Anda di halaman 1dari 21

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI


(MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010
DRAF

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS
[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia

2010
Cetakan Pertama 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Malaysia 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi

Tahun Pengukuhan

1. Kemahiran Pra 3
2. Kemahiran Isyarat Visual 4

iii
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

v
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.
KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang
dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi
tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

vi
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang
dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri

vii
Reka Bentuk Kurikulum
Komunikasi
Penggabungjalinan
Sains & Teknologi kemahiran berbahasa
semasa berinteraksi dalam
Penguasaan pengetahuan
bahasa Malaysia, bahasa Kerohanian, Sikap &
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Inggeris, bahasa Cina dan Nilai
bahasa Tamil Penghayatan amalan
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik agama, kepercayaan,
Penguasaan pengetahuan sikap dan nilai
dan kemahiran berasaskan
teknologi Insan
seimbang
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan
Perkembangan Fizikal & amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
Estetika
sekitar setempat, negara
Perkembangan jasmani dan
dan global
kesihatan untuk
Penghayatan semangat
kesejahteraan diri
patriotisme dan perpaduan
Pemupukan daya imaginasi, Keterampilan Diri
kreativiti, bakat dan apresiasi Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

viii
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi
setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk


bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

ix
KSSRPK BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
i. melihat dan mengecam apa yang dilihat;
PENDAHULUAN ii. membezakan apa yang dilihat dan dirancang;
iii. meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan
rakan;
memberi penekanan kepada satandard kandungan dan standard
iv. membentuk isyarat dan kod dengan tepat;
pembelajaran. Semua kemahiran yang digarap, patut diketahui
v. melakukan apa yang diisyarat;
dan boleh dilakukan oleh murid bermasalah pendengaran.
vi. memperluaskan perbendaharaan kata secara umum;
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan
vii. membentuk frasa asas Bahasa Malaysia dengan isyarat / kod;
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang
viii. memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa;
pembelajaran komunikasi. Mata pelajaran Bahasa Isyarat
ix. kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan
Komunikasi digubal dengan memberi penekanan kepada
pemerolehan Bahasa Malaysia;
penguasaan berkomunikasi murid bermasalah pendengaran yang
x. berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat-ayat mudah
merangkumi aspek-aspek kemahiran praisyarat, kemahiran visual
dan betul;
dan kemahiran bahasa isyarat kreatif.
xi. menguasai kemahiran membina ayat kompleks dengan tepat;
xii. bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat
MATLAMAT
atau lisan;
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah xiii. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara
Pendengaran (KSSRPKMP) bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat lisan atau bahasa isyarat, dan
Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah xiv. bercerita bebas secara isyarat atau lisan.
pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri
untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta
maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan
FOKUS
dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata
pelajaran Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi berfokus kepada
usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran dari aspek
OBJEKTIF pemerolehan dan penguasaan Bahasa Malaysia yang tepat dan
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi menyediakan berstruktur melalui penggunaan bahasa isyarat dan mod
peluang kepada murid bermasalah pendengaran di peringkat komunikasi seluruh yang standard.
sekolah rendah untuk mencapai objektif dalam aspek kemahiran
berkomunikasi seperti berikut :

1
ORGANISASI KANDUNGAN PENILAIAN
Kemahiran Praisyarat
Penilaian adalah penting dalam proses pengajaran dan
Kemahiran ini memberi penekanan dari aspek melihat dan pembelajaran untuk melihat penguasaan murid terhadap
mengecam apa yang dilihat, membezakan apa yang dilihat dan pengajaran guru. Proses penilaian kurikulum termasuk penilaian
dirangsang, meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru secara formatif dan sumatif dan kaedah penilaian secara lisan
dan rakan, dan Membentuk isyarat / kod dengan tepat. dan penulisan.
Kemahiran Visual
Kemahiran ini memberi penekanan kepada aktiviti menyatakan
dan melakukan apa yang diisyaratkan, memperluaskan
perbendaharaan kata secara umum, membentuk frasa asas
Bahasa Malaysia daripada isyarat dan kod, memperkembangkan
kemahiran membentuk frasa dan klausa, kemahiran membentuk
pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan
Bahasa Malaysia, dan menguasai kemahiran membina ayat-ayat
mudah dan kompleks.

Kemahiran Bahasa Isyarat Kreatif


Kemahiran ini memberi penekanan terhadap kemahiran
berbahasa isyarat sebagai mod utama di dalam proses
penyampaian, penerimaan dan mengakses pemerolehan bahasa
yang efektif dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.
Kandungannya merangkumi :
i. berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang
mudah dan betul;
ii. mengisyarat / mengekod secara kreatif;
iii. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat mudah secara
isyarat atau lisan;
iv. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara
isyarat atau lisan, dan
v. bercerita melalui pengalaman, buku, gambar dan situasi.
2
Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi
Tahun Pengukuhan
BIDANG 1 - KEMAHIRAN PRA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

MOTOR KASAR
1.1 Koordinasi Mata 1.1.1 Mengecam apa yang dilihat
- Meniru pergerakan guru 1.1.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
- Meniru pergerakan rakan 1.1.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
- Melakar di udara 1.1.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.

1.2 Aktiviti kelembutan.


1.2.1 Mengecam apa yang dilihat
- Membentuk menggunakan doh
1.2.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
- Membentuk menggunakan plastisin
1.2.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
- Memerah span (kering/basah)
1.2.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.
- Bermain dengan pasir
- Bermain dengan air/ sabun

MOTOR HALUS
1.3 Koordinasi Mata Tangan. 1.3.1 Mengecam apa yang dilihat
- Menggenggam 1.3.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
- Aksi menggunting 1.3.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
- Menguli 1.3.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.
- Latihan gerakan mata

1.4 Aktiviti kelembutan. 1.4.1 Mengecam apa yang dilihat


- Membentuk menggunakan 1.4.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
doh/ plastisin mengikut corak dan bentuk. 1.4.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
- Masukkan air ke dalam botol dengan 1.4.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.
menggunakan span

3
BIDANG 2 - KEMAHIRAN ISYARAT VISUAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MENGENAL HURUF


DAN ANGKA 2.1.1 Mengecam apa yang dilihat
2.1.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
2.1 Huruf 2.1.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
- Vokal 2.1.4 Membuat kod yang hampir sama.
- Konsonan Contoh: a-s, a - e, m - n
- Turutan abjad a z 2.1.5 Memadankan huruf dengan yang diisyarat

2.2 Angka 2.2.1 Mengecam apa yang dilihat


- Mengenal angka 1 hingga 50 2.2.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan.
2.2.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat.
2.2.4 Memadankan angka dengan yang diisyarat

2.3 Kata Tanya 2.3.1 Mengecam isyarat kata tanya.


- Apa , Bagaimana, Berapa, Bila, Mana, 2.3.2 Membentuk isyarat/ kod dengan tepat.
Mengapa, Siapa 2.3.3 Memadankan isyarat dengan kata tanya
2.3.4 Membentuk frasa menggunakan kata tanya.
2.3.5 Memperkenalkan simbol ?.

2.4 Ucapan bertatasusila 2.4.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
- Selamat pagi, Tengah hari, Petang, 2.4.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
Terima kasih, Maaf. 2.4.3 Membuat isyarat/kod mengikut gambar/ situasi.

2.5 Keluarga asas 2.5.1 Mengecam apa yang dilihat


- bapa/ ayah, emak / ibu, abang, 2.5.2 Membentuk isyarat /kod yang tepat
adik, kakak. 2.5.3 Membuat isyarat/ kod keluarga berpandukan gambar atau situasi.
2.5.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.6 Ganti nama 2.6.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- Saya, Awak, Dia, Kami, Kita, Mereka, 2.6.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
Sendiri 2.6.3 Membentuk isyarat /kod dengan tepat
2.6.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.6.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.7 Hari dan masa 2.7.1 Mengecam apa yang dilihat


- siang, malam, pagi, petang ,tengah 2.7.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
hari, sekarang, esok, semalam, lusa 2.7.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
2.7.4 Membentuk isyarat /kod dengan tepat
2.7.5 Melakukan apa yang diisyarat
2.7.6 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.8 Pekerjaan 2.8.1 Mengecam apa yang dilihat


- Guru, Guru Besar, Pembantu 2.8.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
Pengurusan Murid, Pemandu, 2.8.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
Pengusaha Kantin. 2.8.4 Membentuk isyarat/ kod dengan tepat
2.8.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.
2.8.6 Membina ayat mudah.

2.9 Persekitaran sekolah 2.9.1 Mengecam apa yang dilihat


- beg sekolah, buku, kelas, kerusi, meja, 2.9.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
papan tulis, pemadam, pembaris, 2.9.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
pengasah pensel, pensel, pensel 2.9.4 Melakukan apa yang diisyarat
warna, tandas, pen, kapur. 2.9.5 Membentuk frasa Bahasa Melayu.
2.9.6 Membina ayat mudah.

5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.10 Persekitaran rumah 2.10.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- katil, bantal, almari, televisyen, cawan, 2.10.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
gelas, pinggan, sudu, garfu 2.10.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.10.4 Melakukan apa yang diisyarat
2.10.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.
2.10.6 Membina ayat mudah.

2.11 Persekitaran Lain 2.11.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat
- bandar, kampung, kedai, kuil, 2.11.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
pasar, pejabat, rumah, surau, balai 2.11.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
polis, sekolah, balai bomba, hospital 2.11.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.11.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia
2.11.6 Membina ayat mudah.

2.12 Kata kerja 2.12.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
- ajar, baca, baris, belajar, berjalan, 2.12.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
berlari, buat, cari, cuci, curi, dengar, 2.12.3 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
garis, gosok, guna, jaga, jumpa, 2.12.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
kejar, ketawa, ketuk, lumba, lupa, 2.12.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.
makan, mandi, masak, padam, pakai, 2.12.6. Membina ayat kompleks yang mudah.
pilih, rehat, salam, sapu, senyum,
tidur, tipu, tolong

2.13 Makanan dan minuman 2.13.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
- biskut, kopi, mi, kuih, nasi, roti, susu, 2.13.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
teh 2.13.3 Memadankan gambar dengan isyarat /kod.
2.13.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.13.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.
2.13.6 Membina ayat kompleks yang mudah..
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.14 Warna 2.14.1 Mengecam apa yang dilihat


- kuning, biru, merah, hitam, putih, 2.14.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
warna 2.14.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.14.4 Mewarnakan gambar mengikut isyarat/kod oleh guru.
2.14.5 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.14.6 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.15 Ukuran 2.15.1 Mengecam apa yang dilihat


- banyak, besar, kecil, panjang, pendek, 2.15.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
sedikit 2.15.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
2.15.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.15.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.16 Bahagian tubuh 2.16.1 Membezakan apa yang dilihat atau diiransang
- dada, kaki, kepala, leher, muka, 2.16.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
punggung, tangan 2.16.3 Menunjukkan bahagian tubuh yang diisyarat
2.16.4 Mengisyarat/mengekod bahagian tubuh yang ditunjuk oleh guru
2.16.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.17 Pakaian 2.17.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


- baju, baju T, baju kurung, kasut, 2.17.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
pakaian, seluar, singlet, stoking, tali 2,17.3 Menwarnakan pakaian yang diisyarat
pinggang 2.17.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.18 Kata Adjektif 2.18.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- malas, rajin, baik, betul, garang, kecil, 2.18.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
ambat, maju, masin, pandai, sejuk, 2.18.3 Membina ayat mudah
tegap, jahat, salah 2.18.4 Membina ayat kompleks.

7
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.19 Bentuk 2.19.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat


- segi empat, bulat, segi tiga, bujur 2.19.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
2.19.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.19.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.20 Kaum, Negeri dan Agama 2.20.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- Cina, Iban ,India, Kadazan, Melayu 2.20.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
dan lain-lain kaum etnik 2.20.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu.
2.20.4 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.21 Perayaan 2.21.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


- Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali., 2.21.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Krismas dan lain-lain mengikut kaum/ 2.21.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu.
kepercayaan 2.21.4 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
2.21.5 Bercerita berpandukan gambar
2.21.6 Bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing.

2.22 Haiwan 2.22.1 Mengecam apa yang dilihat


- ayam, kucing, lembu, kambing, ikan, 2.22.2 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.
udang, sotong 2.22.3 Bercerita tentang haiwan kesayangan
2.22.4 Bercerita tentang haiwan berdasarkan pengalaman

2.23 Buah-buahan / sayur-sayuran 2.23.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat


- betik, buah-buahan, ciku, epal, jambu, 2.23.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
limau, oren, pisang, tembikai, sawi, 2.23.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu.
lobak, cili 2.23.4 Mengisyarat/ mengekod berdasarkan gambar atau perkataan

8
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.24 Tumbuh-tumbuhan 2.24.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


- daun, pokok, bunga, akar, batang, buah 2.24.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
2.24.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.24.4 Membentuk frasa Bahasa Melayu.

2.25 Kenderaan 2.25.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


- bas, basikal, kapal, kereta, motosikal, 2.25.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
sampan, kapal terbang dan lain-lain 2.25.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu.
2.25.4 Bercerita tentang kenderaan.

2.26 Perasaan 2.26.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat


- suka, sedih, gembira, marah, sayang, 2.26.2 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
malu,perasaan 2.26.3 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.26.4 Bercerita tentang buku yang dibaca.

2.27 Sukan dan Permainan 2.27.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- bola jaring, bola sepak, congkak, dam, 2.27.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
boling, kalah, menang, seri, main 2.27.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.27.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.27.5 Bercerita tentang permainan atau sukan.

2.28 Kesihatan dan perubatan 2.28.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
- cacat, batuk, darah, demam, doktor, 2.28.2 Mengecam apa yang dilihat
gatal, klinik ,luka,sakit, sihat, ubat 2.28.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.28.4 Main peranan

9
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.29 Arah 2.29.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat


- atas, bawah, belakang, hadapan, 2.29.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
ini, itu, tepi 2.29.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
2.29.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.29.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.30 Kata Bantu 2.30.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
- akan , belum, sudah 2.30.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.30.3 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
2.30.4 Kemahiran membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Malaysia.

2.31 Alam semula jadi 2.31.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
- air, angin, api, awan, bulan, 2.31.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
hujan,matahari 2.31.3 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.31.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.32 Pendidikan 2.32.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat


- mata pelajaran, menulis, mengira, 2.32.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
melukis, mengeja, salah, betul, lebih 2.32.3 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. dari isyarat atau kod
besar, lebih kecil, kurang, lebih 2.32.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah
panjang, pendek 2.32.5 Bercerita tentang guru dan mata pelajaran di sekolah

2.33 Kerajaan 2.33.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat


- Raja, Sultan, Sultanah, Yang Di Pertuan 2.33.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
Agong, Permaisuri 2.33.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
2.33.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.33.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

10
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.34 Logam 2.34.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat


- galian, batu ,tanah,pasir. 2.34.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
2.34.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan
2.34.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat
2.34.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai