Anda di halaman 1dari 4

Artikel

: The Art And Science Of Teaching Orientation And Mobility To Person

With Visual Impairment


Penulis

: William H. Jacobson, Ed.D

Penerbit

: AFB Press

Tahun

: 1993
Kepentingan orientasi dan mobiliti kepada individu bermasalah penglihatan ialah

dapat meningkatkan proses perkembangan dan pembelajaran serta perkembangan


individu bermasalah penglihatan contohnya, dari segi bahasa, literasi, pemahaman
sesuatu konsep, memahami bahaya, mengambil risiko dan menerima sesuatu
tanggungjawab. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara di antara pergerakan dan
pembelajaran. Menerusi pergerakanlah individu bermasalah penglihatan dapat
memahami mengenai kehidupan di dunia ini. Individu yang mempunyai pelbagai
kecacatan yang lain di tambah pula dengan masalah penglihatan memerlukan ruang
dan peluang untuk menerokai, untuk bermain, berinteraksi dengan masyarakat dan
belajar dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi Orientasi dan Mobiliti merupakan
medium yang terbaik bagi individu bermasalah penglihatan untuk belajar mengenai
alam sekeliling. Seterusnya, menerusi Orientasi dan Mobiliti juga mereka akan dapat
meningkatkan lagi keupayaan kemahiran komunikasi mereka terutamanya semasa
mereka berada di luar rumah dan berinteraksi dengan individu normal. Selain itu juga,
menerusi Orientasi dan Mobiliti yang berterusan akan dapat menghilangkan perasaan
rendah diri dan rasa kekurangan sebaliknya akan dapat meningkatkan keyakinan
individu tersebut

untuk menjalani kehidupan yang normal setanding dengan insan-

insan yang normal. Di samping itu, latihan Orientasi dan Mobiliti dapat membantu dalam
memulihkan postur mereka kepada postur yang betul. Selain itu juga, Orientasi dan
Mobiliti akan dapat membantu individu bermasalah penglihatan untuk bebas bergerak
ke mana jua destinasi yang hendak ditujui oleh mereka. Kebebasan bergerak ke manamana merupakan salah satu elemen penting dalam kemahiran kehidupan manusia.
Justeru, kemahiran orientasi dan mobiliti amat penting kepada individu bermasalah
penglihatan kerana ia membantu mereka dalam meningkatkan mutu hidup mereka dari
segi psikologi, sosial, emosi dan fizikal.

1) Pelan orientasi kawasan ini berpandukan kepada pelan Sekolah Kebangsaan


LKTP Pemanis 2, Segamat, Johor
2) Terdapat lima blok bangunan di sekolah ini :
a.
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

b.
I.
II.
III.
IV.
V.
c.
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

Blok A
Perpustakaan
Klinik Gigi
Bilik Mesyuarat
Bilik Guru
Bilik Guru Kanan
Bilik Guru Besar
Tandas

Blok B
Bilik Darjah (7 buah kelas)
Bilik Sains
Bilik Muzakarah
Bilik RELA (2 buah)
Bilik ICT
Blok C
Bilik Ibadat
Setor
Bilik Seni
Makmal Komputer
Bilik Tayang
Kedai sekolah
Kelas (2 buah)

d. Blok D
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Dua tingkat
Bilik rawatan
Bilik Pra Sekolah
Bilik Rela
Bilik Pekerja
Kantin

e. Blok E

I.
II.

Dewan Serbaguna
Dapur

f. Lain-lain kemudahan :
I.
II.
III.
IV.
V.

Dataran (hadapan Blok A)


Garaj kereta (hadapan Blok A)
Surau (sebelah kiri Blok C)
Padang (sebelah Blok D)
Pejalan kaki (menghubungkan antara Blok A, B, C, D, dan kantin)

PENERANGAN
Seorang murid yang mempunyai masalah penglihatan atau buta ingin menggunakan
model yang telah dibina sebagai pelan kepadanya untuk bergerak dari blok A ke blok B.

Cara penerangan :
a) Semasa murid berada di mana-mana aras pada blok A, murid boleh bergerak
menggunakan kaedah trailing semasa berjalan di koridor.
b) Jika murid berada di dalam kelas, semasa dalam kelas, murid boleh juga
menggunakan kaedah squaring off, di mana murid itu akan menentukan
kedudukannya.
c) Murid akan melakukan squaring off apabila sampai ke hujung koridor. Ini adalah
untuk menjadikan murid itu tahu akan kedudukannya dan di mana tangga.
d) Apabila sudah tahu akan kedudukannya, murid akan menggunakan teknik
menuruni tangga dengan betul dan apabila kaki mencecah lantai terakhir maka
murid itu berada di aras bawah.
e) Murid juga boleh menjadikan tiang bendera yang berada dihadapanya sebagai
petunjuk.
f) Apabila sampai, murid akan bergerak ke kiri untuk ke blok B. murid akan melalui
laluan pejalan kaki yang beratap.
g) Murid akan sampai ke blok B dengan 30 langkah dengan anggaran.
h) Murid akan dengar air kolam yang berada di sebelah kanan sebagai petunjuk
untuk murid tahu akan murid itu sudah berada di blok B.

Anda mungkin juga menyukai