Anda di halaman 1dari 32

DRAF090315

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


SEKOLAH KEBANGSAAN
TAHUN ENAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI

TAHUN ENAM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cetakan Pertama 2014
©Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 Putrajaya.

iii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

vii
Kata Pengantar

Pengenalan 1

Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3

TMK Sebagai Mata Pelajaran 3

Matlamat 4

Objektif 4

Fokus 4

Perancangan Kandungan 4

Pelaksanaan 6

Kandungan Standard Kurikulum TMK 6

Perkakasan dan Perisian 7


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 7
KANDUNGAN MUKA SURAT
Kemahiran Abad Ke-21 Dan Profil Murid 8

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10

Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 12


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 18

Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 23

RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara cara hidup yang demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
vi
i
KATA PENGANTAR

vii

1
PENGENALAN BENTUK KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,
kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,
Rendah emosi, rohani, intelek dan sosial.

Matlamat Pendidikan Prasekolah: Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. inovatif (Rajah 1). Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah: ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.
Untuk memastikan perkembangan potensi murid Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu.
Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan Tunjang Komunikasi
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk
pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini
untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti
menangani cabaran kehidupan masa kini dan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta
masa depan.
nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu
mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid

1
untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan Tunjang Keterampilan Diri
sistematik dalam interaksi sosial. Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan
sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya,
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi keluarga dan masyarakat.
penekanan kepada perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya Tunjang Sains dan Teknologi
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan
yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan kepada penguasaan:
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan  pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan  pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
Pendidikan Muzik. matematik
 pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Komunikasi (TMK).
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan
ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
persekolahan. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi
penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus
kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap

2
dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid bukan Islam. Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal
dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan

Standard kandungan dan standard pembelajaran


diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri
daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif.

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR


TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai
persediaan ke sekolah menengah yang menekankan
kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran

3
disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan FOKUS
dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem
Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus
dan Pengaturcaraan. diberikan kepada penguasaan illmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid
MATLAMAT berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang
diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi
Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia
menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.
Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan
murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus PERANCANGAN KANDUNGAN
disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik. TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia
Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan
Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan
OBJEKTIF Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan
diterjemahkan kepada domain pengetahuan, kemahiran
Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat: dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua
i. Memahami tentang perisian dan peranti modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu
komputer. dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.
ii. Memahami ukuran data dan keselamatan Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:
komputer.
iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan Modul Penerangan
aplikasi khusus untuk membangunkan Dunia Komputer Modul ini diperkenalkan kepada murid
persembahan multimedia tak linear. untuk mempelajari bagaimana sebuah
iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi sistem komputer itu berfungsi,
internet. memahami fungsi perisian dan peranti
v. Memahami data, maklumat dan yang terlibat, berupaya memanipulasi
membangunkan pangkalan data. ukuran data, serta mampu menjaga
vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami keselamatan data dan komputer.
algoritma untuk membangun atur cara.
vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif Eksplorasi Eksplorasi Multimedia diperkenalkan
dan inovatif. Multimedia kepada murid untuk menunjukkan

4
bagaimana maklumat dipersembahkan
dalam bentuk multimedia, membina Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif
bahan multimedia menggunakan yang digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk
aplikasi khusus dan membangunkan standard kandungan dan standard pembelajaran.
persembahan multimedia interaktif tak Penekanan kepada 3 domain pembelajaran akan
linear. menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:

Sistem Modul ini merangkumi topik rangkaian Pengetahuan


Rangkaian dan dan internet secara teori dan amali. Pengetahuan meliputi perkara di bawah:
Dunia Internet Murid akan diberikan pengetahuan a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
mengenai rangkaian yang b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan
membolehkan komputer berinteraksi sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK.
antara satu sama lain, perkhidmatan
dalam Internet serta kemahiran Kemahiran
membangunkan laman Blog. Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran dan
pembelajaran TMK adalah seperti berikut:
Dunia Modul ini diperkenalkan kepada murid a. Kemahiran penyelesaian masalah.
Pangkalan Data untuk mengenali data dan maklumat, b. Kemahiran pemikiran logik.
mempelajari ciri-ciri pangkalan data c. Kemahiran pengurusan maklumat.
dan jenis data dalam pangkalan data d. Kemahiran manipulatif.
serta membangunkan satu sistem e. Kemahiran menaakul.
pangkalan data yang mudah. f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan
berinovasi.
Pengaturcaraan Modul ini akan melatih murid belajar
menggunakan pemikiran logik dalam
menyelesaikan masalah melalui
penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Nilai
Murid juga akan mempelajari proses Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan
yang terlibat dalam membangunkan nilai, etika dan integriti seperti berikut:
sesuatu atur cara melalui pendekatan a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah, cekap,
pembangunan atur cara yang bertanggungjawab, bekerjasama dan bijaksana.
sistematik dan mudah. b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu
prinsip di mana murid bertanggung jawab atas

5
segala tindakan mereka dan perlu menjelaskan lingkungan Standard Pembelajaran akan diperkenalkan
tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid dan dikuasai oleh murid. Standard kandungan yang
juga perlu mematuhi undang-undang siber. terdapat dalam setiap modul adalah seperti berikut:
c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang
mengamalkan semua nilai dan etika dalam Modul: Dunia Komputer
melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi dan 1.0 Memperihal Komputer dan Fungsinya
mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu 2.0 Mengenal Perisian Komputer
tugasan, seterusnya dapat menyumbang bakti 3.0 Memahami Peranti Komputer
kepada negara, bangsa dan agama. 4.0 Memahami Ukuran Data
5.0 Menjaga Keselamatan Data dan Komputer

PELAKSANAAN Modul: Eksplorasi Multimedia


1.0 Mengkaji Multimedia
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah 2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun
sebanyak 60 minit seminggu diajar secara bergilir Bahan Multimedia
dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi 3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif Tak
(RBT) selama setahun. Linear

Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau Modul: Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
setara layak untuk mengajar mata pelajaran ini. Bagi 1.0 Mengenal Rangkaian Komputer
guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar 2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian Komputer
mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas. 3.0 Mengenal Internet

Modul: Dunia Pangkalan Data


KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK 1.0 Memahami Data dan Maklumat
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard 2.0 Mengkaji Sistem Pangkalan Data
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard 3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data
Kurikulum Tahap II terdiri daripada lima modul iaitu Dunia
Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Modul: Pengaturcaraan
Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan 1.0 Memahami Pengaturcaraan
Pengaturcaraan. Standard Kandungan ini memberikan 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan
petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Carta Alir
Pembelajaran TMK. Standard Kandungan dalam 3.0 Mengatur cara dan Menguji

6
4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti
PERKAKASAN DAN PERISIAN mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan
untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke dengan mata pelajaran. Guru harus sesuaikan
sekolah adalah seperti berikut: kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
a. Perkakasan di Makmal Komputer perkakasan dan perisian yang ada di sekolah.
 Pelayan
 Komputer (PC) guru KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
 Komputer (PC) murid
 Pengimbas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
 Mesin Cetak kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat
 Kamera dan Video Digital menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus
 Mikrofon dan pembesar suara
dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah
berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 1.
b. Perkakasan untuk guru
 Komputer riba
Tahap pemikiran Penerangan
 Projektor LCD
Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan,
c. Perisian kemahiran, dan nilai dalam situasi
berlainan untuk melaksanakan
 Perisian Sistem Pengendalian Windows,
sesuatu perkara
Linux dan Mac
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada
 Perisian aplikasi Microsoft Office atau StarOffice bahagian kecil untuk memahami
dan pembangun atur cara SCRATCH dengan lebih mendalam serta
 Program utiliti seperti alat pemain media hubung kait antara bahagian
(Windows Media Player), perakam bunyi (Sound berkenaan
Recorder) dan kalkulator Menilai  Membuat pertimbangan dan
keputusan menggunakan
d. Kemudahan Internet pengetahuan, pengalaman,
 Talian akses Internet kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi
e. Chromebook dan VDI Thin Client Mencipta  Menghasilkan idea atau produk
atau kaedah yang kreatif dan
inovatif

7
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi
Jadual 1: Tahap pemikiran dalam KBAT untuk menggalakkan murid berfikir.
KEMAHIRAN ABAD KE-21 DAN PROFIL MURID
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat Kemahiran abad ke-21 bermatlamat untuk melahirkan
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, murid yang mempunyai profil berikut :
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. Bil Profil Murid Penerangan
Mereka mampu menghadapi dan
KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan Berdaya mengatasi kesukaran, mengatasi
1.
menaakul dan strategi berfikir. tahan cabaran dengan kebijaksanaan,
keyakinan, toleransi, dan empati.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk
menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk Mereka berfikir secara kritikal,
membuat pertimbangan yang wajar dengan kreatif dan inovatif; mampu untuk
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. menangani masalah yang
kompleks dan membuat
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk keputusan yang beretika. Mereka
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan berfikir tentang pembelajaran dan
bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli diri mereka sebagai pelajar.
2.
serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Pemikir Mereka menjana soalan dan
bersifat terbuka kepada
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu perspektif, nilai dan tradisi individu
membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan dan masyarakat lain. Mereka
rasional. berkeyakinan dan kreatif dalam
menangani bidang pembelajaran
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang yang baru.
berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.
3. Mereka menyuarakan dan
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui Mahir meluahkan fikiran, idea dan
aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, berkomuni- maklumat dengan yakin dan
penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu kasi kreatif secara lisan dan bertulis,
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta menggunakan pelbagai media

8
Bil Profil Murid Penerangan Bil Profil Murid Penerangan
dan teknologi. bertanggungjawab atas tindakan,
akibat tindakan serta keputusan
Mereka boleh bekerjasama mereka.
secara berkesan dan harmoni
dengan orang lain. Mereka Mereka mendapatkan
mengalas tanggungjawab pengetahuan dan membentuk
bersama serta menghormati dan pemahaman yang luas dan
menghargai sumbangan yang seimbang merentasi pelbagai
4. Kerja
diberikan oleh setiap ahli disiplin pengetahuan. Mereka
sepasukan Bermak-
pasukan. Mereka memperoleh 7. meneroka pengetahuan dengan
lumat
kemahiran interpersonal melalui cekap dan berkesan dalam
aktiviti kolaboratif, dan ini konteks isu tempatan dan global.
menjadikan mereka pemimpin Mereka memahami isu-isu etika/
dan ahli pasukan yang lebih baik. undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.
Mereka membangunkan rasa
ingin tahu semula jadi untuk Mereka menunjukkan empati,
meneroka strategi dan idea baru. belas kasihan dan rasa hormat
Mereka mempelajari kemahiran terhadap keperluan dan perasaan
Penya-
yang diperlukan untuk 8. orang lain. Mereka komited untuk
yang/
menjalankan inkuiri dan berkhidmat kepada masyarakat
5. Bersifat Prihatin
penyelidikan, serta menunjukkan dan memastikan kelestarian alam
ingin tahu
sifat berdikari dalam sekitar.
pembelajaran. Mereka menikmati
pengalaman pembelajaran Mereka mempamerkan kasih
sepanjang hayat secara 9. Patriotik sayang, sokongan dan rasa
berterusan. hormat terhadap negara.

6. Mereka berintegriti dan jujur,


Berprinsip kesamarataan, adil dan
menghormati maruah individu,
kumpulan dan komuniti. Mereka

9
kumpulan yang telah dikenalpasti. Murid boleh
menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan dan
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN menggunakan perisian persembahan untuk
mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya
diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pengetahuan, pendapat, kemahiran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menyelesaikan masalah bersama.
menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi
berikut: c. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu
a. Pembelajaran Kendiri model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat kebiasaan. Pendekatan aktiviti pembelajaran ini
pendekatan iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), mempunyai jangkamasa yang panjang,
Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self- menginterasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan
Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) murid dan menghubungkaitkan pengamalan
yang lebih berfokuskan kepada pembelajaran kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai
berpusatkan murid. Dengan adanya TMK, konsep tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang
pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk menjurus kepada matlamat yang spesifik. Murid
direalisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan berupaya belajar menggunakan TMK semasa proses
perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menyediakan projek dan murid juga boleh meneroka
menentukan apa yang hendak dipelajari mengikut atau membuat kajian terhadap projek dengan
kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses menggunakan TMK.
sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri.
Strategi ini membolehkan murid menjadi lebih d. Inkuiri-Penemuan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan
yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum. pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa
b. Kolaboratif maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan
yang mementingkan kerjasama dan mengkehendaki merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara
murid menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama
Dalam TMK pendekatan ini boleh dilaksanakan dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti
dengan guru memberi tugasan kepada kumpulan- seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu

10

11
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru fasilitator dengan memberi panduan kepada murid
kemudian akan membimbing murid untuk memahami dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada
konsep melalui hasil inkuiri. peringkat awal.

Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku f. Pembelajaran Masteri


apabila perisian kursus digunakan oleh murid untuk Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran
mencuba atau melaksana ekperimen yang sukar, dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan
terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
dengan cara biasa. Dengan menggunakan perisian pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju
aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang urutan penguasaan pembelajaran. Sumber-sumber TMK
babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan
dengan mengunakan perisian 3D Modeling. video, perisian kursus, permainan komputer
pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih
e. Penyelesaian Masalah dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang spesifik.
kaedah pembelajaran berasaskan masalah sebenar
dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan g. Konstruktivisme
keupayaan mereka sendiri. Kaedah ini boleh Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu
dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan murid. kaedah dimana murid dapat membina sendiri
Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah pengetahuan atau konsep baru secara aktif
penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran
yang digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini dan pembelajaran. Melalui pembelajaran
akan melibatkan murid untuk membuat keputusan konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan
dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, inovatif. Murid gunakan TMK untuk mendapatkan
murid ingin menyiapkan sesuatu tugasan yang data, maklumat dan pengetahuan.
memerlukannya memasukkan imej.
Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam h. Pembelajaran Penerokaan
komputernya. Maka untuk mengatasi masalah itu, Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid
murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman
mencari penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan

11

12
mengakses maklumat dalam mencapai objektif murid. Maklum balas ini boleh digunakan untuk
pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal. meningkat mutu PdP.
Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling
berkesan dalam menterjemahkan konsep
Pentaksiran PdP lebih bersifat formatif dan
pembelajaran penerokaan memandangkan ianya
dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu
cepat bagi membolehkan murid menganalisis dan peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat
memproses maklumat yang diingini dalam situasi diagnostik bagi mengesan perkembangan murid. Ini
pembelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah, memberi peluang kepada guru untuk membetulkan
kajian masa depan dan simulasi. kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-
merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di
samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan murid
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
dan membuat tindakan susulan.
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, Jenis dan keperluaan pentaksiran PdP di terangkan
mengumpul, merekod, memberi skor dan dalam Rajah 3 di bawah:
menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran
seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu pentaksiran
merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran bertujuan sebagai kayu pengukur untuk


menilai pencapaian murid dalam memperoleh
pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan
nilai disamping menilai aktiviti yang dijalankan semasa
PdP. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid
dan memberi maklum balas berguna kepada stake
holder seperti pentadbir, guru, murid dan ibu
bapa/penjaga tentang perkembangan dan pencapaian
12
Rajah 3: Jenis dan Keperluan Pentaksiran

PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN PdP
PdP

Tujuan:
Tujuan:
mengesan
mengesan pencapaian
pencapaian murid
murid
maklumbalas
maklumbalas terhadap
terhadap pengajaran
pengajaran dan
dan
pembelajaran
pembelajaran guru
guru

Formatif:
Formatif: Sumatif:
Sumatif:
dijalankan
dijalankan semasa
semasa dijalankan
dijalankan di
di akhir
akhir
pengajaran
pengajaran && pembelajaran
pembelajaran pengajaran
pengajaran &&
proses pembelajaran
pembelajaran
proses &
& produk
produk
MENGAPA
MENGAPA PERLU
PERLU PENTAKSIRAN?
PENTAKSIRAN? produk
produk

GURU
GURU MURID
MURID IBU
IBU BAPA
BAPA PENTADBIR
PENTADBIR

memantau
memantau kemajuan
kemajuan mengenal
mengenal pasti
pasti mengetahui
mengetahui mengurus
mengurus
penguasan murid
penguasan murid kekuatan
kekuatan dan
dan kekuatan
kekuatan && pentadbiran
pentadbiran
perkembangan
perkembangan murid
murid kelemahan
kelemahan diri
diri kelemahan
kelemahan anak
anak pentaksiran
pentaksiran
penguasan
penguasan pengetahuan,
pengetahuan, masing-
masing- masing
masing
kemahiran
kemahiran && nilai
nilai
menilai
menilai kaedah
kaedah
pengajaran
pengajaran && membuat
membuat refleksi
refleksi membantu
membantu merancang
merancang
pembelajaran
pembelajaran pembelajaran
pembelajaran mengatasi
mengatasi aktiviti
aktiviti
murid
murid menjadi
menjadi kelemahan
kelemahan anak
anak pembelajaran
pembelajaran
menambah
menambah baik
baik kaedah
kaedah
lebih
lebih mereka
mereka bagi
bagi
PdP
PdP
bertanggungja
bertanggungja mendorong
mendorong keke meningkatkan
meningkatkan
wab
wab bidang
bidang mengikut
mengikut pencapaian
pencapaian
murid kecenderungan
kecenderungan murid.
murid.
murid belajar
belajar
memperbaiki secara
secara anak
anak
memperbaiki PdP
PdP
berdikari
berdikari && membantu
membantu dan
dan
merancang tindakan
merancang tindakan terarah
susulan terarah kendiri
kendiri menyokong
menyokong
susulan pihak
pihak sekolah
sekolah
menangani
menangani kelemahan
kelemahan melaksanakan
melaksanakan
murid
murid supaya
supaya aktiviti
aktiviti
kelemahan
kelemahan tidak
tidak berkaitan.
berkaitan.
terhimpun.
terhimpun.

13
Siapa yang perlu menjalankan pentaksiran? MERANCANG
MERANCANG
Menentukan
Menentukan standard
standard
Tugas mentaksir bukan hanya terhad kepada guru sahaja. pembelajaran
pembelajaran dan
dan instrumen
instrumen
Selain guru, pentaksiran juga boleh dijalankan oleh rakan penilaian
penilaian
sebaya, murid sendiri dan ibu bapa/penjaga. Berpandukan MEMBINA
MEMBINA INSTRUMEN
INSTRUMEN
arahan tugasan atau senarai semak, ibu bapa/penjaga boleh Membuat
Membuat Jadual
Jadual Spesifikasi
Spesifikasi Ujian
Ujian
mentaksir pencapaian anak mereka. Dengan cara ini ibu Membina
Membina soalan/
soalan/ instrumen
instrumen
bapa/penjaga terlibat secara langsung dalam memantau
perkembangan pembelajaran anak mereka. MELAKSANAKAN
MELAKSANAKAN PENILAIAN
PENILAIAN
Pemerhatian/
Pemerhatian/ lisan/
lisan/ penulisan
penulisan
MEREKOD
MEREKOD
Bagaimana pentaksiran dijalankan?
Pentaksiran PdP boleh dijalankan mengikut langkah yang MENGANALISIS
MENGANALISIS MAKLUMAT
MAKLUMAT
dicadangkan seperti pada Rajah 4.
MELAPOR
MELAPOR
(jika
(jika perlu)
perlu)
YA TIDAK
Tindakan
Tindakan PENGUASA
PENGUASA Tindakan
Tindakan
Susulan
Susulan AN
AN Susulan
Susulan
Pengukuhan
Pengukuhan PERKARA
PERKARA
YANG
YANG Pemulihan
Pemulihan
Pengayaan
Pengayaan DIAJAR
DIAJAR
YA

TERUSKAN
TERUSKAN PELAJARAN
PELAJARAN BARU
BARU

Rajah 4: Carta Aliran Pelaksanaan Pentaksiran PdP

14
STANDARD PRESTASI

Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk


menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang
disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1
menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian
Pentaksiran boleh dijalankan dalam pelbagai kaedah tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap
berdasarkan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Rajah 5 Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu
berikut menunjukkan beberapa contoh kaedah pentaksiran PdP untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.
Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah
yang boleh dijalankan:
seperti di Jadual 2.

TAHAP
Ujian
Ujian TAFSIRAN
Pemerhatian
Pemerhatian PENGUASAAN
boleh dijalankan
boleh dijalankan Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
sesuai
sesuai untuk
untuk
mentaksir secara menulis,
secara menulis, 1 kemahiran asas atau memberi respons terhadap
mentaksir aspek
aspek melukis, lisan
lisan perkara yang asas.
kemahiran, melukis,
kemahiran, sikap
sikap &
& dan bahasa
bahasa
nilai. dan Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar
nilai. isyarat.
isyarat. 2 bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.
Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk
Persembahan
Persembahan 3 melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
Secara
Secara Lisan
Lisan Senarai
Senarai Semak
Semak situasi.
Dilakukan Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
Dilakukan untuk
untuk merupakan
merupakanrekod
rekod
mentaksir
mentaksir
4 beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
perkembangan
perkembangan
kemahiran
kemahiran sistematik.
penguasan
penguasan
bertutur,
bertutur, KAEDAH
KAEDAH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
murid
murid
keyakinan
keyakinan diri
diri PENTAKSIR
PENTAKSIR 5 situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau
dan AN
AN secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
dan
pengetahuan.
pengetahuan. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan
Esei Folio
Folio
Esei kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
kompilasi 6
Membolehkan
Membolehkan kompilasihasil
hasilkerja
kerja baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
murid murid
murid secara
secara inovatif serta boleh dicontohi.
murid Rajah 5: Kaedah Pentaksiran PdP
mempamerkan individu
individuatau
atau
mempamerkan
kemahiran kumpulan
kumpulan
kemahiran Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi
untuk memilih,
untuk memilih, 15
menyusun dan
menyusun dan
menyampaikan
menyampaikan
secara teratur

digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting atau


Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama ada mencatatkan sesuatu pencapaian.
pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya.
Pentaksiran formatif dilaksanakan bertujuan untuk mengukur c. Persembahan
prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan ianya Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan
ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p. Kaedah
kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dalam Standard Prestasi ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi
TMK di muka surat 12 hingga 15. Pentaksiran sumatif mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif
dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untuk dengan berbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk
menguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukur visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaian perlu
menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian. diambilkira dalam persembahan.
Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalam Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam
pengajaran dan pembelajaran TMK: persembahan seperti tajuk, kandungan, reka bentuk visual,
a. Rubrik bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan.
Rubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan
kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan menggunakan
penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik.
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai. Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk memberi
Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.
lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria
yang jelas.
d. Anekdot
b. Pemerhatian Anekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu
Pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia boleh
boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadap dinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan
proses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran
dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak
Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.
autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasa e. Kuiz dan Ujian
melaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK. Kuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang
digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman
Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita murid mengenai satu topik pembelajaran yang telah
rakaman, video dan fotografi atau rekod bertulis dengan dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk
menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak soalan bagi beberapa topik pembelajaran secara bertulis.
atau borang deskriptif. Selain itu, buku log juga boleh
16
Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran
kemahiran dan nilai dalam standard pembelajaran TMK. dan nilai pembelajaran TMK.

Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara Pentaksiran simulasi yang berbentuk permainan boleh
tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat. digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih
Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik. permainan komputer yang bersesuaian untuk menilai
kemahiran murid. Contoh perisian permainan seperti Go
f. Portfolio Tidy dan Basic Mouse Skill, di mana murid diukur bagi
Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk kemahiran menggunakan tetikus. Dalam aspek pentaksiran
dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satu simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai
cara pentaksiran di bilik darjah. kekunci di papan kekunci komputer dalam aktiviti mengenal
pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip
Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam perkataan. Manakala pentaksiran simulasi berasaskan
TMK seperti Portfolio Kerja Harian, Portfolio Dokumentari model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan
dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian merupakan komputer dengan menggunakan bahan buangan seperti
tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.
pembelajaran. Portfolio Dokumentari merupakan bahan
pembelajaran yang dikumpul selaras dengan objektif untuk STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN
sesuatu tugasan tertentu (task based) di mana proses DAN STANDARD PRESTASI
penghasilan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas.
Portfolio Hasil Terbaik merupakan hasil tugasan terbaik yang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) TMK
dipilih dari Portfolio Kerja Harian. terbahagi kepada Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh digunakan
untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan
perkembangan pembelajaran yang berterusan dan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard
berfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspek Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan
kemahiran, pengetahuan dan nilai. diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Murid perlu mencapai
kesemua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
seperti yang terkandung dalam DSKP TMK. Standard Prestasi
g. Simulasi pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelah
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasi ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard
boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, Pembelajaran.
main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini
17
STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP II: TAHUN 6

STANDARD TAHAP
STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
PENGATURCARAAN

1.0 Memahami 1.1 Menyatakan kegunaan atur cara 1 Menyatakan urutan bagi aktiviti harian dan proses
Pengaturcaraan komputer dalam perkakasan harian. kerja dalam satu alatan digital

1.2 Membuat perkaitan antara langkah- 2 Menyusun semula baris-baris arahan untuk
langkah aktiviti harian dengan satu set menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan
arahan dalam atur cara komputer.
3 Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set
1.3 Menulis satu set arahan yang arahan
mengambarkan aktiviti harian.
4 Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan
1.4 Menulis satu set arahan bagi satu peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan.
peralatan digital dalam melakukan
tugasan. 5 Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan
yang dicadangkan.
1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam
atur cara bagi menambah fungsi sesuatu 6 Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi
peralatan digital. baharu sesuatu peralatan digital sedia ada

18
STANDARD TAHAP
STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
2.0 Menggunakan 2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan 1 Mengenal pasti algoritma, pseudokod , carta alir
Algoritma Melalui carta alir. dan makna simbol dalam carta alir.
Pseudokod Dan
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan
Carta Alir 2 Menyediakan pseudokod dan carta alir secara
tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta
urutan dan pilihan tunggal daripada algoritma yang
alir.
diberi.
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod
dan carta alir dalam aktiviti harian. 3 Membina algoritma penyelesaian masalah bagi
2.4 Membezakan aliran secara urutan dan situasi yang diberi.
pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod
dan carta alir. 4 Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan algoritma.
dan pilihan tunggal bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan 5 Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran
dan pilihan tunggal bagi pseudokod ururtan dan pilihan pseudokod dan carta alir yang
. dibincangkan.
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi carta alir. 6 Mencipta algoritma penyelesaian masalah,
pseudokod dan carta alir yang menggabungkan
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang
secara urutan dan pilihan tunggal. dicadangkan oleh murid.
2.6 Memisahkan pseudokod kompleks
kepada psuedo kod secara urutan dan
pseudokod secara pilihan tunggal.
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan
carta alir pilihan tunggal secara logik.
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan
carta alir dalam menyelesaikan satu
masalah yang diberi.

19
STANDARD TAHAP
STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
3.0 Mengatur cara 3.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara 1 Menyatakan sekurang-kurangnya 4 fitur pada
dan Menguji muka perisian pengaturcaraan. antara muka dalam perisian pengaturcaraan.

2 Menyenaraikan fitur-fitur yang digunakan untuk


3.2 Menggunakan fitur-fitur untuk
memasukkan dialog, bunyi, objek baharu dan
menggerakkan objek, memasukkan
menggerakkan objek dalam perisian
dialog, bunyi dan objek baharu dalam
pengaturcaraan.
perisian pengaturcaraan.

3.3 Menghasilkan atur cara secara urutan 3 Memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu serta
menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk menggerakkan objek dalam atur cara.
sesuatu objek:
3.3.1 melakukan pergerakan dari 4 Menterjemahkan algoritma kepada arahan perisian
kedudukan A ke kedudukan B dan pengaturcaraan dan memasukkan fitur-fitur seperti
berpatah balik ke kedudukan A yang dinyatakan dalam algoritma serta melakukan
dengan kadar kelajuan berbeza. uji lari atur cara.
3.3.2 memaparkan dialog yang sesuai.
3.3.3 mengeluarkan bunyi yang sesuai. 5 Berkongsi pendapat tentang cara-cara mengesan
dan membaiki ralat bagi atur cara yang
3.4 Menghasilkan atur cara secara pilihan dibangunkan.
tunggal menggunakan fitur-fitur yang
sesuai untuk sesuatu objek: 6 Menambah baik secara kreatif atur cara yang telah
3.4.1 melakukan pergerakan secara dibangunkan.
rawak.
3.4.2 memaparkan dialog dan
mengeluarkan bunyi yang sesuai
apabila bersentuh dengan objek
lain.

3.5 Menjalankan dan membaiki ralat


sekiranya ada pada atur cara yang
dihasilkan.

20
STANDARD TAHAP
STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
1 Menyatakan situasi. Menghasilkan draf algoritma,
4.0 Menghasilkan 4.1 Membina satu projek pengaturcaraan
pseudokod atau carta alir. Menghasilkan satu objek
Projek yang menarik dan kreatif melibatkan fitur
dalam atur cara.
Pengaturcaraan dan objek yang dipelajari. Fitur yang
digunakan mestilah bersesuaian dengan 2 Menyatakan situasi dan objek-objek yang terlibat.
objek dalam atur cara dengan Menghasilkan algoritma, pseudokod atau carta alir
menggunakan arahan urutan dan pilihan yang melibatkan penyelesaian masalah bagi
berdasarkan langkah-langkah: sekurang-kurangnya satu objek. Menghasilkan atur
4.1.1 Memahami situasi. cara bagi objek tersebut.
4.1.2 Menghasilkan algoritma,
pseudokod dan carta alir. 3 Menyatakan situasi, objek-objek yang terlibat dan
4.1.3 Mengekod atur cara. menganalisa setiap objek yang terlibat.
4.1.4 Menguji. Menghasilkan algoritma, pseudokod atau carta alir
4.1.5 Mendokumentasi. yang melibatkan pilihan. Menghasilkan atur cara
yang melibatkan pilihan pada objek sesuai dengan
perancangan.
4 Menerangkan penyataan situasi berserta objek-
objek yang terlibat dan menganalisa setiap objek
yang terlibat. Menghasilkan algoritma, pseudokod
dan carta alir bagi setiap objek yang melibatkan
aliran secara urutan dan pilihan. Menghasilkan atur
cara bagi setiap objek sesuai dengan perancangan.
5 Memberi justifikasi pada objek-objek yang dipilih
dalam situasi berpandukan algoritma, pseudokod
dan carta alir yang dibina juga penyelesaian pada
ralat yang ditemui semasa membangunkan atur
cara yang menarik.
6 Menghasilkan atur cara lengkap yang menarik dan
kreatif berserta dokumentasi dan mempamerkan
sikap berdikari, bermotivasi juga menghormati idea
orang lain.

21
Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

22

Anda mungkin juga menyukai