Anda di halaman 1dari 3

SJK(C) WOON HWA, BANDAR BARU KANGKAR PULAI.

KERTAS KERJA

Disediakan oleh,
Panitia Pendidikan Moral
SJKC Woon Hwa
SJK (C) WOON HWA
KERTAS KERJA CERAMAH KEBERSIHAN DIRI
1.0 PENGENALAN
Panitia Pendidikan Moral SJKC Woon Hwa telah merancang satu ceramah yang
bertajuk Kebersihan diri pada 29 Oktober 2018. Ceramah ini bertujuan untuk
membantu dan memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas untuk
menguruskan diri sendiri seperti berpakaian kemas dan bersih serta cara-cara
menjaga kebersihan tubuh badan seperti gigi, kuku dan rambut. Ceramah yang
dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para
pelajar. Semoga ceramah yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan
pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap
kebersihan kendiri.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran ceramah adalah bagi memberi kesedaran kendiri
kepada murid bahawa mereka perlu mengamalkan imej kendiri yang baik untuk
menempuh hidup bermasyarakat di sekolah atau di luar sekolah sebagai seorang
pelajar..

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membimbing murid berpakaian dengan betul.
3.2 Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas.
3.3 Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi, kuku dan
rambut.

4.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN


Tarikh: 29 Oktober 2018
Masa : 7.30 a.m. hingga 9.30 a.m.

5.0 TEMPAT
SJK C WOON HWA

6.0 KUMPULAN SASAR


Murid-murid Tahun 4 – Tahun 6 SJK (C) WOON HWA
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :
No Perkara Satu set Bilangan Jumlah
1. Makanan RM4.50 405 set RM 1822.50

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Tan Teong Lai (GPK Akademik SJK (C) WOON
HWA)
Naib Pengerusi : Pn Lee Ming Siew ( GPK HEM SJK (C) WOON
HWA)
Penyelaras : Pn. Pang Sook Fang
AJK : Guru Pendidikan Moral dan Guru Pendidikan Islam
SJK C WOON HWA

9.0 PENUTUP
Program SJKC WOON HWA ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak bagi meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang positif.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

________________ __________________
Pn. Pang Sook Fang En. Tan Teong Lai
( Ketua Panitia Pendidikan Moral) (GPK Akademik SJK (C) WOON HWA)

Anda mungkin juga menyukai