Anda di halaman 1dari 31

Isi Kandungan

Bil. Isi Kandungan Muka


Surat
1. Isi Kandungan 1
2. Tugasan 1 : Penulisan Akademik 2
BahagianA: Hubung kait tentang masalah kesihatan dengan
pemakanan dari segi kesan dan cadangan

1.0 Pengenalan
2.1.1.Obesiti 3-5
2.1.2 Kesan Obesiti
2.1.3 Cadangan Mencegah Obesiti

2.2.1 Kwashiorkor Dan Marasmus


2.2.2 Kesan Kwashiorkor Dan Marasmus 5-6
2.2.3 Cadangan Mencegah Kwashiorkor Dan Marasmus

2.3.1 Sembelit
2.3.2 Kesan Sembelit 6-7
2.3.3 Cadangan Mencegah Sembelit

2.4.1 Kekurangan Vitamin


2.4.2 Kesan Kekurangan Vitamin 7-8
2.4.3 Cadangan Kekurangan Vitamin

2.5.1 Kekurangan Zat Mineral


2.5.2 Kesan Kekurangan Zat Mineral 9-10
2.5.3 Cadangan Kekurangan Zat Mineral
3.0 Rumusan 11
3. Bahagian B : Perancangan Menu Makanan 12
1.0 Pengenalan
2.1 Sarapan Pagi 13-17
2.2 Minum Pagi (Kudapan) 17-27
3.0 Rumusan 28
4. Rujukan 28-31

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 1


Tugasan 1 : Penulisan Akademik

Bahagian A:

Hubung kait tentang masalah kesihatan dengan pemakanan dari


segi kesan dan cadangan

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 2


1.0 Pengenalan

Kesihatan adalah aspek utama yang dapat mempengaruhi perkembangan dan


pertumbuhan kanak-kanak. Dalam senario ini, pemakanan memainkan peranan yang amat
penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal kanak-kanak. Hal ini dapat dijelaskan dengan
pepatah Inggeris We Are What We Eat yang bermaksud kita adalah apa yang kita makan .
Pemakanan merupakan kajian sains tentang nilai makanan termasuk pelbagai kumpulan
makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan (Kamus Dewan,2005).
Pemakanan seimbang pula merujuk kepada tabiat memilih makanan yang hendak dimakan
dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan (Zainun Ishak, 2006). Proses
pembesaran kanak-kanak memerlukan nutrien yang seimbang daripada pemakanan harian.
Sehubungan dengan itu, pemakanan kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk menjamin
pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat. Malangnya, senario ini sering
dipandang enteng oleh masyarakat hari ini sehingga kanak-kanak terdedah kepada risiko
mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat budaya pemakanan yang tidak sihat
termasuk keadaan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Merujuk definisi yang diberi oleh
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) (2017), malnutrisi merupakan ketidakseimbangan
antara bekalan nutrisi dan tenaga serta keperluan tubuh untuk memastikan pertumbuhan,
pemeliharaan, dan fungsi tertentu. Malnutrisi disebabkan oleh pengambilan nutrien dalam
kadar yang tidak seimbang sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit. Justeru, amalan
pilih makan kanak-kanak telah meningkatkan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit
akibat ketidakseimbang nutrient.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 3


Hubung Kait Tentang Masalah Kesihatan Dengan Pemakanan

2.0 Masalah Kesihatan Kanak-kanak Dan Faktor Pemakanan

2.1.1 Obesiti

Menurut pandangan Mohd Shariff et al., (2008), Kesihatan seseorang akan terjejas jika
mempunyai tabiat makan yang tidak sihat .Pandangan beliau turut dijelaskan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (2014) yang mengesahkan bahawa amalan pemakanan
yang buruk merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti kanak-
kanak.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), obesiti
merupakan satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak
berlebihan. Seseorang dikatakan mengalami masalah obesiti sekiranya Indeks Jisim Badan
(BMI) melebihi BMI 30 kg/m2.

Masalah obesiti disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak, bergula dan
berkalori tinggi serta pengambilan karbohidrat secara berlebihan. Kalori adalah unit
penyukat jumlah tenaga yang didapati daripada suatu makanan (Zainun Ishak, 2006).
Makanan segera dikategorikan sebagai makanan yang berkalori tinggi sedangkan kalori
yang diperoleh tidak digunakan. Keadaan ini mampu mengundang kepada berat badan
yang berlebihan dan seterusnya menjadi masalah obesiti.

Daripada pemerhatian saya, kanak-kanak pada zaman baru ini gemar mengambil
makanan segera seperti burger, ayam goreng, kentang goreng dan lain-lain. Hal ini
demikian kerana makanan segera bukan sahaja dapat mengenyangkan perut dalam malah
rasanya lebih enak daripada masakan rumah. Hakikatnya, makanan segera mengandungi
lemak, gula dan garam yang sangat tinggi. Seperti yang ditunjukkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (2012), satu keping daging burger yang seberat 125g mengandungi 317
kcal dan lemak sebanyak 11.3 g manakala keju yang terdapat dalam satu burger bukanlah
keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik,
pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Kesannya, tubuh badan mereka hanya
dapat menerap lemak, gula, garam yang banyak tetapi zat yang agak sedikit daripada
kandungan makanan segera.

2.1.2 Kesan Obesiti

Kanak-kanak yang mempunyai masalah obesiti berkemungkinan membawa kepada


penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi), penyakit jantung dan strok.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 4


Hal ini demikian kerana makanan yang berlemak , terutama lemak tepu yang
terdapat daripada haiwan boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesterol dalam darah.
Lama-kelamaan, saluran darah menjadi semakin sempit akibat enapan kolesterol pada
dinding arteri. Sebagai kesan daripada itu, jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih
kuat dan akhirnya membawa kepada penyakit jantung dan strok (Blades, 2001).

2.1.3 Cadangan Untuk Mencegah Masalah Obesiti

Untuk kanak-kanak obesiti, saya mencadangkan mereka supaya mengurangkan


pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi, misalnya pengambilan makanan
segera dari seminggu dua kali kepada dua minggu sekali .

Selain makanan segera, kanak-kanak juga perlu mengurangkan mpenganbilan


makanan ringan dan minuman bergula sebaliknya memperbanyakkan pengambilan buah-
buahan dan sayur-sayuran yang berserat yang lebih bermanfaat untuk kesihatan mereka.
Hal ini demikian kerana serat dapat memanjangkan tempoh makanan dalam perut supaya
mengehadkan pengambilan kalori oleh badan (Angela Royston, 2015). Di samping itu,
mereka juga perlu mengurangkan penggunaan gula, susu pekat manis, dan krimer manis
dan ditukarkan kepada satu sudu teh sahaja untuk membuat minuman. Dalam masa yang
sama, mereka juga digalakkan supaya meminum air kosong yang banyak untuk
meningkatkan metabolisme badan bagi memudahan proses penyingkiran toksin dalam
badan. Tambahan pula, senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
dan setiap kali sekurang-kurangnya selama setengah jam sebagai usaha untuk mencegah
masalah obesiti.

Dalam konteks yang sama, kanak-kanak yang obes juga memiliki tahap
penghargaan yang rendah dan bersifat murung. Mereka juga tidak aktif dalam aktiviti
pembelajaran dan menghadapi kesukaran untuk bergerak dengan lancar akibat bentuk
fizikal mereka.

2.2.1 Kwashiokor Dan Maramus

Kwashiorkor merupakan penyakit akibat mengalami kekurangan protein manakala


maramus disebabkan oleh kekurangan pengambilan dalam semua nutrien (Rajikin et al.,
1997). Kedua-dua penyakit ini biasanya wujud secara serentak. Ini adalah disebabkan
pemgambilan nutrien yang tidak seimbang dan tidak mencukupi untuk keperluan badan.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 5


2.2.2 Kesan Kwashiorkor Dan Maramus

Pada pendapat saya, pertumbuhan dan perkembangan bagi kanak-kanak yang


mengalami kwashiorkor adalah terbantut. Contohnya, ketinggian mereka tidak dapat tumbuh
kepada ketinggian yang sepatutnya. Hal ini demikian kerana mereka kekurangan protein
yang berfungsi dalam membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak untuk pertumbuhan saraf
dan otot. Jika penyakit ini tidak dirawat dengan baik, kanak-kanak mungkin mengalami
kecacatan fizikal dan mental sepanjang hidup mereka. Dalam situasi yang sama, kanak-
kanak marasmus juga mempunyai sistem imun yang rendah dan sering diganggu oleh
masalah pernafasan, gastroenteritis, tuberkulosis, dan jangkitan HIV.

2.2.3 Cadangan Untuk Mencagah Kwashiorkor Dan Maramus

Kawashiokor berpunca daripada kekurangan protein sahaja manakala marasmus


terjadi akibat kekurangan sesmua nutrien. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kanak-kanak
yang mempunyai masalah kwashiorkor mendapatkan sumber protein daripada susu, daging,
telur, ikan, susu soya dan kekacang untuk memastikan pertumbuhan otot dan saraf yang
sempurna. Bagi mereka yang mengalami masalah marasmus sepatutnya mengambil lemak,
protein, vitamin, karbohidrat dan zat mineral secara seimbang supaya meningkatkan taraf
kesihatan dan membina sistem imun yang kuat.

2.3.1 Sembelit

Menurut penulisan Christian Nordqvist (2017), seseorang kanak-kanak dikatakan


mengalami masalah sembelit apabila menghadapi kesukaran dalam proses membuang air
besar. Masalah ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang kurang meminum air dan
mempunyai amalan pilih makanan terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat.
Berdasarkan penerangan oleh Dr. Nor Mahani Harun dalam Sinaran Harian (2014),
kekurangan air dan serat akan menyebabkan pergerakan makanan di dalam saluran
penghadaman menjadi lambat. Akibatnya, air yang terdapat dalam makanan diserap oleh
kolon dan ini akan menyebabkan pengeluaran najis menjadi lambat. Sebagai kesan
daripada itu, najis menjadi keras dan kering sehingga kanak-kanak berasa sakit untuk
membuang air besar. Pada pandangan saya, keadaan ini berlaku disebabkan pemberian
makanan karbohidrat yang terlalu banyak kepada bayi yang baru diperkenalkan dengan
makanan pepejal.

2.3.2 Kesan Sembelit

Sembelit mampu memudaratkan badan kanak-kanak. Hal ini disebabkan toksin yang
terkumpul dalam badan akibat sembelit akan membebankan oragan hati untuk

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 6


menyingkirkan toksin secara berlebihan. Tambahan pula, menurut informasi yang diberi oleh
Dr. Nor Mahani Harun dalam Sinaran Harian (2014), sembelit yang kronik mampu
membawa kepada pembentukan kanser usus besar dan keradangan apendiks.

Antara komplikasi sembelit adalah menyebabkan bayi atau kanak-kanak kurang


selera makan, sakit kepala serta boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing. Selain
daripada itu, mereka juga menghadapi sukar menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran, bersa lesu kronik, artritis sakit kepala dan juga berkulit kering (NHS Choices,
2015 ). Jika masalah tersebut tidak dirawat dengan baik, pengambilan makanan berkhasiat
akan menjadi kurang bernilai.

2.3.3 Cadangan Untuk Mencegah Sembelit

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sepatutnya memperbanyakkan


pengambilan makanan berserat iaitu sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Contohnya,
brokoli, sawi, kangkung, pisang, ciku, epal, barli dan bijirin. Menurut Angela Royston (2015)
dalam buku Air Dan Serat Untuk Tubuh Badan Sihat , serat dapat membantu penghadaman
makanan dan meningkatkan gerakan saluran najis di dalam usus. Sehubungan dengan itu,
toksin-toksin yang terkumpul dalam badan dapat disingkirkan bersama serat melalui
pengeluaran najis. Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga perlu meminum air yang
banyak untuk melembutkan najis supaya memudahkan pergerakan najis dalam unsur besar.

Bagi bayi yang baru diperkenalkan makanan pepejal, saya mencadangkan supaya
ibu bapa mengelakkan daripada pemberian karbohidrat yang terlalu banyak atau makanan
yang terlalu keras dan kering sebaliknya perlu menyediakan makanan yang lembut, berair
dan berserat untuk memudahkan proses penghadaman. Contoh makanan yang sesuai
termasuklah bubur, isi kentang yang telah dihancurkan, potongan pisang dan sup sayur.

2.4.1 Kekurangan Vitamin

Terdapat 2 besar kelompok vitamin iaitu vitamin larut dalam air ( Vitamin B, C) dan
Vitamin yang dapat larut dalam lemak (Vitamin A,D,E,K) . Vitamin merupakan bahan
organik yang diperlukan oleh badan kita untuk meningkatkan sistem imun, membantu
pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta membantu organ-organ menjalankan
fungsi dengan baik (Mary L. Gavin, 2014). Walaupun badan kita hanya memerlukan vitamin
dalam kuantiti yang sedikit, namun metabolisme tubuh kita akan terjejas jika keperluan
vitamin tidak dapat dipenuhi.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 7


2.4.2 Kesan kekurangan Vitamin

Avitaminosis merupakan segala masalah kesihatan yang timbul akibat kekurangan


vitamin. Contohnya, penyakit scurvy yang berpunca daripada kekurangan vitamin C dalam
badan. Pada pendapat saya, ini adalah akibat daripada amalan pilih makan kanak-kanak
terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C . Pesakit scurvy
akan sengsara dengan kesakitan otot dan sendi , berasa letih, timbulnya titik merah pada
kulit, perbengkakan pada gusi, kehilangan selera, berlakunya penurunan berat badan, cirit -
birit dan demam.

Dalam konteks yang sama, kekurangan Vitamin B1 juga akan menyebabkan


penyakit beri-beri. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini kurang makan kacang kedelai,
kuning telur, susu dan lain-lain. Merujuk penulisan Chitra Badii, Matthew Solan & Lauren
Reed (2016), terdapat dua jenis beri-beri, iaitu beri-beri basah dan beri-beri kering. Beri-beri
basah mampu menjejaskan sistem kardiovaskular di mana seseorang itu akan mengalami
masalah sesak nafas, mempunyai denyutan jantung yang tinggi dan terdapat perbengkakan
pada bahagian bawah kaki. Beri-beri kering menjejaskan sistem saraf sehingga
menyebabkan kesukaran untuk berjalan, kekejangan kaki dan tangan, gangguan fungsi otot
kaki, kesukaran untuk bercakap dan mengalami kegetaran mata (Nystagmus). Oleh itu,
kanak-kanak berkemungkinan besar akan mengalami kerosakan pada otak ,saraf dan
jantung akibat Sindrom Korsakoff yang dibawa oleh beri-beri jika tidak dirawat dengan baik.

2.4.3 Cadangan Untuk Mencegah Kekurangan Vitamin

Penyakit scurvy dapat dirawat sekiranya seseorang itu mengambil vitamin C dalam
kadar yang sesuai daripada buah-buahan dan sayur-sayuran terutama limau dan lemon.
Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Pesakit scurvy dicadangkan
supaya mencampurkan jus limau atau lemon dalam segelas air dengan satu sudu the madu
kerana ramuan ini membekalkan nilai vitamin yang sangat tinggi untuk merawat penyakit
tersebut.

Untuk mengelakkan daripada diserang beri-beri, kita dinasihatkan supaya memakan


sayur-sayuran, kekacang, daging, ikan dan bijirin yang kaya dengan vitamin B1 (Chitra Badii,
Matthew Solan & Lauren, 2015). Hal ini demikian kerana ia dapat membantu sistem saraf
dan otak supaya berfungsi dengan baik.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 8


2.5.1 Kekurangan Zat Mineral

Seperti vitamin, mineral adalah kelompok mikronutrien bagi tubuh yang hanya
dperlukan dalam jumlah kecil untuk menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak terutama dalam pertumbuhan tulang dan gigi.

2.5.2 Kesan Kekurangan Zat Mineral

Zat kalsium, fosforus dan Vitamin D amat penting bagi menguatkan tulang dan juga
pertumbuhan tulang (Khoo Yoong Khean, 2014). Oleh itu, kanak-kanak yang kekurangan
zat ini akan mengalami penyakit ricket dan masalah osteoporosis di mana tulang dan gigi
mereka menjadi lemah dan mudah retak. Menurut Dr. Ahmad Mahyuddin Pakar Ortopedik
dari Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) dalam penulisan
Khairunnisa Sulaiman (2015) , kanak-kanak yang mengalami masalah ricket berkaki
kenkang (bowed-leg) iaitu lutut dan tulang keting yang bengkok seperti busur panah. Selain
kaki bengkok, tulang dan ligamen kanak-kanak juga akan menjadi lemah dan longgar. Ini
akan menyebabkan kesukaran kanak-kanak untuk berjalan dan melakukan aktiviti harian
mereka.

2.5.3 Cadangan Mencegah Kekurangan Zat Mineral

Kalsium dan vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Oleh itu, kanak-
kanak digalak memakan keju, yoghurt, kunning telur, ikan salmond, brokoli dan bayam
untuk meguatkan gigi dan tulang supaya mengelakkan penyakit ricket dan osteoporosis.
Selain daripada itu, Dr. Ahmad Mahyuddin menasihati supaya kanak-kanak mendapat
sinaran matahari pagi untuk membantu proses metabolisme vitamin D dan kalsium di dalam
badan mereka .

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 9


3.0 Rumusan

Walaupun kebanyakan makanan mengandungi lebih dari satu nutrien, tetapi tidak
ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan dalam
amaun yang betul untuk mengekalkan kesihatan yang baik (Kementerian Kesihatan
Malaysia,2011). Lantaran itu, pengambilan nutrient dalam amaun atau kadar yang tidak
betul akan membawa risiko kepada kesihatan seseorang terutama kanak-kanak yang
sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengelakkan masalah ini,
pemakanan yang seimbangan merupakan cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah
kesihatan akibat malnutrisi. Dengan ini, saya merumuskan bahawa masalah kesihatan dan
pemakanan seseorang kanak-kanak adalah saling berkaitan. Pemakanan seseorang
mampu mendatangkan masalah kesihatan, namun penyakit tersebut juga dapat dirawat
dengan kaedah pemakanan. Walau bagaimanapun, kesihatan kanak-kanak tidak boleh
bergantung kepada pemakanan dengan semat-mata, tetapi memerlukan senaman yang
sesuai dan mencukupi untuk menjamin perkembangan dan pertumbuhan yang sempurna.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 10


Tugasan 1 : Penulisan Akademik

Bahagian B:

Penyediaan menu untuk disajikan kepada kanak-kanak dengan mengambil kira


kepentingan piramid makanan yang disarakan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia berserta dengan justifikasi berdasarkan pemilihan menu yang dibuat.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 11


1.0 Pengenalan

Walker (2001, dalam Swadener, 1994) menegaskan bahawa pemakanan yang


berkhasiat menghasilkan kesihatan fizikal yang baik dan menyumbang kepada kesihatan
mental yang baik. Pandangan beliau telah menjelaskan betapa pentingnya pemakanan
seseorang terhadap kesihatan badan, terutama kanak-kanak prasekolah yang sedang
mengalami peringkat pertumbuhan dan perkembangan. Sehubungan dengan itu,
penyediaan diet yang mengandungi nutrien yang seimbang perlu menjadi suatu agenda
yang dititikberat oleh pihak prasekolah. Kanak-kanak pada peringkat ini sepatutnya
disediakan makanan seimbang yang dapat memenuhi keperluan tenaga mereka untuk
menghadapi aktiviti pembelajaran di prasekolah. Lantaran itu, menu sarapan pagi dan
kudapan di persekolah perlu dirancang dengan teliti dengan berdasarkan keperluan kanak-
kanak dengan berpandukan piramid makanan yang disaran oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia seperti rajah 1.

Rajah 1: Piramid makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 12


2.0 Perancanagn Menu

2.1 Menu Sarapan Pagi

Hari: Isnin

Sarapan pagi Amaun kalori (kcal)


Bijirin sarapan (conflakes) cawan 100
+
Susu rendah lemak 1 Gelas (250 ml) 130

Jumlah : 230 kcal

Justifikasi

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2017), kanak-kanak yang berumur 4


hingga 6 tahun memerlukan kalori sebanyak 1300 kcal untuk keperluan tenaga dalam sehari.
Karbohidrat merupakan unsur menu sarapan pagi yang membekalkan sumber tenaga untuk
kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran. Selain itu ,kanak-kanak yang berumur 3
hingga 12 tahun juga disarankan oleh kementerian kesihatan supaya mengambil sajian
bijirin dan produk bijirin dalam menu pemakanan mereka .

Oleh itu, saya mencadangkan bijirin sarapan (conflakes) yang mengandungi


karbohidrat sebagai sarapan pagi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak
prasekolah memerlukan jumlah tenaga yang banyak untuk menjalankan aktiviti fizikal dalam
proses pembelajaran. Dengan adanya bekalan tenaga yang cukup, maka kanak-kanak akan
lebih cergas, ceria dan lebih bersemangat untuk belajar. Tambahan pula, bijirin sarapan juga
mengandungi protein, vitamin dan zat mineral iaitu vitamn A, vitamin C, kalsium, dan zat
besi . Kandungan serat yang tinngi dalam bijirin juga dapat membantu pencernaan makanan
kanak-kanak.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 13


Tambahan pula, susu rendah lemak mengandungi lemak yang rendah untuk
kebaikan kesihatan kanak-kanak. Selain daripada itu, kalsium dalam susu amat baik untuk
pertumbuhan tulang dan gigi manakala protein dapat membantu pembinaan tisu-tisu baru
untuk pertumbuhan badan mereka.

Hari : Selasa

Sarapan pagi Amaun Kalori (kcal)

Biskut bijirin berinti keju 3 Keping 117

Kismis 1 sudu besar 90

Susu soya suam 1 Gelas (250 ml) 82

Jumlah : 289 kcal

Justifikasi

Biskuit bijirin berinti keju mengandungi bijirin yang mempunyai serat dan karbohidrat
yang dapat megenyangkan kanak-kanak manakala inti keju mengandungi lemak , protein
dan kalsium, vitamin A dan vitamin B12 (Dairy Council Of California, 2017). Kandungan
lemak minimum yang terdapat dalam inti keju tidak akan menyebabkan masalah
kegemukan kanak-kanak . Oleh itu, pengambilan lemak dalam kuatiti yang sesuai tidak akan
membawa kesan negatif terhadap kesihatan mereka. Kanak-kanak memerlukan kalsium
untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat sementara protein diperlukan untuk
pembaikian dan pembinaan tisu.

Kismis merupakan salah satu buah-buah kering yang amat berkhasiat. Menurut Info
Manfaat Terkini (2015), kismis memainkan peranan yang sangat penting dalam penjagaan
kesihatan gigi kanak-kanak kerana mengandungi antioksida dan vitamin C yang dapat
membunuh bakteria yang terdapat di dalam mulut dan gigi. Selain itu, kismis juga

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 14


merupakan sumber zat besi yang tinggi, ia dapat melindungi kanak-kanak daripada
mendapat penyakit anemia dan penyakit jantung.

Susu soya mempunyai nutrien dan fungsi yang hampir sama dengan susu lembu. Ia
bukan sahaja kaya dengan protein dan kalsium malah mengandungi Omega 3 dan Omega 6
yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata.Tambahan pula, ia juga mengandungi
vitamin C dan E yang berfungsi sebagai antioksida pelindung sel-sel tubuh badan.

Pada pendapat saya, menu ini sesuai dijadikan sebagai menu sarapan kanak-kanak
kerana ia telah telah memenuhi keperluan nutrien bagi kanak-kanak mengikut piramid
makanan.

Hari Rabu

Sarapan pagi Amaun Kalori (kcal)

Karipap berinti sardin 1Biji 140

1 Potong 140
Kuih lapis
1 Gelas (250 ml) 0
Air suam
Jumlah :280 kcal

Justifikasi

Karipap sardin dan kuih lapis dapat membekalkan karbonhidrat kepada kana-
kanak manakala inti sardin yang terdapat dalam karipap merupakan sumber protein dan
omega 3 yang membantu pertumbuhan dan perkembagan kanak-kanak.

Air suam pula untuk membantu penghadaman makanan dan mengawal suhu badan
supaya seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 15


Hari Khamis

Sarapan pagi Amaun Kalori (kcal)

Kek buah 1 potong 130

Susu 1 Gelas (250 ml) 130

Jumlah: 260 kcal

Justifikasi

Kek buah mengandungi lemak yang sedikit sahaja, tetapi kandungan karbohidrat
yang terdapat dalam kek ini dapat membekalkan tenaga sebanyak 130 kcal. Buah-buahan
kering yang terdapat dalam kek , misalnya kismis dan berri dapat membekalkan serat dan
vitamin yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C yang dapat dijumpai dalam buah-buahan
biasa. Serat pula membantu pergerakan makanan dalam usus supaya memudahkan proses
perkumuhan dan mengelakkan masalah sembelit dalam kanak-kanak.

Kanak-kanak yang sedang mengalami peringkat pertumbuhan dan perkembangan


yang pesat pada tahap umur empat hingga enam memang memerlukan pengambilan susu
cukup untuk kebaikan kesihatan mereka. Protein amat penting dalam pertumbuhan kanak-
kanak kerana ia berperanan untuk membaiki dan membina sel-sel baru dalam badan
supaya kanak-kanak itu dapat berkembang dengan baik. Zat Kalsium yang terdapat dalam
susu pula berfungsi untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi supaya mengelakkan kanak-
kanak daripada masalah ricket .

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 16


Hari Jumaat

Sarapan pagi Amaun Kalori (kcal)

Roti bakar kaya dan 1 Keping 135


mentega
1 Cawan (200ml) 160
Milo bersusu
Jumlah : 295kcal

Justifikasi

Roti bakar mengandungi kandungan karbonhidrat yang tinggi, ia dapat membekalkan


tenaga yang tinggi untuk melakukan aktiviti dalam proses pembelajaran. Kaya dipebuat
daripada telur dan santan, ia mengandungi protein dan lemak yang tinggi seperti yang
terdapat dalam mentega.Pengambilan lemak dalam kuatiti yang sesuai adalah sangat
berfaedah terhadap kesihatan. Ia dapat bertindak sebagai pelidung kepada organ-oran
yang lembut dalam badan dan membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 17


2.2 Kudapan

Hari Isnin

Kudapan Amaun Kalori (kcal)


Nasi Tomato Ayam 1 Pinggan 389 kcal
Epal merah 2 Potong 10 kcal
Air kosong 1 gelas (250ml) 0
Jumlah: 399 kcal

Cara Menyedia Nasi Tomato Ayam (untuk hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

1. 183 g (1 cawan) beras


2. 50 g (2 biji) tomato, dan dua lobak merah dipotong dadu
3. 50g Daun salad
4. 200 g ( cawan) daging ayam, dibuang lemak dan dihiris halus
5. 30 ml (2 sudu makan) puri tomato
6. 250 ml (1 cawan) sos tomato
7. 30 g ( biji sederhana) lada benggala hijau, dihiris
8. 250 ml (1 cawan) air
9. 30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
10. 10 g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
11. 10 g ( cm) halia, dititik
12. 10 g (1 biji) bawang kecil, dihiris
13. Garam, gula dan lada

Cara Memasak

1. Masak nasi dengan puri tomato, cawan sos tomato dan air di dalam periuk nasi
elektrik.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 18


2. Di dalam kuali berasingan, tumis bawang putih,halia dan bawang. Masukkan
potongan tomato, potongan lobak merah dan baki sos tomato.
3. Masukkan hirisan daging ayam ke dalam kuali dan masak sehingga lembut.
Masukkan garam dan lada sulahsecukup rasa. Tambah air jika perlu.
4. Alihkan kuali daripada api dan letakkan ke tepi.
5. Masukkan nasi ke dalam acuan jeli bulat. Buat lubang di tengah nasi dan masukkan
lauk daging ayam tomato yang sudah dimasak.
6. Telangkupkan acuan jeli berisi nasi ,lauk daging ayam tomato, dihias dengan daun
salad ke atas pinggan dan hidangkan.

Justifikasi

Nasi tomato daging ayam adalah sajian yang seimbang bagi kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana kudapan ini lengkap dengan semua nutrien utama yang terdapat dalam
piramid makanan iaitu lemak ,protein, vitamin dan juga karbohidrat. Secara telitinya, nasi
telah membekalkan sumber karbohidrat, tomato dan lobak merah mengandungi
serat ,vitamin A dan vitamin C manakala daging ayam kaya dengan protein dan lemak.
Pengambilan lemak daripada daging ayam adalah minimum kerana kebanyakan lemak di
bawah kulit daging telah dibuang dalam proses penyediaan bahan. Ini dapat mengelakkan
pengambilan lemak yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Dalam konteks yang
sama, vitamin A sangat baik untuk kesihatan mata, pembinaan sistem imun dan
penyembuhan luka manakala vitamin C amat baik untuk kesihatan kulit kanak-kanak.

Selain nutrien, hidangan ini juga dapat menarik selera kanak-kanak. Kombinasi
warna merah nasi dan warna hijau daun salad telah menghasilkan satu unsur yang mampu
menarik perhatian kanak-kanak sehingga menimbulkan keinginan untuk mencuba rasa
hidangan tersebut. Dari segi rasa, tomato telah memberikan rasa manis dan masam yang
ringan dapat merangsang selera kanak-kanak manakala daun salad dapat mengurangkan
rasa pekat sos tomato selain menambah serat kepada hidangan ini.

Selepas makan hidangan yang berat, kanak-kanak diberi 2 potongan epal merah
sebagai pencuci mulut dan segelas air. Merujuk informasi yang diberi oleh New Heath Guide
(2014), epal mengandungi nilai vitamin yang tinggi iaitu vitamin A,B,C,E dan K yang
sangat berfaedah terhadap kesihatan kulit, meningkatkan sistem imun dan juga dapat
menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Air kosong pula berfungsi untuk membantu proses penghadaman makanan dan
mengawal metabolisme dan suhu badan.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 19


Hari Selasa

Kudapan Amaun Kalori (kcal)

Sushi telur roti 2 Gulung 330

Pisang 1 biji 60

Air Kosong 0 0

Jumlah: 390 Kcal

Cara Menyedia Sushi Telur Roti (2 gulung untuk hidangan seorang)

Bahan

1. 2 keping roti putih


2. kerat lobak merah ( dipotong batang panjang)
3. kerat timun (dipotong batang panjang)
4. 2 keping rumpai laut jepun
5. 2 sudu mayonis
6. 1 biji telur
7. 1 sudu minyak masak

Langkah langkah Penyediaan

1. Panaskan minyak dan goreng telur sehingga masak , potongkan telur yang digoreng
kepada bentuk batang panjang.
2. Letakan rumpai laut jepun di atas roti putih, kemudian diikuti dengan lobak merah,
timun dan telur yang telah dipotong .
3. Taburkan mayonis di atas permukaan roti yang lengkap dengan inti.
4. Gulungkan roti yang berinti.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 20


5. Potongkan roti yang digulung secara melintang dan hidangkan dalam pinggan yang
sesuai.

Justifikasi

Pada pendapat saya, sushi telur roti ini lengkap dengan nutrien yang terdapat di
dalam piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana
terdapat sumber lemak, protein, vitamin dan karbohidrat dalam satu hidangan ini.

Roti putih telah membekalkan karbohidrat,lobak merah dan timun membekalkan


serat dan vitamin , telur mengandungi protein dan mayonis dapat membekalkan lemak
kepada kanak-kanak. Rumpai laut Jepun pula kaya dengan kalsium, vitamin A, omega 3
dan omega 6, protein, serat dan juga iodin. Zat-zat ini dapat membina sistem imun yang
kuat untuk kanak-kanak .

Kanak-kanak suka mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, kanak-kanak akan berasa
seronok dan lebih berselera apabila melihat corak inti sushi. Tambahan pula, rasa lembut
roti dan rasa ranggup daripada sayuran dapat dirasai secara serentak apabila memakan
sushi ini supaya menimbulkan unsur menarik dalam pemakanan kanak-kanak.

Hari Rabu

Kudapan Amaun Kalori (Kcal)


Kuetiau goreng 2 senduk 320

Tembikai 1 potong sederhana 40


Jumalah :360 Kcal

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 21


Cara Penyediaan Kuetiau goreng (untuk hidangan 5 orang)

Bahan

1. 5 ulas bawang (dikisar)


2. 3 ulas bawang putih (dikisar)
3. 3 sudu besar kicap manis
4. 3 sudu kicap masin
5. 1 sudu besar sos tiram
6. 2 sudu besar sos cili
7. 500 gm kuetiau
8. 1 mangkuk tauge
9. Daun kucai secukupnya (potong 1 inc)
10. 10 ekor udang sederhana besar ( buang kepala dan kulit)
11. 2 ekor sotong (potong bulat)
12. 1 biji tomato (potong dadu)
13. 2 biji telur
14. minyak

Cara Memasak

1. Telur di tambah secubit garam dan dikacau.


2. Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau sehingga separuh masak dan
dianggkat.
3. Letakkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang dan bawang putih sehingga
garing dan harum.
4. Masukkan udang dan sotong
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis dan kicap masin
6. Masukkan kuetiaudan gaul sehingga rata.
7. Masak sebentar ,kemudian masukkan tomato, telur yang dah masak hancur tadi,
sotong dan udang.
8. Masukkan tauge dan daun kucai dan gaul sehingga rata .
9. sedia dihidangkan.

Justifikasi

Seperti nasi dan roti, kuetiau dapat membekalkan karbonhidrat untuk menjana
keperluan tenaga, manakala kucai dan tauge dimasukkan untuk menambah serat dan
vitamin ke dalam kuetiau goreng . Seterusnya, telur , udang dan sotong mengandungi nilai

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 22


protein yang tinggi untuk kebaikan pertumbuhan kanak-kanak. Selain protein, udang dan
sotong juga sebagai sumber kanak-kanak untuk mendapatkan zat mineral, iaitu selenium,
zat besi, natrium , magnesium,zink dan lain-lain.

Tembikai mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi. Selain vitamin, tembikai
mempunyai gandungan air yang banyak dan ini dapat membantu pengeluaran urin yang
lebih lancar. Dalam menu ini, tembikai dimakan untuk menyingkirkan lemak berlebihan
daripada keutiau goreng yang dimakan oleh kanak-kanak. Hal ini demikian kerana terdapat
citrulline di dalam tembikai yang dapat mengurangkan lemak yang berlebihan dalam tubuh.

Hari Khamis

Kudapan Amaun Kalori (kcal)


Makaroni bakar 2 Senduk 340
Buah naga 2 Hiris 20
Jumlah : 360 kcal

Cara Penyediaan Makaroni Bakar (untuk hidangan 8 orang)

Bahan A

1. 1 pek makaroni 500 gram


2. 100 gm sosej ayam digril/digoreng dan dipotong kecil
3. 2 labu bawang besar dicincang
4. 1 biji lada benggala hijau saiz sederhana dipotong kiub
5. 250 gram sayur campur (mixed vegetables)
6. 1 tin cendawan butang dipotong kiub
7. 2 biji tomato saiz sederhana dipotong kiub
8. 1 botol sos spaghetti (traditional) KIMBALL
9. 3 sudu besar tomato puri KIMBALL
10. 1 camca besar serbuk lada hitam
11. 1 camca teh `mixed herbs

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 23


12. Mentega untuk menumis
13. Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:

1. 1 botol susu segar 450ml


2. 6 biji telur Gred A

Bahan C:

1. 1 pek keju parut `pizza topping


2. 1 pek cheese sandwich slices
3. Sos Mayonis:
4. 8 biji cili merah
5. 3 ulas bawang putih
6. 3 camca besar jus lemon
7. 3 camca besar mayonis
8. Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak Bahan A


1. Masukkan makaroni di dalam periuk bersama air secukupnya dan sedikit minyak
zaitun/jagung. Kemudian rebus makaroni sehingga lembut. Toskan dan sejukkan
sebentar.
2. Masak sosej terlebih dahulu sama ada menggunakan teknik menggoreng atau mengril.
Bila telah sejuk, potong kecil-kecil.
3. Panaskan mentega di dalam kuali. Apabila mentega sudah cair, masukkan bawang
putih, diikuti dengan bawang besar yang telah dicincang. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan sosej dan seterusnya sayur campur (mixed vegetables), cendawan butang,
dan lada benggala yang telah dipotong kiub.
5. Seterusnya masukkan sos spaghetti KIMBALL, tomato puri, dan buah tomato yang
telah dipotong kiub, dan masak sehingga pekat. Masukkan lada hitam, `mixed herbs,
dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Padamkan api, satukan sos daging bersama makaroni yang telah direbus tadi.

Cara Memasak (B):


1. Satukan telur dan susu segar di dalam blender. Kisar sehingga sebati. Ketepikan.
2. Masukkan makaroni yang telah sedia ke dalam loyang, dan tekan sedikit sehingga
adunan agak mampat.
3. Curah adunan susu dan telur ke atas makaroni sehingga sama paras.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 24


4. Letak beberapa keping cheese sandwich slices sehingga menutupi makaroni.
Kemudian tabur keju parut `pizza topping dan dibakar dengan suhu 175C selama 30
minit atau sehingga masak. Ikut oven yang digunakan.

Cara Membuat Sos Mayonis:


1. Masukkan cili merah, bawang putih, dan air secukupnya ke dalam mesin pengisar.
Mesin sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan di dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sejukkan
sebentar.
3. Satukan bahan cili yang telah dimasak, mayonis, jus lemon, garam dan gula di dalam
blender. Kemudian dikisar sehingga semua bercampur sebati.
4. Tuang ke dalam bekas. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Cara Menghidang:
Hidangkan makaroni yang telah siap dibakar bersama-sama sos mayonis.

Justifikasi

Makaroni bakar merupakan kudapan yang dapat membekalkan tenaga kalori yang
tinggi kerana ia mempunyai nilai karbohidrat yang agak tinggi berbanding dengan
kudapan lain. Selain itu, sumber lemak dan protein hidangan ini adalah daripada
kepingan keju, lemak sosej , mentega dan mayonis .
Tidak ketinggalan juga sumber serat dan vitamin daripada sayur campuran ,
cendawan dan tomato untuk mengelakkan masalah sembelit akibat ketidakseimbang
menu.
Pada pendapat saya, walaupun hidangan ini mengandungan nilai protein dan lemak yang
lebih tinggi , namun ia tidak akan memudaratkan kesihatan kanak-kanak jika kalori yang
diperoleh dapat digunakan untuk melakukan aktiviti pembelajaran seperti berlari,
melompat dan lain-lain.
Menurut maklumat yang diperolehi daripada Info Sihat (2014), buah naga sangat kaya
dengan fosfor, kalsium, karbohidrat, protein dan mineral. Buah ini juga banyak
mengandung vitamin seperti vitamin c, vitamin b1, vitamin b2 dan vitamin b12. Tambahan
pula, buah ini dapat mengurangkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh badan
dan juga berfungsi untuk meningkatkan selera makan , terutama bagi kanak-kanak. Oleh
itu, buah naga perlu dimakan dahulu sebelum makaroni.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 25


Hari Jumaat

Kudapan Amaun Kalori (kcal)


Mi kong fu 1 mangkuk 300
Jambu Batu 2 potongan 70
Jumlah : 370 Kcal

Cara Penyediaan Mi kongfu (untuk hidangan seorang)


Bahan-Bahan:

Bahan Mi
1. 200gm mi kuning
2. 2 biji telur
3. 1/3 sudu teh garam
4. Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah
1. 3 ulas bawang putih diketuk
2. 100gm isi ayam dipotong kecil
3. 3 ekor udang dibuang kulit
4. 2 ekor sotong dipotong bulat
5. 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
6. 2 cawan air
7. 2 sudu makan sos tiram
8. 3 batang anak jagung dipotong memanjang
9. 3 tangkai cili padi diketuk
10. Lobak merah dipotong panjang & halus

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 26


11. hirisan brokoli
12. hirisan kobis bunga
13. garam & gula secukup rasa
14. serbuk lada sulah
15. garam
16. minyak untuk menumis

Cara memasak

1. Goreng mi, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan.
Masukkan mi, kemudian masukkan telur dan garam.
2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
3. Buat kuah mi. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau
selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun
bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

Justifikasi

Pada pendapat saya, Mi kongfu boleh dikategori sebagai hidangan yang mempunyai
nutrien yang seimbang. Hal ini demikian kerana ia terdiri daripada bahan yang dapat
dijumpai dalam piramid makanan. Secara telitinya, mi kuning merupakan sumber
karbohidrat dalam hidangan ini, manakala telur, daging ayam, sotong dan udang adalah
penyumbang protein yang membantu pertumbuhan kanak-kanak. Sebagai sumber
penambahan vitamin dan serat yang amat bermanfaat untuk kesihatan kulit dan sistem
pencernaan kanak-kanak, sayuran seperti brokoli, kubis bunga, lobak merah dan juga anak
jagung turut dimasukkan dalam hidangan ini. Pengambilan lemak dalam hidangan ini
adalah dalam kuantiti minimum iaitu hanya dari minyak masak dan daging ayam sahaja. Zat
mineral seperti natrium, selenium, zat besi, magnesium,zink ,iodin juga dapat diperoleh
menerusi sumber laut, iaitu sotong dan udang.

Jambu batu yang sebagai pencuci mulut bukan sahaja kaya dengan serat sahaja,
tetapi mengandungi vitamin C dan Vitamin B yang tinggi di samping mempunyai nilai zat
mineral, seperti kalsium, magnesium , fosfor, zat besi dan zink. Vitamin-vitamin dan zat-zat
mineral ini amat penting untuk kesihatan kulit, organ, dan tulang serta pembinaan sistem
imun kanak-kanak.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 27


3.0 Rumusan

Sebagai konklusinya, perancangan menu kanak-kanak perlu mempertimbangkan pelbagai


unsur termasuklah keperluan dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan serta
keseimbangan nutrien yang terkandung dalam suatu hidangan. Selain daripada itu, guru
juga perlu sentiasa memerhatikan kandungan kalori yang ada dalam suatu makanan
sebelum dihidangkan kepada murid-murid.Hal ini demikian kerana kanak-kanak memerlukan
tenaga dan tubuh badan yang sihat untuk menjalan aktiviti pembelajaran mereka. Dengan
ini, jelaslah bahawa kepentingan keseimbangan pemakanan dapat mempengaruhi
kesihatan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai fizikal yang sihat pasti dapat
melibatkan dirinya dalam aktiviti pengajaran secara aktif, kerana Badan Sihat, Minda
Cerdas.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 28


Rujukan

Angela Royston. (2011).Vitamin dan mineral untuk tubuh yang sihat. Kuala Lumpur: ITBM
Publisher.

Angela Royston.(2015). Air dan serat untuk tubuh badan yang sihat. Kuala Lumpur: ITBM
Publisher.

Blades, M. (2001). Factors affecting what we eat. Nutrition and Food Science, 21 (2),71-77.

Carolyn Childs. (2005). Food and nutrition in the early years. London:Hodder& Stoughton.

Kementerian Kesihatan Malaysia.(2011). Panduan Penyajian Hidangan Sihat Semasa


Mesyuarat.Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Madya Norhashimah & Aminah Ayob. (2004). Panduan pemakanan prasekolah. Bentong:
PTS Publication& Distributors.

Mohd Shariff, Sabariah Bukhar , Norlijah Othman,Normah Hashim, Maznah Ismail, Zubaidah
Jamil, Sham Mohd Kasim, Laily Paim, Bahaman Abu Samah& Zabidi Azhar Mohd
Hussein (2008). Daily energy intake from meals and afternoon snacks: findings from
the Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS). Malaysian journal of nutrition, 14(1),
41-45.

National Coordanting Committee on Food and Nutrition (2005). Recommended Nutrient


Intakes for Malaysia (RNI). A Report of the Techninal Working Group on Nutritional
Guidelines. Putrajaya : Ministry of Health Malaysia.

Noorsyarzielah Saleh.(Disember 2013). Kesedaran pemakanan seimbang dalam kalangan


pelajar Politeknik Merlimau , Melaka . Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rajikin, M. H., Omar, B. & Sulaiman, S. (1997). Pemakanan dan kesihatan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Starr, C. & Taggart, R. (2001). Biology: The Unity & Diversity of Life. US: Thomson Learning.

Zainun Ishak.(2006). Panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kuala Lumpur:


Utasan Publication & Distrutors.

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 29


Rujukan Internet

Abu Bakar Abdul Majeed.( 2008 November, 14). Aditif makanan dan ubat-ubatan. Dicapai
melaluihttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/137-aditif-makanan-dan-
ubat-ubatan-.html

Carla W. Holder.(2014 Ogos). Carbonhydarates, sugar and your children. Dicapai melalui
http://kidshealth.org/en/parents/sugar.html#

Chitra Badii, Matthew Solan & Lauren Reed.( 2016 Julai, 01). Beri-beri. Dicapai melalui
http://www.healthline.com/health/beriberi

Christian Nordqvist. (2017 Januari, 03). Constipation: causes, symptoms, and treatments.
Dicapai melalui http://www.medicalnewstoday.com/articles/150322.php

Dairy Council Of California.(2017). Nutrients in cheese. Dicapai daripada


http://www.healthyeating.org/Milk-Dairy/Nutrients-in-Milk-Cheese-Yogurt/Nutrients-in-
Cheese.aspx

Info Manfaat Terkini. (2015 Julai ,22). 15 manfaat kismis untuk kesihatan. Dicapai melalui
http://manfaat.co.id/manfaat-kismis

InfoSihat.(2014,Ogos).Kandungan buah naga. Dicapai melalui


http://www.sehatbersamakki.com/2014/08/manfaat-buah-naga-dan-kandungan-
nutrisi.html

Kamus Kesihatan.(2017). Malnutrisi. Dicapai melalui


http://kamuskesehatan.com/arti/malnutrisi/

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012 April, 20). Makanan segera. Dicapai melalui
http://www.myhealth.gov.my/makanan-segera/

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014 Januari,27). Kegemukan (Obesiti). Dicapai melalui


http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/

Kementerian Kesihatan Malaysia.(2017). Keperluan kalori kanak-kanak aktif. Dicapai melalui


http://aktif.myhealth.gov.my/keperluan-kalori-kanak-kanak-aktif/

Khairunnisa Sulaiman.( 2015 Februari, 01). Mengapa kaki anak kengkang? Dicapai melalui
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/mengapa-kaki-anak-kengkang-
1.54951

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 30


Khoo Yoong Khean.( 2014 Desember, 03). Anak Anda Berjalan Seperti Kongkang?. Dicapai
melalui http://www.mmgazette.com/anak-anda-berjalan-seperti-kongkang-dr-ahmad-
mahyuddin/

Mariatul Qatiah Zakaria. ( 2015 April, 30). Kanak-kanak obes kurang nutrisi.Utusan Online.
Dicapai melalui http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanak-kanak-obes-
kurang-nutrisi-1.86076

Mary L. Gavin. (2014 Julai). Vitamins and minerals. Dicapai melalui


http://kidshealth.org/en/teens/vitamins-minerals.html#

New Heath Guide. (2014). Vitamins in apple. Dicapai melalui


http://www.newhealthguide.org/Vitamins-In-Apples.html

NHS Choices.(2015 Desember, 24). Constipation. Dicapai melalui


http://www.nhs.uk/Conditions/Constipation/Pages/Introduction.aspx

Sinar Harian .(2016 Mac, 04 ).Karbohidrat berlebihan undang masalah berat.Dicapai melalui
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/karbohidrat-berlebihan-undang-masalah-
berat-1.492630

Sinar Harian.( 2014 Februari, 05). Sembelit usah dipandang ringan. Dicapai melalui
http://www.sinarharian.com.my/rencana/sembelit-usah-dipandang-ringan-1.247836

Sinar Online (2014 Jun, 12). Kesihatan kanak-kanak semakin membimbangkan. Sinar
Harian . Dicapai melaluihttp://www.sinarharian.com.my/rencana/kesihatan-kanak-
kanak-semakin-membimbangkan-1.289418

Siti Airunnisa Alaui. (2015 Mei, 21). Elak sembelit pada kanak-kanak. Dicapai melalui
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/elak-sembelit-pada-kanak-kanak-
1.94264

Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak PAKK 3033 Page 31

Anda mungkin juga menyukai