Anda di halaman 1dari 63

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAKKD2033
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PERGURUAN MALAYSIA.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/
i
Notis Hak Pengarang

Kandungan ii

Panduan Pelajar iii

Pengenalan iv

Agihan Tajuk Kursus v

KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN


UNIT 1 1
PEMBELAJARAN DALAM PAKK

UNIT 2 KONSEP PEMBELAJARAN PERMATA 8

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN


UNIT 3 23
PEMBELAJARAN PAKK TASKA DAN TADIKA

STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN


UNIT 4 35
PEMBELAJARAN PAKK

UNIT 5 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGAJARAN 40

Bibliografi 56

Panel 58

Simbol 59

ii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat
menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia
(PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.
Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka
secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iii
PENGENALAN

Kursus ini memberi tumpuan tentang konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran,
elemen pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak, pendekatan, strategi, teknik,
penggunaan Teknologi Digital serta perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan pengajaran dan


pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

2. Menyediakan perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan


teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber
maklumat.

3. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan


berdasarkan kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

iv
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Sejumlah 40% dari tajuk tertentu
dalam MK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka. Manakala 40% diajar
melalui modul sepenuhnya dan 20% lagi diajar secara bersemuka dalam talian. Jadual
di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka, pembelajaran melalui
modul dan atas talian.

JUMLAH JAM

INTERAKSI
BERSEMUKA
TAJUK/ TOPIK 60%
KESELURUHAN KULIAH/ DALAM MODUL
TUTORIAL/ TALIAN 40%
AMALI 20%
45 JAM 40%
18 JAM 9 JAM 18 JAM
1. Konsep dan prinsip
pengajaran dan
pembelajaran dalam
PAKK.
 Konsep pengajaran 6 3
3
dan pembelajaran
PAKK. (K/M)
 Prinsip-prinsip
pengajaran dan
pembelajaran. (K/M)
2. Konsep pembelajaran
PERMATA
 Belajar sambil
bermain(M) 8 4 4
 Pembelajaran 3E
(Exploring,
Experimenting,
Experiencing) (K)
3. Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran PAKK
Taska dan Tadika.
 Pendekatan Belajar
Melalui Bermain. (M)
 Pendekatan Bertema.
(K/M)
 Pendekatan 4 5
Bersepadu. (K) 14 5
 Pendekatan Projek.
(DT)
 Pembelajaran masa

v
JUMLAH JAM

INTERAKSI
BERSEMUKA
TAJUK/ TOPIK 60%
KESELURUHAN KULIAH/ DALAM MODUL
TUTORIAL/ TALIAN 40%
AMALI 20%
45 JAM 40%
18 JAM 9 JAM 18 JAM
kini
 Pembelajaran
bermakna (Deep
learning). (K)
 Kontemporari
Pembelajaran Abad
21. (M)
 Education 4.0
(M/DT)
4. Strategi dan teknik
pengajaran dan
pembelajaran PAKK.
 Pengelolaan aktiviti
kelas, kumpulan dan 8 1 4
3
individu(K/M)
 Teknik pengajaran
dan pembelajaran.
(K/DT)
5. Perancangan dan
Pelaksanaan
Pengajaran dan
Pembelajaran
Pendidikan Awal
Kanak-kanak.
 Pembinaan Bahan
Bantu Mengajar. (K/M)
9 4 3 2
 Perancangan
Pengajaran dan
pembelajaran. (K/M)
 Melaksanakan aktiviti
Pengajaran dan
pembelajaran mikro
dan makro. (DT)

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

v
KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN
UNIT 1 PEMBELAJARAN DALAM PAKK

Hasil pembelajaran Unit

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:


i. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak.

ii. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak.

iii. Menjelaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan


awal kanak- kanak.

Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, prinsip
dan elemen pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Di
samping pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga turut dibincangkan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK
1.1 Pengenalan

1.2 Konsep pengajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.3 Konsep pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.4 Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

1.5 Kesimpulan

1.6. Latihan
1.0 Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-
kanak

1.1 Pengenalan
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak
tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut ‘The
National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau
Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal
kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala
program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada
kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan
awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan
pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya
seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka
diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan
dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

1.2 Konsep Pengajaran


Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan
menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan
standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk
belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran
boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–
keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta
aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Walaubagaimanapun pengajaran
membawa maksud yang meluas iaitu :
 Pengajaran ialah menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang
hayat.
 Menghormati kanak-kanak dan remaja.Berkongsi pengetahuan.
 Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang.
 Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid.
 Menghadapi cabaran diri dan profesional.
 Menyalurkan budaya dan nilai nasional.
2
Seterusnya pengajaran juga ditarikan sebagai semua perkara yang diajar oleh
guru dalam usaha untuk membantu kanak-kanak memperoleh ilmu, kemahiran,
nilai-nilai dan sikap yang baru dengan menggunakan kaedah dan pendekatan
pengajaran yang berbeza. Antara perkara yang diambil kira dalam pengajaran
kanak-kanak ialah:
i. Kanak-kanak (latar belakang)
ii. Isi kandungan
iii. Pendekatan, kaedah dan teknik
iv. Persekitaran bilik darjah.

1.3 Konsep Pembelajaran


Slavin mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan
dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Pembelajaran
tidak semestinya terhad di sekolah.

Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai cara sama ada disengajakan


atau tidak. Murid sentiasa belajar tetapi guru lebih mengutamakan pengetahuan,
kemahiran dan konsep-konsep yang boleh digunakan oleh murid pada masa
depan. Walaubagaimanapun, pembelajaran membawa maksud yang meluas
antaranya :
 Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman
menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan
atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau
tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan
sedar atau tidak sedar.
 Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (TeukuIskandar, 1986)
yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk,
pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian
pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.
 Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi
kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa
yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses
pertumbuhan seseorang.

3
1.4 Prinsip Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-
Kanak

Prinsip merupakan hukum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupun
tindakan sesuatu perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran
prasekolah bermaksud hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang perlu
ditekankan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah tetapi dengan
berdasarkan tajuk tugasan, kami akan menekankan kepada tiga prinsip-prinsip
perkembangan kanak-kanak iaitu :

i. Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.


Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi
pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana
pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak
seterusnya. Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan
intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan
sebaiknya supaya kanak-kanak boleh berkembang secara optima.
Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, semua aspek ini adalah saling berkait. Contohnya, kanak-
kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan melibatkan fungsi jasmani
seperti pergerakan, emosi seperti menyanyi dengan penuh semangat, rohani
seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan
aspek seperti sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan. Oleh itu, guru
perlu fokus pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh
bukannya terpisah dan pelaksanaan kurikulum prasekolah dapat membantu
bagi mencapai aspek ini.

ii. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard.

Perkembangan kanak-kanak adalah berurutan dan perubahan


perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza daripada semasa
ke semasa mengikut aturan yang tertentu. Semua kanak-kanak akan
menghadapi corak perkembangan yang sama yang meliputi semua aspek
perkembangan. Dalam perkembangan kanak-kanak, urutan standard yang
berlaku didapati berkait rapat dengan pergerakan seorang kanak-kanak.
Contohnya, untuk bergerak dari satu ke satu tempat yang lain, bayi mulanya
4
belajar mengangkat kepala, kemudian mereka akan untuk duduk, berdiri
dengan bantuan yang ada disekeliling mereka, merangkak, berdiri tanpa
bantuan, kemudian berjalan dan berlari.

Selain itu juga, kanak-kanak yang mula belajar memegang pensil dan
menulis di atas kertas akan cuba membentukkan cakaran sebelum mula
menulis. Kemudian, kanak-kanak akan beralih kepada pengulangan
pergerakan, membentuk daripada satu huruf kepada perkataan,
menggabungkan huruf untuk tujuan mengeja sehingga menjadi pelbagai
ejaan yang standard.

Perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak selalunya tidak akan sama


keadaannya. Seorang kanak-kanak selalunya memerlukan sama ada lebih
ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku.
Kanak-kanak berkemungkinan akan bergerak ke hadapan dan ke belakang
sedikit, dan akan ke depan semula. Ada juga kanak-kanak yang mungkin
tidak mengikut urutan seperti sedemikian kerana tidak sesuai dengan
keadaanya dan perkembangan kanak-kanak juga adalah berbeza-beza.

iii. Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada


dalam dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain
(intrapersonal).

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza


peringkatnya, ini adalah kerana setiap kanak-kanak berkembang mengikut
masa biologikalnaya sendiri, kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Antara faktornya adalah
faktor kelahiran. Mereka mungkin lahir pada tahun yang sama tetapi bulan
yang berlainan. Oleh sebab itu, kanak-kanak ketika dialam prasekolah,
mereka tidak mempuyai pemikiran dan keserasian yang sama, mereka
berbeza sekali dan oleh itu juga guru tidak sepatutnya memarahi mereka
dengan alasan yang tidak betul.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,


kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Menurut Ee Ah Meng (2005),
prinsip perkembangan kanak-kanak dapat dikelaskan kepada 8 bahagian.
Prinsip yang pertama ialah mengikut arah tertentu. Arah -arah itu seperti arah
5
kepala ke kaki (cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di
bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah
kedua ialah arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari
bahagian tengah menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung
anggota. Prinsip kedua ialah berlaku secara berterusan yang mana
perkembangan berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati.
Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang
berbeza-beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri. Corak
perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang
lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih
dahulu.

1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak


dalam mencapai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek
kognitif, bahasa, fizikal, sosial dan emosi yang optimum, begitu juga dalam
mencapai perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard serta
perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang berbeza-beza. Jadi, guru
mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang
telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan
sebaiknya untuk mencapai semua aspek perkembangan ini.

6
1.6 Latihan

LATIHAN

Perincikan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-


kanak dengan merujuk kepada prinsip-prinsip berikut :
 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh
 Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard.
 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada
dalam dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain
(intrapersonal).

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html


Untuk maklumat tambahan.

7
UNIT 2 KONSEP PEMBELAJARAN PERMATA

Hasil pembelajaran Unit

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:


i. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan belajar sambil bermain
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak.

ii. Melaksanakan aktiviti belajar sambil bermain dalam pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak.

iii. Menjelaskan kaedah 3E dalam pengajaran dan pembalajaran pendidikan awal


kanak-kanak.

Sinopsis
Pembelajaran Permata berkonsepkan tiga elemen yang utama iaitu menyeronokkan,
bermakna dan fleksibel. PERMATA Negara memberi tumpuan kepada pendekatan
belajar sambil bermain sebagai salah satu pendekatan untuk pembelajaran kanak-kanak
umur 0-4 tahun. Bermain dijadikan sebagai teras dalam pembelajaran untuk keenam-
enam bidang pembelajaran PERMATA. Di samping itu kaedah 3E (Exploring,
Experimenting, Experiencing) juga menjadi teras pedagogi yang turut diberikan
penekanan dalam kurikulum PERMATA Negara.

KERANGKA TAJUK
2.1 Pengenalan

2.2 Konsep Belajar Melalui Bermain

2.3 Jenis-jenis Permainan

2.4 Kepentingan Bermain

2.5 Peranan Guru Prasekolah dalam Menjayakan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

2.6 Pelaksanaan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

2.7 Faktor Keberkesanan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

2.8 Kesimpulan

2.9 Latihan
8
2.0 Bermain Sambil Belajar

2.1 Pengenalan

Bermain boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau tingkah laku terhadap sesuatu kerja
yang melibatkan proses penerokaan, penemuan, pemahaman, penjelmaan tingkah laku
spontan yang memberi kesan terhadap penguasaan fizikal, idea, motivasi dan perasaan
(Sheridan 2011, Sharifah et al. 2009 dan Moyles 2005). Penerokaan kanak-kanak
tentang dunia di sekeliling mereka dapat dipelajari dengan lebih berkesan melalui
bermain. Hal ini kerana sesuatu pembelajaran itu dapat diterima dengan baik apabila
keperluan dan sifat semula jadi mereka dipenuhi. Aktiviti bermain sememangnya
memberi keseronokan dan sangat diminati kanak-kanak selaras dengan fitrah mereka.
Oleh sebab itu, pendekatan belajar sambil bermain juga turut disarankan dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

2.2 Konsep Belajar Sambil Bermain

Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-kanak telah disokong


dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai bidang termasuklah psikologi,
pendidikan, falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Hal ini kerana, dalam kehidupan
kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran
dan perkembangan. Proses meningkatkan kualiti dalam aktiviti bermain kanak-kanak
dapat dijalankan melalui pemahaman konsep bermain yang sebenar. Penelitian tentang
konsep bermain yang sebenar dapat dilihat menerusi keberkesanan aktiviti bermain
yang dijalankan terhadap kanak-kanak. Antara konsep belajar melalui bermain yang
perlu difahami oleh setiap pengamal pendidikan dan juga ibu bapa ialah :

1. Bermain merupakan sesuatu yang memberi keseronokan dan kegembiraan serta


peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan. Malah sesuatu
permainan dikatakan bermain apabila ia mampu memberi keseronokan kepada
kanak-kanak.
2. Aktiviti bermain yang ditekankan dalam konsep pendidikan yang bermakna juga
melibatkan aktiviti yang menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan
kemahiran secara semulajadi dan spontan. Hal ini penting kerana ingatan
terhadap pembelajaran dan pengalaman bermain itu kemudiannya dapat
dikaitkan dalam pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan dan kemahiran yang baru. Situasi ini bertepatan
dengan teori Piaget iaitu proses asimilasi yang mengadaptasi pengetahuan
9
baharu kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Oleh itu kanak-kanak
juga dapat mengaitkan sebab akibat bagi sesuatu perkara. Senario juga sudah
tentu memberi kredit kepada kualiti bermain semasa sesi pembelajaran kanak-
kanak.

3. Konsep belajar melalui bermain juga merujuk kepada aktiviti yang membenarkan
kanak-kanak memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping
meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Ini kerana
melalui aktiviti belajar melalui bermain wujudnya penerokaan, percubaan, dan
peningkatkan penguasaan kemahiran. Apabila kanak-kanak sendiri melibatkan
diri secara aktif semasa bermain akan mendorong mereka untuk berfikir bagi
mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat
interpretasi dan membuat kesimpulan.

4. Selain itu, belajar melalui bermain juga merangsang kanak-kanak untuk memberi
tumpuan dan pemerhatian. Ini kerana menerusi pendekatan ini kanak-kanak
akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan.
Oleh itu, kanak-kanak akan mudah memahami sesuatu perkara apabila mereka
terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut.

5. Konsep belajar melalui bermain juga dapat dilihat apabila ia membantu murid
mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor. Selain itu,
aktiviti bermain juga dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari
aspek sosial, kognitif, afektif dan motor.

6. Di samping itu, bermain juga seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak


untuk mencuba idea sendiri. Kualiti bermain juga dapat dilihat apabila ia mampu
meningkatkan keyakinan kanak-kanak. Keyakinan kanak-kanak dapat
ditingkatkan apabila mereka diberi peluang untuk membina kefahaman tentang
sesuatu perkara tanpa ada unsur paksaan. Oleh itu, mereka lebih yakin untuk
melontarkan idea sendiri dan berani untuk menyelesaikan masalah menghadapi
cabaran dalam situasi baru.

7. Konsep belajar melalui bermain juga merangkumi aspek sosial dan interaksi
kanak-kanak semasa bermain. Kemahiran sosial merupakan salah satu
kemahiran yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

10
8. Aktiviti yang memberi kebebasan dan berpusatkan kanak-kanak serta terancang
dan selamat juga merupakan salah satu konsep belajar melalui bermain. Aktiviti
bermain wujud dengan pilihan kanak-kanak itu sendiri tanpa paksaan. Oleh yang
demikian mereka belajar untuk bertanggungjawab kepada pilihan mereka.

9. Konsep belajar melalui bermain juga merujuk kepada permainan yang memberi
motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik adalah motivasi dalaman yang wujud dalam
diri kanak-kanak itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor sosial, motivasi luaran
atau faktor-faktor yang lain. Semasa bermain, kanak-kanak didorong oleh
motivasi intrinsik dalam menentukan tindak balas untuk meneroka dan
menyelesaikan tugasan yang diberi.

2.3 Jenis-Jenis Permainan

Di prasekolah aktiviti bermain merupakan salah satu aktiviti yang kerap dijalankan dalam
mengimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana bermain
merupakan fitrah semulajadi kanak-kanak dan sesi pembelajaran akan lebih menarik
dengan adanya aktiviti bermain. Untuk itu setiap guru perlu mengetahui jenis-jenis
permainan sekiranya mereka ingin melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain.
Jenis-jenis permainan yang perlu diketahui oleh guru antaranya ialah seperti berikut :

a. Permainan fizikal

Merupakan permainan motor yang berupaya meningkatkan kemahiran motor kasar dan
motor halus. Melalui aktiviti fizikal, kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-
otot kasar dan halus dapat dikembangkan. Permainan motor kasar melibatkan aktiviti
seperti berlari, melompat, memanjat, mengimbang dan bergolek serta berguling. Pada
kebiasaannya aktiviti motor kasar kerap dijalankan di luar kelas. Manakala permainan
motor halus pula melibatkan aktiviti bermain dengan objek-objek kecil seperti menguntai,
mengoyak, mengutip, menampal, mencantum dan mengasingkan objek kecil mengikut
ciri tertentu. Kemahiran motor halus memerlukan kemahiran koordinasi mata dan tangan
di samping kemahiran memanipulasi dan berfikir. Kebiasaannya aktiviti yang berkaitan
dengan motor halus adalah berorientasikan permainan yang menggunakan deria seperti
aktiviti bermain air, pasir dan bahan pelbagai tekstur. Menerusi permainan ini kanak-

11
kanak dapat mengasah daya cipta dan kreativiti mereka, contohnya seperti aktiviti
mengayam, bermain lego dan origami.

b. Permainan Kognitif

Permainan kognitif adalah merujuk kepada aktiviti permainan yang berorientasikan


penggunaan daya kognisi untuk mendapatkan maklumat. Kanak-kanak akan mengenal
pasti, mengamati, menyiasat dan mengingati pengalaman lepas serta membina
pengalaman baru berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa bermain. Semasa
bermain, kanak-kanak menggunakan pemikiran untuk melakukan aktiviti secara
berulang, berimaginasi, mencipta sesuatu dan mematuhi peraturan. Menurut ahli
psikologi Smilansky terdapat beberapa kategori permainan kognitif yang boleh
digunakan untuk mengukur keupayaan kognisi kanak-kanak. Kategori tersebut adalah
seperti berikut :

i. Bermain Secara Fugsian (Functional Play)


Permainan yang meneroka fungsi sesuatu objek. Permainan ini juga merupakan
aktiviti motor yang dilakukan oleh kanak-kanak secara berulang bagi menguasai
dan memahami sesuatu konsep dengan baik. Peringkat bayi aktiviti bermain
kerap dijalankan secara berulang dan kanak-kanak belajar fungsi atau kegunaan
sesuatu objek. Penerokaan fungsi objek tersebut seterusnya dapat dijadikan
panduan untuk digunakan bagi aktiviti permainan yang lebih mencabar. Antara
contoh aktiviti bermain secara fungsian ialah menggoncang objek, menuang air,
menggunakan alat muzik dan membaling objek.

ii. Permainan Konstruktif (Constructive Play)


Permainan ini memerlukan kanak-kanak untuk membina dan mencipta serta
menghasilkan sesuatu dengan objek dengan menggunakan kemahiran sedia
ada mereka. Menurut Piaget menerusi permainan ini kanak-kanak dapat belajar
pelbagai konsep kuantitatif dan ruang. Antara contoh permainan konstruktif ialah
perminan bongkah, doh, pasir, kotak dan sebagainya. Melalui permainan ini
kanak-kanak akan membina sesuatu untuk membentuk objek seperti bangunan,
rumah dan kapal terbang. Pengalaman melalui aktiviti permainan fungsian turut
membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka semasa bermain permainan
konstruktif.

12
iii. Permainan Dramatik (Dramatic Play)
Permainan yang berorientasikan lakonan dan memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk memahami dunia sebenar berdasarkan minat dan keinginan
mereka. Menerusi permainan ini kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran
interaksi dan komunikasi dengan lebih berkesan semasa lakonan serta
mewujudkan hubungan sosial di antara kanak-kanak. Selain itu, permainan ini
juga merupakan salah satu saluran untuk kanak-kanak mempamerkan emosi
dan memahami emosi orang lain di samping memberi faedah dari segi
perkembangan bahasa, fizikal, kognitif, sosial dan emosi.

iv. Permainan Berperaturan (Games with Rules)


Kebiasaannya permainan ini dijalankan secara berkumpulan dan dilaksanakan
berdasarkan penerimaan bersama anggota kumpulan. Piaget (1962)
menyifatkan permainan berperaturan adalah akitviti yang mempunyai ciri logikal
dan sistematik. Permainan ini didasari kepada peraturan yang perlu diikuti oleh
satiap ahli kumpulan. Untuk itu, ia memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara
abstrak dan sikap bekerjasama adalah sangat penting bagi menjayakan
permainan ini. Menerusi permainan ini kanak-kanak belajar tentang konsep
bekerjasama, bertolak ansur, berinteraksi serta peraturan sosial. Permainan ini
biasanya dilakukan oleh kanak-kanak yang dewasa atau setelah kanak-kanak
mencapai tahap pemikiran secara abstrak bagi mematuhi perturan yang telah
ditetapkan.

c. Permainan Sosial

Berdasarkan ahli psikologi Mildred Parten (1932) permainan sosial kanak-kanak di


antara umur 2 tahun hingga 5 tahun terdiri daripada beberapa kategori (Stephanie et.al
2013) seperti berikut :
i. Bermain tanpa Penglibatan (Unoccupied Play)
Kategori ini memperlihatkan kanak-kanak bermain dan bergerak dari satu
tempat ke satu tempat dan bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa
terlibat dengan permainan tersebut.

13
ii. Bermain Bersendirian (Solitary Play)
Kanak-kanak bermain seorang diri dan tidak terlibat serta tidak
menghiraukan rakan-rakan di sekeliling.

iii. Bermain Sambil Memerhati (Onlooker Play)


Kanak-kanak hanya memerhati dan berdiri berhampiran dengan
rakannya yang sedang bermain, akan tetapi tidak turut sama bermain.

iv. Bermain Secara Selari (Parallel Play)


Kategori ini menunjukkan aktiviti bermain kanak-kanak secara
berseorangan dengan menggunakan peralatan dan cara yang sama
dengan rakan sepermainan tetapi mereka tidak berinteraksi di antara satu
sama lain.

v. Bermain Secara Turut Serta (Associative Play)


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berinteraksi dan berkongsi alat
permainan tetapi tidak mengikuti aktiviti main yang sama.

vi. Bermain Secara Kerjasama (Cooperative Play)


Kanak-kanak lebih matang dengan peningkatan umur dan boleh bermain
bersama-sama serta berkongsi aktiviti yang sama.

d. Permainan Simbolik

Permainan simbolik juga dikenali sebagai permainan fantasi. Permainan simbolik


mengajar kanak-kanak kemahiran berimaginasi. Permainan ini dilakukan sama ada
dengan menggunakan peralatan atau tanpa peralatan. Ianya dilakukan secara simbolik
dan mengikut imaginasi kanak-kanak. Semasa bermain simbolik kanak-kanak dapat
memahami dunia persekitaran mereka dan belajar menggambarkan suasana serta
karekter berdasarkan imaginasi dan pengalaman mereka. Selain itu, permainan ini juga
meningkatkan kreativiti kanak-kanak dengan mengubah idea menjadi fantasi. Mereka
juga turut menggunakan bahasa untuk menyatakan idea dan konsep yang tersendiri
berdasarkan keinginan mereka.

14
Lakonan dalam permainan simbolik menunjukkan kanak-kanak berangan-angan
menjadi orang lain dan cuba melakukan sesuatu dalam situasi baru. Hal ini secara tidak
langsung membantu kanak-kanak untuk memahami pertalian kompleks antara orang
lain dengan dunia sebenar. Antara permainan simbolik yang sesuai dijalankan di
peringkat awal kanak-kanak ialah seperti tema perkhelahan, melawat hospital,
angkasawan dan sebagainya.

2.4 Kepentingan Bermain

Aktiviti bermain sangat digalakkan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.


Penekanan terhadap aktiviti bermain dalam kurikulum prasekolah sama ada di dalam
atau di luar negara adalah berasaskan kelebihan dan kepentingan bermain terhadap
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti bermain merupakan saluran yang boleh
mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima dalam semua
aspek. Antara kepentingan bermain terhadap kanak-kanak ialah:

a. Menggalakkan Pekembangan Kognitif


Proses kognitif merujuk kepada aktiviti mental dan manipulasi terhadap sesuatu untuk
membina ilmu dan kefahaman melalui panca indera lalu membentuk pemikiran,
penaakulan, penilaian dan tingkah laku. Perkembangan kognitif juga mempunyai
hubung kait dengan pemikiran yang merujuk kepada keupayaan memahami sesuatu
konsep serta peningkatan ilmu pengetahuan. Semasa bermain kanak-kanak akan
menggunakan pemikiran untuk memahami sesuatu konsep yang diajar sama ada
secara langsung atau tidak. Proses penaakulan yang telibat semasa kanak-kanak
bermain adalah seperti mengingat, menggambar, merancang, mengkategori,
merancang, menyusun dan menyelesaikan masalah.

b. Menggalakkan Perkembangan Fizikal


Melalui aktiviti bermain kanak-kanak bukan sahaja mendapat pengalaman yang
menyeronokkan tetapi turut membantu meningkatkan perkembangan fizikal mereka.
Kanak-kanak berupaya melakukan pelbagai aktiviti fizikal semasa bermain dan mereka
cenderung untuk terlibat secara aktif. Keadaan ini turut membantu perkembangan otot-
otot badan kanak-kanak semasa menggunakan keseluruhan anggota fizikal dan tenaga
mereka untuk bergerak semasa menjalankan aktiviti bermain. Di prasekolah aktiviti
fizikal menekankan kepada kemahiran motor kasar dan motor halus.

15
c. Menggalakkan Perkembangan Sosioemosi
Melalui bermain kanak-kanak belajar tentang peraturan sosial dan cara untuk
berinteraksi dengan rakan dan guru. Proses interaksi tersebut juga mengajar kanak-
kanak untuk mengenal emosi marah, sedih, gembira, takut, disayang dan dihargai. Di
samping itu perasaan tanggungjawab juga dapat diterapkan apabila kanak-kanak dapat
memahami dan mengawal emosi. Kanak-kanak juga menyedari perasaan mereka
sendiri dan orang lain serta mampu untuk mengambil perspektif orang lain semasa
bermain.

d. Menggalakkan Perkembangan Kemahiran Sosial


Menerusi bermain dapat memberi gambaran dan pemahaman yang mendalam bukan
hanya terhadap minat dan keinginan kanak-kanak tetapi juga terhadap pemikiran kanak-
kanak dan bagaimana mereka membina hubungan dengan orang lain. Keadaan ini
adalah disebabkan bermain dapat menggalakkan interaksi sosial kanak-kanak.
Perkembangan sosial kanak-kanak merujuk kepada keupayaan mereka untuk
berinteraksi dan bergaul dengan orang lain.

e. Menggalakkan Perkembangan Bahasa


Mainan dikatakan menjadi bahasa kepada kanak-kanak ekoran minat dan fitrah
semulajadi kanak-kanak yang suka dengan aktiviti permainan. Kesukaaan kanak-kanak
tersebut mendorong mereka untuk menyatakan perasaan mereka. Oleh itu, ia
merangsang perkembangan bahasa mereka melalui interaksi dan komunikasi.
Perkembangan komunikasi sangat penting kerana ia merupakan medium utama dalam
penyaluran maklumat dan pengetahuan. Menurut Vygotsky bahasa ialah alat pemikiran
dan tahap perkembangan bahasa dan mental kanak-kanak berlaku seiring.

f. Menggalakkan Perkembangan Kreativiti


Kanak-kanak dilahirkan kreatif dan memiliki daya kreativiti yang tersendiri. Senario ini
adalah disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak yang memiliki perasaan ingin tahu
yang tinggi di samping gemar meneroka sesuatu. Daya kreativiti kanak-kanak lebih
terserlah semasa mereka berfikir dan menyelesaikan masalah semasa mereka bermain
dengan alat permainan dan rakan sepermainan. Daya imaginasi kanak-kanak juga
mendorong mereka untuk mencuba perkara baru dan mencipta kelainan.

16
2.5 Peranan Guru Prasekolah dalam Menjayakan Aktiviti Belajar Sambil
Bermain

Dalam merealisasikan harapan serta visi dan misi dalam pendidikan awal kanak-kanak,
guru merupakan egen pelaksana utama. Ini kerana, kejayaan program pendidikan itu
sendiri banyak bergantung kepada penghayatan, kemahiran dan sikap guru. Oleh itu,
selaku individu yang bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan program
pendidikan di peringkat awal kanak-kanak khususnya dari segi pelaksanaan aktiviti
belajar sambil bermain, guru pendidikan awal kanak-kanak perlulah memainkan peranan
seperti berikut:

a. Penyediaan Persekitaran yang Berkualiti


Guru seharusnya menyediakan ruang belajar atau bilik darjah yang mendorong kanak-
kanak untuk berinteraksi dengan persekitaran bagi merangsang perkembangan kognitif
kanak-kanak. Bagi tujuan ini, guru perlu menyediakan persekitaran fizikal, emosi dan
komunikasi yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Dari segi
persekitaran fizikal guru perlu memastikan ruang dan kelengkapan yang disediakan di
setiap pusat pembelajaran adalah lengkap dengan keperluan dan bahan yang sesuai
dengan tahap kanak-kanak.

b. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan interaktif akan menarik minat
kanak-kanak untuk memahami pelajaran dengan mudah. Malahan, penggunaan alat
bantu mengajar juga merupakan salah satu faktor utama yang membantu keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Amalan pengajaran guru yang berkesan
adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar
yang sesuai dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar.

Hal ini adalah kerana penggunaan alat bantu mengajar dapat merangsang
pemikiran dan perkembangan kanak-kanak seterusnya meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran guru. Antara bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
digunakan oleh guru prasekolah ialah bahan maujud dan konkrit seperti buah-buahan
sebenar,bola, lego, puzzle, puppet, carta, kad-kad bergambar, video dan bahan audio.
Penggunaan video dan bahan audio di dalam bilik darjah prasekolah juga memberikan
impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

17
c. Penyediaan Pengalaman Berorientasikan Penerokaan dan Penemuan
Pengalaman belajar sangat memberi kesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Manakala aktiviti penerokaan dan penemuan merupakan medium yang sangat
bermakna dalam memberi input dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti di
prasekolah. Berdasarkan kepentingan dan keperluan tersebut, guru perlu bijak untuk
mencipta aktiviti pembelajaran yang dapat menghubungkan pengalaman lama dengan
pengetahuan baru. Contohnya aktiviti bermain air dapat memberi idea kepada kanak-
kanak untuk mengenal pasti objek yang tenggelam dan timbul sebagai pembinaan
pengetahuan baru dalam diri mereka. Hal ini juga akan memperkukuhkan lagi
pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Di samping itu, menurut Bruner pengalaman ini
juga dapat membantu kanak-kanak menghadapi masalah yang lebih kompleks pada
masa hadapan.

d. Menjadi Role Model yang Terbaik


Keperibadian dan sifat guru amat berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran di bilik
darjah. Semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran di prasekolah guru perlu
menunjukkan contoh yang terbaik. Keikhlasan dan kasih sayang yang lahir dari lubuk
hati seorang guru akan sampai ke dalam jiwa kanak-kanak. Dalam hal ini, Imam Al-
Ghazali telah merumuskan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin bahawa guru perlu memiliki
tujuh keperibadian dan sifat yang baik iaitu menyayangi pelajar seperti anak sendiri,
ikhlas menyampaikan ilmu, sentiasa memberi nasihat yang baik kepada pelajarnya,
menjauhi perbuatan dan akhlak yang buruk, tidak menghina guru lain di hadapan
pelajar, pandai menyesuaikan diri dengan tahap umur pelajar dan beramal dengan ilmu
yang dimiliki. Oleh itu, guru prasekolah perlu sentiasa mempunyai keperibadian dan sifat
yang baik untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka terhadap kanak-
kanak. Sikap ikhlas dan sifat keibuan yang penuh dengan kasih sayang akan
mendorong minat kanak-kanak terhadap pendidikan yang diajar di prasekolah.

e. Menjadi Pemudahcara
Sebagai seorang yang paling hampir dengan kanak-kanak di sekolah, guru seharusnya
peka dengan sifat kanak-kanak yang aktif dan sentiasa berinteraksi secara sosial
dengan persekitaran. Guru seharusnya bertindak sebagai pemudahcara dengan
memberi galakan dan dorongan serta bimbingan semasa proses penerokaan dan
pembinaan pengetahuan dalam diri kanak-kanak. Tindakan tersebut juga membantu
guru untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dan disusun di
prasekolah. Seseorang guru dapat mengubah tingkah Iaku pembelajaran kanak-kanak

18
dengan memerhati permainan mereka dan menanya soalan yang menggalakkan
mereka berfikir.

2.6 Pelaksanaan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Belajar sambil bermain merupakan aktiviti yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna. Pengajaran dan pembelajaran yang mantap adalah bermula dengan strategi
pelaksanaan dari segi pemilihan, penyusunan dan pengurusan sesuatu perancangan
dengan tujuan untuk menghasilkan pencapaian yang optimum. Perancangan
perlaksanaan aktiviti sesuatu permainan mestilah mencakupi perancangan sebelum
dijalankan dan selepas aktiviti itu dijalankan sama ada di dalam atau luar bilik darjah.
Manakala persiapan pengajaran dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain
oleh guru prasekolah perlulah sekurang-kurangnya sehari sebelum pengajaran
dijalankan. Perincian pelaksanaan aktiviti belajar sambil bermain dapat dilihat dengan
lebih jelas melalui empat bahagian iaitu persiapan pengajaran, permulaan pengajaran,
perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran. Aspek-aspek pelaksanaan yang
perlu ditekankan oleh guru adalah seperti berikut :

I. Persiapan pengajaran :
 Menentukan objektif pembelajaran yang sesuai dengan kandungan
aktiviti permainan.
 Mengenal pasti pengalaman sedia ada kanak-kanak.

 Mengenal pasti minat kanak-kanak.


 Mengenal pasti kemahiran dan kecerdasan yang dimilki oleh kanak-
kanak.
 Memilih dan memastikan aktiviti permainan yang akan dijalankan itu
boleh memberi keseronokan kepada kanak-kanak.
 Mengambil kira peruntukan masa untuk aktiviti bermain
 Menyepadukan aktiviti pembelajaran yang khusus dengan permainan
 Menyediakan, memilih dan menentukan peralatan serta bahan
permainan yang sesuai.
 Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti bermain.
 Menentukan lokasi main.
 Memastikan aktiviti permainan yang akan dijalankan itu berupaya
membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep tertentu.
 Merancang strategi-strategi perlaksanaan.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan.

19
II. Permulaan pengajaran :
 Membuat set induksi
 Memberi penerangan atau arahan dengan jelas.
 Menentukan sama ada permainan dilakukan secara individu atau
berkumpulan, bergantung kepada kesesuaian objektif dan hasil
pembelajaran permainan.
 Menunjuk contoh atau cara bermain.

III. Perkembangan pengajaran :


 Memberi bimbingan dan galakan kepada kanak-kanak untuk lebih fokus
dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti.
 Memastikan kanak-kanak terlibat secara aktif.
 Memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang aktiviti
dijalankan.
 Sentiasa bersoal jawab dengan kanak-kanak untuk menguji pemahaman
kanak-kanak tentang aktiviti yang dijalankan.
 Memberikan masa yang secukupnya untuk murid meneroka idea.
 Membantu kanak-kanak dengan berbeza stail dan cara.

IV. Penutup pengajaran :


 Mengulas pelajaran yang telah diajar.
 Membuat refleksi pengajaran dan meminta kanak-kanak untuk
menceritakan semula apa yang telah dipelajari.
 Mengajak kanak-kanak untuk mengemas dan menyimpan semua
peralatan yang telah digunakan.

Oleh itu, selaku pelaksana aktiviti belajar sambil bermain guru perlulah
mengetahui peranan mereka dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang berkesan
dan bermakna.

2.7 Faktor Keberkesanan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Faktor utama keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di peringkat kanak-kanak


adalah :

 masa yang cukup untuk pengajaran,


 suasana pembelajaran yang tenteram,
 peralatan pengajaran yang mencukupi,
 pengesanan kemajuan murid, dan
 penyeliaan pengajaran yang berkesan.
 berasaskan amalan selaras perkembangan (ASP),
 menghormati perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak,
 guru mengambil kira keupayaan kognitif kanak-kanak dan cara kanak-kanak
belajar dan
 pendidik mempunyai sikap positif, menggalakkan, mesra, memberi penuh
perhatian dan berminat.

20
Dari segi pelaksanaan aktiviti belajar sambil bermain, secara khususnya untuk
memastikan ia adalah berkualiti dan berkesan permainan atau aktiviti tersebut mestilah :

 menyeronokkan,
 menceriakan,
 mempunyai kelainan pada setiap hari,
 terdapat idea baru,
 terdapat nyanyian dan pergerakan badan,
 dapat mengekalkan tumpuan murid,
 tidak membosankan,
 interaktif dan
 melibatkan semua murid.

2.8 Kesimpulan

Selaku guru pendidikan awal kanak-kanak seseorang itu perlu sentiasa peka
dengan perubahan semasa dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Dalam
konteks belajar sambil bermain guru seharusnya bijak merancang dan melaksana aktiviti
dengan lebih kreatif dan menarik. Selain itu, dalam mewujudkan aktiviti pengajaran
berkualiti guru pendidikan awal kanak-kanak juga perlu sentiasa membuat refleksi diri
dalam pengajarannya. Amalan membuat refleksi dalam pengajaran membolehkan
seseorang guru itu menilai keberkesanan dirinya sebagai seorang guru di samping
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan profesionalisme.

21
2.9 Latihan

LATIHAN

 Nyatakan contoh aktivti bermain yang sesuai mengikut tahap umur


kanak-kanak.

 Bincangkan penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan


nilai yang boleh diterapkan dalam aktiviti belajar sambil bermain.

22
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UNIT 3 PAKK TASKA DAN TADIKA

Hasil Pembelajaran Unit;

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:


i Menjelaskan tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema dalam pengajaran
dan pembelajaran di PAKK.

ii Menerangkan faktor pemilihan tema dalam pengajaran dan pembelajaran di


PAKK.

iii Menghuraiakan cara pelaksaan pendekatan bertema semasa mengajaran dan


pembelajaran.

vii. Menjelaskan cara penyediaan kelas abad ke 21 dalam kelas PAKK

viii. Menerangkan Ciri-Ciri Murid Yang diharapkan hasil pembelajaran


abad ke-2.

SINOPSIS
Modul ini akan membantu pelajar cara menyediakan perancangan pengajaran
berdasarkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
di TASKA dan Tadika. Di samping melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
kumpulan, kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak serta Pembelajaran masa
kini juga akan diberi penekanan.

KERANGKA TAJUK
3.1 Pengenalan

3.2 Tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema

3.3 Faktor-faktor pemilihan tema

3.4 Pelaksanaan
3.5 Kesimpulan

3.6 Latihan

23
3.7 Pengenalan
3.8 Definisi Pembelajaran Abad Ke 21
3.9 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21
3.10 Kemahiran 4c Dalam Pembelajaran Abad Ke-21
3.11 Bilik Darjah Abad Ke-21
3.12 Ciri-Ciri Murid Yang Diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21
3.13 Latihan

3.0 Pendekatan Bertema

3.1 Pengenalan
Antara pendekatan yang terdapat dalam (KSPK) ialah pendekatan bertema.
Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui
satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar
belakang dan tahap perkembangan murid. Pendekatan bertema adalah cara
pelaksanaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau
topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang
murid. Tema-tema berlainan dipilih setiap bulan sepanjang tahun bermula
dengan perkara yang hampir dengan kanak-kanak seperti anggota badan,
keluarga, makanan sehingga kepada perkara yang lebih jauh seperti pekerjaan,
kenderaan dan cekerawala.Tema-tema yang dipilih akan dijadikan saluran untuk
murid menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca,
menulis, asas metamatik, berfikir dan emosi serta sosial.

Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan


pengetahuan melalui tema yang dipilih. Pendekatan tema atau bertema
menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit
menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran
dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina
kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih
luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan
dengan tema pembelajaran.

24
Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk
susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran
kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut
tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai


bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu
dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu
dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang
pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan


perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan
bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan
tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke
arah pembelajaran.

3.2 Tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema


Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah
kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
- Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan
komponen dan hasil pembelajaran.
- Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan
menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru
mencetus idea yang lebih menarik.
- Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada
tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan
tema yang dipilih.
- Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran
bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.
- Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan
kanak-kanak mengikuti dengan mudah.
- mewujudkan suasana yang menyeronokan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

25
3.3 Faktor-faktor pemilihan tema ialah
- Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.
- Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang
akan diperolehi dan kehidupan murid.
- Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.
- Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.
- Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on
experience) melalui aktiviti pembelajaran.
- Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
- Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan
memberi pengetahuan baru kepada murid.
- Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang
jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang
umum kepada yang spesifik.

3.4 Pelaksanaan
- Aktiviti K-W-L.
K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
- Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.
- Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-
kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan
kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.
- Mencipta peta minda ‘web’ tema.
- Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.
- Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil
pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu
hendaklah ditamatkan.
- Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang
berkaitan dengan tema.
- Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

26
3.5 Kesimpulan
Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan masa yang
diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu bijak merancang,
mengurus dan mengelola pengajaran. Transformasi kurikulum pendidikan
prasekolah melalui KSPK 2010 menyeru guru memfokus proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna kepada kanak-kanak.
Pendekatan bertema terbukti sebagai amalan terbaik dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Oleh itu, pengetahuan berkenaan pendekatan berkesan
berdasarkan fitrah kanak-kanak perlu diketahui guru bagi menjawab soalan
paling penting, iaitu apakah yang terbaik untuk kanak-kanak supaya segala hasil
pembelajaran dapat dicapai dengan cemerlang.

3.6 Latihan

LATIHAN

Senaraikan lima cara memukan pelajaran menggunakan pendekatan bertema


untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid.

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html


Untuk maklumat tambahan.

3.7 Pengenalan Kontemporari Pembelajaran abad 21


Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan
globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia
perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang
perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian
dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21
(PAK21) bermula pada tahun 2014.

27
Kini, Kontemporari Pembelajaran Abad 21 telah menjadi satu isu yang hangat
dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada
masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia
pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen
ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

3.8 Definisi Pembelajaran Abad Ke 21

Terdapat banyak pendapat mengenai definisi pendidikan abad ke-21. Istilah yang
digunakan juga pelbagai iaitu sama ada “kelas abad ke-21”, “pendidikan abad ke-21”,
“pembelajaran abad ke-21” mahupun “pembelajaran dan pengajaran abad ke-21”.
Walau apa pun definisi yang diberikan ianya mempunyai ciri sepunya iaitu satu konsep
yang diperkenalkan untuk menyediakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar
dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta pelajar belajar secara
kolaboratif sama ada dengan bahan bantu belajar, sesama rakan, guru dan
persekitaran. Guru pula bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa memberi galakan
kepada pelajar berfikir sehingga mampu menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan seterusnya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

3.9 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan
haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga
keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan
penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.

Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan:


i. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

28
ii. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad 21
- sangat membantu dalam pdp

iii. Pembelajaran aktif


- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan,
atau pun penggunaan komputer

iv. Pembelajaran kendiri


- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

v. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd
projektor

vi. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi
memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

vii. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai
pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

viii. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka


- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka
mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

ix. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat
dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

29
x. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan
dalam pembelajaran

3.10 Kemahiran 4c Dalam Pembelajaran Abad Ke-21

3.10.1 Komunikasi

Secara umumnya, komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada


individu kepada individu yang lain. Dalam konteks pendidikan, komunikasi merujuk
kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk
berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai
komunikasi berpusatkan murid. Namun begitu, jika guru tidak memainkan peranannya
dengan baik, komunikasi yang berkesan tidak akan terhasil semasa proses
pembelajaran berlangsung.

Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan
murid-muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan meminta murid-
murid untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum memulakan
pembentangan di hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga perlu memainkan
peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. Guru hendaklah memantau cara
penyampaian murid-muridnya supaya pembentangan tersebut menjadi pembentangan
yang berkesan serta dapat memberikan maklumat yang berkualiti kepada murid lain.

3.10.2 Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai
sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Dari sudut pendidikan,
pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk

30
menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai
idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar. Pemikiran kritis boleh
terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti penggunaan sumber yang
meluas. Sumber yang meluas merujuk kepada maklumat yang diperoleh oleh murid-
murid. Oleh itu, guru perlu memantau sama ada maklumat yang dicari oleh murid
bersesuaian dengan topik pembelajaran ataupun tidak. Guru juga perlu memastikan
muridnya mahir untuk mencari maklumat yang berkaitan dan menilai sama ada
maklumat yang diperoleh itu cukup atau tidak untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Kemudian, pemikiran kritis yang berkesan boleh terhasil sekiranya guru tidak
mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya. Di dalam kelas abad ke-21, guru
seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik yang
sedang dibincang. Pandangan yang tidak tersasar daripada topik perbincangan harus
diterima oleh guru supaya murid-murid berasa selesa dan seronok untuk mengutarakan
idea-idea mereka. Dari situ, guru boleh menilai tahap pemikiran muridnya terhadap
sesuatu perkara. Adakah mereka melihat sesuatu perkara daripada sudut yang
berbeza? Jika ya, ini bermakna murid tersebut telah berfikir secara kritis. Murid yang
berfikiran krits adalah murid berfikiran terbuka, dimana mereka mudah menerima
pandangan atau idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain serta tidak merendah-
rendahkan idea yang diteriam. Dengan ini, gugu perlu mengenali setiap muridnya
supaya elemen ini lebih diterapkan semasa PdPc dijalankan.

3.10.3 Kolabaratif

Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau


berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud
antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia
melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Bagi
elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya. Terdapat murid yang
tidak suka membuat tugasan secara berkumpulan disebabkan beberapa faktor.
Sesetengah murid tidak selesa membuat perbincangan bersama rakan-rakan kerana
ideanya seringkali dipandang sepi oleh ahli kumpulannya, di samping hubungan antara
ahli kumpulan yang tidak begitu mesra antara satu sama lain.

Oleh itu, guru perlu menarik perhatian mereka supaya tugasan berkumpulan
kelihatan lebih seronok pada pandangan mereka. Ada sesetengah murid pula seronok
jika diberi tugasan berkumpulan kerana mereka tidak perlu mengerah otak untuk
31
memikirkan idea-idea yang bernas, sebaliknya dibiarkan rakan-rakan sahaja
menyelesaikan tugasan yang diberi. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah-masalah sebegini kerana jika elemen ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan, ia dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan pencapaian
mereka dari masa ke masa.

3.10.4 Kreativiti

Kreativiti pula merupakan suatu elemen yang terpenting dalam kehidupan seharian
kerana dengan ada kekreativitian sahaja yang boleh memacu kejayaan seseorang itu
dalam bidang yang mereka ceburi. Dunia hari ini adalah dunia untuk orang-orang yang
kreatif. Jika tiada kreativiti yang tinggi, Ikea tidak mampu menjual produknya dengan
harga yang sangat kompetitif. Facebook dann Google pula akan bankrap dengan
sewaan server dan data yang sangat mahal.

Penyediaan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas yang mana pelajar dibimbing
untuk mencipta sesuatu yang baharu dapat membantu peningkatan kekereativitian
generasi baharu di Malaysia dan kreativiti ini sangat penting dalam memastikan negara
kita sentiasa dapat berdaya saing dengan rakyat-rakyat dari luar seperti Korea dan
Jepun. Dengan penghasilan produk baharu ataupun pengubahsuaian produk sedia ada,
hatta hanya di atas kertas sahaja, guru telah berjaya merangsang nilai kreativiti daripada
pelajar mereka.

3.11 Bilik Darjah Abad Ke-21

Susun atur bagi kelas abad ke 21 mesti mempunyai beberapa ciri yang penting,
iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung,
membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran
fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

32
3.12 Ciri-Ciri Murid Yang Diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21

3.13 Kesimpulan

Cabaran pendidikan abad 21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang


menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik
darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama
adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan
teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
33
yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk
mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini
pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya
kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

http://www.curriculum.edu.au/verve/_resources/Contemp_Learning
_Final.pdf

3.14 Latihan

LATIHAN

Secara berpasangan dalam satu kumpulan, anda diminta menghuraikan 6C dalam


Pembelajaran Abad ke-2 iaitu enam kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri murid
oleh guru-guru melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sama ada di
dalam mahupun di luar bilik darjah.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A..Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk: Education 4.0


i. Definisi Education 4.0 (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
ii. Masa Depan Sistem Pendidikan Tinggi Di Malaysia
34
iii. Cabaran dalam Pendidikan Tinggi

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

UNIT 4 Strategi dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran PAKK

Hasil pembelajaran Unit:

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:


i. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

ii. Menerangkan cara pengelolaan aktiviti secara kelas, kumpulan dan individu
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai strategi dan
teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep, prinsip, elemen serta
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Perbincangan menfokuskan kepada kebijaksanaan guru dalam mengatur strategi

35
dengan memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap Kanak-kanak bagi
mencapai hasil pembelajaran yang maksimum.

KERANGKA TAJUK
4.1 Pengelolaan Aktiviti secara kelas

4.2 Pengelolaan Aktiviti secara kumpulan

4.3 Pengelolaan Aktiviti secara individu

4.4 Latihan

4.0 Pengelolaan Aktiviti

4.1 Pengelolaan Aktiviti Kelas

Konsep

Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama
secara serentak. Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosial. Aktiviti ini juga
mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama, hormat-menghormati, keadilan dan
semangat bermasyarakat. Dalam masa yang sama juga aktiviti kelas mampu
memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

Prinsip- Prinsip aktiviti kelas


i. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama secara serentak
ii. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat, memberi
arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada
akhir pembelajaran.

Contoh-contoh aktivit kelas


 Bercerita
 Circle time (perbualan pagi, pesanan hasil kerja, rumusan selepas
pembelajaran, penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
 nyanyian dan gerakan

36
 field trip / lawatan

Aktiviti bercerita

Aktiviti lawatan

4.2 Pengelolaan Aktiviti Kumpulan


Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang
sama atau berbeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli
dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama.

Kanak-kanak dapat belajar melalui rakan sebaya dalam aktiviti ini. Aktivit kumpulan
dapat memupuk kemahiran sosial dan penyelesaian masalah. Aktivit kumpulan boleh
menerapkan nilai-nilai murni.

Contoh aktiviti kumpulan


 Cantuman puzzle
 capan
 main pondok-pondok
 menyusun huruf
 berkebun
 kolaj
 menyusun gambar

37
Menyusun huruf

Permainan pondok-pondok dan permainan rakyat

4.3 Pengelolaan Aktiviti Individu

Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi
dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Aktiviti individu juga turut memberi peluang
kepada murid mendapat perhatian secara personel daripada guru. Aktiviti individu
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari
38
dan kerajinan adalah tinggi. Aktiviti individu turut memberi peluang kanak-kanak
menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya begi meningkatkan kefahaman
tentang sesuatu konsep. Kanak-kanak adalah bebas untuk mencuba dan meneroka
dengan gaya yang tersendiri. Kanak-kanak berpeluang untuk mengaplikasi akan
kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan
masalah. Kanak-kanak dapat bergiat secara aktif untuk menjalankan aktiviti binaan dari
bongkah, bermain dengan doh atau bermain suai pasang

Contoh-contoh aktiviti individu


 melukis gambar
 menggunting dan menampal
 menguntai manik
 membaca buku kecil
 menyusun bongkah

Mewarna gambar Melukis gambar

4.4 Latihan

LATIHAN

Secara berkumpulan bincangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan secara individu, kelas
dan kumpulan dengan menggunakan tema yang sama.

A. Media Digunakan
iii. WhatsApp
iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
39
B. Tajuk: Teknik pengajaran dan pembelajaran.
i. Jenis-jenis teknik pengajaran dan pembelajaran (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
ii. Contoh aktiviti pembejalaran dan pembelajaran yang sesuai di PAKK.

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


v. Semakan kehadiran
vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
viii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian

Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


UNIT 5 Pendidikan Awal Kanak-kanak

Hasil Pembelajaran Unit:

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:


i. Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan teknik, pendekatan
dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan awal
kanak- kanak.

ii. Mencipta bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap dan peringkat umur
kanak-kanak.

iii Membina bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif untuk membantu
kanak-kanak memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perancangan
dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Pengetahuan dan amalan guru semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
sangat penting dan perlu merangkumi keseluruhan aspek bermula daripada peringkat
perancangan, perkembangan dan penutup serta penggunaan sumber yang
40
bersesuaian. Guru juga perlu mengambil kira aspek pembinaan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dengan pendekatan, strategi dan teknik yang dipilih serta sesuai
dengan peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK:
5.1 Pengenalan
5.2 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
5.3 Prinsip pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar
5.4 Kepentingan Serta Tujuan Alat Bantu Mengajar (ABM)
5.5 Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM)
5.6 Kepentingan serta tujuan
5.7 Kelemahan yang Terdapat Pada Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Cara
Mengatasinya
5.8 Kesimpulan
5.7 Latihan

5.1 PENGENALAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala


pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi
pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan
menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia,
jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu


pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan
media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak

41
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan
supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan
terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat
memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar.

5.2 Pembinaan Alat Bantu Mengajar (Abm)

Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru
semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM)
dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang
berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang
diajarkan.

Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu
seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku
teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang
dialami oleh murid. Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada
tiga kumpulan, iaitu:-

Alat pendengaran,
1. Alat pandangan
2. Alat pandang dengar.

Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
1. Media elektronik
2. Media bukan elektronik,

Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:


1. Bahan- bahan software
2. Bahan-bahan hardware.

Bahan Bantu kreativiti

42
Buku bercetak

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap


kebolehan perkembangan intelek kanak-kanak semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dapat merangsang minat kanak-kanak agar terus bermotivasi untuk terus
belajar. Abdul Rasid (2011) menyokong bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
yang optimum akan menghasilkan pembelajaran yang dapat memberikan kesan yang
positif dalam diri kanak-kanak.

Hasil kajian Azlan & Nurdalina (2014) telah mendapati bahawa penggunaan
Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan kefahaman dan dapat menarik minat untuk lebih fokus dan
memahami apa yang diajarkan. Disamping itu juga penggunaan bahan yang pelbagai
akan membantu guru dalam mempermudahkan kefahaman konsep dalam
penyampaian. Hal ini telah disokong oleh penyelidik lain yang turut menyatakan
penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan akan
memberikan kelebihan dalam proses penyampaian dan memudahkan kefahaman apa
yang disampaikan.

5.3 PRINSIP PEMILIHAN DAN PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar:

1. Sesuai

Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara


seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan kanak-kanak
d) Suasana pembelajaran
e) Minat kanak

43
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu
sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh
memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif
tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan
situasi tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan kanak-kanak yang datang


daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf
pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai
dengan segolongan kanak-kanak, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar
yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan
suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam
suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses
pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya
mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu
rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih
dapat memberikan rangsangan untuk kanak-kanak berfikir dan mendorong mereka
untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar


pemikiran kanak-kanak ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-
bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai
hubungan yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

44
3. Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran


yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih
mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan, proses pembelajaran dan
pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran adalah
berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak kanak-kanak.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui

4. Menarik

a. Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah
disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan
memudahkan kanak-kanak membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b. Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak.
c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi
berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat
menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d. Kualiti bahan
e. Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.dan berfungsi.

5. Jimat dan mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya


mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya
dengan menggunakan bahan terbuang

6. Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya


praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana

45
dan mudah digunakan.berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu kanak-kanak
menggunakan bahan secara lebih bermakna. Selain itu, bahan tersebut seharusnya
tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari
satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-
mana dan tidak terlalu berat atau besar.
Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada
bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif
iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif
kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas kanak-kanak itu
sendiri.

5..4 KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM)
amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan
lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid
dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu
mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:

 Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi


masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
 Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
 Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
 Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
 Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
 Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap
pengajaran guru.
 Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak
balas lisan daripada murid
 Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan
pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

46
 Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid
lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.
 Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan
menjadikan pengajaran lebih menarik
 Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3]
 Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun
pelajar.
 Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar
dengan pelajar.
 Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa
yang singkat.

5..5 KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat

sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan


sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti
kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah
dipilih.

Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam
menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam
pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya
menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:-

 Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik
yang hendak diajarkan.
 Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang
asli dan tersendiri.
 Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau
boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah,

47
tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar (ABM). Murid-murid
pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal
dalam ingatan.
 Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk
menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan
dengan menggunakan gambar yang berwarna.
 Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah
dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar
(ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang
lama untuk menyediakannya.
 Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai
supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang
terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau
penggunaan murid.
 Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang
tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak
sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-
bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

5..6 KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM)
dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti :

 Kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan
lebih jelas.
 Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran
yang dijalankan.
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.
 Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.
 Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.
 Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.

48
5..7 Kelemahan yang Terdapat Pada Alat Bantu Mengajar (Abm) Dan Cara
Mengatasinya

 Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai
kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM)
adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara
berikut:-
 Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang
sesuai.
 Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM).
 Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya
alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa
yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM.

Kadang kala faktor pelaksanaannya yang mempunyai halangan. Berikut merupakan


cadangan untuk mengatasi segala kelemahan ;:
 Guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan.
 Guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses
pengajarannya terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM,
seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan
sebagainya.
 kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar
(ABM)
 Merancang dengan sistematik. Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat
bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru
sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang
segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

5..8 KESIMPULAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk
tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu
dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan

49
berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan
pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita
betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru dalam
menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir
mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM) yang
berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang
dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar
(ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan
memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses


pengajaran dan pembelajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) memudahkan para guru
memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial
antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses
interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada


keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai.
Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan
kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun,
sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi lat bantu mengajar
(ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak
menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru
untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-
pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

50
5..8 Latihan

LATIHAN

Secara berkumpulan bincangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan secara individu , kelas
dan kumpulan untuk menghasilkan bahan bantu yang bersesuaiaan mengikut ABP.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
v. WhatsApp
vi. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk: Perancangan Pengajaran dan pembelajaran


i. Membincangkan komponen- komponen penting dalam rancangan pengajaran

51
harian (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
ii. Komponen dalam RPH

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


ix. Semakan kehadiran
x. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
xi. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
xii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh, 2008. Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ahmad Mohd Salleh,2008. Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Beaty, J. 2018.Preschool appropriate practices: environment, curriculum and


development. (5t ed). USA : Cengale Learning.

Cara A. Marlowe. 2012. The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement
And Stress. Montana: Montana State University.

Essa. L. E. 2010.Introduction to early childhood education. (6th Ed). NY: Thomson


Delmar Learnin

Gallahue, D.L. 1982. Development Movement Experiences for Children.New York: Wiley
[20 September 2014]

Gallahue, D.L. (1993),Development Physical Education for Today’sChildren.Madison,


WI: Brown and Benchmark [20 September 2014]

Gardner, H. 1999. Intelligence reframed.Multiple intelligence for the 21stcentury.New


York: Basic Books[20 September 2014]

Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah.Kuala


Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. [17 Oktober 2014]

52
Hyson, M.& Tomlinson, H.B. 2014.The Early Years Matter: Education, Care & the Well
Being of Children Birth to 8.New York: Teachers Collage Culombia University.

Jabatan Perdana Menteri. 2011. Kurikulum PERMATA negara (3rd Ed.) Bahagian
Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA. Putrajaya : Perbadanan Percetakan
Negara.

Johnson, Graham Brent. 2013. Student Perceptions Of The Flipped Classroom.


Columbia: The University Of British Columbia.

Lioe, Luis Tirtasanjaya, Teo Chin Wen, dkk. 2012. Assessing the effectiveness of flipped
classroom pedagogy in promoting students’ learning experience. NYGH
Research Journal.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2017. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Morrison, G.S. 2014.Early childhood education today. (13th ed.). Boston: Pearson
Education Inc.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah .2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pierce, Richard EdD and Jeremy Fox, PharmD. 2012. Instructional Design And
Assessmentvodcasts And Active-Learning Exercises In A “Flipped Classroom”
Model Of A Renal Pharmacotherapy Module. American Journal of
Pharmaceutical Education 2012; 76 (10) Article 196.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamiza. 2006. Tadika Berkualiti. PTS Pubications
& Distributors Sdn. Bhd. Pahang.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad 2007. Panduan
kurikulum Prasekolah.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. [15
Oktober 2014]

Rubin, K.H. & Watson, K. S.1978. Free play behaviors in preschool and kinderarten
children.Society for research in Child Development. 49,534- 536. [17 Oktober
2014].

Shimamoto, Dean N.2012. Implementing a Flipped Classroom: An Instructional


Module. Hawai Amerika Serikat: Department of Educational Technology
University of Hawaii Manoa.

Whitebread, D. 2015.Teaching and learning in the early years. (4th ed). New York:
Routledge

53
PENYELARAS MODUL PDPM
(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

Nama Pegawai Akademik


Dr. Siti Iwana Sharizah Abu
Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak
Samah

PANEL PENGGUBAL
PAKKD2033 PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Kelayakan Akademik
Bil. Nama
Ed.D. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UNISEL
Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI,
Sarjana Muda dengan Kepujian, (Pendidikan Awal Kanak-
1 Dr. Sheal Valakshemi a/p kanak),UM.
Palaniappan Sijil Pendidikan (Bahasa Tamil, Maktab Perguruan Lembah
Pantai) KL.

Sarjana (Pendidikan Prasekolah ) UKM


Sarjana Muda dengan Kepujian (Pendidikan Awal Kanak-
2 Pn. Norliza bt. Ahmad
kanak) UM.

54
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang


dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan


kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

55
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran


yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk


untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah,
jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

56

Anda mungkin juga menyukai