Anda di halaman 1dari 47

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN LIMA
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN LIMA

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL 5
Matlamat
Objektif
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH 7
Pentaksiran Rujukan Standard 7
Tafsiran Umum 8
Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual 9
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 11
PENDAHULUAN supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip MATLAMAT
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
(PPPM). yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran


di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran OBJEKTIF
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan; KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti serta menjadi warganegara yang berguna
iii susunan aktiviti; dan ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
iv bahan bantu mengajar berdikari dalam kehidupan seharian
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan kehidupan berkerjaya
Khas. iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan masyarakat majmuk
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

1
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi


membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
vi. Keterampilan Diri
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2
Standard Kandungan Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
Standard Pembelajaran berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. mencipta seperti di Jadual 1.

Standard Prestasi KBAT Penerangan


Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang kecil untuk memahami dengan lebih
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, mendalam serta hubung kait antara bahagian
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkenaan
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid menggunakan pengetahuan, pengalaman,
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran yang kreatif dan inovatif
berfikir. Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis pelajaran.
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

3
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
pembelajaran mereka sendiri. haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah Keusahawanan


diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.  Mengamalkan sikap keusahawanan;
 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Kreativiti dan Inovasi  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara pengurusan perniagaan;
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,  Memformulasikan konsep, proses atau produk
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana keusahawanan; dan
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi keusahawanan.
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya kebolehan murid sekolah rendah.
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

4
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam inovasi.
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Objektif
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan Pendidikan Seni Visual membolehkan murid
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
iaitu: ii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.
 Belajar mengenai TMK iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
 Belajar melalui TMK iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
 Belajar dengan TMK v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa
depan

FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL


Matlamat
Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil
dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat
mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan
murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan
serta bersikap positif dalam kehidupan.

5
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
Rancangan Pendidikan Individu (RPI): sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
murid berkeperluan pendidikan khas. sokongan lain.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013 RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
menyatakan tahap pencapaian murid. mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
2000 perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi mereka.
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

6
PENTAKSIRAN SEKOLAH  Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan PS boleh dilaksanakan secara:
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS  Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula pembelajaran, semester atau tahun.
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga Pentaksiran Rujukan Standard
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut: berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
 Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
pengamalan nilai murni; dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
dengan PdP; sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

7
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang Tafsiran Umum
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf TAHAP
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting PENGUASAAN
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Murid tahu perkara asas, atau boleh
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- melakukan kemahiran asas atau memberi
Tahu 1
respons terhadap perkara yang asas.
masing.
Murid menunjukkan kefahaman untuk
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu menukar bentuk komunikasi atau
Tahu dan
2 menterjemah serta menjelaskan apa yang
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Faham
telah dipelajari.
Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
Murid menggunakan pengetahuan untuk
TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna Tahu, Faham
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
dan Boleh 3
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran situasi.
Buat
Pendidikan Seni Visual
Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dan Boleh dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
4
Buat dengan atau secara sistematik.
Beradab
Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dan Boleh pada situasi baharu, dengan mengikut
Buat dengan 5 prosedur atau secara sistematik, serta tekal,
Beradab dan bersikap positif.
Terpuji
Tahu, Faham Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan Boleh dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
Buat dengan 6 pada situasi baharu secara sistematik,
Beradab bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta
Mithali boleh dicontohi.
Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang
Tahap Penguasaan

8
Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
1 guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
media serta proses dan teknik pada karya.
Menyatakan dan memahami bahasa seni visual, berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
2 mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
media serta proses dan teknik pada karya.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
3 bahasa seni visual, media serta proses dan kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
teknik dalam penghasilan karya. peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
4 dan kemahiran bahasa seni visual, media serta pengukuhan.
proses dan teknik dalam penghasilan karya.
Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
5 panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
teknik serta menggunakan media yang betul
dalam penghasilan karya yang kreatif. seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Menzahirkan idea kreatif berpandukan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
kemahiran bahasa seni visual, media ,proses pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
dan teknik yang betul dalam penghasilan karya
6 serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan dijalankan adalah:
sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni
negara. Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
Jadual 3 : Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Pendidikan pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
Seni Visual bukan hasil akhir yang diperoleh.

9
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah


penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu


tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara


individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk


menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

10
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 1. MENGGAMBAR
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.1 Melukis secara spontan 1.1.1 Menghasilkan gambar 1 Mengecam krayon dan arang untuk membuat
untuk menghasilkan imej. dengan teknik gosokan.
gosokan menggunakan
media kering : 2 Menyatakan bahan yang boleh menghasilkan
corak dengan teknik gosokan.
i. krayon
ii. arang 3 Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :
 krayon
 arang

4 Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan


menggunakan :
 krayon
 arang

5 Menghasilkan gambar bertema dengan teknik


gosokan menggunakan gabungan krayon dan
arang.

11
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan


menggunakan pelbagai gabungan teknik dan
media kering secara kreatif.

12
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.1.2 Menghasilkan gambar 1 Mengecam alatan dan bahan membuat


menggunakan teknik gurisan.
gurisan.
Menyatakan dua bahan yang boleh
2 menghasilkan corak dengan teknik gurisan.

3 Melakar secara bebas dengan teknik gurisan


pada sebarang permukaan.

4 Menghasilkan gambar bertema dengan teknik


gurisan pada sebarang permukaan.

5 Menghasilkan gambar secara spontan


menggunakan gabungan dua alatan pada
sebarang permukaan dengan teknik gurisan.

13
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Menghasilkan gambar atau corak dengan


teknik gurisan dengan gabungan pelbagai
teknik dan bahan secara kreatif.

14
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
1.2 Menghasilkan gambar. 1.2.1 Menghasilkan gambar Mengecam bahan untuk membuat kolaj.
dengan teknik
kolaj menggunakan : 2 Menyatakan bahan untuk menghasilkan kolaj

i. Kertas warna 3 Membuat lakaran imej secara bebas.


ii. kertas surat khabar
iii. kertas majalah 4 Menghasilkan kolaj dengan pilihan
iv. bijirin menggunakan
v. kekacang tiga bahan :
vi. rempah ratus

 kertas warna
 kertas surat khabar
 kertas majalah
 bijirin
 kekacang
 rempah

15
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

5 Menghasilkan kolaj gambar atau corak


menggunakan gabungan pelbagai bahan :
 kertas warna
 kertas surat khabar
 kertas majalah
 bijirin
 kekacang
 rempah

6 Menghasilkan gambar dan corak


menggunakan teknik kolaj dan mozek dengan
gabungan pelbagai bahan kitar semula.

16
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
. 1.2.2 Menghasilkan gambar Mengecam bahan teknik stensilan.
menggunakan teknik
stensilan : 2 Menekap dan mewarna hasil stensilan.

i. Menekap dan mewarna 3 Menekap, mewarna dan memotong hasil


hasil stensilan stensilan.

ii. Menekap dan memotong 4 Menghasilkan gambar bertema dengan


hasil stensilan teknik stensilan.

5 Menghasilkan gambar menggunakan teknik


stensilan dengan gabungan pelbagai corak
secara kreatif.

6 Menghasilkan gambar menggunakan alat


stensilan ciptaan sendiri secara kreatif.

17
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
1.3 Mewarna. 1.3.1 Mewarna gambar Mengecam warna sekunder dan tertier.
dengan menggunakan
warna sekunder. 2 Menyatakan rupa organik dan geometri.

1.3.2 Mengenal warna tertier. 3 Melakar rupa organik dan rupa geometri.

1.3.3 Mewarna bentuk organik 4 Mewarna bentuk organik atau geometri


dengan menggunakan menggunakan warna tertier.
warna tertier.
5 Mewarna gambar dengan menggunakan:
1.3.4 Mewarna bentuk geometri  warna sekunder
menggunakan warna  warna tertier
tertier.

6 Mewarna gambar menggunakan gabungan


1.3.5 Mewarna gambar warna secara kreatif.
dengan menggunakan
warna tertier.

18
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.4 Meneroka unsur seni 1.4.1 Melakar rupa organik : Mengecam rupa organik :
1
 tumbuhan
i. tumbuhan  haiwan
ii. haiwan
2 Menyatakan rupa organik :
1.4.2 Menghasilkan rupa  tumbuhan
organik menggunakan  haiwan
teknik :

3 Melakar rupa tumbuhan dan rupa haiwan.


i. montaj
ii. kolaj 4 Menghasilkan rupa organik menggunakan
tenik :
 montaj
 kolaj

5 Menghasilkan corak berulang rupa organik


dengan teknik :
 montaj
 kolaj

19
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Menghasilkan pelbagai corak rupa organik


dengan gabungan teknik montaj dan kolaj
secara kreatif.

20
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.4.3 Mengenal bentuk dua Mengecam bentuk :


1
dimensi dan tiga  Dua dimensi
dimensi.  Tiga dimensi

1.4.4 Melakar rupa 2 Menyambung titik-titik rupa geometri :


geometri :  Dua dimensi
 Tiga dimensi
i. dua dimensi
ii. tiga dimensi 3 Menekap rupa geometri dua dimensi dan tiga
dimensi.

4 Melakar satu rupa geometri dalam bentuk dua


dimensi dan tiga dimensi.

5 Menghasilkan pelbagai rupa geometri dalam


bentuk :
 Dua dimensi
 Tiga dimensi

21
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Menghasilkan lukisan dua dimensi dan tiga


dimensi secara kreatif.

22
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
1.4.5 Menghasilkan gabungan Mengecam rupa geometri.
corak rupa geometri
menggunakan teknik 2 Menyatakan kegunaan alatan dalam teknik
guntingan dan tampalan. guntingan dan tampalan.

3 Melakar rupa geometri.

4 Menghasilkan corak rupa geometri


menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

5 Menghasilkan gabungan corak rupa geometri


secara berulang menggunakan teknik guntingan
dan tampalan.

6 Menghasilkan corak rupa geometri


menggunakan pelbagai bahan dan teknik
secara kreatif.

23
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 2. CORAK DAN REKAAN
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.1 Mereka corak secara 2.1.1 Menghasilkan corak 1 Mengecam bahan bagi menghasilkan corak
tidak terancang. menggunakan teknik titisan.
titisan :
2 Menyatakan kegunaan bahan bagi
i. warna air menghasilkan teknik titisan.
ii. lilin
Menghasilkan titisan bebas menggunakan :
3
 warna air
 lilin

Menghasilkan corak dengan teknik titisan


4 menggunakan :
 warna air
 lilin

5 Menghasilkan corak titisan dengan


gabungan warna air dan lilin.

24
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Menghasilkan corak menggunakan pelbagai


teknik dan bahan secara kreatif.

25
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

. 2.1.2 Menghasilkan corak 1 Mengecam bahan bagi menghasilkan corak


menggunakan teknik percikan dan renjisan.
renjisan atau percikan :
2 Menyatakan kegunaan bahan bagi
i. berus menghasilkan corak percikan dan renjisan.
ii. bahan kitar semula
3 Menghasilkan percikan dan renjisan secara
bebas di atas sebarang permukaan.

Menghasilkan corak percikan dan renjisan


4 dengan menggunakan :
 berus
 bahan kitar semula

Menghasilkan corak renjisan dan percikan


5 dengan menggunakan gabungan berus dan
bahan kitar semula.

26
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Mereka cipta dari hasil kerja teknik percikan


dan renjisan secara kreatif.

27
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.2 Mereka corak secara 2.2.1 Menghasilkan corak rupa 1 Mengecam rupa positif dan rupa negatif.
terancang. positif dan negatif secara
2
berulang. Menghasilkan lakaran rupa.

3 Mewarnakan rupa positif dengan warna yang


cerah dan rupa negatif dengan warna gelap.

Mereka corak ulangan menggunakan rupa


4
positif dan negatif.

Menghasilkan corak cerminan rupa positif


5
dan negatif dengan menggunakan teknik
lipatan dan guntingan.

Menghasilkan corak rupa positif dan rupa


6 negatif dengan menggunakan pelbagai teknik
dan media secara kreatif.

28
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.2.2 Menghasilkan corak 1 Mengecam alatan dan bahan untuk


hiasan dinding dengan menghasilkan teknik mozek.
teknik mozek.
2 Menyusun bahan tanpa bertindih di atas
sebarang permukaan.

3 Menyusun dan menampal bahan mengikut


teknik mozek.

4 Menghasilkan corak dengan menggunakan


teknik mozek.

Menghasilkan hiasan dinding


5 menggunakan teknik mozek dengan
gabungan pelbagai bahan.

29
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Mereka corak hiasan dinding dengan


6 teknik mozek menggunakan pelbagai
bahan secara kreatif.

30
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

. 2.2.3 Menghasilkan corak 1 Mengecam alatan dan bahan untuk


dengan teknik resis : menghasilkan corak menggunakan teknik
resis.
i. motif flora
2
ii. motif fauna Menyatakan motif flora dan fauna.

Membuat lakaran bermotifkan :


3
 flora
 fauna

Menghasilkan corak sama ada bermotifkan


4
flora dan fauna dengan menggunakan
teknik resis.

Menghasilkan corak gabungan motif flora


5
dan fauna secara kreatif menggunakan
teknik resis.

31
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Menghasilkan corak bermotif flora dan


6 fauna dengan teknik resis menggunakan
pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

32
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.3 Membuat projek. 2.3.1 Menghasilkan corak 1 Mengecam jenis-jenis kad ucapan.
pada kad ucapan
menggunakan teknik 2 Menyatakan kegunaan kad ucapan.
mozek.
3 Menghasilkan corak dengan teknik mozek pada
sebarang permukaan.

4 Menghasilkan corak pada kad ucapan


menggunakan teknik mozek.

5 Menghasilkan pelbagai corak pada kad ucapan


menggunakan teknik mozek secara kreatif.

6 Mereka kad ucapan menggunakan pelbagai


corak dengan gabungan teknik dan bahan
secara kreatif.

33
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.3.2 Menghasilkan corak untuk 1 Mengecam pembalut hadiah.


dijadikan pembalut hadiah
menggunakan teknik 2 Menyatakan kegunaan pembalut hadiah.
resis.
3 Menghasilkan corak dengan teknik resis pada
sebarang permukaan.

4 Menghasilkan corak untuk dijadikan pembalut


hadiah menggunakan teknik resis.

5 Menghasilkan pelbagai corak pembalut hadiah


menggunakan teknik resis secara kreatif.

6 Menghasilkan pembalut hadiah menggunakan


pelbagai corak dengan gabungan teknik dan
media secara kreatif.

34
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
3.1 Membuat binaan mudah. 3.1.1 Menghasilkan kotak Mengecam kotak kertas.
kertas.
2 Menyatakan alatan dan bahan untuk
3.1.2 Menghias kotak dengan menghasilkan kotak kertas.
menggunakan bahan
3
kitar semula. Melipat kertas secara bebas.

4 Menghasilkan kotak kertas mengikut teknik yang


betul.

5 Menghias kotak kertas dengan menggunakan


bahan kitar semula.

Menghias kotak kertas menggunakan pelbagai


6
teknik dan bahan secara kreatif.

35
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.2 Membuat projek. 3.2.1 Menghasilkan binaan 1 Mengecam binaan model.


model :
2 Menyatakan alatan dan bahan untuk
 kenderaan menghasilkan binaan model.
 bangunan
 haiwan 3 Merangka binaan model menggunakan bahan
 perabot sedia ada.
 tumbuhan
4 Menghasilkan tiga binaan model
menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.

5
Menghias kemasan pada binaan model.

Membuat kemasan pada binaan model


6 menggunakan pelbagai teknik dan bahan
secara kreatif.

36
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 4. KRAF TRADISIONAL
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1
4.1 Projek Kraf. 4.1.1 Mengenal tembikar. Mengecam tembikar.

4.1.2 Mengenal teknik-teknik 2 Menyatakan bahan yang digunakan untuk


dalam menghasilkan membuat tembikar.
tembikar.
i. teknik picitan Membentuk doh dan tanah liat dengan teknik:
3
ii. teknik lingkaran  memicit doh
 menggelek doh

4.1.3 Menghasilkan tembikar Menghasilkan tembikar menggunakan:


4
dengan doh dan tanah liat  teknik picitan
menggunakan:  teknik lingkaran
i. teknik picitan
ii. teknik lingkaran 5
Menghasilkan corak pada tembikar.

Membuat kemasan pada tembikar


6
menggunakan pelbagai teknik dan bahan
secara kreatif.

37
38
TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai