Anda di halaman 1dari 38

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENGLIHATAN)

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN


TAHUN TIGA
2012

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PENGLIHATAN

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN


TAHUN TIGA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

DRAF
KANDUNGAN
Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kata Pengantar Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Mata Pelajaran Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran v vi vii 1 2 2 3 4 5 5 6 6 6 6 9

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini, sesuai bagi tujuan ini, selaras dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran.

Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi penghargaan dan ucapan terima kasih.

merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang negara. kepada keharmonian serta kesejahteraan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang

vii

PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pendidikan pendekatan Penglihatan) dibina selaras dengan Falsafah KSSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Kebangsaan bersepadu,

berlandaskan perkembangan

prinsip-prinsip individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) digubal dengan matlamat untuk

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) bertujuan membimbing murid agar berupaya; i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan seharian viii. ix. x. melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan nilai-nilai murni dalam kehidupan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian Kandungan. yang boleh diukur bagi setiap Standard

FOKUS MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

Modul

Teras

Asas

Kemahiran terdiri

Asas

Individu disiplin

Masalah ilmu dan

Kurikulum KAIMaL sekolah rendah bertujuan membolehkan murid dapat: i. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti ii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. iv. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. v. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti. vi. Meningkatkan kemahiran sosialisasi.

Penglihatan

(KAIMaL)

daripada

kemahiran yang meliputi bidang Orientasi dan Mobiliti, Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. Murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi melahirkan dan membentuk jati diri murid dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ORGANISASI MATA PELAJARAN

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAIMaL terdiri daripada tiga (3) pecahan bidang utama iaitu: Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti Bidang 2 : Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas Bidang 3 : Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Masalah Penglihatan PELAKSANAAN MODUL KAIMaL

Bagi mencapai kehendak standard pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Inkuiri Konstruktivisme Pembelajaran kontekstual Pembelajaran interaktif Pembelajaran koperatif Perbincangan Simulasi Projek Kajian lapangan Pembelajaran Masteri Kecerdasan pelbagai.

Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid.

viii. ix. x. xi.

PENTAKSIRAN Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran di bilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah vi. v. iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid

secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.

pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuk: i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan. iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.

BIDANG 1: ORIENTASI DAN MOBILITI

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ( TAHUN 3) Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Saya dan Bilik Darjah Murid dapat :

1.1 Menyusun dan menyimpan hasil kerja ke dalam fail dengan betul. 1.1.1 Menebuk kertas menggunakan penebuk (puncher) 1.1.2 Menyimpan hasil kerja ke dalam fail mata pelajaran mengikut

i) Mengetahui dan mempraktikkan pengurusan bahan pembelajaran.

tarikh.

1.2 Menyimpan buku teks dengan susunan yang betul.

2.0 Pengurusan Diri Saya Murid dapat :

2.1

Menyangkut pakaian dengan cara yang betul. 2.1.1 Penyangkut pakaian (hanger)

i) Mengetahui dan mempraktikkan cara pengurusan pakaian.

2.2

Melipat pakaian dengan betul dan kemas. 2.2.1 baju 2.2.2 seluar 2.2.3 kain 2.2.4 stoking

2.3

Mengenal dan menyusun pakaian dengan betul mengikut jenis, warna dan penanda (tagging). 9

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.0 Pratongkat Murid dapat :

3.1 Melakukan teknik pembiasaan bilik/ruang 3.1.1 kaedah perimeter 3.1.2 kaedah berpenjuru

i) Mengetahui dan mempraktikkan teknik pembiasaan bilik/ruang 3.2 Melakukan teknik duduk di kerusi dengan betul. 3.2.1 kerusi ada pemegang ii) Mengetahui dan mempraktikkan teknik duduk di kerusi dengan selamat dan selesa. 3.3 Melakukan teknik tukar sisi dengan cara yang betul. iii) Mengetahui dan mempraktikkan teknik tukar sisi. 3.4 Melakukan teknik berpatah balik/pusing ke belakang dengan cara yang betul. iv) Mengetahui dan mempraktikkan teknik berpatah balik/pusing ke belakang. 3.2.2 kerusi tanpa pemegang.

10

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.0 Saya dan Tongkat Putih Murid dapat :

4.1 Bergerak menggunakan teknik sentuh tiga tempat (three point touch). Contoh : tiga permukaan yang berbeza

4.2 Bergerak menggunakan teknik sentuh dan gelongsor (touch and slide) i) Mengetahui dan mempraktikkan teknik sentuh tiga tempat (three point touch) 4.3 Mengesan halangan/objek menggunakan tongkat ii) Mengetahui dan mempraktikkan teknik sentuh dan gelongsor (touch and slide) Contoh : Dinding, pili bomba, meja dll. Contoh : persekitaran permukaan yang rata dan licin

iii) Mengetahui dan mempraktikkan teknik mengesan halangan atau objek

11

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

5.0 Persekitaran Saya Murid dapat :

5.1 Mengenal kemudahan awam. Contoh: laluan pejalan kaki, lif, tangga bergerak, lampu isyarat, telefon awam, jejantas dll.

i) Mengenal dan mengetahui penggunaan kemudahan awam 5.2 Menyatakan cara menggunakan kemudahan awam. Contoh : tangga bergerak, telefon awam, lif dll.

12

BIDANG 2: KOD BRAILLE DAN PERALATAN KHAS

Bidang 2 : Kod Braille dan Peralatan Khas

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Saya Dan Kod Braille Murid dapat :

1.1 Mengenal dan menulis Kod Braille singkatan Bahasa Melayu 1.1.1 Akhiran (AN, KAN) 1.1.2 Partikal (LAH dan KAH)

i)

Mengetahui dan menguasai Kod Braille singkatan Bahasa Melayu.

1.1.3 Suku kata yang terdiri daripada urutan vokal konsonan tertentu (AH, AM, EN, IN ) 1.1.4 Tanda kata singkat (DAN, ADA, APA, KITA, AHLI, AM,

ii)

Mengetahui dan menguasai Kod Braille singkatan Bahasa Inggeris.

ANDA, DI, KE , BEBERAPA, PULA) 1.1.5 Pemendekan perkataan (KVKV, KVKVKV, KVKVKVKV) 1.1.6 Tanda Khas (tanda penjelasan dan tanda ulangan)

iii) Mengetahui dan menguasai Kod Braille Matematik.

1.1.7 Tanda Karangan (tanda huruf, tanda Italik)

iv) Mengetahui dan menguasai asas Kod Braille Jawi. * Kod Braille Bahasa Melayu (Edisi Pindaan)

15

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Mengenal dan menulis Kod Braille singkatan Bahasa Inggeris 1.2.1 Simple Upper Group Signs 1.2.1.1 Five Upper Group signs (with H) - CH, GH, SH, TH, WH 1.2.1.2 Four Upper Group signs - ED, ER, OU, OW 1.2.1.3 The Last Four Upper Group signs - ST, AR, ING, BLE 1.2.2 Upper Word sign 1.2.2.1 CH, SH, TH, WH, OU, ST

1.3 Mengenal dan menulis Kod Braille singkatan Matematik 1.3.1 Koma dalam angka 1.3.2 Pecahan 1.3.3 Tanda pemisah Matematik 1.3.4 Nombor Bercampur 1.3.5 Tanda titik Perpuluhan 1.3.6 Kuantiti 1.3.6.1 Wang 1.3.6.2 Jarak atau panjang 1.3.6.3 Berat 16

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.6.4 Laju 1.3.6.5 Luas kawasan 1.3.6.6 Isipadu Cecair 1.3.6.7 Isipadu- ukuran padu 1.3.6.8 Ukuran darjah 1.3.7 Tarikh 1.3.8 Waktu dalam sehari 1.3.9 Peratus

* Kod Braille Bahasa Melayu (Edisi Pindaan)

1.4 Mengenal dan menulis Kod Braille Jawi 1.4.1 Huruf alif hingga ya 1.4.2 Huruf tambahan dalam jawi (alif mathurah, nya, pa, nga, ga, cha, va, hamzah di atas/bawah, hamzah atas wau, hamzah nabrah)

17

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.0

Saya dan Peralatan Khas

2.1 Menulis menggunakan slate dan stylus dengan betul. 2.1.1 Menulis perkataan 2.1.2 Menulis ayat pendek 2.1.3 Mengalihkan kedudukan kertas pada slate

Murid dapat : i) Menggunakan slate dan stylus

ii) Mengetahui penggunaan magnifier

2.1.4 Memadam dan membuat pembetulan

iii) Menggunakan magnifier yang bersesuaian dengan murid.

2.2 Mengenal pelbagai jenis magnifier dan fungsinya.

2.3 Mengenal bahagian bahagian CCTV (Closed Circuit Television).

2.4 Menggunakan CCTV dengan cara betul. 2.4.1 Membuka dan menutup CCTV 2.4.2 Mengubah saiz tulisan, petikan dan gambar 2.4.3 Memilih warna yang bersesuaian pada latar belakang skrin dan tulisan. 2.4.4 Menggerakkan tapak boleh laras mengikut kesesuaian.

18

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.0 Saya dan Rajah Timbul Murid dapat : i) Memahami pelbagai jenis rajah timbul

3.1 Mengenal rajah timbul berdasarkan label.

3.2 Mengenal rajah timbul yang menggunakan titik titik Braille Contoh : garis nombor, jadual, bentuk asas.

3.3 Mengenal pasti perbezaan tekstur mengikut petunjuk ..

3.4 Mengenal pelbagai bentuk rajah carta aliran dan peta minda.

3.5 Mengenal pasti rajah timbul yang dihasilka n oleh perisian.

19

BIDANG 3: ASAS TMK MASALAH PENGLIHATAN

Bidang 3: Asas TMK Masalah Penglihatan

Kandungan Standard

Standard Pembelajaran

1.0 Ceria bersama-sama papan kekunci Murid dapat : i) Mengenal kedudukan papan kekunci numerik dan fungsian

1.1 Mengenal kedudukan kekunci numerik.

1.2 Mengenal kedudukan kekunci fungsian.

2.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin Murid dapat : i) Menggunakan Perisian Pembaca Skrin dalam penggunaan komputer.

2.1 Memapar tetingkap perisian pembaca skrin.

2.2 Memperoleh maklumat tajuk tetingkap.

2.3 Meminimumkan semua tetingkap.

2.4 Memilih tetingkap.

2.5 Menutup tetingkap. 23

Kandungan Standard

Standard Pembelajaran 2.6 Memperoleh maklumat daripada bacaan skrin

2.7 Menghentikan bacaan paparan skrin.

2.8 Menetap kadar kelajuan pembaca skrin. 2.8.1 Mengurang kadar kelajuan pembaca skrin. 2.8.2 Menambah kadar kelajuan pembaca skrin.

3.0 Saya dan Perisian Pemprosesan Perkataan Murid dapat : i) Menggunakan Perisian Pemprosesan perkataan dengan betul.

3.1 Membuka fail baru.

3.2 Menulis ayat pendek.

3.3 Membaca huruf demi huruf bagi perkataan yang telah ditulis. 3.3.1 Membaca ke hadapan huruf demi huruf sesuatu perkataan. 3.3.2 Membaca ke belakang huruf demi huruf sesuatu perkataan.

3.4 Membaca perkataan demi perkataan bagi ayat yang telah ditulis. 3.4.1 Membaca perkataan semasa. 3.4.2 Membaca perkataan berikutnya. 3.4.3 Membaca perkataan sebelumnya.

24

Kandungan Standard

Standard Pembelajaran 3.5 Menulis cerita pendek.

3.6 Membaca baris demi baris bagi cerita pendek yang telah ditulis. 3.6.1 Membaca baris semasa. 3.6.2 Membaca baris berikutnya. 3.6.3 Membaca baris sebelumnya.

3.7 Membaca perenggan cerita pendek yang telah ditulis. 3.7.1 Membaca perenggan semasa. 3.7.2 Membaca perenggan berikutnya. 3.7.3 Membaca perenggan sebelumnya. 3.7.4 Membaca keseluruhan cerita.

3.8 Mencetak fail

25

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai