Anda di halaman 1dari 24

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK
TAHUN PENGUKUHAN
DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS

MASALAH PENDENGARAN

MATEMATIK
TAHUN PENGUKUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kata Pengantar vii
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 1
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang 2
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3
Fokus Mata Pelajaran 3

Objektif Mata Pelajaran 4


Organisasi Kandungan 4

Penilaian 6

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran


Nombor dan Operasi 8
Sukatan 11
Bentuk dan Dimensi 12

iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara
satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat
yang adil bagi kemakmuran negara yang akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

vi

vi
KATA PENGANTAR ini, selaras dengan tahap kebolehan murid dan keadaan
persekitaran.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan matlamat Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus mata pelajaran Pendidikan Khas ini.
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-
Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
21.
penghargaan dan ucapan terima kasih.

Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan


tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan
pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan
semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam
dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat
menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan
yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta
kesejahteraan negara.

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima Pengarah

yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru Bahagian Pembangunan Kurikulum

haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia

vii
PENDAHULUAN menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, MATLAMAT
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Masalah Pendengaran digubal dengan matlamat untuk
Pendengaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang
tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Induk Pembangunan Pendidikan. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
Bagi memenuhi keperluan individu, (KSSR) Pendidikan Khas berakhlak mulia.
Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan
dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, OBJEKTIF
yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran membolehkan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi murid:
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dibina supaya serta menjadi warganegara yang berguna;

pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga berdikari dalam kehidupan seharian;

1
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah i. Komunikasi
kehidupan bekerjaya; ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri iii. Kemanusiaan
dengan sempurna; iv. Sains dan Teknologi
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila vi. Keterampilan Diri
masyarakat majmuk;
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam;
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah;
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi


membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Domain bagi setiap tunjang adalah:

2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD pendengaran. Elemen ini akan menyediakan asas matematik yang
kukuh dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Kandungan matematik dibahagikan kepada empat bidang yang
Masalah Pendengaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard
saling berkaitan yang melibatkan nombor dan operasi.
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Pembelajaran matematik tidak hanya melibatkan penguasaan
diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen konsep asas dan kemahiran dalam matematik. Ia melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. pemahaman terhadap pemikiran matematik dan strategi umum
dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan sikap
5.1 Standard Kandungan
positif terhadap matematik sebagai suatu yang penting dalam
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut kehidupan seharian. Adalah diharap dengan adanya pengetahuan
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh dan kemahiran yang diperolehi dalam matematik, murid masalah
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran pendengaran boleh meneroka, mengadaptasi dan memodifikasi
dan nilai. serta membuat inovasi dalam menghadapi pelbagai cabaran pada
masa hadapan.
5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran MATLAMAT


dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kurikulum matematik sekolah rendah bermatlamat untuk
Kandungan.
menyediakan murid masalah pendengaran memahami konsep

FOKUS MATA PELAJARAN nombor dan asas kemahiran dalam matematik yang boleh mereka
gunakan dalam pelbagai konteks, dan membina pemikiran
Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun
matematik, strategi dalam penyelesaian masalah, sikap yang positif
Pengukuhan telah digubal bagi menyediakan asas pengetahuan
serta menghargai peranan matematik dalam kehidupan seharian.
dan kemahiran matematik kepada murid-murid masalah

