Anda di halaman 1dari 20

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN


TAHUN SATU
2010

DRAF

KANDUNGAN
Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Modul KAIMaL Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 1 1 2 2 3 3 5 6 6 7 7 8 9 15

iii

DRAF

iv

DRAF
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA `KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu,

proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya; mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; melibatkan diri dalam aktiviti riadah; menghargai keindahan alam dan warisan budaya; menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

DRAF
iii. iv. v. vi. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

DRAF
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti Penglihatan dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

DRAF
FOKUS MATA PELAJARAN

Modul teras asas Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL) ini adalah untuk melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

Kurikulum KAIMaL sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
i. ii. iii. iv. v. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan peralatan khas Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti. vi. Meningkatkan kemahiran sosialisasi.

DRAF
ORGANISASI KANDUNGAN

Modul Teras Asas: Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). Komposisi Modul Teras Asas KAIMaL terdiri daripada disiplin ilmu dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti, kemahiran Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. Di dalam modul ini, murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. KAIMaL dilaksanakan sebagai kurikulum modular yang terbahagi kepada 3 modul iaitu : i. Orientasi dan Mobiliti ii. Kemahiran kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. Asas TMK masalah penglihatan

Standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua murid Tahun 1 pendidikan khas masalah penglihatan.

PELAKSANAAN MODUL KAIMaL Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid.

DRAF
PENTAKSIRAN

Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif. Guru boleh menggunakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid dan pemerhatian untuk ditaksir. Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya bagi merancang dan menyediakan bahan P&P yang sesuai.

DRAF
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti. STANDARD KANDUNGAN 1.0 Anggota Badan dan Deria Saya Murid dapat : i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada. ii) Memaksimumkan penggunaan deriaderia lain iii) Memahami dan mempraktikkan penggunaan anggota badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian. 1.1 Mengenal pasti anggota badan. Contoh: kepala, tangan kiri, tangan kanan, badan, kaki kiri, kaki kanan. 1.2 Mengenal pasti organ deria. Contoh: telinga, mata, hidung, kulit, lidah. 1.2.1 Menyatakan fungsi deria. 1.2.2 Membezakan ransangan yang diterima oleh organ deria. 1.3 Menggunakan deria-deria dalam menentukan kedudukan dan arah. Contoh: bau masakan-kantin, dewan makan dll STANDARD PEMBELAJARAN

2.0 Saya dan Bilik Darjah Murid dapat : i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan selamat. 2.1 Bergerak di dalam bilik darjah dengan bantuan guru. 2.2 Bergerak di dalam bilik darjah tanpa bantuan guru. *(dengan langkah keselamatan) 2.3 Menyatakan petunjuk yang dilalui semasa bergerak di dalam bilik darjah. 2.4 Menceritakan perasaan selepas melakukan pergerakan di dalam bilik darjah.

DRAF
STANDARD KANDUNGAN 3.0 Pengurusan Diri Saya 3.1 Menjaga kebersihan diri dan anggota badan. Murid dapat : 3.2 Menggunakan tandas dan bilik air dengan cara yang betul. i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik. 3.3 Menyatakan waktu aktiviti harian Contoh: waktu tidur, waktu bangun tidur, waktu sarapan, waktu ke sekolah, waktu riadah dsb. STANDARD PEMBELAJARAN

4.0 Pratongkat. Murid dapat :

4.1

Bergerak dengan pemandu celik. 4.1.1 Bergerak dengan teknik pemanduan celik. Contoh: sentuh, pegang, bergerak.

i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan selesa 4.2 Bergerak menggunakan teknik pengadang atas (upper hand) dan dan selamat. pengadang bawah (lower hand) jika perlu. 4.3 Bergerak menggunakan teknik menyusur (trailling).

5.0 Saya danTongkat Putih 5.1 Menyatakan bahagian tongkat. Murid dapat : 5.2 Menggunakan teknik asas tongkat putih dengan cara yang betul. i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat. 5.2.1 Memegang tongkat putih dengan cara yang betul. 5.2.2 Mengayun tongkat putih dengan cara yang betul.

10

DRAF
STANDARD KANDUNGAN 6.0 Persekitaran Sekolah Saya Murid dapat : 6.1 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam persekitaran sekolah dengan bantuan pemandu celik. STANDARD PEMBELAJARAN

i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat. 6.2 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah tanpa bantuan pemandu celik. *(dengan langkah keselamatan) 6.3 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah dengan menggunakan tongkat putih.

11

DRAF

12

DRAF
Bidang 2 : Kemahiran Kod Braille dan Peralatan Khas STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN 1.0 Saya dan Titik-titik Braille Murid dapat : i) Mengenal dan mengetahui kedudukan titik Braille. 1.1 Mengenal titik-titik Braille. 1.2 Mengenal pasti enam kedudukan titik-titik Braille dengan betul.

2.0 Saya dan Peralatan Khas 2.1 Mengenal slate and stylus. Murid dapat : 2.2 Menyatakan kegunaan slate and stylus. i) Mengenal dan menggunakan slate and stylus serta mesin Braille dengan betul. 2.3 Menggunakan slate and stylus dengan betul. 2.4 Mengenal bahagian mesin Braille. 2.5 Menggunakan mesin Braille dengan betul.

13

DRAF

14

DRAF
Bidang 3: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) Masalah Penglihatan Kandungan Standard 1.0 Saya dan Komputer Murid dapat : i) Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika Standard Pelajaran Tahun 1 1.1 Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, mesin pencetak dan unit pemprosesan pusat ) 1.2 Menghidup dan mematikan (menutup) komputer dengan kaedah yang betul 1.3 Menggunakan peralatan komputer secara berhemah

2.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin Murid dapat : i) Menggunakan Perisian Pembaca Skrin.

2.1 Membina kemahiran mengecam bunyi dan kedudukan kekunci 2.1.1 Mengenal bunyi setiap kekunci. 2.1.2 Mendengar dan mengenal pasti setiap kekunci (huruf dan nombor) dengan menggunakan perisian pembaca skrin

3.0 Ceria bersama-sama papan kekunci i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari.

3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci. 3.1.1 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk huruf dan nombor 3.1.2 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk Tab, Enter, Spacebar (Bar Ruang ), Backspace, Delete dan kekunci Arrow.

15

Anda mungkin juga menyukai