Anda di halaman 1dari 30

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

DUNIA SENI VISUAL (SUAIAN)


(MASALAH PENGLIHATAN)

TAHUN DUA
2011

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PENGLIHATAN

DUNIA SENI VISUAL (SUAIAN)


TAHUN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Pentaksiran Standard Kandungan

Muka Surat v vi 1 1 2 2 4 5 7 8 10 10 13

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu,

proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya; mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; melibatkan diri dalam aktiviti riadah; menghargai keindahan alam dan warisan budaya; menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. iv. v. vi.

Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti Penglihatan dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata pelajaran Seni Visual Suaian sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni, dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tumpuan utama Seni Visual Suaian merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu;

a. penumpuan secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a.

Penumpuan secara aktif

Penumpuan secara aktif yang merangkumi kesedaran penumpuan keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria-deria yang masih ada penumpuan ini juga melibatkan gabungan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan penumpuan ini.

Murid akan dilatih memberi penumpuan terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

c.

Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat daripada aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan sebenar.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

Kurikulum Seni Visual Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan; melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan; menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera; mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya; mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual; membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat; memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, dispilin diri, dan bertanggungjawab; mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air; menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual; melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Transformasi Dunia Seni untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, kraftangan dan menggambar (bermula tahap II). Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan seni dalam kehidupan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman,dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni. STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

CADANGAN BIDANG KEGIATAN

Aktiviti di Tahun 1 bagi Kurikulum Dunia Seni : Seni Visual Suaian meliputi;

BIDANG KEGIATAN

AKTIVITI Terancang

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Capan

1. Model
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

2. Origami
KRAFTANGAN MENGGAMBAR Anyaman Bermula pada Tahap II

PELAKSANAAN MODUL

Kurikulum ini diajar 30 Minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah) dan digabungkan dengan modul Pendidikan Muzik. Pengajaran dan Pembelajaran di tentukan melalui kebijaksanaan guru-guru dalam melaksanakan kedua-dua modul kurikulum. Guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid.

PENTAKSIRAN

Penilaian dalam Seni Visual Suaian bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.

Penilaian Berasaskan Sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual Suaian secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan

10

dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja murid. Proses ini berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian.

Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kekemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.

Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

11

STANDARD KANDUNGAN BIDANG 1 BIDANG 2 : TIADA MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (Tiupan - Tema: Alam Benda) Menghasilkan corak dan rekaan (abstrak) dengan teknik tiupan. Murid boleh menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan corak abstrak dengan teknik tiupan. 2.1.1 Unsur seni: 2.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis. (murid rabun sahaja) 2.1.1.2 Warna - 3 warna sekunder. (buta: sekadar tahu) 2.1.1.3 Jalinan - tampak (buta: sekadar tahu) 2.1.2 Prinsip rekaan: 2.1.2.1 Irama dan pergerakan - rawak 2.1.2.2 Kepelbagaian - warna (buta: sekadar tahu) Murid boleh menyatakan jenis-jenis media dan teknik penggunaan media dalam membuat corak abstrak dengan teknik tiupan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Media - warna poster dan tempera. (buta: sekadar tahu) 2.2.1.2 Alatan - cat minyak dan straw. (besar dan kecil) 2.2.1.3 Bahan - kertas lukisan 2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik - tiupan

2.1

Persepsi Estetik

2.2

Aplikasi Seni

13

2.3

Ekspresi Kreatif

Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 2.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan dan bentuk) dalam penghasilan karya. 2.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahan seni visual. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

2.4

Apresiasi Seni

14

BIDANG 2

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (Lipatan dan guntingan - Tema: Alam Benda) Menghasilkan corak dan rekaan dengan teknik lipatan dan guntingan. Murid boleh menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan rekaan. 2.1.1 Unsur seni: 2.1.1.1 Garisan - lipatan kreatif 2.1.1.2 Warna - 3 warna yang sesuai. (buta: sekadar tahu) 2.1.1.3 Jalinan - tampak (buta: sekadar tahu) 2.1.2 Prinsip rekaan: 2.1.2.1 Irama dan pergerakan - rawak 2.1.2.2 Kepelbagaian - warna (buta: sekadar tahu) Murid boleh menyatakan jenis-jenis media dan teknik penggunaan media dalam membuat rekaan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Media - 2 atau lebih warna. (buta: sekadar tahu) 2.2.1.2 Alatan - gunting 2.2.1.3 Bahan - kad manila, kertas warna, dan gam. 2.2.2 Mengaplikasikan penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan.

2.1

Persepsi Estetik

2.2

Aplikasi Seni

15

2.3

Ekspresi Kreatif

Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 2.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan dan bentuk) dalam penghasilan karya. 2.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahan seni visual. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

2.4

Apresiasi Seni

16

BIDANG 3

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN (Topeng - Tema: Alam Hidupan) Menghasilkan topeng muka dengan menggunakan teknik lukisan, lipatan, dan guntingan. Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi rupa, bentuk, dan warna. 3.1.1 Unsur seni: 3.1.1.1 Rupa - geometri 3.1.1.2 Bentuk - konkrit 3.1.1.3 Warna - primer dan sekunder. 3.1.1.4 Garisan - garisan melengkung 3.1.2 Prinsip rekaan: 3.1.2.1 Imbangan - simetri 3.1.2.2 Kesatuan Murid berkebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya. 3.2.1.1 Bahan - kad manila, gam, dan gelang getah atau tali. 3.2.1.2 Alatan - pensil warna dan gunting. Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 3.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan dan bentuk) dalam penghasilan karya. 3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahan seni visual. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan. 17

3.1

Persepsi Estetik

3.2

Aplikasi Seni

3.3

Ekspresi Kreatif

3.4

Apresiasi Seni

BIDANG 4

KRAFTANGAN (Tembikar - Tema: Alam Benda) Menghasilkan model tembikar menggunakan teknik lingkaran. Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi rupa, bentuk, dan warna. 4.1.1 Unsur seni: 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Rupa - organik dan geometri. 4.1.1.3 Jalinan- tampak dan sentuh. 4.1.2 Prinsip rekaan: 4.1.2.1 Imbangan - simetri Murid berkebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya seni. 4.2.1.1 Alatan - stylus 4.2.1.2 Bahan - tanah liat, doh, atau plastesin. 4.2.2 Mengaplikasikan penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya. 4.2.2.1 Teknik - lingkaran Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 3D. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya. 4.3.3 Mengaplikasi teknik lingkaran dalam penghasilan kraf. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan. 18

4.1

Persepsi Estetik

4.2

Aplikasi Seni

4.3

Ekspresi Kreatif

4.4

Apresiasi Seni

BIDANG 4

KRAFTANGAN (Anyaman - Tema: Topi) Menghasilkan anyaman topi menggunakan bahan ganti. (daun kelapa) Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi rupa, bentuk, dan warna. 4.1.1 Unsur seni: 4.1.1.1 Rupa - jalinan 4.1.2 Prinsip rekaan: 4.1.2.1 Imbangan - simetri Murid berkebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya seni. 4.2.1.1 Media - bahan ganti 4.2.1.1 Alatan - gunting dan stapler. 4.2.1.3 Bahan - daun kelapa dan kad manila. 4.2.2 Mengaplikasi penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan corak anyaman. Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 3D. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya. 4.3.3 Mengaplikasi pelbagai teknik anyaman dalam penghasilan kraf. Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

4.1

Persepsi Estetik

4.2

Aplikasi Seni

4.3

Ekspresi Kreatif

4.4

Apresiasi Seni

19

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai