Anda di halaman 1dari 63

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Membaca boleh ditakrifkan atau dimaksudkan sebagai perlakuan mendapatkan

maklumat melalaui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Menurut Kamus Dewan

Edisi ke-4 (2005), membaca turut dapat didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu

yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Mengajar membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta

melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

Saya telah menjalani praktikum selama tiga bulan, di sebuah sekolah di pinggir

bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah tersebut mempunyai sebuah kelas prasekolah dan

terdapat 25 orang murid yang belajar di dalam kelas prasekolah tersebut. Majoriti murid-

murid yang belajar di kelas prasekolah tersebut tinggal berdekatan dengan sekolah, jadi

kes murid prasekolah yang tidak hadir ke sekolah itu kurang berbanding dengan

sekolah-sekolah lain.

Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut

huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca

perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran yang menjadi

fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (Kurikulum Standard Prasekolah)

yang harus murid-murid prasekolah kuasai dengan cekap. Menguasai kemahiran

membaca bukan sekadar membantu kanak-kanak lebih berjaya menguasai tunjang-


1
tunjang lain tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan mental,

psikologikal dan sosial dengan lebih baik. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk

memantapkan lagi amalan pengajaran guru dalam membantu murid meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi membolehkan murid-murid

menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks dan lebih mencabar pada masa

hadapan terutamanya semasa murid-murid ini mengikuti sistem pendidikan yang lebih

formal apabila berada dalam darjah satu hingga enam kelak.

Saya memilih untuk menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai

satu wadah yang saya terapkan dalam kajian saya untuk meningkatkan kemahiran murid

membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui permainan RSKB. Permainan yang

memerlukan peserta kajian untuk memutarkan roda yang berwarna-warni yang

diharapkan mampu menarik perhatian peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran

mereka dalam membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Roda Suku Kata Berputar ( RSKB ) merupakan satu alat intervensi yang saya

olah daripada rancangan Roda Impian yang menggunakan roda. Di atas roda itu, saya

menggunakan kertas warna yang boleh menarik perhatian murid dan menjadikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif berbanding dengan kaedah yang biasa

digunakan oleh guru. Selain itu, saya telah memilih suku kata terbuka kv ( Ba, Bu, Bo,

La,Ku,Tu) dilekatkan di atas roda tersebut.

2
1.2 Refleksi Pengalaman Lalu

Saya merupakan seorang guru pelatih semester 7 dari Institut Pendidikan Guru,

Pengajian Prasekolah. Saya pernah menjalankan tiga fasa praktikum di sekolah yang

berlainan. Pada praktikum fasa satu, saya pernah menjalani praktikum selama sebulan di

sebuah sekolah di pusat bandar di Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada tahun 2014.

Isu pembelajaran yang dapat saya kenal pasti sepanjang menjalankan praktikum di

sekolah ini ialah murid tidak memhami nilai nombor yang menyukarkan mereka untuk

menguasai kemahiran yang lebih tinggi seperti operasi tambah dan tolak. Untuk

menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan bahan maujud seperti menggunakan

buah-buahan yang mewakili setiap nilai nombor. Contohnya, sebiji epal mewakili

nombor satu.

Selain itu, saya juga pernah menjalankan fasa praktikum fasa dua selama dua

bulan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Baling, Kedah Darul Aman. Isu

pembelajaran yang jelas dihadapi oleh murid-murid prasekolah di sekolah ini ialah

mengenai kemahiran mengunting mengikut bentuk. Masalah ini saya perhatikan semasa

saya melaksanakan aktiviti menggunting untuk menghasilkan bentuk-bentuk asas

geometri mengikut saiz yang berbeza. Sepanjang aktiviti saya membimbing mereka

untuk menggunting bentuk asas geometri tersebut dengan teknik yang betul.

3
Cara pegang gunting yang betul ialah, ibu jari dan jari telunjuk dimasukkan ke dalam

lubang pemegang gunting.

Seterusnya, saya telah menjalankan fasa praktikum yang ketiga dan terakhir di

sebuah sekolah di pinggir bandar Sungai Petani, Kedah selama tiga bulan. Dalam masa

tiga bulan berada di dalam kelas prasekolah di sekolah ini masalah yang sangat ketara

yang dihadapi oleh murid-murid ialah membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Sekiranya, mereka tidak dapat menguasai kemahiran asas membatangkan suku kata

terbuka ini, murid-murid akan menghadapi masalah membaca pada aras yang lebih

tinggi seperti membaca ayat mudah.

1.2.1 Masalah memahami nilai nombor

Murid-murid tidak mempunyai masalah dalam mengira nombor 1-10 secara menaik dan

menurun namun begitu, isu ataupun permasalahan dalam memahami sesuatu nombor itu

menjadi satu masalah kepada murid-murid. Contohnya, saya pernah melaksanakan

aktiviti lembaran kerja yang menghendaki murid-murid untuk mengisi nombor mengikut

bilangan objek yang telah dibuat di atas lembaran kerja. Apa yang saya dapat perhatikan

murid-murid ini mudah keliru di mana mereka mengetahui nombor itu tetapi tidak

mengetahui berapa jumlah ataupun nilai nombor tersebut. Contohnya, mereka

mengetahui nombor 6, tetapi tidak dapat mengenal pasti berapa nilai nombor 6. Masalah

ini sedikit merisaukan kerana sudah masuk bulan april murid belum menguasai

kemahiran asas ini. Masalah ini jelas terjadi semasa saya menjalankan aktiviti

4
pengajaran dan pembelajaran mengenai nilai nombor dalam slot awal matematik.

Gambar 1.1 menunjukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran slot awal matematik

yang dilaksanakan iaitu mewarnakan nilai objek mengikut nilai nombor yang

disediakan.

Gambar 1.1 Aktivti mewarnakan nilai objek mengikut nilai nombor yang disediakan.

Sepanjang menjalankan aktiviti ini, saya mendapati terdapat 3 orang murid yang

menghadapi masalah dalam mengetahui nilai nombor kerana melalui pemerhatian yang

telah saya jalankan semasa aktiviti berlangsung ketiga-tiga murid ini hanya mewarnakan

objek-objek tersebut melalui peniruan daripada murid-murid lain walaupun saya telah

memberi penerangan yang jelas semasa mengajar.

1.2.2 Masalah kemahiran mengunting mengikut bentuk

Kemahiran menggunting merupakan salah satu kemahiran motor halus yang asas dan

perlu dikuasai dengan baik oleh murid terutamanya dalam aktiviti yang melibatkan

murid untuk mengunting bentuk. Masalah ini dapat saya perhatian semasa saya

mengajar dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk tunjang Fizikal

dan Estetika yang berpandukan Standard Pembelajaran (PFK 1.1.15) Menggunting

menghasilkan satu bentuk. Untuk aktiviti ini saya mengajar murid menggunting bentuk

5
asas geometri segi empat sama yang pelbagai saiz. semasa melaksanakan aktiviti

terdapat murid yang tidak dapat menggunting mengikut garisan yang membentuk bentuk

segi empat sama tersebut. Kemungkinan teknik menggunting murid-murid ini masih

belum mantap dan matang. Gambar 1.2 menunjukkan hasil guntingan murid-murid

semasa menjalankan aktviti menggunting bentuk segiempat dalam tiga saiz iaitu besar,

sederhana, dan kecil.

Kecil Sederhana Besar

Gambar 1.2. :Menunjukkan hasil gunting murid-murid.

Berdasarkan gambar 1.2 didapati 2 orang murid menghadapi masalah jika

menggunting saiz bentuk geometri yang lebih kecil berbanding dengan saiz besar dan

sederhana. Ini kemungkinan perkembangan motor halus murid-murid ini masih belum

matang, dan dengan latihan yang kerap, murid-murid ini akan dapat

memperkembangkan kemahiran menggunting mereka.

6
1.2.3 Masalah membatangkan suku kata terbuka kv + kv

Dalam pemerhatian saya semasa menjalankan praktikum fasa yang ketiga, saya

mendapati murid-murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan huruf

konsonan dan boleh membunyikan suku kata tunggal kv dengan betul. Tetapi apabila

digabungkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan, mereka mengalami

kesukaran membatangkannya dengan tepat. Mereka sering lupa bunyi suku kata pertama

semasa mahu membatang suku kata kedua. Sepanjang praktikum ini, saya pernah

menggunakan kaedah latih tubi dengan meminta responden mengeja dan membatangkan

suku kata pertama secara berulang-ulang diikuti dengan suku kata kedua. Namun,

apabila diminta untuk membatangkan dua suku kata tersebut, murid masih gagal

membatangkannya dengan betul. Kegagalan murid-murid membatangkan suku kata

mudah kv + kv ini akan mengakibatkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran

membaca yang lebih sukar.

Untuk melihat masalah yang dihadapi dengan lebih terperinci di peringkat

tinjauan awal, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu,

pemerhatian, ujian lisan dan ujian pra seperti yang dibincangkan dalam tinjauan dan

analisis masalah.

7
Jadual 1.2 :

Dapatan hasil rumusan yang dikenalpasti dihadapi oleh murid prasekolah

Masalah yang dihadapi Bilangan murid yang Bilangan murid yang


menguasai belum menguasai
Masalah memahami nilai nombor 22 3

Masalah kemahiran mengunting 23 2


mengikut bentuk

Masalah membatangkan suku kata 21 4


terbuka kv + kv

Jadual 1.2 menunjukkan dapatan hasil bagi ketiga-tiga masalah utama yang

dihadapi sepanjang saya menjalani praktikum iaitu masalah memahami nilai nombor

iaitu seramai 3 orang murid yang menghadapi masalah ini, diikuti 2 orang yang

menghadapi masalah kemahiran mengunting mengikut bentuk dan masalah

membatangkan suku kata terbuka kv+kv yang mencatatkan bilangan murid yang

menghadapi masalah paling ramai iaitu 4 orang. Rajah 1.2 menunjukkan perbandingan

penguasaan murid.

8
25
20
15
10
5
0

kv
r

uk
bo

v+
nt
om

be

ak
Tidak
in

ut

uk
ila Ya

gik

rb
in

en

te
hu

ta
ta

ka
ng
ge

nti

ku
en

su
gu
m

en
h

n
ka
ala

ng
as

n
ira

ta
M

ba
ah

em
m
Ke

m
h
h

ala
ala

as
as

M
M

Rajah 1.2 : Graf Perbandingan penguasaan murid.

Berdasarkan Rajah 1.2 bilangan murid yang lemah dalam penguasaan

mengetahui nilai nombor adalah sebanyak tiga orang, bilangan murid yang lemah dalam

penguasaan kemahiran mengunting mengikut bentuk ialah dua orang, manakala bilangan

murid yang menghadapi masalah dalam membatangkan suku kata terbuka kv + kv

adalah seramai empat orang. Hasil daripada data yang diperoleh menunjukkan murid

ataupun responden cenderung untuk menghadapi masalah dalam tunjang komunikasi

dan bahasa (Bahasa Malaysia) iaitu membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Hasil triangulasi ketiga-tiga data didapati bahawa seramai empat orang murid

saya yang memerlukan intervensi untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv+kv. Keempat-empat murid-murid ini berusia 6 tahun dan ada di antara

mereka pernah belajar di tadika swasta sebelum belajar di prasekolah ini. Jadi, dengan

9
berbekalkan itizam untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam

membatangkan suku kata terbuka kv+kv.

10
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Saya telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sepanjang bulan Julai. Hasil daripada pemerhatian yang

dibuat, saya mendapati murid sudah mengenal huruf konsonan dan huruf vokal

walaupun sebahagian murid baharu dapat menguasai kemahiran membaca. Murid juga

sudah boleh membunyikan suku kata tunggal kv seperti ba bi bu be be bo. Namun

begitu murid masih belum menguasai kemahiran untuk membatangkan dua suku kata kv

+ kv tertentu untuk membentuk perkataan yang mempunyai makna. Keadaan ini

disebabkan murid sering lupa bunyi suku kata awal apabila hendak membatangkan

perkataan tersebut. Kesan daripada kegagalan menguasai kemahiran ini, murid gagal

menguasai kemahiran membatangkan perkataan yang terdiri daripada dua suku kata

terbuka kv + kv.

Ujian pra telah dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui

sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata kv + kv.

Setelah dianalisis keputusannya, saya mendapati, majoriti murid gagal menguasai

kemahiran membatangkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan yang

mempunyai makna.

11
Saya juga telah melaksanakan temu bual ringkas, dengan guru yang mengajar

kelas prasekolah ini. Hasil temu bual saya dalam isu membatangkan suku kata kv + kv ,

saya mendapati murid seperti R 1, R 2, R 3 , dan R 4 yang menghadapi masalah yang

sangat ketara dalam membatangkan suku kata kv + kv semasa saya menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam slot Bahasa Malaysia.

Hasil dapatan yang telah saya dapat telah menarik minat saya untuk mengkaji

cara ataupun kaedah yang sesuai untuk memberi pengukuhan yang kukuh kepada murid

dalam kemahiran membunyikan, membatangkan, menyebut dan membaca suku kata kv

+ kv selaras dengan kemampuan dan juga minat mereka dalam aktiviti pengajaran, oleh

itu, saya menggunakan aktiviti bermain RSKB untuk menarik minat dan juga memberi

pengetahuan.

Saya berusaha untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka

kv+kv kerana ia merupakan asas kepada kepada kemahiran membaca murid-murid

prasekolah. Apabila murid-murid dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv+kv, mereka akan dapat mengikuti aktiviti membaca yang lebih tinggi arasnya

dan berasa seronok. Sekiranya murid-murid belum menguasai kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv+kv ini mereka akan hilang keyakinan diri untuk menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Dalam memilih isu atau masalah yang ingin saya kaji, saya juga mengambil kira

tempoh masa yang perlu gunakan untuk menjalankan kajian tersebut. Dengan hanya

diberi selama lima hari untuk mengumpul data di sekolah adalah sukar bagi saya untuk

12
menjalankan atau menyelesaikan isu yang sukar jadi saya memilih isu untuk

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv menggunakan teknik

bermain RSKB kerana saya berpendapat dan yakin dalam kekangan masa yang singkat

ini,

saya dapat mengumpul data yang saya inginkan dan seterusnya dapat membantu

murid Dalam memilih isu atau masalah yang ingin saya kaji, saya juga mengambil kira

tempoh masa yang perlu gunakan untuk menjalankan kajian tersebut. Dengan hanya

diberi selama lima hari untuk mengumpul data di sekolah adalah sukar bagi saya untuk

menjalankan atau menyelesaikan isu yang sukar jadi saya memilih isu untuk

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv menggunakan teknik

bermain RSKB kerana saya berpendapat dan yakin dalam kekangan masa yang singkat

ini,

2.2 Analisis Masalah

Untuk melihat masalah dengan terperinci dan mendalam di peringkat tinjauan awal, saya

telah menggunakan tiga jenis kaedah mengumpul data iaitu melalui pemerhatian, temu

bual dan ujian pra. Dalam kaedah pertama yang saya gunakan saya telah menggunakan

kaedah pemerhatian berstrukur. Pemerhatian berstruktur saya laksanakan menggunakan

skala kadar. Pemerhatian ini dijalankan untuk mengesan respon yang murid tunjukkan

semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktiviti intervensi turut

berlangsung. Dengan data yang diperoleh melalui rekod skala kadar saya dapat menilai

keberkesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terhadap murid dan juga untuk saya

13
mengenal pasti murid untuk kajian daripada 25 orang di dalam kelas prasekolah semasa

slot tunjang Bahasa Malaysia.

Semasa saya melaksanakan pemerhatian untuk pertama kali, saya telah dapat

memerhatikan terdapat empat orang murid prasekolah yang langsung tidak memberi

respon seperti yang diinginkan terutamanya dalam aktiviti membatangkan suku kata

terbuka. Kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid ini telah menyebabkan akviti

pengajaran dan pembelajaran agak terganggu kerana murid tidak mampu mempelajari

atau membatangkan perkataan yang lebih sukar.

Bagi mengesahkan pengumpulan data saya menggunakan kaedah pemerhatian,

saya telah membuat ujian lisan terhadap murid yang saya ingin dikaji. Dalam ujian lisan

tersebut, saya telah menggunakan kaedah teknologi maklumat dan komunikasi iaitu

murid mengeja, menyebut dan membatangkan suku kata terbuka yang saya pamerkan

menggunakan komputer riba. Antara suku kata terbuka kv+kv yang saya gunakan dalam

ujian lisan ini ialah Bo + la, Ba + tu dan Bu + ku untuk mengetahui lebih lanjut

mengenai perkembangan murid dari segi kemahiran membatangkan suku kata terbuka

kv+kv. Kaedah ini saya gunakan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid

terhadap isu atau masalah membatangkan suku kata terbuka kv+kv. Gambar 2.1 dibawah

menunjukkan ujian lisan yang saya gunakan.

14
Gambar 2.1 Paparan Ujian lisan

Berdasarkan gambar 2.1 menunjukkan hasil daripada ujian lisan kini sudah pasti

slot masalah membatangkan suku kata terbuka kv+kv memerlukan tindakan yang

selanjutnya.

Secara rumusannya, slot Bahasa Malaysia merupakan salah satu subjek yang

menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan di prasekolah ini. Konsep yang

dilihat memerlukan bimbingan ialah menguasai kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv+kv. Seramai empat orang murid-murid yang dikenal pasti masih belum dapat

menguasai kemahiran itu.

Selain itu, untuk mendapat maklumat yang lengkap berpandukan daripada temu

bual yang telah dilaksanakan bersama guru, saya juga telah mengadakan ujian pra untuk

memastikan tahap perkembangan mereka di dalam mengenal pasti suku kata terbuka

kv+kv dan boleh membatangkan suku kata terbuka tersebut. Ujian ini saya laksanakan

secara individu (empat orang murid) di mana mereka perlu menyebut atau

membatangkan suku kata terbuka kv yang pertama dan diikuti dengan membatangkan

gabungan suku kata terbuka kv + kv yang kedua. Apabila selesai, murid boleh menulis

jawapan di dalam ruangan yang disediakan.

15
16
Sepanjang menjalankan ujian pra ini, saya memberi fokus terhadap empat murid

yang telah saya kenalpasti mempunyai tahap penguasaan kemahiran yang rendah

berbanding dengan murid-murid lain.

Jadual 2.2

Ujian Pra Membatangkan Suku Kata Terbuka kv+k


Suku Kata Batu Buku Bola
Responden
R1 / X /
R3 / X X
R 11 X / X
R 20 X X /

Berdasarkan Jadual 2.2 pencapaian 4 murid semasa menjalani ujian pra

membatangkan suku kata terbuka kv+kv. Menunjukkan murid masih menghadapi

masalah untuk membatangkan suku kata terbuka kv+kv. Walaupun sudah masuk

semester kedua persekolahan di mana murid, sepatutnya sudah menguasai kemahiran

asas seperti membatangkan suku kata terbuka kv+kv ini. Empat murid menghadapi

masalah dalam membatangkan suku kata terbuka. 3 orang murid tidak berjaya

membatangkan suku kata terbuka Buku, manakala 2 orang murid masih tidak boleh

membatangkan suku terbuka Ba + tu dan Bo + la.

Selepas itu, untuk memastikan murid dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan,

saya telah melaksanakan aktiviti tambahan iaitu mewarna lembaran kerja yang

mengandungi suku kata tersebut. Contohnya, saya menyebut Bo dan mereka harus

mewarnakan kotak suku kata yang mengandungi suku kata terbuka Bo tersebut

menggunakan warna kegemaran mereka dan seterusnya, sehinggalah kesemua kotak

17
suku kata yang ada di dalam lembaran kerja itu diwarnakan oleh murid. Gambar 2.3

akan menunjukkan semasa saya menjalankan ujian pra membatangkan suku kata terbuka

kv+kv.

Gambar 2.3 : Menunjukkan Aktiviti melaksanakan ujian pra membatangkan suku kata

terbuka kv+kv.

Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk melaksanakan kajian tindakan

saya berkenaan dengan topik masalah murid dalam membatangkan suku kata terbuka kv

+ kv. Dalam membantu murid untuk menyelesaikan masalah mereka, saya

menggunakan kaedah bermain “ Roda Suku Kata Berputar “. Permainan ini merupakan

permainan yang boleh menarik minat untuk bermain sesuatu permainan yang menarik,

singkat dan senang difahami. Di mana murid hanya perlu memutarkan Roda Suku Kata

Berputar tersebut hinggalah roda berhenti berputar dan menunjukkan suku kata kv + kv.

Contohnya, roda berhenti berputar di kedudukan Bo + La jadi murid perlu

membatangkan dua suku kata terbuka tersebut kv+kv untuk membentuk perkataan.

Permainan ini juga dapat meningkatkan semangat bersaing antara satu sama lain dalam

kalangan murid kerana mereka sangat teruja dengan aktiviti bermain berbanding aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang biasa hingga murid senang hilang fokus semasa

18
aktiviti dilaksanakan. Oleh itu, daripada ketiga-tiga data yang saya kumpul, terdapat 4

orang murid masih bermasalah dalam membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan

Saya telah memilih pendekatan belajar melalui bermain bagi meningkatkan kemahiran

murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana bermain adalah fitrah semula

jadi kanak-kanak. Permainan adalah suatu gerak kerja rangsangan yang

menggembirakan seseorang disamping dapat membantu perkembangan fizikal dan

mental individu tersebut. Justeru itu, melalui permainan RSKB ini dapat merangsang

kognitif murid membatangkan suku kata yang dibaca.

Peranan guru sebagai role model dapat menarik minat kanak-kanak untuk

membaca. Selain itu, kanak-kanak akan memperolehi banyak manfaat daripada

minat membaca. Menurut Mohd Aris, Siti Fatimah dan Asma (2004) pula

menyatakan melalui penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran bukan

sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi membaiki kesalahan

yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Kaedah ini dapat

menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan menarik

minat murid.

Menurut pendapat Abdul Ghani (1996) pula faktor bahan memberi kesan

dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran

berbahasa dan berinterkasi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu

menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh

menukar suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan

19
manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian komputer,

grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar.

Mengikut pernyataan Kamaruddin (2010), pelajaran menulis dan

membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya

dilaksanakan serentak. Semasa menulis, murid-murid juga akan membaca apa

yang ditulis untuk pemahaman, tetapi, tulisan yang tidak kemas boleh

menjejaskan pembacaan seseorang murid.

Abdul Rasid dan Zulkafli (2008) pula menyatakan masalah menguasai

kemahiran membaca menjadikan murid lemah dan tidak berminat belajar Bahasa

Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan

membaca seperti keliru mengecam huruf semasa membaca, tidak membunyikan

perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja

menyebabkan murid-murid tidak lancar membaca.

Saya memilih untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain

sebagai landasan kepada peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran

membatangkan suku kata kv + kv kerana apabila keseronokan murid dapat

ditarik, mereka akan terlibat secara aktif, serta dapat mengekalkan tumpuan pada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sekaligus membantu

mereka menguasai kemahairan yang dipelajari secara tidak langsung.

20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv+kv menggunakan permainan RSKB.

4.0 SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang ingin dikaji adalah seperti berikut :

1. Adakah teknik RSKB dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv + kv dalam kalangan murid-murid prasekolah.

21
5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini difokuskan kepada empat orang murid dari dua puluh lima orang murid

Prasekolah Y, di sekolah X yang terletak di pinggir bandar Sungai Petani, Kedah. Saya

telah memilih lima orang peserta kajian berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan.

Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid masih bermasalah dalam membatangkan

suku kata terbuka kv + kv.

Peserta kajian yang pertama yang saya ingin kaji ialah R 1 ataupun lebih mesra

disapa sebagai Kimi di dalam kelas. R 1 berumur 6 tahun dan pernah belajar di sebuah

Tadika swasta selama setahun sebelum masuk ke Prasekolah Y tahun ini. Dari segi

prestasi akademik yang dia tunjukkan di dalam kelas sepanjang saya menjalani

praktikum ini, dia seperti murid yang lain seorang murid yang aktif dan boleh mengikuti

arahan yang diarahkan. Dari segi sikap, dia mudah untuk memahami kehendak guru dan

mudah untuk bekerjasama dengan rakan dalam kumpulan walaupun pada mulanya, Kimi

agak menolak untuk melaksanakan aktiviti tetapi dengan beberapa rangsangan yang

diberikan seperti melantik dia menjadi ketua kumpulan mampu mengubah sikapnya sikit

demi sedikit.

22
Murid yang seterusnya, ialah R 2. Dia juga berusia 6 tahun dan pernah belajar di

tadika swasta sebelum ini. Kedua-dua ibu bapanya merupakan anggota tentera. Dari segi

akademik, dia boleh saya klafikasikan sebagai sederhana dan hasil kerja yang R 2

hasilkan tidak begitu menarik terutamanya dalam aktiviti mewarna yang hasilnya tidak

kemas dan tidak menarik. Dia juga seorang murid yang cepat bosan dan berusaha untuk

menarik diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan kerana ingin membuat kerjanya

sendiri tanpa diganggu oleh orang lain.

Seterusnya ialah R 3. Murid ini berusia 6 tahun dan tinggal dengan ibunya

selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai. Dia tidak pernah ada pengalaman bersekolah

sebelum ini dan dari segi akademik, R 3 mampu dididik lagi kerana dia ada itizam untuk

belajar dan berjaya. R 3 seorang murid yang baik kerana selalu membantu rakan-rakanya

yang lain dalam kesusahan.

Murid yang terakhir yang ingin saya kaji ialah R 4 yang satu-satunya murid

perempuan yang ingin saya kaji. Dia berusia 6 tahun dan juga pernah bersekolah di

sebuah tadika swasta. Dari segi akademik dia juga dalam kategori sederhana. Dia

merupakan murid yang sangat manja dan agak sukar untuk menerima arahan dan

mampu menimbulkan masalah di dalam kelas.

23
Secara keseluruhannya semua murid datang daripada keluarga yang mempunyai

tahap akademik yang sederhana dan masyarakat yang memberikan sepenuh kepercayaan

kepada guru untuk memastikan kemenjadian anak mereka dalam pelajaran. Murid

mempunyai prestasi yang sederhana dalam menguasai kemahiran yang diajar. Murid

juga datang daripada keluarga taraf ekonomi yang sederhana.

24
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik

antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang telah dibangunkan oleh Kemmis dan

MacTaggart (1988). Model Kemmis dan MacTaggart ini dapat dilihat di dalam Rajah

6.0.

Rajah 6.0 Model Kemmis dan MacTaggart (1988)

Model ini mempunyai 4 langkah kajian tindakan iaitu mereflek, merancang,

bertindak dan memerhati. Dalam langkah 1 iaitu mereflek, guru ataupun penyelidik

perlu membuat refleksi mengenai isu ataupun masalah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti. Guru boleh membuat refleksi

mengenai respon murid-murid semasa melaksanakan aktiviti contohnya, terdapat empat

orang murid tidak menulis huruf besar dengan teknik yang betul. Dengan berpandukan

25
masalah murid itu, guru perlu mengenalpasti sebab murid-murid tersebut tidak

menguasai kemahiran menulis huruf besar dengan teknik yang betul.

Di dalam langkah merancang pula, guru perlu merancang tindakan yang ingin

dilaksanakan untuk mengatasi masalah ataupun isu tersebut menjadi lebih teruk dan

juga membantu murid ataupun responden untuk menguasai kemahiran tersebut. Untuk

merancang satu tindakan, guru perlu merancang melalui prosedur yang lengkap. Ini

bermaksud perancangan itu perlu mengambil kira kesesuaian masa, tempat, keperluan

murid, alat intervensi dan sebagainya. Ini kerana, perancangan yang teratur akan

menghasilkan dapatan data yang diinginkan.

Untuk langkah bertindak, guru akan melaksanakan perancangan yang telah

dirancang untuk membantu murid ataupun responden menguasai kemahiran yang

mereka lemah dan belum dikuasai. Contohnya, guru menggunakan alat intervensi yang

telah dicipta untuk membantu murid menguasai kemahiran yang lembah tersebut.

Semasa melaksanakan tindakan, guru harus melakukan secara realitistik dan juga

bersifat autentik supaya data yang dikutip itu tidak mengandungi unsur penipuan.

26
Di dalam langkah memerhati pula, guru akan menjalankan pemerhatian terhadap

kemajuan tindakan semasa menjalankan proses pelaksanaan berlangsung. Pada masa

ini, guru boleh menggunakan keadah-kaedah yang sesuai dengan isu dan alat intervensi

seperti kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan sebagainya. Ini

bermakna, semasa murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru boleh

menggunakan kaedah pengumpulan data ini untuk mengumpul data yang diperlukan

untuk membantu meningkatkan kemahiran murid ataupun responden tersebut.

Konsep kajian tindakan Kemmis adalah berasas daripada konsep Lewin tetapi

diubah suai dengan memberi perhatian khas kepada penyelidikan tindakan. Kemmis

menjelaskan kajian pendidikan adalah proses berterusan tetapi terdapat gelungan-

gelungan refleksi kendiri dan perkembangan kajian. Skema kajian termasuk

perancangan, tindakan, perhatian, refleksi dan perancangan sebagai asas penyelesaian

masalah sendiri.

27
6.2 Langkah-langkah tindakan

Dalam memastikan perlaksanaan kajian tindakan berjalan dengan lancar dan teratur,

saya perlu melaksanakan tindakan saya itu dalam prosedur dan perlu dilaksanakan dalam

langkah-langkah yang tersusun seperti mana model yang telah saya pilih iaitu Model

Kemmis & MacTaggart (1988). Di dalam model ini terdapat dua gelung dan dalam

gelung yang pertama terdapat empat langkah iaitu, mereflek, merancang, bertindak dan

memerhati dan sekiranya gelung yang pertama gagal, saya perlu melaksanakan gelung

yang kedua sehingga saya dapat meningkatkan kemahiran tersebut.

6.2.1 Langkah Mereflek

Dalam langkah mereflek ini, saya perlu membuat refleksi berkenaan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh saya di prasekolah. Semasa

menjalankan langkah mereflek ini, saya perlu melihat ataupun menilai keberkesanan

aktiviti yang telah saya laksanakan tersebut melalui respon daripada murid, misalnya

murid dapat menjawab soalan yang saya soal dengan tepat dan betul. Semasa saya

menjalankan aktiviti pengajaran menyebut dan membatangkan suku kata terbuka kv +

kv dalam slot tunjang Bahasa Malaysia untuk tunjang komunikasi terdapat empat orang

murid menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran tersebut. Mereka langsung

tidak memberi respon yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Contohnya, R 1 hanya mampu mendiamkan diri apabila saya menyoal

soalan berkenaan dengan aktiviti. Selepas selesai sahaja sesi persekolahan, saya telah

membuat refleksi kendiri terhadap aktiviti pengajaran saya. Pelbagai tanggapan yang

28
saya fikirkan terhadap sebab ataupun punca murid-murid ini belum menguasai

kemahiran ini antaranya, teknik pengajaran saya tidak menarik dan sukar difahami oleh

segelintir murid, tahap perkembangan bahasa murid masih di tahap yang rendah dan

sebagainya. Oleh itu, saya perlu merancang sesuatu untuk membantu murid-murid ini

menguasai kemahiran dalam membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Dalam langkah mereflek ini, saya perlu membuat refleksi berkenaan dengan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh saya di prasekolah.

Semasa menjalankan langkah mereflek ini, saya perlu melihat ataupun menilai

keberkesanan aktiviti yang telah saya laksanakan tersebut melalui respon daripada

murid, misalnya murid dapat menjawab soalan yang saya soal dengan tepat dan betul.

Semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran menyebut dan membatangkan suku kata

terbuka kv + kv dalam slot tunjang Bahasa Malaysia untuk tunjang komunikasi terdapat

empat orang murid menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu,

saya perlu merancang sesuatu untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran

dalam membatangkan suku kata terbuka kv+kv.

29
6.2.2 Langkah Merancang

Langkah ini merupakan salah satu langkah yang sangat penting dalam kajian tindakan.

Semasa ingin merancang sesuatu tindakan yang ingin dilaksanakan, saya perlu

mengetahui punca sesuatu isu itu wujud. Jadi, untuk mendapatkan punca wujudnya isu

ataupun masalah tersebut, saya telah melaksanakan pemerhatian berstruktur terhadap

murid-murid yang telah saya kenalpasti menghadapi masalah dalam penguasaan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv. Di dalam tinjauan awal yang telah

saya laksanakan sya mendapati empat orang murid yang menghadapi masalah ketara

dalam penguasaan kemahiran ini iaitu R 1, R 2, R 3, R 4. Keempat-empat murid ataupun

responden ini, sukar untuk membatangkan dua gabung suku kata iaitu Bo+La Ba+Tu

dan juga Bu+Ku. Disebabkan itu, saya saya telah merancang kaedah tindakan yang

paling sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid Prasekolah terlibat.

Kaedah ini merupakan kaedah yang saya fikirkan paling sesuai dan berkesan bagi

menyelesaikan masalah dari segi penguasaan murid. Oleh itu, saya memilih untuk

menggunakan bahan maujud dan mesra pengguna iaitu Roda Suku Kata Berputar

(RSKB).

6.2.3 Langkah Bertindak

Langkah ketiga dalam model Kemmis & MacTaggart ialah langkah bertindak yang saya

perlu laksanakan untuk mengatasi masalah yang menjadi fokus kajian. Untuk

melaksanakan aktiviti yang saya rancang, saya akan melaksanakan dalam tempoh masa

5 hari iaitu semasa menjalankan proses pengumpulan data di sekolah yang saya

ditempatkan semasa menjalani praktikum fasa ketiga. Sebelum saya melaksanakan

30
intervensi yang telah saya rancang, saya perlu menjalankan ujian Pra untuk mengetahui

tahap perkembangan pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv+kv mereka.

6.2.3 Langkah Bertindak

Langkah ketiga dalam model Kemmis & MacTaggart ialah langkah bertindak yang saya

perlu laksanakan untuk mengatasi masalah yang menjadi fokus kajian. Untuk

melaksanakan aktiviti yang saya rancang, saya akan melaksanakan dalam tempoh masa

5 hari iaitu semasa menjalankan proses pengumpulan data di sekolah yang saya

ditempatkan semasa menjalani praktikum fasa ketiga. Sebelum saya melaksanakan

intervensi yang telah saya rancang, saya perlu menjalankan ujian Pra untuk mengetahui

tahap perkembangan pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv+kv mereka.

Sebelum memulakan intervensi, saya telah memperkenalkan murid yang terlibat

dengan alat intervensi saya iaitu Roda Suku Kata Berputar (RSKB) kepada mereka.

Roda Suku Kata Berputar (RSKB) merupakan sebuah roda yang berwarna warna

mengandungi enam suku kata terbuka iaitu, Ba, Bo, Bu, Ku, Tu, La. Roda tersebut

dibuat daripada polistren yang kemudiaannya dilekatkan dengan kertas warna yang

terdiri daripada warna-warna yang menarik. Roda ini mudah dan selamat digunakan

serta tahan lama. Sebab itu, saya memilih untuk mencipta dan menghasilkan alat

intervensi ini untuk membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi

mereka.

31
6.2.3 Aktiviti Mengenal Suku Kata Terbuka

Objektif

 Memperkenalkan murid kepada suku kata terbuka Ba, Bo, Bu, Ku, Tu, La.

 Membantu murid mudah untuk mengingat suku kata terbuka Ba, Bo, Bu, Ku, Tu,

La.

Prosedur Pelaksanaan

i) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan

yang terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

ii) Murid diminta untuk memilih dua sampul yang berbeza warna iaitu warna

kuning dan warna merah untuk menentukan giliran untuk memutarkan roda

suku kata berputar ( RSKB ).

iii) Murid memutarkan roda sehingga roda berhenti dan menunjukkan suku kata

terbuka yang mereka dapat dan menyebut suku kata tersebut dengan

bimbingan daripada guru.

iv) Murid memutarkan roda secara berterusan sehingga kumpulan lawan tidak

dapat menyebut atau membatangkan suku kata terbuka dengan betul.

32
6.2.4 Aktiviti Silap Mata Suku Kata

Objektif

 Murid dapat menyebut suku kata terbuka Ba, Bo, Bu, Ku, Tu, La dengan tepat.

 Membantu murid mudah untuk mengingat suku kata terbuka Ba, Bo, Bu, Ku, Tu,

La.

Prosedur Pelaksanaan

i) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan

yang terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

ii) Murid memutarkan roda yang dilekatkan dengan kertas warna yang kosong

( suku kata terbuka ditindih) sehingga roda berhenti dan menunjukkan kertas

warna yang menindih ataupun menyembunyikan suku kata terbuka tesebut.

Murid akan menyebut suku kata tersebut, apabila guru menanggalkan kertas

warna tersebut.

iii) Murid memutarkan roda secara berterusan sehingga kumpulan lawan tidak

dapat menyebut atau membatangkan suku kata terbuka dengan betul. Murid

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan yang

terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

iv) Murid memutarkan roda yang dilekatkan dengan kertas warna yang kosong

( suku kata terbuka ditindih) sehingga roda berhenti dan menunjukkan kertas

warna yang menindih ataupun menyembunyikan suku kata terbuka tesebut.

Murid akan menyebut suku kata tersebut, apabila guru menanggalkan kertas

warna tersebut.

33
v) Murid memutarkan roda secara berterusan sehingga kumpulan lawan tidak

dapat menyebut atau membatangkan suku kata terbuka dengan betul. Murid

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan yang

terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

vi) Murid memutarkan roda yang dilekatkan dengan kertas warna yang kosong

( suku kata terbuka ditindih) sehingga roda berhenti dan menunjukkan kertas

warna yang menindih ataupun menyembunyikan suku kata terbuka tesebut.

Murid akan menyebut suku kata tersebut, apabila guru menanggalkan kertas

warna tersebut.

vii) Murid memutarkan roda secara berterusan sehingga kumpulan lawan tidak

dapat menyebut atau membatangkan suku kata terbuka dengan betul.

6.2.5 Aktiviti Membatangkan Suku Kata Terbuka kv+kv

Objektif

 Murid dapat menyebut dan membatangkan suku kata terbuka kv+kv iaitu Bo+La,

Ba+Tu, Bu+Ku dengan tepat.

Prosedur Pelaksanaan

i) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan

yang terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

34
ii) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan

yang terdiri daripada dua orang ahli dalam satu kumpulan.

iii) Murid memutarkan roda sebanyak dua kali sehingga roda berhenti dan

menunjukkan suku kata terbuka yang mereka dapat dan membatang dua suku

kata tersebut tersebut dengan bimbingan daripada guru.

iv) Murid memutarkan roda secara berterusan sehingga kumpulan lawan tidak

dapat menyebut atau membatangkan gabungan dua suku kata terbuka dengan

betul.

6.2.4 Langkah Memerhati

Langkah yang terakhir di dalam model ini ialah memerhati atau pemerhatian. Selepas

selesai menjalankan intervensi, saya akan mengumpul dan menganalisis data bagi

menilai keberkesanan pengunaan Roda Suku Kata Berputar ( RSKB ) yang telah saya

gunakan semasa langkah bertindak. Saya telah menjalankan ujian pra untuk memerhati

dan menilai tahap perkembangan pengetahuan sedia ada murid dan juga keupayaan

murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Selain itu, saya juga telah menjalankan

pemerhatian kepada murid. Untuk pemerhatian, saya telah memilih untuk melaksanakan

pemerhatian berstruktur terhadap objektif kajian iaitu untuk membatangkan suku kata

terbuka kv+kv. Disamping itu, saya juga telah menggunakan ujian lisan untuk

mengumpul data. Saya mengadakan ujian lisan terhadap murid mengetahui potensi awal

35
murid-murid tersebut dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia yang berfokuskan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

36
7.0 Kaedah Mengumpul Data

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah memilih kaedah yang sesuai bagi mengumpul

data. Untuk mendapat data yang bermakna dan lengkap, pelbagai bentuk data dipilih dan

digunakan. Kaedah yang saya akan gunakan bagi melihat keberkesanan intervensi yang

saya lakukan ialah ujian pra, pemerhatian, ujian lisan. Hal ini adalah bertujuan mendapat

data bagi mengenal pasti samada intervensi yang digunakan dapat meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv bagi murid yang menjadi kumpulan

sasaran. Jadual 7.0 menunjukkan jadual perancangan cara pengumpulan data untuk

menjalankan kajian ini :

Jadual 7.0

Perancangan Cara Mengumpul Data Semasa Intervensi

Kaedah Cara mengumpul data

Pemerhatian Data pemerhatian juga akan dikumpul berdasarkan senarai semak yang
telah disediakan. Data yang diperolehi adalah terdiri daripada item
membatangkan suku kata terbuka kv+kv dalam bentuk / bagi murid
yang boleh menguasai Ya dan x bagi murid yang tidak menguasai
Tidak.

Ujian Lisan Data akan diambil berdasarkan senarai semak ujian lisan yang telah
disediakan. Data yang diperolehi adalah terdiri daripada item
membatangkan suku kata terbuka kv+kv dalam bentuk / bagi murid
yang boleh menguasai Ya dan x bagi murid yang tidak menguasai
Tidak.

Ujian Pra dan Data akan dikumpul berdasarkan senarai semak ujian pra yang telah
pasca disediakan. Data yang diperolehi daripada item membatangkan suku
kata terbuka kv+kv adalah dalam bentuk / bagi murid yang boleh
menguasai Ya dan x bagi murid yang tidak menguasai Tidak.

37
Saya telah melakukan pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang bulan Julai ke atas murid Prasekolah X di sebuah sekolah kebangsaan, di

Sungai Petani,Kedah. Saya telah merangka dan menyediakan borang pemerhatian

berhubung dengan perkara-perkara yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Pemerhatian saya bertumpu kepada lima item menggunakan

borang senarai semak untuk melihatan tindak balas murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Saya menjalankan tiga kali pemerhatian. Saya telah memerhatikan respon

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran membatangkan dua suku kata terbuka kv +

kv menggunakan kaedah konvensional iaitu mengeja dan membatang.

Seterusnya, dalam ujian lisan saya telah menggunakan kaedah penggunaan

paparan multimedia. Saya menggunakan kaedah ini adalah untuk menarik perhatian

murid dan juga untuk menjimatkan masa pelaksanaan intervensi kerana hanya diberikan

tempoh masa lima hari untuk mengutip data, jadi dengan kaedah ini penggunaan masa

dapat diuruskan dengan bijak. Dalam ujian lisan ini, murid akan menjawab setiap

paparan yang saya sediakan. Ujian lisan ini ringkas dan murid akan dapat melaksanakan

dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya menetapkan lima item yang ingin saya lihat

terhadap penguasaan dan pengetahuan sedia ada murid dalam membatangkan suku kata

terbuka kv + kv.

38
Saya telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca kepada responden untuk

melihat sejauh manakah keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain permainan

“Roda Suku Kata Berputar” dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran

membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv. Semasa ujian pra dijalankan, saya

meminta murid membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv tanpa mengaplikasikan

pendekatan belajar melalui bermain. Saya telah mentadbir ujian pra kepada kumpulan

sasaran sebelum pelaksanaan tindakan penambahbaikan dijalankan. Murid mengambil

ujian ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian ini

mengandungi 20 perkataan yang terdiri daripada suku kata kv + kv yang perlu

dibatangkan oleh murid.

Setelah murid melalui sesi rawatan, saya telah mentadbirkan ujian pasca terhadap

murid. Untuk ujian pasca, murid menggunakan soalan ujian yang sama setelah selesai

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan RSKB.

Ujian Pasca dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

murid dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv setelah

saya melakukakan penambahbaikan amalan pengajaran dalam sesi rawatan.

39
8.0 Analisis dan Interpretasi Data

Data dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Data ini dipersembahkan dalam bentuk

graf dan jadual untuk memudahkan penilaian keberkesanan intervensi kajian yang telah

dilaksanakan. Data pemerhatian dianalisis menggunakan peratus, dan ,membuat

perbandingan peratus antara pemerhatian 1, 2 dan 3. Satu jawapan yang betul bersamaan

dengan 1 markah ditukar menjadi 10 peratus. Jadual 8.0 menunjukkan panduan yang

saya gunakan dalam menganalisis dan menginterpretasi data yang telah saya kumpul.

Jadual 8.0
Jadual standard pretasi murid Prasekolah
Peratus Gred (Lembaga Peperiksaan Standard Prestasi (KSPK)
Malaysia)
80 -100 A Telah Menguasai
60-79 B Sedang Menguasai
40-59 C Perlu Bimbingan
20-39 D Belum Menguasai
Rujukan : Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(2010)

Jadual 8.0 menunjukkan standard pretasi yang digunakan untuk mengukur tahap

prestasi murid prasekolah dalam sesuatu kemahiran yang telah dijadikan panduan

kepada guru prasekolah menilai perkembangan murid prasekolah dari pelbagai aspek

iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial, Emosi (JERIS). Gred A mewakili standard telah

menguasai, gred B sedang menguasai, gred C perlu bimbingan dan gred D mewakili

40
belum menguasai. Pengunaan gred ini memudahkan guru untuk menilai tahap

perkembangan murid prasekolah dalam sesuatu tunjang.

Jadual 8.1
Analisis Pemerhatian Senarai Semak bagi murid R 1, R 2, R 3, R 4
Murid Pemerhatian Peratusan Pemerhatian Peratusan Pemerhatian Peratusan
1 (%) 2 (%) 3 (%)
R1 4/10 40 7/10 70 9/10 90
R2 5/10 50 6/10 60 9/10 90
R3 4/10 40 6/10 60 8/10 80
R4 4/10 40 7/10 70 9/10 90

Berdasarkan Jadual 8.1, kita dapat melihat dalam pemerhatian 1 keempat-empat

murid mencapai 40 % hingga 50 % yang hanya mendapat grad C dan bermaksud murid-

murid ini perlukan bimbingan daripada guru untuk menguasai kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv + kv. Namun menunjukkan peningkatan pada pemerhatian 2, di

mana murid-murid dapat mencapai 60 hingga 70 peratus yang mendapat grad B

Manakala, pada pemerhatian yang ketiga,murid-murid menunjukkan peningkatan yang

tinggi iaitu dalam lingkungan 80 hingga 90 peratus daripada 100 peratus yang

bersamaan dengan grad A. Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi murid R 1, R 2, R 3, R 4.

41
Perbandingan terhadap tiga pemerhatian yang telah laksanakan bersama murid-

murid dalam bentuk graf. Saya membuat perbandingan dalam bentuk graf untuk

memudahkan untuk menilai peningkatan yang dicapai oleh murid dari pemerhatian 1

hingga pemerhatian 3 seperti di dalam rajah 8.0 yang menunjukkan dengan jelas

peningkatan yang dicapai oleh murid.

Perbandingan Peratusan Membatangkan Suku Kata Terbuka


kv+kv

Murid R 4

Murid R 3 Pemerhatian 3
Pemerhatian 2
Murid

Pemerhatian 1
Murid R 2

Murid R 1

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Peratusan

Rajah 8.0 Perbandingan Peratusan Membatangkan Suku Kata Terbuka kv + kv

Berdasarkan rajah ,perkembangan yang sangat baik ditunjukkan keempat-empat

orang murid yang telah kaji daripada tiga kali pemerhatian yang telah dilaksanakan.

Berdasrkan graf diatas, pencapaian tertinggi yang diperolehi sepanjang pemerhatian

ialah 50% bagi pemerhatian 1, pemerhatian 2 ialah 70%, manakala pemerhatian 3 adalah

42
sebanyak 90%. Walaupun pada pemerhatian 3 murid hanya mencapai 90%, tetapi

peratusannya menunjukkan murid-murid menguasai kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv+kv. Bagi murid R 1, peningkatan penguasaan bagi kemahiran mengenal

nombor adalah sebanyak 40%, 70% dan yang tertinggi ialah 90%. Peningkatan murid R

2ialah daripada 50%, 60% kepada 90%. Murid R 3 pula ialah 40%, 60% kepada 80%.

Bagi murid R 4 pula, peningkatan yang dicapai adalah daripada 40%, 70% kepada 90%.

Jadual 8.2.

Analisis Markah Ujian Lisan

Murid Ujian 1 Peratusan Ujian 2 Peratusan Ujian Peratusan


(%) (%) 3 (%)
R1 5/10 50 7/10 70 9/10 90
R2 7/10 70 8/10 80 9/10 90
R3 6/10 60 7/10 70 9/10 90
R4 5/10 50 7/10 70 8/10 80

Berdasarkan Jadual 8.2, kita dapat melihat dalam ujian 1 keempat-empat murid

mencapai peratusan yang berbeza antara satu sama lain. Murid R 1 dan R 2 mendapat

50% bersamaan dengan gred C dimana mereka masih memerlukan bimbingan daripada

guru untuk menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv Manakala

murid R 3 mencapai 70% dan murid R 11 pula mencapai 60% yang bersamaan dengan

gred B yang membawa maksud sedang menguasai. Namun menunjukkan peningkatan

pada ujian 2, dimana murid-murid dapat mencapai 70 % untuk gred B dan 80 %

43
mendapat gred A. Manakala, pada ujian lisan 3 ,murid-murid menunjukkan peningkatan

yang tinggi iaitu dalam lingkungan 80 hingga 90 peratus daripada 100 peratus yang

bersamaan dengan gred A. Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi murid R 1, R 2, R 3, R 4.

Perbandingan tiga ujian lisan yang ditunjukkan dalam bentuk graf. Rajah 8.2

dibawah yang menunjukkan dengan jelas peningkatan yang dicapai oleh murid

Perbandingan Ujian Lisan 1, 2, dan 3 Dalam Kemahiran Membatangkan


Suku Kata Terbuka kv+kv
100
90
80
70 Ujian 1
60
Peratus

50 Ujian 2
40 Ujian 3
30
20
10
0
Murid R 1 Murid R 2 Murid R 3 Murid R 4
Murid

Rajah 8.2 Perbandingan Ujian lisan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

Rajah 8.2 merupakan perbandingan hasil daripada ujian lisan yang telah

dijalankan sebanyak tiga kali semasa intervensi. Hasil dapatan menunjukkan berlaku

peningkatan terhadap keempat-empat murid berdasarkankan kepada ketiga-tiga ujian

lisan. Bagi murid R 1, penguasaan yang dicapai bagi kemahiran membatangkan suku

44
kata terbuka kv+kv sepanjang ujian lisan ialah 50%, 70% dan 90%. Murid R 2 pula

berjaya menguasai kemahiran ini pada akhir ujian penguasaan pada permulaan sebanyak

70%, 80% dan 100%. Murid R 3 pula menunjukkan penguasaan sebanyak 60%, 70%

dan 90%. Manakala murid R 4 pula adalah sebanyak 50%, 70% dan 80%. Sepanjang

ketiga-tiga ujian lisan dijalankan, Murid R 2 menunjukkan pencapaian yang paling baik

kerana berjaya menguasai semua kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Walaupun murid lain tidak mencapai 100%, namun dapat dilihat berlaku peningkatan

yang amat ketara terhadap kesemua murid.

45
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, saya mendapati bahawa kaedah pembelajaran dan

pengajaran membatangkan suku kata terbuka kv + kv merupakan satu kaedah yang

efektif. Saya mengambil kaedah penyelesaian masalah kajian ini menggunakan kaedah

bermain kerana sifat kanak-kanak yang suka bermain dan belajar melalui pengalaman

semasa mereka bermain. Apabila murid ini bermain mereka akan merasa selesa dan

tidak tertekan berbanding dengan kaedah pembelajaran konvensional yang berpusatkan

guru.

Menurut Mohd Aris, Siti Fatimah dan Asma (2004) menyatakan melalui

penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran bukan sahaja boleh nampak

pergerakan yang dilakukan tetapi membaiki kesalahan yang dilakukan semasa

menjalankan aktiviti tersebut. Semasa menggunakan alat RSKB saya dapat melihat

dengan jelas cara peserta kajian menggunakan alat dan membantu mereka dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv peserta

kajian. Saya juga boleh menegur kesilapan peserta kajian dengan serta merta semasa

melaksanakan intervensi.

46
Menurut pendapat Abdul Ghani (1996) pula faktor bahan memberi kesan dalam

meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan

berinterkasi dengan lebih berkesan.s menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan

berinterkasi dengan lebih berkesan.

Semasa menjalankan aktiviti intervensi menggunakan RSKB, peserta kajian

memberikan tumpuan yang penuh dan juga melibatkan diri dengan aktif. Ini

menunjukkan minat membatangkan suku kata terbuka kv + kv dapat dirangsang dengan

pengunaan bahan maujud seperti RSKB.

Di awal peringkat saya melaksanakan kajian, saya mendapat keempat-empat

peserta kajian yang saya pilih hanya dapat mengenali dan menyebut suku kata terbuka

kv sahaja dan ini jelas dapat saya perhatikan semasa saya melaksanakan ujian dignostik

dimana murid begitu sukar untuk menbatangkan suku kata terbuka kv + kv walaupun

saya telah mengulang-ulang suku kata tersebut, situasi ini turut terjadi semasa saya

menjalankan ujian lisan. Contohnya, murid R 1 dapat membatang “Bo” tetapi tidak

membatangkan Bo+La.

Namun begitu, setelah saya menggunakan alat intervensi saya iaitu RSKB (Roda

Suku Kata Berputar) beberapa kali terhadap murid-murid ini, mereka berjaya

menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan daripada pemerhatian 1 hingga

pemerhatian 3. Berdasarkan keputusan dalam analisis data,ini telah dapat membuktikan

kaedah yang telah saya gunakan telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv+kv. Hasil dapatan daripada penyelidikan tindakan

47
ini menunjukkan objektif yang ditetapkan telah tercapai dan secara tidak langsung

persoalan kajian telah terjawab.

48
Soalan Kajian

Adakah responden dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv+kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan “

Roda Suku Kata Berputar” ?

Berdasarkan kajian tindakan yang telah jalankan, saya bersetuju ya bahawa penggunaan

RSKB (Roda Suku Kata Berputar) dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv + kv Ini dibuktikan melalui hasil data-data sebelum dan selepas

intervensi dipindahkan ke dalam bentuk graf 9.0

Jadual 9.0

49
Data sebelum dan selepas intervensi dijalankan terhadap peserta kajian

Graf Sebelum Dan Selepas Intervensi


100

90

80

70

60 Sebelum Intervensi
Peratusan

Selepas Intervensi
50

40

30

20

10

0
Murid R 1 Murid R 2 Murid R 3 Murid R 4

50
Melalui jadual 9.0, jelas menunjukkan peningkatan daripada keempat-empat

peserta kajian yang dikaji iaitu R 1, R 2, R 3 dan R 4. Sebelum menggunakan intervensi,

peserta kajian mencapai tahap perkembangan yang tidak memberangsangkan dalam

penguasaan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Namun begitu,

selepas menggunakan alat intervensi, peningkatan yang sangat memberangsangkan

ditunjukkan oleh peserta kajian. Ini membuktikan alat intervensi berjaya dalam

membantu peserta kajian untuk mengatasi kelemahan dalam penguasaan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Kesimpulannya, saya berasa berpuas hati dengan intervensi yang telah saya

laksanakan kerana ia menunjukkan perkembangan yang sangat positif, di mana murid-

murid sentiasa meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka mereka

daripada sebelum dan selepas intervensi. Ini bermaksud penggunaan teknik bermain

RSKB membuahkan hasil yang baik walaupun hanya dijalankan dalam tempoh masa

yang singkat. Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana murid-murid yang telah saya

kaji memberikan kerjasama yang sepanjang tempoh pengutipan data dijalankan. Moyes

(2005) berpendapat bahawa bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran

yang tebaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, jelas

bahawa kaedah bermain RSKB ini sememangnya mendatangkan impak dan kesan

positid terhadap perkembangan kemahiran murid terutamanya murid yang telah saya

kaji. Dengan itu, saya menegaskan bahawa suku kata terbuka kv+kv dapat ditingkatkan

menggunakan kedah bermain RSKB (Roda Suku Kata Berputar).

51
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid prasekolah yang meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv menggunakan kaedah RSKB (Roda

Suku Kata Berputar). Berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan ujian lisan yeng

dilaksanakan, hasil dapatan menunjukkan ketiga-tiga murid dapat berjaya menguasai

kemahiran tersebut.

Semasa melaksanakan kajian ini, saya telah mendapat banyak input dan

pengetahuan baru lebih-lebih lagi, ini merupakan kajian pertama yang telah hasilkan

sendiri berpandukan pengalaman yang telah saya hadapi sepanjang tiga fasa praktikum.

Antaranya ialah saya belajar untuk berfikir dan membuat refleksi berkenaan dengan

masalah yang timbul di dalam kelas dan kemudiaanya mencipta satu alat inovasi yang

boleh membantu meningkatkan kemahiran isu yang saya kaji. Contohnya, masalah yang

saya hadapi semasa praktikum ialah murid tidak dapat membatangkan suku kata terbuka

kv+kv, jadi dari isu tersebut, saya perlu mencari kaedah yang boleh membantu

meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran membatangkan suku kata terbuka

kv+kv.

Saya berasa sungguh bersemangat semasa melaksanakan kajian ini kerana saya

boleh menggunakan kaedah saya sendiri untuk membantu murid dalam meningkat

kemahiran mereka. Jika selama ini hanya terikat dengan buku, dan kaedah pengajaran

52
dan pembelajaran itu membosankan. Apabila bosan, murid akan senang tumpuan

ataupun fokus semasa berada di dalam kelas, jika ini berlaku guru tidak akan dapat

mengawal kelasnya kerana tidak berusaha untuk menggunakan kaedah lain semasa

mengendalikan kelasnya.

Namun begitu, saya turut menghadapi masalah sepanjang menjalankan kajian ini.

Saya tidak menafikan bahawa saya berasa tertekan semasa melaksanakan kajian ini.

Apatah lagi masa pengajian yang disingkat telah merumitkan lagi. Di dalam keadaan

yang tidak tentu arah saya telah meminta bantuan dan bimbingan daripada penyelia saya

bagaimana cara untuk menguruskan masa, melaksanakan kajian yang berkualiti dan

sebagainya. Tanpa bantuan beliau, sememangnya saya tidak akan dapat menghasilkan

tugasan kajian tindakan ini dengan jayanya.

Saya juga hilang kepercayaan terhadap kemampuan diri. Ini merupakan

pengalaman pertama kali saya bersikap begitu dan cepat marah. Mungkin disebabkan

tekanan kerja yang melampau menyebabkan perubahan sikap yang mendadak dalam diri

saya. Untuk menghilangkan perasaan ataupun sifat yang begini saya telah berjumpa

tutor kelas saya untuk mendapat nasihat yang boleh dijadikan panduan jika menghadapi

masalah yang melampau.

Justeru itu, saya berpendapat kajian tindakan ini banyak membantu saya dalam

merancangkan kaedah pengajaran kelak. Saya berharap dapat menggunakan alat inovasi

semasa mengajar kelak, kerana dengan menggunakan alat inovasi seperti Roda Suku

53
Kata Beputar saya dapat membantu murid untuk belajar dalam keadaan seronok

dan aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap, pada masa

hadapan saya akan mencipta intervensi yang boleh membantu meningkatkan kemahiran

secara menyeluruh kerana di dunia ini tidak ada yang mustahil.

54
11.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Hasil daripada kajian yang telah saya laksanakan, saya dapati terdapat perubahan dan

peningkatan dalam keempat-empat orang murid serta minat mereka terhadap mata

pelajaran Bahasa Malaysia selepas menggunakan RSKB (Roda Suku Kata Berputar).

Saya ingin mencadangkan bahawa guru perlu banyak menggunakan bahan maujud

semasa mengajar kerana bahan maujud ini memberi perasaan sebenar kepda murid, dan

biarlah murid boleh rasa, boleh sentuh, boleh lihat dan sebagainya. Aktiviti pengajaran

yang ada sifat “hands-on” lebih menarik kerana dapat mengasah cara murid berfikir,

mengurus dan sebagainya.

Saya berharap dapat diberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk mengutip

data, ini disebabkan ada di antara data saya kutip yang tidak mencukupi sehingga

menyukar saya untuk melengkapkan laporan lengkap kajian ini dan data yang saya akan

dapat itu sahih dan dipercayai oleh orang lain serta murid-murid boleh meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+kv dari semasa ke semasa.

Saya juga berharap guru, perbanyakkan penggunaan alat multimedia semasa

ingin merancang aktivti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyediakan bahan-

bahan pembelajaran terlebih dahulu serta meminta murid untuk mencuba di sekolah dan

juga di rumah. Perisian multimedia membantu murid-murid untuk memberikan tumpuan

yang baik seterusnya mengelakkan kebosanan kanak-kanak. Guru perlu mengikut trend

semasa kerana trend itu mampu mengubah minat murid terhadap sesuatu perkara. Jadi

55
guru bukan hanya mengajar tetapi juga boleh menjadi pencetus inovasi yang bercita-cita

membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dengan intervensi yang luar bisa.

56
SENARAI RUJUKAN

Fatimah Othman, (2009). Jurnal Pendidikan Prasekolah. Perlaksanaan Dan


Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Kemahiran Asas
Membaca Di Kelas Prasekolah, 1 – 48.

Fauziah Md Jaafar, (2010). Jurnal Pendidikan. Kepentingan Aktiviti Bermain Dalam


Pendidikan Prasekolah, 1 – 8.

Juliani Abdullah, (2010), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur : Kreatif Kembara Sdn.
Bhd.

Juriah Long, (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysi : Kuala Lumpur:


Fajar Bakti.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Kualan Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, (2000). Tatabahasa Dewan Jilid
2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn., Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, (2003) Panduan Pendidikan Prasekolah,
Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rozumah Baharudin dan
Salma Ishak, (1985). Panduan Aktiviti Prasekolah.

Saayah bte Abu, (2005). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain di Tadika-
tadika Kawasan Melaka Tengah, Melaka. Maktab Perguruan Islam,Bangi,
Selangor.

57
Lampiran A

Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3


Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1.Adakah murid dapat / / /
menyebut huruf A-Z
2.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Ba
3.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Bu
4. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo
5. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Tu
6. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ku

.7.Adakah murid / /
dapat menyebut suku
kata La
.8. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ba+Tu
9. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bu+Ku
10. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo+La
Jumlah 4/10 7/10 9/10
Peratus 40 % 70 % 90 %

58
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1.Adakah murid dapat / / /
menyebut huruf A-Z
2.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Ba
3.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Bu
4. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo
5. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Tu
6. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ku

.7.Adakah murid / /
dapat menyebut suku
kata La
.8. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ba+Tu
9. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bu+Ku
10. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo+La
Jumlah 5/10 6/10 9/10
Peratus 50 % 60 % 90 %

59
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1.Adakah murid dapat / / /
menyebut huruf A-Z
2.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Ba
3.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Bu
4. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo
5. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Tu
6. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ku

.7.Adakah murid / /
dapat menyebut suku
kata la
.8. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ba+Tu
9. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bu+Ku
10. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo+La

60
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1.Adakah murid dapat / / /
menyebut huruf A-Z
2.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Ba
3.Adakah murid dapat / / /
menyebut suku kata
Bu
4. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo
5. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Tu
6. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ku

.7.Adakah murid / /
dapat menyebut suku
kata la
.8. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Ba+Tu
9. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bu+Ku
10. Adakah murid / / /
dapat menyebut suku
kata Bo+La

61
Lampiran B

Nombor Ujian Murid R 1 Jumlah Peratus


Lisan (%)
Konstruk 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Murid dapat 1 / / / / / x x x x x 5/10 50
menyebut dan
menggabungka 2 / / / / / / / x x x 7/10 70
n suku kata
kv+kv
menggunakan 3 / / / / / / / / x x 8/10 80
Roda Suku
Kata Berputar
(RSKB)

Nombor Ujian Murid R 2 Jumlah Peratus


Lisan
Konstruk
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Murid dapat 1 / / / / / / x x x x 6/10 60


menyebut dan
menggabungka 2 / / / / / / / x x x 7/10 60
n suku kata
kv+kv
menggunakan 3 / / / / / / / / x x 8/10 80
Roda Suku
Kata Berputar
(RSKB)

62
Nombor Ujian Murid R 3 Jumlah Peratus
Lisan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Konstruk

Murid dapat 1 / / / / / / / x x x 7/10 70


menyebut dan
menggabungka 2 / / / / / / / / x x 8/10 70
n suku kata
kv+kv
menggunakan 3 / / / / / / / / / x 9/10 90
Roda Suku
Kata Berputar
(RSKB)

Nombor Ujian Murid R 4 Jumlah Peratus


Lisan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Konstruk

Murid dapat 1 / / / / / / / x x x 7/10 70


menyebut dan
menggabungka 2 / / / / / / / / x x 8/10 70
n suku kata
kv+kv
menggunakan 3 / / / / / / / / / x 9/10 90
Roda Suku
Kata Berputar
(RSKB)

63

Anda mungkin juga menyukai