan
menyejukkan badan.

(f) Taraf kesihatan
Pesakit memerlukan kuantiti protein yang tinggi untuk membaiki
kerosakan tisu-tisu badan yang dialaminya. Makanan pencegah penyakit
yang mengandungi vitamin dan garam mineral diperlukan bagi
mengelakkan serangan penyakit secara berpanjangan. Manakala si pulih
pula ialah individu yang beransur pulih daripada penyakit. Oleh itu
makanan yang sesuai untuk si pulih adalah makanan yang memberi
tenaga, makanan pelindung dan makanan membina badan.

(g) Kumpulan Tertentu

(i) Ibu mengandung
Memerlukan lebih banyak nutrien kerana ketika ini suatu lagi
pertumbuhan sedang berlaku. Ibu mengandung memerlukan protein
tambahan sebanyak 13 gram untuk tumbesaran fetus. Kalsium dan
fosforus diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi. Asid folik
diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat sejak fetus lagi.
Pengambilan ferum yang mencukupi semasa mengandung akan
menjamin bekalan darah yang cukup di saat melahirkan anak.

(ii) Ibu menyusukan anak
Ibu menyusukan anak memerlukan protein tambahan kerana ketika
ini 12 hingga 15 gram protein dirembeskan ke dalam susu badan
setiap hari.

(iii) Vegetarian
Vegetarian ialah individu yang hanya memakan hasil tumbuh-
tumbuhan kerana agama, budaya, masalah kesihatan dan perasaan
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 209
belas kasihan terhadap haiwan. Terdapat dua jenis vegetarian iaitu
vegetarian tulen dan vegetarian lakto.

Vegetarian Tulen
Vegetarian tulen hanya memakan hasil tumbuh-tumbuhan.
Individu ini tidak makan daging haiwan, hasil haiwan dan telur.
Ia juga boleh mengalami kekurangan protein lengkap yang boleh
didapati daripada haiwan. Kekurangan ini boleh diatasi dengan
mengambil sumber protein daripada kekacang, sayur-sayuran,
buah-buahan dan bijirin. Selain itu, vegetarian tulen juga boleh
mengambil TVP (Textured Vegetarian Protein) yang dihasilkan
dengan menggunakan kacang soya yang diperasakan dan
dipelbagaikan bentuknya.

Vegetarian Lakto
Vegetarian lakto ialah individu yang boleh meminum susu dan
memakan hasil tenusu. Diet harian vegetarian lakto ialah semua
jenis bijirin, buah-buahan, kekeras, bijian, kekacang dan sayur-
sayuran termasuk susu dan hasil tenusu. Vegetarian lakto tidak
mempunyai masalah kekurangan nutrien kerana hasil tenusu
membekalkan asid amino penting yang lengkap.
8.1.3 Hidangan Sepinggan Lengkap
Hidangan sepinggan lengkap bermaksud satu hidangan seimbang yang
mempunyai pelbagai jenis nutrien yang lengkap (lihat Rajah 8.6). Hidangan
sepinggan lengkap boleh disediakan sebagai hidangan utama dan juga hidangan
sampingan. Hidangan ini juga sangat mudah disediakan dan dimasak.

Perkara-perkara yang perlu difikirkan dalam merancang hidangan sepinggan
lengkap adalah:
(a) Merancang dari segi rasa, warna, tekstur dan bahan;
(b) Menggunakan alat kelengkapan yang dapat menjimat dan mengurangkan
masa menyedia dan memasak hidangan;
(c) Mengambil kira kemahiran yang ada dan tenaga yang diperlukan;
(d) Memelihara nilai nutrien makanan;
(e) Memastikan nutrien hidangan adalah seimbang; dan
(f) Hidangan mestilah mudah dan cepat disediakan.


210 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Terdapat pelbagai jenis hidangan sepinggan lengkap antaranya:
Cara Melayu : Nasi Goreng, Nasi Lemak, Laksa.
Cara Cina : Nasi Ayam, Kuey teow Goreng, Bubur Ayam atau Ikan,
Mi Kon Loh.
Cara India : Roti Canai dan Kuah Dal, Tosai, Roti Naan.
Cara Barat : Piza, Burger, Spaghetti dengan Sos Tomato.


Rajah 8.6: Contoh hidangan lengkap
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 211
JADUAL KOMPOSISI MAKANAN DAN
SARANAN PENGAMBILAN NUTRIEN
(RECOMMENDED NUTRIENT INTAKES
(RNI) )
Peruntukan Diet Harian yang disarankan (RDA) telah disediakan oleh United
States Food and Nutrition Board sejak tahun 1941. Walau bagaimanapun edisi
pertama mula diterbitkan pada tahun 1943 untuk memberikan panduan dalam
mencapai matlamat pemakanan yang seimbang bagi setiap individu di Amerika.
Di Malaysia, RDA yang disediakan adalah berpandukan RDA Food and
Agriculture Organisation (FAO) dan World Health Organization (WHO).
Terdapat perbezaan peruntukan diet antara RDA di Amerika dan Malaysia
memandangkan saiz tubuh badan rakyat di Malaysia adalah lebih kecil maka
nutrien yang diperlukan lebih rendah.

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan berkaitan peruntukan pengambilan
nutrien antaranya Peruntukan Diet Harian yang Disarankan, Amaun Harian
yang Disarankan dan Pengambilan Nutrien yang Disarankan. Walau
bagaimanapun hasil daripada persetujuan pakar-pakar pemakanan maka istilah
Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intakes- RNI)
digunakan, menggantikan istilah Peruntukan Diet Harian yang Disarankan
(RDA) yang mana istilah ini telah digunakan sebelum ini.
8.2.1 Definisi
Recommended Nutrient Intakes (RNI) ialah satu garis panduan pengambilan
nutrien harian bagi memenuhi keperluan nutrien individu yang sihat,
berdasarkan umur, jantina dan keadaan wanita yang mengandung atau
menyusukan anak. Recommended Nutrient Intakes (RNI) ini, menggantikan
istilah peruntukan Diet Harian yang Disarankan iaitu Recommended Dietary
Allowance (RDA). Garis panduan ini diterbitkan dalam bentuk jadual yang
mana ia digunakan sebagai panduan untuk merancang dan menggalakkan
amalan pemakanan yang baik dalam kalangan penduduk Malaysia supaya dapat
mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
8.2
212 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
8.2.2 Kegunaan Recommended Nutrient Intakes
(RNI)
Kegunaan RNI adalah seperti berikut:
(a) Panduan kepada penggubal polisi dalam bidang pemakanan dan pertanian
untuk menjamin bekalan makanan penduduk sesebuah negara bagi
mengelakkan keadaan kekurangan bekalan makanan;
(b) Alat pengukur untuk menilai kualiti sesuatu bahan makanan berdasarkan
indeks ketumpatan nutrien dalam makanan tersebut dan kaitannya dengan
kesihatan;
(c) Bahan rujukan untuk individu dan pakar pemakanan semasa merancang
menu harian seperti mengubahsuai perancangan diet, perancangan menu
dan hidangan makanan dalam pelbagai institusi;
(d) Panduan kepada pengusaha industri makanan membuat label iaitu
memberi maklumat makanan pada bungkusan makanan produk mereka;
dan
(e) Menilai pengambilan diet bagi kumpulan individu yang berisiko tinggi dan
juga mengenalpasti nutrien yang berisiko atau pengambilan nutrien yang
tidak mencukupi oleh kumpulan individu tertentu.
8.2.3 Pengiraan
Nilai Nutrien dalam Makanan

Tenaga adalah keupayaan untuk menjalankan sesuatu tugas. Tenaga juga
diperoleh daripada makanan yang membekalkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak
dan protein. Ketiga-tiga nutrien ini merupakan sumber tenaga kepada tubuh
untuk melakukan aktiviti fizikal dan biokimia.

Kalori adalah unit asas tenaga dan digunakan dalam pemakanan sebagai jumlah
haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air ke satu darjah
Celsius. Kalori juga didefinisikan sebagai bentuk haba yang digunakan dalam
badan bagi metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Selain daripada kalori, unit
yang digunakan untuk mengukur tenaga ialah joule (J) iaitu kilojoule (Kj).
Berikut adalah unit persamaan joule dan kalori:

1 Kalori (K) = 4.184 joules
1 kilokalori (kkal) = 4184 joules
= 4.184 kilojoules (kJ)
= 1000 kalori
TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 213
1000 kilokalori = 4184 kJ
1 kilojoule = 1000 joules
1 Megajoule = 1 000 000 joules

Nilai tenaga bagi setiap nutrien adalah berbeza. Lemak adalah kaya dengan
kalori dan boleh menghasilkan kalori dua kali ganda lebih banyak daripada
jumlah yang dikeluarkan oleh karbohidrat dan protein oleh itu makanan yang
berlemak mengandungi kalori yang tinggi. Jadual 8.19 menunjukkan nilai tenaga
bagi setiap nutrien.
Jadual 8.19: Nilai Tenaga Setiap Gram (1g) Nutrien
1 gram
Karbohidrat
4kkal atau 17 kJ
= 4 x 4.184 kJ
= 16.736 kJ
= 17 kJ
Protein
4kkal atau 17 kJ
= 4 x 4.184 kJ
= 16.736 kJ
= 17 kJ
Lemak
9kkal atau 38 kJ
= 9 x 4.184 kJ
= 37.656 kJ
= 38 kJ

Panduan Pengiraan Nilai Tenaga

Pengiraan nilai tenaga adalah berpandukan kepada Buku Komposisi Zat Dalam
Makanan Malaysia 1997. Buku ini mempunyai maklumat berkenaan kandungan
nutrien bagi setiap 100gm porsi yang boleh dimakan (edible portion). Pengiraan
nilai tenaga juga hanya dibuat berdasarkan tiga nutrien utama yang membekalkan
tenaga kepada tubuh iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Jadual 8.20
menunjukkan contoh jadual komposisi nutrien dalam makanan yang dipetik dan
diubahsuai daripada buku Komposisi Zat Dalam Makanan, edisi keempat, 1997.

Jadual 8.20: Contoh Jadual Komposisi Nutrien dalam Makanan

Komposisi nutrien bagi setiap 100g bahagian yang boleh dimakan

Jenis
makanan
yang
telah
dimasak
%
bahagia
n
yang
boleh
dimaka
n
(E.P.)

Kkal
Tenaga

g
air

g
Protein

g
Lemak


g
CHO

g
Serabut

g
abu


mg
Ca

mg
P

m
g
Fe

mg
Na

mg
K

mg
Retinol


g
karoten

g
RE

mg
B
1


mg
B
2


mg
niasi
n


Vitam
in
C
Kuih
Lompang
100 117 56.2 2.2 0.3 26.5 0.4 0.3 39 7 1.1 77 112 2 0 2 0.03 0.06 0.
1
1.
7
Ayam
kurma
82 179 71.9 12.7 13.7 1.2 1.2 1.7 33 201 2.8 100 99 38 0 38 0.05 0.10 1.
0
0


214 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Merujuk Jadual 8.20, maklumat penting yang terkandung dalam jadual ini
adalah nilai E.P. dan nilai nutrien yang terkandung dalam karbohidrat, lemak
dan protein.

Contoh 1: (E.P. Makanan 100%)

Cara mengira nilai tenaga 100g kuih lompang. Berdasarkan jadual di atas 100g
kuih lompang dan nilai E.P. 100% mengandungi: 2.2g protein, 0.3g lemak dan
26.5 karbohidrat.

100g kuih lompang. E.P. 100% mengandungi:
Protein :2.2g x 17kJ = 37.4kJ
Lemak :0.3g x 38kJ = 11.4kJ
Karbohidrat :26.5 x 17kJ = 450.5kJ
Jumlah nilai tenaga 499.3 kJ

Contoh 2: (E.P. Makanan kurang 100%)

100g kurma ayam dengan nilai E.P. 82% mengandungi : 12.7g protein, 13.7g
lemak dan 1.2g karbohidrat.

100g kurma ayam. E.P. 82% mengandungi:
Protein : 82/100x 12.7g x 17kJ = 177.04kJ
Lemak : 82/100x 13.7g x 38kJ = 426.89kJ
Karbohidrat : 82/100x 1.2g x 17kJ = 16.73kJ
Jumlah nilai tenaga 620.66kJ

Latihan:

Jadual 8.21: Pengambilan Makanan bagi Seorang Remaja Lelaki dan Perempuan yang
Berusia 15 Tahun
Bagi setiap 100g bahagian yang boleh dimakan
Makanan Porsi E.P (%) Protein Lemak Karbohidrat
Nasi putih 128g 100 2.3g 0.1g 38.5g
Ikan merak masak lemak 50g 87 19.0g 18.2g 2.8g
Ayam goreng 120g 78 20.2g 17.9g 3.2g
Rojak 50g 100 7.6g 15.5g 14.5
Tembikai 50g 56 0.6g 0.2g 6.0g
Jus jambu batu 150g 100 1.1g 0.2g 10.0g

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 215
Jadual 8.21 menunjukkan pengambilan makanan bagi seorang remaja lelaki dan
perempuan yang berusia 15 tahun. Mengikut RNI remaja lelaki memerlukan
2690 kkal dan remaja perempuan memerlukan 2180 kkal sehari.



Keperluan Tenaga

Keperluan tenaga oleh setiap individu adalah berbeza bergantung kepada umur,
jantina dan jenis aktiviti yang dilakukan. Individu yang kerap menjalankan
aktiviti berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding aktiviti yang
sederhana dan ringan. Orang lelaki memerlukan lebih banyak tenaga
berbanding perempuan pada tahap umur yang sama. Walau bagaimanapun
keperluan tenaga wanita yang mengandung dan menyusukan anak lebih tinggi
berbanding wanita normal. Faktor umur juga mempengaruhi keperluan tenaga
seseorang. Semakin meningkat usia, semakin tinggi tenaga yang diperlukan.
Namun begitu apabila usia seseorang mencapai 60 tahun keperluan tenaganya
berkurangan kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga berkurangan sesuai
dengan keupayaan yang ada. Jadual 8.22 menunjukkan keperluan tenaga yang
berbeza mengikut umur dan jantina berdasarkan RNI Malaysia 2005.
1. Kirakan jumlah nilai tenaga bagi sajian tengahari untuk remaja
ini.
2. Bandingkan pengambilan diet remaja ini dengan keperluan tenaga
yang disarankan mengikut RNI.
3. Adakah diet remaja ini seimbang? Beri cadangan untuk
memperbaiki pengambilan diet remaja ini.
AKTIVITI 8.5
216 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN
Jadual 8.22: Keperluan Tenaga
Umur Tenaga Kkal
Bayi (lelaki) 0 5 bulan
6 11 bulan
560
640
Bayi (perempuan) 0 5 bulan
6 11 bulan
550
630
Kanak-kanak lelaki 1 3 tahun
4 6 tahun
7 9 tahun
980
1340
1780
Kanak-kanak perempuan 1 3 tahun
4 6 tahun
7 9 tahun
910
1290
1590
Remaja lelaki 10 12 tahun
13 14 tahun
15 tahun
16 18 tahun
2180
2690
2690
2840
Remaja perempuan 10 12 tahun
13 14 tahun
15 tahun
16 18 tahun
1990
2180
2180
2050
Lelaki 19 29 tahun
30 50 tahun
51 59 tahun
60 65 tahun
> 65 tahun
2440
2460
2460
2010
2010
Wanita 19 29 tahun
30 50 tahun
51 59 tahun
60 65 tahun
> 65 tahun
2000
2180
2180
1780
1780
Wanita mengandung 1st trimester
2nd trimester
3rd trimester
+ 0
+ 360
+ 470
Wanita menyusukan anak 1 6 bulan + 500

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 217

Terdapat lima jenis nutrien utama iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin
dan garam mineral. Selain nutrien, air dan pelawas juga memainkan peranan
penting terhadap tubuh manusia.
Kelebihan dan kekurangan pengambilan sesuatu nutrien boleh
mengakibatkan seseorang itu mengalami penyakit. Oleh itu manusia perlu
mengambil diet yang seimbang untuk mencapai tahap kesihatan yang
optimum.
RNI adalah satu garis panduan pengambilan nutrien harian bagi memenuhi
keperluan nutrien individu yang sihat berdasarkan umur, jantina dan
keadaan wanita yang mengandung atau menyusukan anak.
Pengiraan nilai tenaga hanya berdasarkan tiga nutrien pembekal tenaga iaitu
karbohidrat, protein dan lemak.


Garam mineral
Karbohidrat
Lemak
Nutrien
Protein
Vitamin

218 X TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN

Penyataan berikut adalah berkaitan dengan pengetahuan pemakanan. Sila
bulatkan jawapan kepada penyataan berdasarkan pengetahuan anda
berdasarkan skala berikut:

1. BENAR (B)
2. SALAH (S)

Penyataan Skala
1. Kandungan gula dalam jus buah-buahan lebih tinggi
daripada buah-buahan segar.
B S
2. Susu boleh menggantikan makanan utama kanak-kanak. B S
3. Remaja perlukan Vitamin C tambahan walaupun diberi
makanan yang seimbang.
B S
4. Jagung rebus adalah snek yang sesuai untuk kanak-kanak. B S
5. Minuman bergas mempunyai kandungan kalori yang
tinggi
B S
6. Emping jagung (cornflakes) boleh membantu proses
pencernaan.
B S
7. Pilihan alternatif kepada daging adalah telur, ikan, ayam
dan kekacang.
B S
8. Karbohidrat yang berlebihan di dalam tubuh akan
ditukarkan kepada lemak.
B S
9. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari boleh
menghasilkan vitamin D.
B S
10. Buah-buahan citrus kaya dengan vitamin C. B S
11. Susu adalah sumber penting kalsium dan fosforus untuk
pembentukan tulang kanak-kanak.
B S
12. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. B S
13. Merendam buah-buahan yang telah dipotong boleh
menyebabkan kehilangan vitamin C.
B S
14. Coklat, cola dan minuman yang mengandungi kafein
menghalang penyerapan zat besi.
B S
15. Kanak-kanak perlu mengambil dua cawan susu setiap
hari.
B S

TOPIK 8 MAKANAN DAN PEMAKANAN W 219

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul Ghani.
(2002). Pengurusan pakaian tingkatan 4: Bahan sumber pengajaran. Kuala
Lumpur: Edu System.
Colton, V. (Eds.). (1979). Readers Digest complete guide to needlework. New
York, NY: Readers Digest Association.
Hetzer, L., Hoe, S. C., Hoehlen, T. L. & Gaylavisalli (1979). Complete guide to
needlework. New York, NY: Readers Digest.
Low, G. N., S. Samsiah, Hg, C. Ng, W., A. Zainal & Tan, G. S. (1990). Panduan
dinamik pilihan ekonomi rumahtangga. Petaling Jaya: Delta.
Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap
Langkah demi langkah teknik menjahit. Petaling Jaya: Alaf 21.
Neal, M. M. (1961). Needlework for school. Glasgow: Blackie & Son.
Ng, S. Y. & Yong, F. C. (1988). Sains rumahtangga. Kuala Lumpur: Delta.
Noor Hababiah Hassan Othman, Faudziah Md Din & Zahrah Esa. (2002).
Pengajian Pakaian Tingkatan. Kuala Lumpur: Edusystem.
Robaayah Hj Abd. Wahab & Susan Manikam. (1978). Panduan sains
rumahtangga 1. Dicapai dari http://www.scribd.com/doc/179532611/
Rujukan-kh-docx
R. Arulananthan & Noraziah Mohd Noh. (1975). Sains rumahtangga praktik.
Kuala Lumpur: Preston Times.

Anda mungkin juga menyukai