3
OBJEKTIF masalah pendengaran dapat menggunakan pengetahuan
matematik yang dipelajari secara fleksibel, boleh
1. Memahami dan menggunakan konsep serta kemahiran
mengaplikasikan dalam situasi yang lain.
matematik dalam pelbagai konteks
2. Mengenalpasti dan dapat menghubungkait idea-idea
1. Komunikasi
matematik dengan bidang lain dalam kehidupan
sebenar. Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan
3. Menyatakan idea-idea matematik secara jelas dengan penjelasan pemahaman matematik. Komunikasi adalah satu
mengunakan bahasa dan sistem simbol. proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti berisyarat,
4. Menggunakan kemahiran-kemahiran serta mendengar/melihat isyarat, membaca dan memerhati. Apabila
pengetahuan matematik untuk digunakan dan murid-murid menaakul tentang matematik bagi menjelaskan
diadaptasi dengan pelbagai strategi untuk apa yang mereka fikir, mereka sebenarnya lebih jelas dan
penyelesaian masalah. meyakinkan orang lain.
5. Berfikir, mengkaji dan menaakul secara matematik
dalam kehidupan seharian. Menerima penjelasan orang lain, memberi peluang
6. Menggunakan sesuatu untuk melahirkan idea-idea kepada murid-murid untuk mempertingkatkan pemahaman
matematik serta kaitannya. mereka. Komunikasi di mana idea-idea matematik diterokai
7. Menghargai kepentingan serta keindahan matematik . dari pelbagai perspektif dapat membantu menajamkan
pemikiran murid serta dapat menghubungkaitkan idea-idea
PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN mereka. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid masalah
PEMBELAJARAN
pendengaran meningkatkan penguasaan bahasa untuk
menjelaskan idea matematik serta menghargai keperluan
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan
penggunaan bahasa yang betul.
pemahaman. Murid masalah pendengaran diharapkan dapat
menggunakan peraturan, konsep dan proses matematik. Beberapa teknik komunikasi secara lisan/berisyarat yang
Penguasaan dalam matematik akan bercambah apabila murid berkesan dalam matematik :
4
i. Bercerita, bersoal jawab yang menggunakan perkataan / 2. Membuat Perhubungan
isyarat sendiri.
ii. Bertanya ( lisan/ isyarat ) dan menjawab soalan secara Dalam matematik setiap idea tidak berdiri dengan
lisan/ isyarat. sendirinya, tetapi saling berkaitan. Murid masalah
iii. Temubual (isyarat) secara berstruktur atau tidak. pendengaran sepatutnya digalakkan membuat kaitan di antara
iv. Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan idea baru dengan idea yang telah dipelajari. Peluang
sesi percambahan minda secara lisan ( isyarat ). seharusnya diberi kepada murid masalah pendengaran untuk t
v. Pembentangan dapatan tugasan. mengkaitkan matematik dengan bidang yang lain. Dengan
membuat kaitan murid masalah pendengaran boleh menerima
Penulisan adalah satu proses berkomunikasi di mana matematik secara holistik dan bukan sesuatu yang terpisah.
idea-idea matematik dan maklumat dikongsi bersama orang Oleh itu mereka akan membina kefahaman yang lebih
lain dalam bentuk tulisan. Penulisan biasanya adalah hasil mendalam.
perbincangan, sumbang saran dan percambahan minda
segala dapatan dan pemerhatian serta hubungannya di antara Guru boleh membantu membuat perhubungan dengan
konsep-konsep yang terlibat semasa proses menyiapkan permasalahan berkaitan matematik dalam bilik darjah dengan
tugasan. memberi galakan murid masalah pendengaran berkomunikasi,
menghuraikan dan mempersembahkan idea mereka. Apabila
Contoh aktiviti penulisan adalah : kesemua idea–idea matematik ada kaitan dengan kehidupan
i. Melakukan latihan. seharian mereka, murid akan bertambah peka dan sedar
ii. Penyediaan buku skrap. untuk mengaplikasikannya dalam matematik. Mereka juga
iii. Penyediaan folio. boleh menggunakkan konteks matematik yang berbeza dalam
iv. Melaksana projek-projek. kehidupan seharian mereka.

5
1. Pewakilan sistemnya serta nilai tempat. Walau bagaimanapun pada
tahap ini pelajar tidak digalakkan menggunakan kalkulator
“Pewakilan” adalah satu proses penguasaan konsep sebagai alat mengira.
matematik atau menghubungkannya dengan elemen yang
lain(proses) dan elemen itu sendiri(produk). Berkemahiran
dalam matematik membolehkan murid untuk mencari PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
hubungan antara idea-idea matematik yang tidak formal,
intiusi dan abstrak dengan menggunakkan bahasa harian Proses pengajaran perlu mengambil kira pengalaman
mereka (isyarat). Murid akan menyedari bahawa sesetengah murid yang hendak dibangunkan dan memahami konsep
kemahiran lebih berkesan sekiranya mereka tahu matematik, kemahiran dan peraturan matematik itu sendiri.
menggunakan elemen “pewakilan” matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu jelas untuk
membentuk konsep pemahaman dalam matematik. Guru
2. Menggunakan Teknologi. boleh menggunakan bahan maujud untuk membantu murid
menggarap pengalaman, idea-idea abstrak, membina
Penggunaan teknologi membantu murid memahami intevensi-intevensi, keyakinan diri, menggalakan keupayaan
konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat kendiri dan menyemai semangat kerjasama.
serta membolehkan mereka meneroka konsep-konsep lain
dalam matematik. Penggunaan kalkulator, komputer dan Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
perisian pembelajaran, laman web dan internet dapat perlu mengandungi elemen dinostik supaya murid dapat
membantu meningkatkan kemahiran pedagogi guru dalam mengetahui sejauh mana kefahaman kemahiran, dan konsep
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi murid yang mereka kuasai. Bagi membantu murid mempunyai sifat-
tahun peralihan, penggunaan kalkulator dan peralatan ICT sifat positif dan dasar nilai matematik, keyakinan dan berfikir
yang lain boleh digunakan sebagai alat bantu pelajaran. secara sistematik, elemen ini perlu diserapkan dalam proses
Kaedah ini memberi jalan untuk belajar tentang nombor dan pembelajaran.

6
Nilai-nilai murni boleh disemai melalui konteks. pembelajaran (sumatif), tetapi juga perlu dilihat secara
Sebagai contoh proses pembelajaran secara berkumpulan kesinambungan (formatif) yang mana, guru menyediakan
boleh membina kemahiran bersosial dan menggalakkan data-data kebolehan murid secara standard. Berpandukan
kerjasama serta keyakinan diri. Elemen patriotik boleh juga kaedah penetapan kemahiran yang perlu dikuasai, kekuatan
ditanam melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dan kelemahan murid dapat dinilai. Perbezaan cara penilaian
menggunakan topik-topik terancang. Kesemua nilai murni ini boleh dijalankan menggunakan beberapa teknik penilaian.
perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini boleh juga secara temuramah, pertanyaan secara
terbuka dan tertutup, pemerhatian dan pemberian tugasan.
Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah:
i. Proses pengajaran menarik yang berpusatkan kepada Proses penilaian kurikulum standard termasuk :
murid.
ii. Kebolehan belajar dan gaya belajar. i. Penilaian secara formatif dan sumatif.
iii. Penggunaan material yang releven sesuai serta efektif. ii. Pelbagai kaedah penilaian termasuk penulisan dan lisan.
iv. Pembentukan penilaian untuk mengenalpasti iii. Penilaian tugasan yang membenarkan murid untuk
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. mempamerkan pengetahuan termasuk kriteria dalam
v. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan melonjakkkan penilaian.
persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran iv. Perkembangan penilaian menunjukkan peningkatan
di dalam kelas mahupun di luar. terhadap pencapaian standard.
v. Penilain tugasan secara integrasi dan tidak hanya
mengandungi keputusan akhir.
PENILAIAN

Penilaian adalah penting di dalam proses pengajaran


dan pembelajaran. Penilaian tidak boleh dilihat hanya hasil

7
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN

NOMBOR DAN OPERASI


Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Membandingkan dua kumpulan objek. 1.1 Membanding dua kumpulan objek dan tanpa mengira, nyatakan
kumpulan yang
i) banyak atau sedikit
ii) lebih, kurang, atau sama banyak

2.0 Mengira objek dalam set diberi dan 2.1 Mengira sehingga 50, menggunakan turutan pengiraan yang betul.
menulis nombor yang berkaitan.
2.2 Membaca(berisyarat) dan menulis nombor sehingga 50 dalam bentuk nombor
dan perkataan.

3.0 Memahami dan menggunakan 3.1 Menyebut (isyarat) nombor bulat mengikut turutan menaik dari
perkataan membandingkan dan 0 sehingga 50, turutan menurun dari 50 ke 0.
menyusun nombor atau bilangan.
3.2 Menyebut (isyarat) nombor lebih daripada 1 atau kurang, mana – mana
nombor yang diberi.

3.3 Menyusun nombor-nombor yang diberi dalam lingkungan 20 mengikut turutan.

3.4 Membandingkan dua nombor yang diberi sehingga 20 dan sebut (isyarat)
mana yang lebih.

8
NOMBOR DAN OPERASI
Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.0 Memahami notasi nombor dan 4.1 Membilang mengikut nilai tempat secara puluh dan sa sehingga 50, dan
nilai tempat. menulis mengikut nilai tempat.

5.0 Memahami turutan nombor. 5.1 Membilang mengikut langkau 1,2, 5 dan 10 dari mana-mana nombor
hingga 50.

5.2 Membilang secara turutan menurun satu demi satu hingga 20.

6.0 Memahami anggaran. 6.1 Memberi satu nombor anggaran yang boleh dikenalpasti dengan
membilang bilangan objek.

9
NOMBOR DAN OPERASI
Operasi Tambah dan Operasi Tolak

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

7.0 Memahami kosa kata yang berkaitan 7.1 Mengenalpasti penambahan adalah gabungan dua atau lebih kumpulan untuk
dengan operasi tambah dan operasi mendapatkan satu jumlah atau sebagai langkah-langkah sepanjang rangkaian
tolak. nombor.

7.2 Menyatakan pasangan nombor yang berkemungkinan memberi jumlah nombor


kurang daripada 10 yang diberi.

7.3 Menulis ayat Matematik bagi operasi menambah dengan menggunakan simbol
+ dan =

7.4 Mengenalpasti bahawa dengan menambah 0 kepada sebarang nombor nilai


asalnya tidak akan berubah.

7.5 Mengenalpasti bahawa operasi tolak adalah mengeluarkan atau mengasingkan


nilai asalnya.

7.6 Mengenalpasti bahawa dengan menolak 0 daripada sebarang nombor nilai


asalnya tidak akan berubah.

7.7 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

8.0 Memahami dan menggunakan kosa kata 8.1 Mengenalpasti nilai muka bagi duit syiling dan wang kertas yang berbeza.
yang berkaitan dengan wang.
8.2 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk sen sehingga RM 1

8.3 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk ringgit sehingga RM 50.

10
SUKATAN
Masa, Panjang, Berat dan Isipadu

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

9.0 Memahami dan menggunakan kosa kata 9.1 Namakan (Isyarat ) hari dalam seminggu mengikut turutan.
yang berkaitan dengan masa.
9.2 Namakan (Isyarat ) bulan dalam setahun mengikut turutan.
sequence.

10.0 Memahami dan menggunakan kosa kata 10.1 Menggunakan perkataan untuk menerangkan panjang dan jarak ,
yang berkaitan dengan panjang, berat berat dan Isipadu.
dan isipadu.
10.2 Menggunakan perbandingan terus untuk membandingkan :
* jarak antara dua objek.
* berat antara dua objek.
* Isipadu antara dua objek.

11
BENTUK DAN DIMENSI
Bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

11.0 Memahami dan menggunakan kosa kata 11.1 Mengenalpasti, menerangkan dan mengasingkan bentuk –bentuk
yang berkaitan dengan bentuk 2-D dan 3D termasuk kubus, kuiboid, sfera,pirámid, silinder dan kon.
3-D.
11.2 Mengelaskan,ciri – ciri dan mengasingkan bentuk 2D berdasarkan segi empat
sama, segi empat tepat,segi tiga dan bulat.

12
29
Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai