Anda di halaman 1dari 40

HDEF 4703

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MEI / 2022

HDEF 4703

PRAKTIKUM II (TADIKA)

NO. MATRIKULASI : 820713015370001


NO. KAD PENGENALAN : 820713015370
NO. TELEFON : +60197348100
E-MEL : srohanir@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Melaka

0
HDEF 4703
KANDUNGAN MUKA SURAT

Indeks 1

PENGENALAN 2

TUGASAN I : RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN


Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah 3
Rancangan Mingguan Mengandungi Aktiviti dan Rutin
 Minggu I 4–5
 Minggu II
Menu Kanak-kanak 6

TUGASAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 1 7 – 10
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 2 11 – 12
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 3 13 – 14
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 4 15 – 16

TUGASAN 3 : PENGAJARAN MIKRO


Rakaman Video 17

TUGASAN 4 : LAPORAN REFLEKSI


Berdasarkan Pengajaran Mikro RPH 4 18 – 23

TUGASAN 5 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


Pelan Lantai 24 – 28
Bahan 29 – 32
Peraturan 33 – 34
Prosedur Rutin 35 – 37

RUJUKAN 38

1
HDEF 4703

PENGENALAN
Bagi tugasan ini, saya dikehendaki menyiapkan lima tugasan untuk mencapai hasil
pembelajaran kursus ini. Bagi tugasan pertama saya perlu menyediakan dua rancangan
aktiviti mingguan berserta aktiviti dan rutin. Selain itu saya perlu menyediakan peranan dan
tanggungjawab guru prasekolah dan seterusnya menyediakan menu kanak-kanak tadika untuk
satu minggu. Bagi tugasan kedua pula memerlukan saya untuk menyediakan empat
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk aktiviti pembelajaran yang
berbeza. RPH tersebut perlulah lengkap dan disediakan berdasarkan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Dokumen KSPK 2017

Untuk tugasan ketiga pula saya perlu menyediakan satu rakaman video berkaitan
pengajaran mikro berdasarkan RPH yang telah saya sediakan dalam Tugasan 2. Rakaman
video tersebut kemudian perlu saya muat naik sebagai lampiran tugasan di MyInspire.
Seterusnya untuk tugasan keempat, saya perlu menyediakan Laporan Refleksi berdasarkan
setiap pengajaran yang dibuat. Saya perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
pengajaran dan membuat refleksi secara terperinci dan membincangkan cara
penambahbaikan pada masa akan datang. Dan akhir sekali untuk tugasan kelima,saya perlu
membincangkan tentang pengurusan tingkah laku kanak-kanak.
Objektif tugasan ini adalah untuk mendedahkan saya dengan prosedur operasi di
prasekolah dan mentafsir perancangan serta amalan pengajaran pelajar yang seharusnya saya
kuasai semasa sesi Latihan praktikum. Tugasan ini juga merupakan salah satu tugasan
pelengkap bagi matapelajaran Praktikum II - Tadika (HDEF 4703) dalam melengkapkan
keperluan pengajian saya bagi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DECE).

2
HDEF 4703

TUGASAN 1 : RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN


Dalam prosedur operasi sesebuah tadika, penyediaan rancangan aktiviti dan juga menu adalah
sangat penting. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran (Umi, 2021). Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk merangka rancangan
aktiviti dan menu di tadika. Antara peranan dan tanggungjawab guru prasekolah adalah
seperti berikut :
a) Motivator - Memberi motivasi yang mampu menggerakkan murid
supaya berusaha untuk mencapai kejayaan.
b) Pemudah cara - membimbing dan menggerakkan individu atau
kumpulan
dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di
dalam sesuatu aktiviti
c) Pembimbing - Guru perlu menguasai kemahiran yang tinggi dalam
aspek yang akan dibimbing. Bimbingan ini bukan
sahaja semasa aktiviti sedang berlangsung, tetapi juga
sebelum aktiviti tersebut berlangsung untuk tujuan
membuat persediaan.

3
HDEF 4703

Rajah 1 : Keratan Akhbar berkaitan Peranan Guru

Di dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan Rancangan Aktiviti Mingguan


di tadika untuk dua minggu yang telah saya sediakan. Rancangan Aktiviti Mingguan ini turut
mengandungi aktiviti dan rutin harian di tadika. Manakala Jadual 3 pula menunjukkan menu
kanak-kanak tadika selama satu minggu.

RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN TADIKA AL FATEH


MINGGU : 15 TARIKH : 10 – 14 Julai 2022

MASA AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

Selamat Datang ke TADIKA AL FATEH


7.45 – 8.00 (menyambut kanak-kanak/ menerima buku log / pemeriksaan kesihatan / menanda kedatangan)
MINUM PAGI
8.00 – 8.20 Main Bebas

8.20 – 8.40 Perbualan Awal / Circle Time / Senaman Pagi / Ikrar


(Nyanyi Lagu Negaraku / Lagu Patriotik / Muzik dan Gerak Kreatif)
BM 1.4.6 Bersoal BI 1.3.2 Name PI 2.2.1 Mengenal FK 3.1.4 BM 3.2.5
jawab menggunakan favourite things and diri sebagai makhluk Menangkap objek Menyalin ayat
8.40 – 9.40 ayat mudah activities ciptaan Allah yang dihantar oleh mudah
berdasarkan bahan orang lain
rangsangan
9.40 – 10.10 SARAPAN PAGI dan GOSOK GIGI
PI 3.3.1 Menyebut SA 2.4.1 Membuat SA 2.6.2 BI 2.3.4 Read MA 2.1.10
nama-nama solat andaian yang Menerangkan simple phrases Menulis nombor
10.10 – fardu mudah dan pemerhatian melalui mengikut cara
11.10 munasabah hasil kerja atau lisan yang betul
berdasarkan
pemerhatian
11.10 – MA 1.3.1 Menyusun FK 1.1.3 KE 1.2.3 KM 2.1.2 KE 1.1.3
11.50 objek mengikut Menggunakan Menghasilkan bunyi Mengamalkan Menyanyikan
kriteria berikut : kemahiran motor menggunakan pertuturan dan lagu mengikut
(i) Kecil ke besar halus melalui pelbagai alat perlakuan yang melodi
(ii) Pendek ke aktiviti yang improvisasi secara positif dengan
panjang melibatkan alatan kreatif rakan
(iii) Rendah ke tinggi
(iv) Nipis ke tebal

4
HDEF 4703
dan sebaliknya
11.50 – PENUTUP
12.00 Pulang / Permainan Bebas (Bawa pulang buku log / menunggu ketibaan ibu bapa)

JADUAL 1 : RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN I

RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN TADIKA AL FATEH


MINGGU : 16 TARIKH : 17 – 21 Julai 2022

MASA AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

Selamat Datang ke TADIKA AL FATEH


7.45 – 8.00 (menyambut kanak-kanak/ menerima buku log / pemeriksaan kesihatan / menanda kedatangan)

MINUM PAGI

8.00 – 8.20 Main Bebas

8.20 – 8.40 Perbualan Awal / Circle Time / Senaman Pagi / Ikrar


(Nyanyi Lagu Negaraku / Lagu Patriotik / Muzik dan Gerak Kreatif)
BM 1.2.1 BI 1.3.4 Participate PI 1.3.1 Menyebut FK 2.1.3 BM 2.3.1
Mendengar dan in talk about nombor 1 hingga 10 Melakukan Membunyikan
8.40 – 9.40 memberi respons familiar activities dalam Bahasa Arab pergerakan suku kata terbuka
terhadap cerita and experiences mengikut arah
yang didengar
SARAPAN PAGI
9.40 – 10.10
Gosok gigi dan bersihkan diri
PI 5.1.2 SA 1.1.2 SA 3.3.1 BI 3.2.5 Copy MA 2.2.3
Menunjukkan Menunjukkan sikap Menamakan haiwan simple phrases in Mengetahui
10.10 – adab makan dan ingin tahu, legible print maksud sifar
11.10 minum sistematik,
bekerjasama dan
bertanggungjawab
11.10 – MA 1.1.3 FK 4.1.4 Mencipta KE 1.2.1 KM 2.2.2 KE 3.3.3
11.50 Memadankan dua pergerakan kreatif Menghasilkan Mematuhi Membuat corak
kumpulan objek mengikut muzik bunyi peraturan sekolah dan rekaan
yang mempunyai menggunakan menggunakan mengikut
bilangan sama alatan perkusi badan kreativiti sendiri

11.50 – PENUTUP
12.00 Refleksi
Pulang / Permainan Bebas (Bawa pulang buku log / menunggu ketibaan ibu bapa)

JADUAL 2 : RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN II

5
HDEF 4703

MENU HARIAN TADIKA

8.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tengahari 3.00 petang 5.00 petang
HARI
(Sarapan) (Minum Pagi) (Makan Tengahari) (Snek) (Minum Petang)

2 – 4 sudu ½ Cawan Nasi + ½


1 Gelas
makan Bijirin Mangkuk Kecil Sup ¼ - ½ Potong
AHAD Susu 1 Keping Kuih
Cococrunch dengan Ayam + ¼ Telur Buah Epal
½ gelas susu Dadar
1 Gelas ½ Cawan Nasi +
2 – 3 Keping 1 Biji Buah ½ Cawan Mee
ISNIN Susu Ikan Goreng + Sayur
Biskut Marie Pisang Hoon Goreng
Campur Goreng
1 Gelas ½ Cawan Nasi + 2 – 3 Sudu
½ - 1 buku Roti 1 Potong Kek
SELASA Milo Telur Kicap + Makan Buah
Bun Span
Bayam Goreng Anggur
1 Gelas ½ Cawan Nasi +
2 – 3 Keping ¼ - ½ Biji 2 – 4 Biji
RABU Susu Kari Ikan + Sayur
Biskut Tiger Susu Buah Oren Cekodok
Goreng
2 – 4 sudu Bijirin
1 Gelas ½ Cawan Nasi +
Honey Stars 1 Potong ½ Cawan Pasta
KHAMIS Horlicks Tomyam Ayam +
dengan ½ gelas Tembikai Goreng
Telur Dadar
susu

= bersama air kosong

Jadual 3 : Menu Harian Tadika

6
HDEF 4703

TUGASAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN


Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru
professional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Tujuan utama
penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif
pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan lagi keyakinan guru untuk mengajar.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada sukatan
pelajaran serta latar belakang murid. Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku
individu akan berlaku. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran bermakna memperoleh
kemahiran membaca, mengeja atau mengira. Namun sebenarnya pembelajaran adalah lebih
daripada itu. Kanak-kanak akan mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai,
minat, perwatakan dan kebolehan.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai
keperluan, objektif, matlamat yang perlu dicapai dan dikuasai oleh murid, serta motivasi dan
strategi pengajaran yang sesuai dalam mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
mengajar perlu mengandungi dua matlamat iaitu yang pertama mengenai murid dan perkara
yang akan diajar dan yang kedua adalah catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti antara
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu. Rancangan pengajaran yang
disediakan dengan teliti, jelas, teratur dan lengkap dapat membantu murid meningkatkan
tahap pembelajaran terutamanya di kalangan murid yang bermasalah dalam pembelajaran
(Rajah 1). Di dalam Jadual 1 hingga Jadual 4 dipaparkan rancangan pengajaran harian
lengkap yang telah saya sediakan untuk aktiviti pembelajaran yang berbeza bagi kanak-kanak
tadika berusia lima dan enam tahun. Rancangan Pengajaran ini telah saya sediakan
berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017.

7
HDEF 4703

Rajah 1 : Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas : Tadika Al Fateh
RPH
Tajuk / Tema : Hoora Hoorey! / Seni dan Kraf
Tarikh : 12 Julai 2022 (Selasa) 1
Umur : 5 hingga 6 Tahun
Tempoh Masa : 11.10 pagi – 11.50 pagi (40 minit)
Tunjang
: Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti dan Estetika
Utama
KE 1.2.3 Menghasilkan bunyi menggunakan pelbagai alat improvisasi
Standard secara kreatif
:
Pembelajaran KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi
KE 1.3.3 Melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik
FK 4.1.4 Mencipta pergerakan kreatif mengikut muzik menggunakan
alatan
Kesepaduan : BM 1.2.2 Mendengar dan menyanyi lagu
PM 9.1.2 Menunjukkan sikap berani mencuba sesuatu tugasan yang
baharu
Menyanyikan lagu kanak-kanak mengikut melodi, mencipta
Fokus : pergerakan kreatif mengikut muzik menggunakan alatan dan berani
mencuba tugasan baharu dengan penghasilan alat perkusi
Di akhir pembelajaran ini, murid boleh :
i) Mencuba tugasan baharu dengan berani dengan penghasilan
Hasil alat perkusi
:
Pembelajaran ii) Menyanyikan lagu mengikut melodi
iii) Melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik
menggunakan alatan

8
HDEF 4703
Bahan Botol plastik terpakai, batu kecil, kacang hijau, bahan hiasan, gam, klip
:
Pembelajaran video
KAEDAH
Langkah 1 Guru berinteraksi dengan murid dan menyatakan tentang aktiviti-
Set Induksi : aktiviti yang bakal dibuat. Murid respon dan berinteraksi dengan
(5 Minit) penuh minat.
Langkah 2
Guru memberi penerangan tentang alatan perkusi dan menunjukkan
Pengenalan :
alatan perkusi marakas yang telah siap.
(5 minit)
Langkah 3 1. Guru menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
Aktiviti membuat marakas
Pembelajara 2. Guru menghasilkan marakas dan murid sama-sama
n menghasilkan marakas masing-masing.
(15 Minit) 3. Guru menunjukkan cara untuk menghasilkan bunyi dan
bermain marakas dengan betul
4. Guru menyanyikan lagu Kalau Rasa Gembira dan murid ikut
sama menyanyi sambil melakukan gerakan kreatif mengikut
ekspresi sendiri.
5. Murid gembira dapat menyanyi lagu dan mengekpresikan diri
mereka mengikut kebebasan melakukan pergerakan bagi
menyatakan perasaan.
Langkah 4 1. Guru meminta murid menyanyikan lagu sambil membunyikan
Aktiviti marakas dalam kumpulan
Pengukuhan 2. Murid menyanyikan lagu dan membunyikan marakas sambil
(10 Minit) melakukan gerakan kreatif mengikut ekspresi sendiri mengikut
kumpulan
3. Murid melakukan aktiviti dengan gembira
Langkah 5  Guru menerangkan kepada murid rumusan aktiviti yang telah
Refleksi dijalankan dan tentang keseronokan menghasilkan alat perkusi,
(5 Minit) : menyanyi dan melakukan gerakan dengan kreatif
 Murid memberi respon dengan amat baik dan berseronok
dengan aktiviti yang telah dijalankan.

9
HDEF 4703

Refleksi Guru dan Cadangan Penambahbaikan :


1. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan semua murid
memberikan tumpuan dan turut serta dalam aktiviti menghasilkan alat perkusi
marakas masing-masing.
2. Ruang kelas yang agak terhad membataskan pergerakan murid. Cadangan supaya
aktiviti dapat dilakukan di luar kelas dengan had keluasan yang sesuai untuk murid
melakukan gerakan kreatif.

Refleksi Murid dan Cadangan Penambahbaikan:


1. Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid untuk sama-sama mengikuti perjalanan
aktiviti dengan gembira.
2. Masih terdapat murid yang kurang yakin untuk mengekspresikan diri dengan yakin
dalam melakukan pergerakan. Cadangan supaya ibu bapa memainkan peranan di
rumah dalam melatih anak-anak untuk memberi penekanan kepada perbendaharaan
pergerakan dengan baik dan yakin untuk meningkatkan potensi pelbagai dalam diri.

Jadual 1 : RPH 1 – Kreativiti dan Estetika

10
HDEF 4703

RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas : Tadika Al Fateh RPH
Tajuk / Tema
Tarikh
:
:
Susun Saya! / Seni dan Kraf
10 Julai 2022 (Ahad)
2
Umur : 5 hingga 6 Tahun
Tempoh Masa : 11.10 pagi – 11.50 pagi (40 minit)
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi – Matematik Awal
Standard MA 1.3.1 Menyusun objek mengikut kriteria berikut :
Pembelajaran (i) Kecil ke besar
(ii) Pendek ke panjang
:
(iii) Rendah ke tinggi
(iv) Nipis ke tebal
dan sebaliknya
Kesepaduan : KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin
Fokus Mendengar arahan, respon kepada arahan dan berinteraksi
:
dengan yakin
Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, murid boleh :
iv) Mendengar dan respon terhadap arahan yang didengar
:
dengan baik
v) Berinteraksi dengan yakin
Bahan
: Model Haiwan, Blok, lembaran kerja, alat tulis
Pembelajaran
KAEDAH
Langkah 1
Guru menerangkan tentang ciri kecil dan besar. Murid respon
Set Induksi :
tentang ciri kecil dan besar.
(5 Minit)

11
HDEF 4703
Langkah 2
Guru menunjukkan model haiwan dan meminta murid
Pengenalan :
mengenalpasti saiz haiwan besar atau kecil.
(5 minit)
Langkah 3
Aktiviti Guru membahagikan blok pada murid dan murid menyusun
Pembelajaran sendiri blok dari saiz kecil ke saiz besar.
(10 Minit)
Langkah 4 4. Guru mengagihkan lembaran kerja yang mengandungi
Aktiviti tiga set objek dengan saiz kecil, sederhana dan besar.
Pengukuhan 5. Murid mengenal pasti saiz objek dan menulis nombor 1
(15 Minit) bagi saiz kecil, nombor 2 bagi saiz sederhana dan nombor
3 bagi saiz besar.
6. Murid mewarna gambar dengan kemas dan cantik.
Langkah 5  Guru menerangkan kepada murid rumusan aktiviti yang
Refleksi telah dijalankan dan tentang seriasi objek yang terdapat di
(5 Minit) : sekeliling.
 Murid memberi respon dengan amat baik dan berseronok
dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Refleksi Guru :
1. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan semua murid
memberikan tumpuan dan turut serta dalam aktiviti yang dilakukan.
2. Blok yang ada memilik saiz yang hampir lebih kurang sama. Cadangan supaya
menyediakan blok dari kotak terpakai bagi membezakan saiz kecil dan besar

Refleksi Murid :
1. Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid untuk sama-sama mengikuti
perjalanan aktiviti dengan gembira
2. Masih terdapat murid yang kurang yakin untuk berinteraksi dengan yakin.
Cadangan supaya ibu bapa memainkan peranan di rumah dalam melatih anak-anak
untuk berkomunikasi dengan baik dan yakin

Jadual 2 : RPH 2 – Matematik Awal

12
HDEF 4703

RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas : Tadika Al Fateh RPH
Tajuk / Tema
Tarikh
:
:
Nabi Nuh dan Kapal yang Hebat / Bentuk dan Warna
17 Julai 2022 (Ahad)
3
Umur : 5 hingga 6 Tahun
Tempoh Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi (60 minit)
Tunjang Utama : Komunikasi - Bahasa Melayu
Standard BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang
Pembelajaran didengar
BM 2.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku :
:
(i) Judul
(ii) Gambar / ilustrasi
(iii) Pengarang
Kesepaduan PI 2.4.1 Menyebut Rukun Iman :
(i) Beriman kepada Allah
(ii) Beriman kepada Malaikat
: (iii) Beriman kepada Kitab
(iv) Beriman kepada Rasul
(v) Beriman kepada Hari Kiamat
(vi) Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Fokus Mendengar cerita, memberi respons terhadap cerita yang
: didengar dan menyebut Rukun Iman keempat iaitu beriman
kepada Rasul

13
HDEF 4703
Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, murid boleh :
i) Mendengar dan respon terhadap cerita yang didengar
dengan baik
:
ii) Mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku
iii) Respon kepada Rukun Iman keempat iaitu beriman
kepada Rasul dengan menggunakan bahasa mudah
Bahan
: Buku Cerita, model haiwan
Pembelajaran

KAEDAH
Langkah 1
Menyusun atur murid mengikut kedudukan pendengar dan
Persiapan :
penglipur lara
(5 Minit)
Langkah 2 Guru menunjukkan muka hadapan buku cerita. Murid respon
Set Induksi terhadap ilustrasi dan grafik yang dipaparkan. Guru bersoal
:
(5 Minit) jawab sama ada murid tahu kisah Nabi Nuh dan kapal besar yang
hebat
Langkah 3
Membacakan pengenalan buku dengan ekspresi dan ton suara
Pengenalan :
yang berbeza bagi menarik minat murid
(5 minit)
Langkah 4
Membacakan cerita kepada murid sambil menggunakan props
Aktiviti Pembelajaran :
mengikut jalan cerita
(20 Minit)
Langkah 5 Guru menunjukkan aktiviti yang terdapat di dalam buku cerita
Aktiviti Pengukuhan : berdasarkan kisah yang dibacakan dan sama-sama membuat
(20 Minit) aktiviti tersebut
Langkah 6  Guru menerangkan kepada murid rumusan aktiviti yang
Refleksi telah dijalankan. Guru juga berinteraksi tentang nilai
(5 Minit) : moral dalam kisah yang telah diceritakan.
 Murid memberi respon dengan amat baik. Murid seronok
dan gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan.

14
HDEF 4703
Refleksi Guru :
1. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan semua murid memberikan
tumpuan dan turut serta dalam aktiviti yang dilakukan.

Refleksi Murid :
1. Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid untuk sama-sama mengikuti perjalanan
aktiviti dengan gembira
2. Masih terdapat murid yang kurang yakin untuk berinteraksi dengan yakin. Cadangan
supaya ibu bapa memainkan peranan di rumah dalam melatih anak-anak untuk
berkomunikasi dengan baik dan yakin

Jadual 3 : RPH 3 – Bahasa Melayu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Kelas : Tadika Al Fateh RPH
Tajuk / Tema : Mari Mengenal Haiwan Liar! / Bentuk dan Warna
Tarikh : 19 Julai 2022 (Selasa)
4
Umur : 5 hingga 6 Tahun
Masa : 10.10 pagi – 11.10 pagi (60 Minit)
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi – Sains Awal
Standard Pembelajaran : SA 3.3.1 Menamakan haiwan
KD 2.3.5 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai
kaedah komunikasi
Kesepaduan :

KE 2.1.1 Melakonkan watak menggunakan imaginasi


Mengenal haiwan liar, ciri-ciri, bunyi dan pergerakan
Objektif :
haiwan liar
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh:
i. Mengenal dan menyebut nama-nama haiwan liar
dengan baik
Hasil pembelajaran : ii. Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai
kaedah komunikasi
iii. Membunyikan bunyi haiwan dan membuat
pergerakan haiwan liar tersebut

15
HDEF 4703
Bahan pembelajaran : Model Haiwan Liar, Klip Video Haiwan Liar
KAEDAH
Langkah 1 :
Persiapan Guru menyusun atur murid dan bahan bantu mengajar
(5 Minit)
Langkah 2 : 1. Guru mengimbas kembali pelajaran lepas dengan
Set Induksi menyebut nama-nama haiwan yang telah dipelajari.
(5 Minit) 2. Murid memberi respons kepada guru.
Langkah 3 1. Guru menunjukkan model haiwan liar kepada murid
Pengenalan 2. Murid respon dan berkomunikasi dengan yakin tentang
(10 minit) haiwan liar yang mereka kenal dan rakan-rakan lain fokus
mendengar dengan penuh minat
Langkah 4 1. Guru seterusnya menayangkan klip video tentang haiwan
Aktiviti Pembelajaran liar
(20 Minit) 2. Murid menonton dengan penuh minat dan sesekali
bersoal jawab dengan guru
Langkah 5 : 1. Guru meminta murid membuat bunyi dan pergerakan
Aktiviti Pengukuhan haiwan liar
(15 Minit) 2. Murid sama-sama melakukan gerakan mengikut arahan
guru
Langkah 6 :  Guru menerangkan kepada murid rumusan aktiviti
Refleksi yang telah dijalankan.
(5 Minit)  Murid memberi respon dengan amat baik. Murid
seronok dan gembira dengan aktiviti yang telah
dijalankan.

Pengukuhan dan Kesimpulan

Bagi tugasan ini, aktiviti pengukuhan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut :
1. Kanak-kanak perlu kerap diberi pendedahan untuk menghilangkan rasa malu dan
meningkatkan daya keyakinan diri.
2. Aktiviti-aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tiru aksi dapat membentuk
kekuatan emosi kanak-kanak supaya lebih berani pada masa akan datang.

16
HDEF 4703
Refleksi Guru :
1. Sesi pengajaran berjalan lancar. Aktiviti yang dirancang berjaya menarik minat
kanak-kanak untuk turut serta.
2. Aktiviti meniru pergerakan dan bunyi haiwan memerlukan bimbingan

Refleksi Murid :
1. Aktiviti yang dijalankan menarik minat murid untuk sama-sama mengikuti
perjalanan aktiviti dengan gembira
2. Masih ada kanak-kanak yang tidak yakin diri untuk meniru aksi dan bunyi haiwan

Jadual 4 : RPH 4 – Sains Awal

TUGASAN 3 : PENGAJARAN MIKRO


Untuk tugasan ketiga ini, saya perlu melakukan pengajaran mikro sebanyak satu kali secara
individu dan tanpa kanak-kanak berdasarkan RPH yang telah disediakan dalam tugasan dua.
Untuk itu, saya telah memilih RPH keempat bagi pengajaran Sains Awal. Saya telah berjaya
menghasilkan video (Rajah 1) dengan durasi sekitar empat minit yang memaparkan kesemua
cadangan aktiviti yang telah dibincangkan di dalam Rancangan Pengajaran tadi. Video ini
dihasilkan dengan rangkuman semua aktiviti berdurasi 60 minit di dalam Rancangan
Pengajaran ke dalam video simulasi dengan jangka waktu yang lebih ringkas namun dengan
pengisian yang padat. Video ini telah saya muatnaik ke laman YouTube dan diharapkan anda
terhibur dengan penyampaian dari video ini dan sedikit sebanyak memberi idea kepada anda
untuk melakukan aktiviti yang mudah namun bermanfaat ini. Sekian, terima kasih!

17
HDEF 4703

Rajah 1 : Video Pengajaran Mikro

Untuk menonton sila klik link berikut:


https://youtu.be/RtIztfEfTJ0

TUGASAN 4 : LAPORAN REFLEKSI


Saya telah melaksanakan sesi pengajaran mikro secara individu tanpa kehadiran kanak-kanak
bagi mata pelajaran Sains Awal (SA). Sesi pengajaran mikro yang telah dilaksanakan adalah
untuk memenuhi tugasan kursus HDEF4703 – Praktikum II (Tadika) yang mana memerlukan
saya untuk melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sumber
pembelajaran yang telah disediakan seperti mana yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Harian keempat. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya telah memilih tajuk
Haiwan Liar dan Standard Pembelajaran yang telah dipilih ialah SA 3.3.1 Menamakan
haiwan. Setelah selesai melaksanakan sesi pengajaran mikro, saya telah melakukan sesi kaji
selidik untuk mengenal pasti aspek kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan
terhadap aktiviti pengajaran mikro yang telah dilaksanakan.
Berdasarkan sesi kaji selidik tersebut, antara kekuatan yang telah dikenal pasti
terhadap pelaksanaan langkah pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang terdapat
dalam Rancangan Pengajaran Harian ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan adalah selaras dengan prinsip pembelajaran iaitu pembelajaran seharusnya
bermula daripada mudah kepada sukar. Perkara tersebut bertepatan dengan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget (Rajah 1) yang mana menegaskan bahawa pembelajaran
kanak-kanak seharusnya bermula daripada kemahiran yang mudah kepada yang lebih sukar
(Wong Kiet Wah et al., 2013). Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah
dihasilkan, langkah-langkah pengajaran yang telah ditetapkan disusun daripada yang mudah
kepada sukar berdasarkan Standard Pembelajaran seperti mana yang terdapat dalam
18
HDEF 4703
Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017. Sebagai contoh,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada Langkah 1 dalam Rancangan Pengajaran Harian
dirancang berdasarkan Standard Pembelajaran yang mudah iaitu Menamakan Haiwan
menerusi aktiviti bersoal jawab semasa menonton tayangan video berkaitan haiwan liar.
Pada langkah pembelajaran yang berikutnya, aras kesukaran bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bertambah kerana memerlukan murid mengaplikasi konsep yang telah
dipelajari pada langkah sebelumnya.

Rajah 1 : Jean Piaget

Penggunaan sumber pembelajaran yang bersesuaian juga merupakan salah satu


kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini, sumber
pembelajaran yang telah digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran meningkatkan
tahap kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang guru sampaikan. Menurut Ragbir Kaur
Joginder Singh (2013), penggunaan sumber pembelajaran yang bersesuaian adalah penting
bagi memperkukuh kefahaman murid terhadap sesuatu konsep terutamanya konsep yang
abstrak. Teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai oleh guru
bukanlah penentu berlakunya suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan
efektif tanpa penggunaan sumber pembelajaran yang sesuai. Dalam konteks sesi pengajaran
19
HDEF 4703
dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, salah satu sumber pembelajaran yang digunakan
ialah model haiwan liar seperti di dalam Rajah 2. Penggunaan sumber pembelajaran tersebut
membolehkan murid mengenal haiwan liar dengan ciri yang sebenar.

Rajah 2 : Model Haiwan Liar


Kekuatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah adalah signifikan dengan salah satu aspek Elemen
Merentas Kurikulum iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan sumber
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dapat meningkatkan minat
murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang guru laksanakan. Dengan kaedah ini,
ianya mampu meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Begitu juga penggunaan klip video yang mampu
menunjukkan murid cara pergerakan dan bunyi haiwan yang sebenar. Terdapat pelbagai
sumber pembelajaran lain yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi yang telah
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti paparan slaid, komputer riba
dan pembesar suara seperti dalam Rajah 3. Secara keseluruhannya, sumber pembelajaran
yang telah digunakan adalah bersesuaian kerana membantu murid dalam pembinaan konsep.

20
HDEF 4703

Rajah 3 : Contoh Alatan Teknologi Maklumat

Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran merupakan salah satu kekuatan yang telah dikenal pasti ketika pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran berpusatkan murid bermaksud murid
mengambil alih sedikit tanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran. Menerusi
pengaplikasian strategi ini, masa yang banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka
dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bimbingan daripada guru. Dalam erti kata
yang lain, strategi pembelajaran berpusatkan murid memerlukan murid untuk memahami isi
pelajaran yang guru sampaikan secara praktikal dengan bimbingan guru.
Hal ini sejajar dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang menekankan peranan
murid sebagai pembina ilmu pengetahuan ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan
pembelajaran. Berlandaskan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan,
pengaplikasian strategi pembelajaran berpusatkan murid dapat dilihat menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pada Langkah 2 dalam Rancangan Pengajaran Harian iaitu
murid berinteraksi dan respon kepada guru secara individu dan berkumpulan seperti di dalam
Rajah 4. Dalam hal ini, murid melakukan pembelajaran secara koperatif dengan bimbingan
guru untuk menguasai jenis haiwan liar. Strategi pembelajaran berpusatkan murid yang
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bertepatan dengan pembelajaran abad
ke-21 yang menekankan aspek koperatif.

Rajah 4 : Murid berinteraksi dan respon kepada guru

21
HDEF 4703
Menerusi sesi kaji selidik yang dijalankan, terdapat juga beberapa kelemahan yang
telah dikesan berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Salah
satu kelemahan tersebut ialah guru tidak menunjukkan simulasi kepada murid untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, murid tidak dapat
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah diarahkan oleh guru dengan betul
kerana guru tidak menunjukkan cara-cara yang betul bagi melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Menurut teori kognitif sosial Albert Bandura, kanak-kanak mempelajari
sesuatu berdasarkan peniruan terhadap sesuatu yang berlaku dalam persekitaran sosialnya
(Rajah 5). Berdasarkan pernyataan tersebut, simulasi yang dilakukan oleh guru adalah
penting bagi membolehkan murid mengetahui cara-cara melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang guru arahkan dengan betul.

Rajah 5 : Albert Bandura

Dalam konteks sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, guru tidak
menunjukkan cara untuk membunyikan bunyi haiwan liar. Sebagai cadangan
penambahbaikan, guru perlu menunjukkan simulasi berkenaan dengan cara untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan betul agar murid dapat
mengaplikasikan simulasi tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan cara
membunyikan bunyi haiwan liar kepada murid agar signifikan dengan teori kognitif sosial
Albert Bandura dalam memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan betul.
Kelemahan yang seterusnya yang dikenal pasti dalam pelaksanaan sesi pengajaran
dan pembelajaran ialah arahan dan penerangan yang guru berikan tidak jelas. Arahan dan
22
HDEF 4703
penerangan guru yang tidak jelas menyebabkan murid tidak dapat memahami arahan dan
penerangan yang guru berikan. Hal ini menyebabkan murid tersebut tidak dapat memberikan
tindak balas yang sesuai berdasarkan arahan dan penerangan guru. Guru seharusnya
memberikan arahan dan penerangan kepada murid dengan menggunakan ayat yang mudah
difahami. Dalam hal ini, guru perlu memberi perhatian terhadap aspek penggunaan kosa kata
dan struktur ayat dalam memberi arahan dan penerangan. Penggunaan kosa kata yang di luar
pengetahuan murid menyebabkan murid tidak dapat memahami aspek semantik yang
terkandung dalam arahan dan penerangan guru. Contohnya, guru tidak memberikan arahan
yang jelas kepada murid dalam melakukan pergerakan haiwan liar. Kesannya, murid
mengambil tempoh masa yang lama untuk memikirkan jenis pergerakan sama ada berlari,
melompat atau berguling.

Untuk tujuan penambahbaikan, guru perlu memberikan arahan dan penerangan yang
jelas seperti dalam Rajah 6 agar murid dapat memberikan tindak balas yang sesuai seperti
mana yang terkandung dalam arahan dan penerangan guru. Secara holistik, terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dikenal pasti menerusi aktiviti kaji selidik yang telah saya jalankan. Menerusi kaji selidik ini,
guru dapat melakukan penambahbaikan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Perkara tersebut
secara tidak langsung dapat membantu guru dalam meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran yang bakal dilaksanakan.

Rajah 6 : Penerangan yang jelas dari guru


memberi murid lebih pemahaman

23
HDEF 4703

TUGASAN 5 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


Tingkah laku adalah satu bentuk naluri yang tidak dapat dipelajari daripada sesiapa tetapi
boleh disebabkan oleh faktor dalaman ataupun kematangan fisiologi. Walau bagaimanapun,
kebanyakkan ahli teori percaya bahawa tingkah laku banyak dipengaruhi oleh situasi masa
kini atau situasi semasa. Namun begitu, tingkah laku semasa juga boleh dipengaruhi oleh
situasi masa lampau atau pengalaman seseorang. Begitu juga, perkara yang difikirkan pada
masa kini turut boleh dipengaruhi oleh pemikiran masa tentang masa hadapan. Tingkah laku
menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016) didefinisikan sebagai kelakuan atau gerak geri.
Tingkah laku ini boleh bersifat sedar atau separa sedar, nyata atau terselindung, rela atau
tidak dan boleh juga sejadi atau pun dipelajari. Menurut Lewis (2001), tingkah laku
dinyatakan sebagai apa-apa yang kita lakukan, cara kita berinteraksi atau beraksi dan cara
kita bertindak balas terhadap persekitaran.

Rajah 1 : Penerangan yang jelas dari guru

24
HDEF 4703
Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah
laku boleh disimpulkan sebagai gerak geri, perangai, kelakuan, semua jenis perbuatan yang
melibatkan kegiatan motor seperti berlari, berjalan, berinteraksi, bergerak dan respon atau
tindakbalas terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak (Rajah 1).
Malahan tingkah laku juga sebenarnya melibatkan gambaran emosi dan mental seseorang.
Manakala dari perspektif Islam menurut Al-Ghazali, tingkah laku manusia mempunyai tujuan
agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mesti berasaskan dorongan serta tujuan.
Dorongan dan motivasi ini berasal dari dalam diri sendiri malahan boleh turut dirangsang
secara luaran atau dalaman, berkait rapat dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi
seperti perasaan kasih sayang dan cinta, perasaan lapar atau perasaan takut kepada Allah.
Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap sesuatu
situasi itu.

PELAN LANTAI
TADIKA AL FATEH

Ruang Berkebun /
Taman Hijau

Tandas Ruang Dapur


& Bilik Mandi
Stor

Ruang Makan

Bilik Rawatan

Pusat Seni & Kraf

Padang Ruang Rehat


80 Kaki

Ruang Kelas

Ruang Pejabat 25
HDEF 4703

Rajah 2 : Pelan Lantai Tabika


Di dalam Rajah 2 ditunjukkan Pelan Lantai Tabika Al Fateh. Susun atur bilik darjah
yang kondusif, menarik dan kemas dapat membantu meransang proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Ruang prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang
dalam bangunan dan ruang luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi ruang kelas,
ruang penyediaan makanan (dapur) dan bilik air (tandas). Guru boleh melakukan berbagai-
bagai cara untuk menghasilkan persekitaran ruang kelas yang menarik dan kondusif. Kelas
yang di susun dengan selamat, ceria dan praktikal dapat menggalakkan penglibatan kanak-
kanak sepenuhnya di ruang-ruang tersebut.
Di antara tips penyusunan ruang dan alatan ialah peralatan yang digunakan
adalah mudah alih agar mudah untuk diubah suai. Bangunan hendaklah dijauhkan dengan
bangunan atau blok yang bising agar pembelajaran tidak terganggu. Ruang juga harus
bersifat pelbagai guna, di mana ianya boleh digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti.
Peralatan, perabot dan kemudahan hendaklah sesuai dengan ketinggian murid agar tidak
menimbulkan kesukaran ketika mereka menggunakannya. Antara lainnya, ruangan haruslah
mudah selia, pastikan kedudukan alatan dan kemudahan mudah untuk dipantau oleh guru.
Selain itu faktor kebersihan dan pengudaraan yang baik turut diambil kira dan ruang tersebut
perlu bersih dan tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot serta memiliki pengudaraan dan
pencahayaan yang baik.

26
HDEF 4703

Rajah 3 : Susun atur meja di Ruang Belajar

Susunan meja secara berkelompok amat sesuai digunakan dalam kelas prasekolah
bagi mengembangkan kemahiran berkomunikasi murid prasekolah. Jenis susun atur bilik
darjah adalah Gaya Kluster iaitu antara 4 hingga 8 orang murid duduk rapat dalam kumpulan
kecil. Amat sesuai bagi perbincangan kumpulan ataupun pembelajaran berkolaborasi di
mana perhubungan antara murid adalah tinggi. Pemilihan meja yang berbentuk bulat adalah
bagi tujuan keselamatan kerana meja yang bersegi mengundang bahaya terhadap kanak-
kanak. Kerusi yang digunakan pula adalah kerusi kayu mengikut ketinggian mereka.
Papan tulis berada di hadapan meja murid agar murid dapat fokus di hadapan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku (Rajah 4). Tiada pelajar yang membelakangi
kawasan pengajaran utama. Jika guru meletakkan pameran di skrin projektor, semua murid
boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat duduk masing-
masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin. Pintu di dalam bilik darjah
juga harus diambil berat. Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah
sebagai pintu keselamatan atau pintu kecemasan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan
laluan keluar masuk. Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku
sebarang kecemasan.

Rajah 4 : Kedudukan PapanTulis di Ruang Belajar


27
HDEF 4703

Ruangan Circle Time menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah
kerana di ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin dan
sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan pembelajaran
dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Kebanyakan aktiviti di bilik
darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini kerana ianya memudahkan guru untuk
mengawal bilik darjah. Ruangan ini lebih menarik sekiranya diletakkan permaidani dan tikar
getah. Permaidani digunakan sebagai alas tempat duduk murid. Penggunaan permaidani ini
sekaligus dapat mengajar murid mengenai konsep ruang apabila guru mengarahkan murid
duduk tidak keluar dari permaidani tersebut.

Rajah 5 : Ruang Sakit / Sick Bay

Ruang sakit atau rehat diwujudkan bagi meletakkan murid yang sakit sehingga murid
berkenaan dijemput pulang oleh penjaganya seperti di dalam Rajah 5. Selain dari itu,
kedudukan tandas di belakang bilik darjah harus dapat dilihat dari meja guru agar guru dapat
memantau keluar masuk murid ke tandas. Kedudukan yang jauh dari ruang pembelajaran
akan menganggu proses pembelajaran. Contoh gangguan ialah bau yang kurang elok dari
tandas. Ruang penyediaan makanan atau dapur di tadika merupakan kawasan larangan bagi
murid-murid (Rajah 6). Kawasan ini merupakan kawasan larangan kerana kemalangan boleh
berlaku melalui kemudahan api seperti dapur gas dan alatan tajam seperti pisau. Dapur

28
HDEF 4703
diletakkan di bahagian belakang bilik darjah agar murid tidak ke kawasan dapur dan
menganggu penolong guru menjalankan tugas.

Rajah 6 : Ruang Dapur

BAHAN UNTUK DIPAMERKAN DAN PENYIMPANAN


Di Tadika Al Fateh, pemilihan bahan untuk dipamerkan amat dititikberatkan. Ini kerana
bahan-bahan yang dipamerkan dikira sebagai mampu merangsang perkembangan kanak-
kanak dan tururt membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan
yang dipamerkan ialah Carta Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti di dalam Rajah 7.
Menurut Siti (2013), bahan bantu mengajar dapat menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu
konsep. Justeru BBM dilihat sebagai satu medium yang mampu membina pemikiran yang
berterusan terutama melalui multimedia. BBM seharusnya mempunyai ciri tahan lasak dan
mudah alih selain kreatif dan mampu memupuk perkembangan 3M kanak-kanak. BBM yang
sudah tidak digunakan dan sentiasa ditukar ganti seharusnya boleh disimpan dan diulang
guna bila perlu. Sama ada digulung dan disimpan di dalam almari ataupun disusun berlapis
di dalam kotak simpanan khas, Carta BBM semestinya menjadi lebih praktikal dan
menjimatkan.

29
HDEF 4703

Rajah 7 : Carta BBM

Bahan kedua yang boleh dipamerkan adalah hasil kerja murid. Antara hasil kerja
murid adalah seperti lembaran kerja mahupun binaan atau origami yang dihasilkan sendiri
oleh murid seperti di dalam Rajah 8. Menurut Noraini (2017), guru boleh mempamerkan
hasil kerja murid yang baik dan kemas untuk dipertontonkan dan menjadi contoh kepada
murid lain. Dengan cara ini, ia mampu untuk memotivasikan murid lain dan meningkatkan
keyakinan diri murid tersebut. Namun begitu, tidak semestinya hasil kerja yang cemerlang
sahaja dipamerkan. Guru turut boleh mempamerkan hasil kerja murid lemah namun dengan
peningkatan adalah amat digalakkan untuk dipamerkan kerana ini akan memberi mereka
motivasi untuk lebih berusaha lagi. Hasil kerja murid ini boleh disimpan di dalam fail hasil
kerja murid secara individu dan sentiasa ditukar ganti untuk dipamerkan. Fail hasil kerja ini
akan sentiasa diserah kepada ibu bapa untuk guru menerangkan tahap perkembangan anak
mereka dari semasa ke semasa.

30
HDEF 4703

Rajah 8 : Hasil Kerja Murid yang dipamerkan

Seterusnya bahan ketiga untuk dipamerkan ialah bahan-bahan maujud mengikut


tunjang dan boleh dilihat serta disentuh oleh murid. Menurut Habbib (2010), bahan maujud
merupakan bahan sebenar atau bahan konkrit yang boleh dipegang dan disentuh. Contoh
bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber PdP seperti di dalam Rajah 9, malahan
bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dijadikan sebagai bahan maujud.
Penggunaan bahan maujud mampu meningkatkan daya ingatan murid tentang sesuatu
perkara. Ini dibuktikan melalui konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel,
Vygotsky dan Piaget yang menyatakan bahawa ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan
aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman yang mereka sedia
ada.
Dengan bahan maujud, murid akan dapat berfikir secara lebih kritis dan menimbulkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan di mana murid lebih mudah terangsang dengan
aktiviti permainan. Bahan-bahan maujud ini boleh disimpan di dalam bilik stor atau di dalam
almari bagi menjamin ketahanannya. Sesebuah kelas pasti akan membuat susun atur yang
berbeza bagi tahun-tahun yang berlainan dan bahan maujud yang dihasilkan akan diulang
ganti mengikut kesesuaian dan perkembangan murid. Justeru, bahan maujud yang disimpan
dengan baik mampu bertahan lama dan diulang pakai semula.

31
HDEF 4703

Rajah 9 : Bahan Maujud Tunjang Sains dan Teknologi


(Matematik Awal)

Rajah 10 : Alatan Genderang


Dan bahan yang terakhir sekali untuk dipamerkan adalah alatan genderang seperti di
dalam Rajah 10. Alat genderang atau alat perkusi adalah alatan yang mampu mengeluarkan
bunyi apabila diketuk, digesek, digoyang atau dipalu. Menurut Nur Farhani (2013), alat
perkusi ini membolehkan kanak-kanak memperoleh kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
dalam penggunaan alat perkusi. Ia juga mampu membina koodinasi Gerakan anggota badan
kanak-kanak. Dengan alat perkusi, daya konsentrasi dan ingatan kanak-kanak mampu
diperkuatkan. Selain itu, ia akan membina semangat Kerjasama, berdisiplin, bertolak-ansur
dan menepati masa. Kanak-kanak dapat bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. Alatan
genderang atau perkusi ini seharusnya dipamerkan di dalam rak yang bertutup sebagai satu
kaedah penyimpanan yang mampu memelihara ketahanan alatan. Selain itu, alatan ini boleh
juga disimpan di dalam peti khas yang memudahkan guru untuk mengambil dan
menggunakannya kelak.

32
HDEF 4703

MEMBUAT PERATURAN KELAS

Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh murid. Dalam hal ini, murid perlu sentiasa dikawal dalam memastikan
sahsiah diri mereka tetap terjaga apabila mereka meningkat dewasa kelak (Nasrul, 2017).
Peraturan kelas dibuat supaya semua kanak-kanak dapat bersama secara harmoni dan saling
menghormati rakan sebaya (Rajah 11). Kanak-kanak dapat belajar untuk bersosial dengan
kanak-kanak yang lain walaupun mereka adalah berbeza.

Rajah 11 : Peraturan Kelas

33
HDEF 4703
Dalam membuat peraturan kelas, penyertaan kanak-kanak bersama adalah amat
menyeronokkan. Ini kerana mereka akan lebih memahami peraturan yang dibuat dan
kebersamaan ini akan menjadikan kanak-kanak ini lebih berdisiplin. Pertama sekali kanak-
kanak harus tahu bahawa peraturan itu memberi manfaat kepada mereka. Dengan itu saya
akan membiarkan mereka untuk menyebut sendiri peraturan yang mereka mahukan. Sebagai
contoh ‘Jangan berlari di dalam kelas’. Justeru mereka akan sentiasa ingat peraturan bahawa
tidak boleh berlari di dalam kelas kerana mereka sendiri yang membuat peraturan tersebut.

Rajah 12 : Peraturan Kelas – Jangan Berlari


Cara yang kedua adalah dengan membuat kanak-kanak tahu bahawa peraturan yang
dibuat akan melindungi hak mereka dan juga hak kanak-kanak lain. Sebagai contoh kanak-
kanak harus tahu menghormati giliran untuk bercakap dan tidak menjerit ketika bercakap.
Dengan ini, kanak-kanak akan tahu untuk bersabar dan bersopan juga tertib ketika berbual
atau memberi respon kepada guru seperti di dalam Rajah 13.

Rajah 13 : Peraturan Kelas – Jangan Menjerit

34
HDEF 4703
Dan akhir sekali cara saya membuat peraturan kelas bersama kanak-kanak adalah
dengan mengajar kanak-kanak untuk menghormati dan menghargai guru seperti dalam Rajah
14. Dengan ini mereka akan menghormati orang lain supaya mereka juga akan dihormati
oleh rakan lain dan masyarakat keliling. Dengan adanya peraturan-peraturan yang dibuat
dengan penyertaan kanak-kanak, suasana kelas akan lebih harmoni dan tenang. Kanak-kanak
akan tahu tanggungjawab mereka di kelas dan akan sama-sama mengikut peraturan yang
telah dibuat.

Rajah 14 : Peraturan Kelas – Hormati Guru

PROSEDUR RUTIN
Rutin ialah prosedur atau Langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti
tertentu. Rutin ini bertujuan untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
rutin di tadika adalah semasa bermain, sarapan pagi, waktu menyambut dan waktu pulang
kanak-kanak-kanak. Saya akan mulakan dengan rutin sewaktu menyambut ketibaan murid di
tadika. Guru akan mengambil suhu kanak-kanak seperti dalam Rajah 15, mencatat kehadiran
dan seterusnya mengambil buku log murid bagi tujuan mencatat pesanan untuk ibu bapa dan
penjaga.

35
HDEF 4703

Rajah 15 : Rutin Sewaktu Menyambut Ketibaan Murid

Rutin kedua adalah sewaktu bermain seperti dalam Rajah 16. Murid perlu beratur
terlebih dahulu untuk guru menentukan sama ada permainan akan dilakukan di dalam kelas
atau di luar kelas. Murid perlu mendengar arahan guru dan mengikut arahan dengan tertib.
Murid tidak boleh berlari dan memotong barisan demi memastikan keselamatan murid dan
mengelakkan dari terjatuh atau tercedera. Aktiviti bermain boleh dilakukan secara individu
atau berkumpulan. Guru perlu mengelakkan aktiviti yang lebih dari 10 minit bagi
mengelakkan murid berasa bosan dan gelisah.

Rajah 16 : Rutin Semasa Bermain


Seterusnya adalah rutin sewaktu sarapan pagi. Pertama sekali murid harus beratur
untuk mencuci tangan seperti dalam Rajah 17. Kemudian murid akan mengambil makanan
dan duduk di tempat masing-masing untuk membaca doa. Sebaik siap makan, murid perlu
bawa pinggan ke sinki dan cuci tangan. Murid kemudiannya mengambil berus gigi untuk
aktiviti menggosok gigi selepas makan seperti di dalam Rajah 18.

Rajah 17 : Rutin Semasa Sarapan Pagi – Mencuci Tangan

36
HDEF 4703

Rajah 18 : Rutin Selepas Sarapan Pagi – Menggosok Gigi

Rajah 19 : Rutin Sewaktu Pulang


Dan akhir sekali adalah prosedur rutin sewaktu pulang. Sebelum pulang, murid perlu
memastikan meja mereka bersih dan sampah dikutip ke dalam tong sampah. Seterusnya
mengambil botol air, menaikkan kerusi ke atas meja dan beratur seperti di dalam Rajah 19.
Murid akan menyanyikan lagu sebelum pulang dan mengucapkan terima kasih kepada guru
sebelum bersalam dengan guru dan pulang. Setiap prosedur rutin yang dibentuk hendaklah
sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehinggan prosedur rutin ini menjadi satu budaya
dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi budaya di sekolah tersebut. Adalah penting
bagi guru untuk menerapkan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersama-
sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

(4,912 patah perkataan)

37
HDEF 4703

RUJUKAN

Habbib Emir A/L Hassan, (2010), Bahan Maujud, www.slideshare.net

Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua, (2016), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Malaysia

Lewis M Beaker, (2011), Democracy and Education, New York, Mac Millan

Nasrul Hisyam Nor Muhamad, (2017), Peraturan dan Undang-undang Kawalan Disiplin
Murid di Malaysia, Attarbawiy : Malaysian Online Journal of Education, Vol. 1, No.
1
(2017), 1 – 11

Noraini Bt Ismail, (2017), 10 Jenis Peneguhan Positif yang Murid Suka,


38
HDEF 4703
www.pendidik2u.my/artikel

Nur Farhani Bt Nazri, (2013), Penggunaan Alat Perkusi dalam PdP Prasekolah,
www.slideshare.net

Ragbir Kaur Joginder Singh, (2013), Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLL Pedagogi,
Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor

Siti Nurimah Yunus, (2013), Bahan Bantu Mengajar, IPG Kampus Perlis,
www.academia.edu

Umi Umairah Bt Rosnan, (2021), Kepentingan Merancang Pengajaran sebagai Penentu


Keberhasilan Guru dan Kemenjadian Murid, Penterjemahan dan Pentafsiran
Kurikulum Kebangsaan

Wong Kiet Wah, (2013), Siri Pendidikan Guru : Perkembangan Kanak-kanak, Oxford Fajar
Sdn Bhd

39

Anda mungkin juga menyukai