Anda di halaman 1dari 31

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
TAHUN LIMA
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
TAHUN LIMA
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Cetakan Pertama 2014


© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN 5
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH 7
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD 8
TAFSIRAN UMUM 8
TAFSIRAN MATA PELAJARAN 9
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 11
PENDAHULUAN supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip MATLAMAT
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
(PPPM). yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran


di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran OBJEKTIF
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan; KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti serta menjadi warganegara yang berguna
iii susunan aktiviti; dan ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
iv bahan bantu mengajar berdikari dalam kehidupan seharian
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan kehidupan berkerjaya
Khas. iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan masyarakat majmuk
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

1
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi


membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
vi. Keterampilan Diri
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2
Standard Kandungan Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
Standard Pembelajaran
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
mencipta seperti di Jadual 1.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid KBAT Penerangan
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian


Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
kecil untuk memahami dengan lebih
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
mendalam serta hubung kait antara bahagian
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkenaan
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan menggunakan pengetahuan, pengalaman,
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran yang kreatif dan inovatif
berfikir.
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
pelajaran.
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

3
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
pembelajaran mereka sendiri. haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah Keusahawanan


diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.  Mengamalkan sikap keusahawanan;
 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Kreativiti dan Inovasi  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara pengurusan perniagaan;
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,  Memformulasikan konsep, proses atau produk
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana keusahawanan; dan
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi keusahawanan.
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya kebolehan murid sekolah rendah.
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

4
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, Objektif
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4,
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh Tahun 5 dan Tahun 6).
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK Komunikasi (TMK)
iaitu:
 Belajar mengenai TMK Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan
 Belajar melalui TMK dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard
 Belajar dengan TMK Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap
kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru
FOKUS MATA PELAJARAN boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti
Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK) berasaskan TMK.

Matlamat i. Pengenalan makmal komputer


TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai ii. Pengurusan makmal komputer
bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer
teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, iv. Fungsi perkakasan komputer
perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer

5
vi. Pengaplikasian sistem komputer RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
vii. Pengenalan kepada internet
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
seronok serta membentuk guru dan murid menjadi lebih kreatif dan menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TMK, murid berkeperluan pendidikan khas.
guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Khas) 2013).
Antaranya adalah:
 Pembelajaran kendiri ...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
 Kolaboratif perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
 Pembelajaran berasaskan projek berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
 Inkuiri-penemuan proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh

 Penyelesaian masalah menyatakan tahap pencapaian murid.

 Pembelajaran masteri (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

 Konstruktivisme Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,


2000)
 Pembelajaran Penerokaan

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan


penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

6
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan PENTAKSIRAN SEKOLAH
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
sokongan lain. dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
RPI memperincikan antara lain: pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
i. Tahap prestasi sedia ada murid pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid  Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan pengamalan nilai murni;
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran dengan PdP;
mereka.  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

7
 Merujuk standard prestasi yang dibina Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
berdasarkan standard kurikulum. bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
PS boleh dilaksanakan secara: dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP. masing.
 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun. Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Pentaksiran Rujukan Standard Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Teknologi
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses Maklumat dan Komunikasi.
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
Tafsiran Umum
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. TAHAP
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
PENGUASAAN
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid Tahu 1
respons terhadap perkara yang asas.
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
Murid menunjukkan kefahaman untuk
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
menukar bentuk komunikasi atau
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan Tahu dan
2 menterjemah serta menjelaskan apa yang
Faham
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum telah dipelajari.

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

8
Murid menggunakan pengetahuan untuk
Tahu, Faham
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu TAHAP
dan Boleh 3
situasi. PENGUASAAN TAFSIRAN
Buat

Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran asasTMK


dan Boleh dengan beradab, iaitu mengikut prosedur Mengetahui, memahami dan mengaplikasi
4
Buat dengan atau secara sistematik. 4 asasTMK mengikut prosedur yang betul
Beradab
Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan
dan Boleh pada situasi baharu, dengan mengikut 5 mempraktikkan asas TMK dengan lebih
Buat dengan 5 prosedur atau secara sistematik, serta tekal, sistematik
Beradab dan bersikap positif.
Terpuji Mengetahui,
Tahu, Faham Murid berupaya menggunakan pengetahuan memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh
dan Boleh dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
6 menyampaikan maklumat asas TMK dengan
Buat dengan 6 pada situasi baharu secara sistematik, lebih kreatif dan kritis
Beradab bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta
Mithali boleh dicontohi.
Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi
mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Tafsiran mata pelajaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran


Sekolah

TAHAP Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada


PENGUASAAN TAFSIRAN Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
Mengetahui tentang asas TMK berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
1
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
2 Mengetahui dan memahami tentang asas TMK Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
3 Mengetahui, memahami dan mengaplikasi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan

9
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
pengukuhan. individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh


dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek


kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau


lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah


penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu


tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.

10
1. PENGURUSAN KOMPUTER
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.1 Mengaplikasikan 1.1.1 Memastikan perkakasan Menunjukkan situasi perkakasan komputer yang berada
1
penggunaan komputer komputer dalam keadaan dalam keadaan yang bersih dan teratur
yang bersih dan teratur
Menerangkan cara membersihkan dan menyusun atur
2
1.1.2 Mengenal pasti dan perkakasan komputer.
menyatakan urutan
langkah-langkah Menunjukkan cara
menggunakan komputer: i. Menghidupkan dan mematikan suis utama
i. Menghidupkan dan ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR
mematikan suis utama iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem
ii. Menghidupkan dan iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor
mematikan suis AVR 3

iii. Menghidupkan dan


mematikan suis sistem
iv. Menghidupkan dan
mematikan suis monitor

11
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Menerapkan aspek keselamatan ketika mempraktikkan


tatacara
i. Menghidupkan dan mematikan suis utama dengan
cara yang betul
4 ii. Menghidupkan dan mematikan suis AVR dengan cara
yang betul
iii. Menghidupkan dan mematikan suis sistem dengan
cara yang betul
iv. Menghidupkan dan mematikan suis monitor dengan
cara yang betul

Mempraktikkan tatacara menggunakan


5
komputer mengikut urutan langkah penggunaan komputer
yang betul dan sistematik.
Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu rakan
6 menghidupkan dan mematikan komputer dengan lebih teratur
dan sistematik.

12
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.1 Mengetahui peranti input 2.1.1 Mengenal pasti dan Menunjukkan peranti input :
menyatakan peranti input: i. Papan kekunci (keyboard).
1
i. Papan kekunci(keyboard) ii. Tetikus (mouse).
ii. Tetikus (mouse) iii. Mikrofon (microphone).
iii. Mikrofon (microphone)
Menamakan peranti input :
2
i. Papan kekunci (keyboard).
ii. Tetikus (mouse).
iii. Mikrofon (microphone.

Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti input :


3 i. Papan kekunci (keyboard).
ii. Tetikus (mouse).
iv. Mikrofon (microphone

4 Membezakan penggunaan peranti input :


i. Papan kekunci (keyboard).

13
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
ii. Tetikus (mouse).
iii. Mikrofon (microphone

5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti input dengan betul.

6 Demonstrasi tatacara menggunakan peranti input dengan


betul

14
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.2 Mengetahui peranti output 2.2.1 Mengenal pasti dan Menunjukkan peranti output :
menyatakan peranti output: i. Monitor
1
i. Monitor ii. Pembesar suara (speaker)
ii. Pembesar suara iii. Fon kepala (headphone).
(speaker) iv. Mesin pencetak (printer).
iii. Fon kepala (headphone)
iv. Mesin pencetak (printer) Menamakan peranti output :
i. Monitor
2
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).

Menjelaskan dengan contoh fungsi peranti output :


i. Monitor
3
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).

15
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Membezakan penggunaan peranti output :


i. Monitor
4
ii. Pembesar suara (speaker)
iii. Fon kepala (headphone).
iv. Mesin pencetak (printer).

5 Mempraktikkan cara penggunaan peranti output dengan


betul.

Demonstrasi tatacara menggunakan peranti output dengan


6
betul

16
2. PERANTI KOMPUTER
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.3 Mengetahui jenis storan 2.3.1 Mengenal pasti dan Menunjukkan 3 jenis storan:
menyatakan storan: i. Pemacu kilat (flashdrive)
i. Pemacu kilat (flashdrive) ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
1
ii. Pemacu cakera keras iii. Cakera padat (compact disk)
luaran (external hard disk iv. Disket (diskette)
drive) v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
iii. Cakera padat (compact (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)
disk)
iv. Disket (diskette) Menamakan 3 jenis storan:
v. Kad memori (memory card) i. Pemacu kilat (flashdrive)
seperti Secure Digital Card ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
2
(SD card), Micro Secure iii. Cakera padat (compact disk)
Digital Card (Micro SD iv. Disket (diskette)
card) ii. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)

17
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Menjelaskan dengan contoh 3 jenis fungsi storan:


i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
3
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)

Membezakan penggunaan 3 jenis fungsi storan:


i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
iii. Cakera padat (compact disk)
4 iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital
Card (SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD
card)

18
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Mempraktikkan cara penggunaan 3 jenis storan dengan betul


i. Pemacu kilat (flashdrive)
ii. Pemacu cakera keras luaran (external hard disk drive)
5
iii. Cakera padat (compact disk)
iv. Disket (diskette)
v. Kad memori (memory card) seperti Secure Digital Card
(SD card), Micro Secure Digital Card (Micro SD card)

6 Demonstrasi tatacara menggunakan 3 jenis storan dengan


betul.

19
3. PERISIAN KOMPUTER
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) ( Murid boleh........)
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.1 Mengaplikasikan Perisian 3.1.1 Melancar dan menutup 1 Memerihalkan dengan ringkas prosedur (tatacara) melancar
Pemprosesan Perkataan (MS perisian pemprosesan dan menutup perisian pemprosesan perkataan (MS Word)
Word) perkataan (MS Word)
2 Mempraktikkan prosedur (tatacara) melancar dan menutup
3.1.2 Menaip secara berpandu: perisian pemprosesan perkataan (MS Word)
i. Huruf
ii. Nombor Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS
iii. Simbol Word) dengan menaip secara berpandu:
3
i. Huruf
3.1.3 Menyimpan (save as) fail ii. Nombor
baru (new file) ke dalam iii. Simbol
My Documents
Mengaplikasi cara menaip, menyimpan (save as) fail baru
3.1.4 Membuka semula fail (new file) ke dalam My Documents dan membuka semula
4
dalam My Documents fail dalam My Documents.

20
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) ( Murid boleh........)
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

Mempraktik cara menyimpan (save as) fail baru (new file) ke


5
dalam My Documents dan membuka semula fail dalam My
Documents.

Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar dan menutup


perisian pemprosesan perkataan (MS Word), menaip secara
6 berpandu huruf, nombor dan simbol, menyimpan (save as)
fail baru ke dalam My Documents dan membuka semula fail
dalam My Documents.

21
3. PERISIAN KOMPUTER
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.2 Mengaplikasikan perisian 3.2.1 Melancar aplikasi grafik 1 Menunjuk ikon grafik Paint dan melancarkan perisian grafik
grafik Paint Paint Paint
3.2.2 Membina bentuk asas:
i. Segi empat 2 Memerihal tentang fungsi perisian grafik Paint
ii. Bulat
iii. Segitiga 3 Membina dan mewarna bentuk asas menggunakan perisian
iv. Bujur grafik Paint.
3.2.3 Mewarna bentuk asas:
i. Segi empat 4 Mengubahsuai bentuk asas untuk menghasilkan gambar
ii. Bulat mudah mengikut kreativiti murid.
iii. Segitiga
iv. Bujur 5 Mempraktikan penggunaan perisian grafik Paint dan
3.2.4 Menghasilkan gambar menyimpan hasil kerja mengikut prosedur yang betul.
mengikut kreativiti:
i. Rumah 6 Demonstrasi prosedur (tatacara) melancar aplikasi grafik
ii. Kereta Paint, menghasilkan gambar mengikut kreativiti, menyimpan
iii. Muka (save as) fail baru ke dalam My Documents, membuka

22
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ( Murid boleh........)
(Murid dibimbing untuk.......) (Murid berupaya untuk........) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.2.5 Menyimpan (save as) fail semula fail dalam My Dokuments dan mencetak hasil kerja
baru ke dalam My sendiri dengan pencetak
Documents
3.2.6 Membuka semula fail
dalam My Documents
3.2.7 Mencetak hasil kerja
murid dengan pencetak

23
TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai