Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SAMBUTAN MAAL

HIJRAH 1437H

NAMA PELAJAR

: SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI

PROGRAM

: PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3

NAMA PROJEK

: PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH

TEMPOH PELAKSAAN : 15 OKTOBER 2015

OBJEKTIF :
a.

Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada


penghijrahan.

b.

Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya


hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah itu.

c.

Mengubah tanggapan bukan islam terhadap umat islam.

d.

Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah

STRATEGI PELAKSANAAN :
Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah
diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami
berinternship. Sempena cuti Maal Hijrah yang lepas, kami telah bercadang
untuk mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah. Sambutan Maal Hijrah
adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi mengingati hari
kebesaran Islam serta mengambil pengajaran dari peristiwa hijrah Rasulullah
saw serta dapat membentuk pelajar menjadi seorang insan Muslim serta
menjadi pelajar SK Batu 3 yang bersahsiah tinggi dan terpuji.

Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan


mentor kami Puan Sanisah bt Abu Bakar berkenaan pelaksanaan
program

sambutan

maal

hijrah

tersebut.

Setelah

mendapat

persetujuan dan masa yang sesuai, kami telah berbincang tentang


acara-acara yang akan diadakan dan sebagainya. Kami telah
memilih penceramah dari guru j-Qaf SK Batu 3 sendiri iaitu Ustaz
Abdul Aziz bin Ali. Kami juga telah meminta pelajar-pelajar Tahun 6
Berlian

menyampaikan

nasyid

dan

juga

seorang

pelajar

menyampaikan sajak. Tambahan lagi, kami telah menyediakan


lembaran kertas mewarna yang mengikut tema Maal Hijrah bagi
mengadakan pertandingan mewarna.
Oleh kerana program dilaksanakan pada hari Khamis, maka ianya
dimulakan dengan majlis bacaan Yassin mingguan yang disertai oleh semua
pelajar dan guru-guru. Selepas bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan
ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ali. Intipati
caramah ini adalah berkenaan dengan penghijrahan nabi Muhammad saw
tahun penghijrahan dan sebagainya. kesemua murid telah mendengar
ceramah yang disampaikan dengan khusyuk serta menunjukkan respon yang
memberangsangkan.
Selepas itu, program diteruskan dengan persembahan sajak oleh
pelajar Tahun 6 iaitu Dania Huda Husna bt Zulkifli. Dan juga persembahan
nasyid oleh pelajar-pelajar Tahun 6 Berlian. Program ini diakhiri dengan
pertandingan mewarna oleh pelajar-pelajar dengan tema Maal Hijrah 1437H.

REFLEKSI :
1 Kekuatan Projek
Sepanjang proses kami menyiapkan program ini, terdapat beberapa
kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Antaranya
ialah sokongan guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama
kami dalam penyediaan, perancangan dan pelaksanaan program
Sambutan Maal Hijrah ini. Tambahan pula, program seperti ini dapat

mengeratkan silaturrahim antara guru dan juga pelajar. Selain itu,


komitmen serta sambutan baik daripada kesemua pelajar dan guruguru menjadikan program ini berjalan dengan baik dan lancar.
2 Kelemahan Projek
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan sepanjang
melaksanakan program ini. Antaranya ialah dari segi masa. Oleh
kerana kesuntukan masa, kami hanya dapat merancang sedikit sahaja
program. Selain itu terdapat ramai pelajar yang tidak membawa alatan
mewarna yang menyukarkan aktiviti mewarna yang diadakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh
internship ini dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan kesemua
projek-projek kami di sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu, terdapat
pelbagai lagi program yang boleh dijalankan contohnya aktiviti memasak
bubur asyura oleh ajk PIBG dan sebagainya.

KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya program sambutan maal hijrah ini berjalan dengan
lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan
lagi pada tahun hadapan dan dapat dilakukan dengan lebih baik. Insya Allah.
Rujuk hasil dokumentasi program sambutan maal hijrah.

Disediakan oleh,

..
(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)
Pelajar Semester 8 PISMP,
Ambilan Jan 2012,
IPG Kampus Tun Hussien Onn.

Dokumentasi program Sambutan Maal Hijrah :

Anda mungkin juga menyukai