Anda di halaman 1dari 15

KESAN TEKNIK ‘2T2K’ TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA

PELAJARAN EKONOMI.
KAJIAN KES : PELAJAR PENGGAL 1 STPM 2017
oleh
MAIMUNAH BINTI MANAB
Panitia Ekonomi

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan teknik ‘2T2K’ dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan enam
bawah dalam mata pelajaran Ekonomi Penggal 1. Pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap teori dan
konsep ekonomi yang dipelajari belum menjanjikan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tanpa teknik
menjawab soalan secara berstrategi. Teknik ‘2T2K’ diperkenalkan dan diserap dalam latihan pengukuhan
dan pemulihan berkenaan berdasarkan bentuk soalan peperiksaan sebenar. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa apabila pelajar yang menguasai konsep dan teori ekonomi yang dipelajari, seterusnya
mengaplikasikan teknik ‘2T2K’ dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam bahagian A dan
seterusnya meningkatkan pencapaian keseluruhan Ekonomi Penggal 1 STPM 2017. Walau bagaimanapun,
jika pelajar tidak menguasai teori dan konsep ekonomi sepenuhnya, teknik ini tidak memberi kesan yang
baik kepada pencapaian pelajar berkenaan.

1.0 PENGENALAN
Ekonomi adalah salah satu daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar
tingkatan enam dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia. Sukatan pelajaran Ekonomi digubal bertujuan untuk membolehkan
pelajar memahami dan menguasai ilmu ekonomi supaya dapat menganalisis dan membuat
penilaian tentang isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan, seterusnya memainkan
peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

Mata pelajaran Ekonomi merupakan mata pelajaran yang menggabungjalinkan banyak


kemahiran seperti pemahaman konsep dan teori ekonomi, mengumpul maklumat,
mempersembahkan data, menganalisis, dan membuat penilaian secara kreatif dan kritis.
Seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam penyelesaian isu semasa ekonomi.

Mata pelajaran Ekonomi (944) tingkatan enam terdiri daripada empat kertas. Kertas 1
(944/1) adalah mikroekonomi, diambil pada Penggal 1. Kertas 2 (944/2) adalah
makroekonomi diambil pada Penggal 2. Sementara Kertas 3 (944/3) adalah Ekonomi
Malaysia, dan Kertas 4 (944/4) adalah Kerja Kursus yang diambil pada Penggal 3.
Ekonomi Kertas 1 dan Kertas 2 masing-masing menyumbang 32% daripada markah

13
ekonomi secara keseluruhan. Sementara Ekonomi Kertas 3 menyumbang 16%, dan Kerja
Kursus menyumbang sebanyak 20% daripada markah Ekonomi secara keseluruhannya.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


Berdasarkan pengalaman mendapati pelajar ekonomi tingkatan enam menghadapi masalah
sukar untuk memahami konsep dan teori ekonomi yang agak abstrak, menganalisis, dan
menghuraikan data statistik. Namun pendekatan dengan berfokuskan kepada pelajar dan
pembelajaran secara aktif pelajar dalam kumpulan melalui strategi peta minda, peta i-
Think, penemuan, serta aktiviti penyelesaian masalah dapat membantu pelajar memahami
konsep dan teori ekonomi yang dipelajari. Ekonomi Penggal 1 merangkumi 5 tajuk utama
dan ia dapat diselesaikan mengikut perancangan. Teknik menjawab secara formal belum
sempat diberikan kepada pelajar, pelajar terus menghadapi ujian Kecemerlangan Penggal
Satu. Keputusan Ujian Kecemerlangan Penggal 1 amat mengecewakan. Hanya 7 orang
daripada 33 orang pelajar yang lulus penuh, sementara hampir separuh daripada jumlah
pelajar iaitu seramai 16 orang pelajar gagal dan 10 orang pelajar lulus sebahagian. Tiada
seorang pun pelajar memperoleh ‘A, A-’atau ‘B+’. Pencapaian terbaik hanya ‘B’ iaitu dua
orang sahaja.

2.0 ISU KEPERIHATINAN


Pembelajaran aktif iaitu melalui penglibatan pelajar disertai dengan penerapan pemikiran
aras tinggi di dalam pengajaran dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran
ekonomi, seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mereka terhadap konsep
dan teori ekonomi. Namun penguasaan konsep dan teori ekonomi belum menjanjikan
pelajar mampu menghubungkaitkan dan mengaplikasikannya dalam situasi persoalan yang
dikemukakan. Oleh itu, teknik menjawab dalam sesuatu mata pelajaran adalah sangat
penting supaya jawapan pelajar memenuhi kehendak soalan. Lantaran itu, pihak guru
sebagai pembimbing mestilah bijak merancang strategi bukan sahaja untuk meningkatkan
pemahaman konsep dan teori secara mendalam tetapi juga teknik yang membolehkan
pelajar mampu mengaplikasikannya dalam pelbagai kemungkinan persoalan.

Penguasaan konsep dan teori ini pula memerlukan latihan pengukuhan yang ‘berstrategi’
berdasarkan format peperiksaan sebenar. Walaupun pelajar mempunyai banyak fakta tetapi
gagal menghubungkaitkan dengan kehendak soalan, maka pelajar juga gagal memperoleh
markah jawapan yang baik.

14
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Secara umumnya, kajian ini dijalankan supaya dapat :
i. meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha meningkatkan
kecemerlangan mereka
ii. meningkatkan keupayaan pelajar dalam memahami kehendak soalan, dan
seterusnya menjawab soalan secara berstrategi dan bersistematik
iii. mengingkatkan pencapaian pelajar dalam Ekonomi STPM
3.2 Objektif Khusus
Secara khusus, objektif kajian ini ialah untuk:
i. meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahagian A (soalan aneka pilihan)
ii. meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Penggal 1
3.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. adakah pencapaian pelajar dalam Bahagian A meningkat pada Ujian Pos 1
(Peperiksaan Percubaan 1) berbanding Ujian Pra (Ujian Kecemerlangan) dan
terus meningkat pada Peperiksaan Penggal 1
ii. adakah pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi 1 meningkat pada
Ujian Pos 1 (Peperiksaan Percubaan 1) berbanding Ujian Pra (Ujian
Kecemerlangan) dan terus meningkat pada Peperiksaan Penggal 1

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran
ekonomi untuk Peperiksaan STPM 2017. Pelajar ini terdiri daripada 33 orang iaitu 25
orang daripada kelas Ekonomi, dan 8 orang daripada kelas Pengajian Perniagaan. Mereka
terdiri daripada 24 orang pelajar perempuan, dan 9 orang pelajar lelaki. Tiga orang pelajar
lelaki daripada pelajar ini adalah pelajar yang agak bermasalah dari segi kesihatan dan
kerap tidak hadir ke sekolah.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan sepanjang tiga bulan. Ia melibatkan satu ujian, dan dua peperiksaan
utama, iaitu Ujian Kecemerlangan, Peperiksaan Percubaan, dan Peperiksaan sebenar
Penggal 1. Ujian dan peperiksaan ini adalah sebagai kayu pengukur kepada keberkesanan
kajian ini.

15
5.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pemudahcara yang berfokuskan
kepada pelajar berlangsung, hampir keseluruhan pelajar menunjukkan kesungguhan dan
mengambil bahagian secara aktif. Semua pelajar memainkan peranan dalam
menyelesaikan masalah dan persoalan dengan bimbingan dan kawalan guru. Berdasarkan
Ujian Kecemerlangan Penggal 1,pencapaian pelajar dinilai. Keputusan amat
mengecewakan. Tiada pelajar yang cemerlang dalam Bahagian A. Berdasarkan jawapan
Bahagian B (esei) dan Bahagian C(kuantitatif), guru mendapati pelajar
i. tidak memahami kehendak soalan
ii. tidak membuat persediaan dan perancangan dalam menjawab soalan
iii. tidak membuat huraian / penjelasan dengan sempurna
iv. memberi fakta yang berulang
v. silap dalam melukis keluk / gambar rajah
vi. gagal melabelkan keluk

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Ujian Kecemerlangan Penggal 1 dijadikan sebagai ujian pra di mana ia dijadikan sebagai
asas perbandingan keberkesanan program atau teknik yang akan dijalankan.

Ujian Pra (Ujian Kecemerlangan Penggal 1)


Analisis keputusan boleh dilihat dalam jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Kecemerlangan Ekonomi
Gred Bil Pelajar NGMP %NGMP
A 0
A- 0
B+ 0
Penuh B 2
(21.2%)
B- 2
C+ 1
0.93 23.25%
C 2
C- 3
Lulus 10
D+ 3
sebahagian (30.3%)
D 4
Gagal F 16 48.5%
Bil Calon 33

16
Berdasarkan jadual 1 di atas, seramai 33 orang pelajar menduduki Ujian Kecemerlangan
Penggal 1 bagi mata pelajaran Ekonomi. Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) Ekonomi
hanya 0.93 iaitu hanya 23.25% daripada NGP penuh (4.00). Pencapaian lulus penuh, lulus
sebahagian dan gagal boleh dilihat dengan lebih jelas berdasarkan carta pai di bawah:

Gambar rajah 1: Carta Pai Pencapaian Ujian Kecemerlangan 1 Penggal 1 STPM 2017

PECAHAN PENCAPAIAN UJIAN


KECEMERLANGAN 1 PENGGAL 1 STPM
2017

21.2%
48.5% Lulus Penuh
Lulus Sebahagian
30.4% Gagal

Berdasarkan carta pai di atas, hanya 21.2% sahaja pelajar yang lulus penuh iaitu sekurang-
kurangnya mencapai ‘C’ dalam mata pelajaran Ekonomi. 30.4% pencapaian lulus
sebahagian iaitu pelajar memperoleh pencapaian ‘C-, D+’ dan ‘D’. Hampir separuh iaitu
seramai 48.5% pelajar gagal.
Sementara itu, analisa pencapaian pelajar dalam menjawab Bahagian A (soalan aneka
pilihan) adalah seperti di bawah:

Jadual 2: Analisa Pencapaian Pelajar Dalam Bahagian A


Ujian Kecemerlangan Penggal 1
Bil Pelajar 33
Markah Terendah (/20) 2
Markah Tertinggi (/20) 15
Markah: 16 dan ke atas 0
Markah : 10 hingga15 6 18.2%
Markah : bawah 10 27 81.8%

17
Berdasarkan jadual 2, seramai 81.8% pelajar lemah, 18.2% pelajar sederhana dan tiada
pelajar cemerlang dalam pencapaian Bahagian A. Persoalannya, di manakah kesilapan?
Adakah pelajar tidak mampu menguasai konsep dan teori ekonomi? Gurukah yang tidak
bijak membimbing pelajar? Hakikatnya pelajar didedahkan dan dibimbing untuk
memahami konsep dan teori ekonomi, dan disulam dengan latihan berdasarkan soalan-
soalan peperiksaan sebenar pada setiap tajuk pembelajaran ekonomi Penggal 1.

Pelajar tidak lemah, gurupun tidak salah dalam membimbing. Apa yang pasti, mesti ada
sesuatu penghalang atau yang tidak sempurna yang menyebabkan situasi ini berlaku.
Persoalan dilontarkan kepada pelajar, mereka membisu seribu bahasa. Mungkin takut
berterus terang. Guru di depan mata. Oleh itu guru meminta pelajar menulis apa sahaja
masalah berkaitan pencapaian mereka, kenapa itu berlaku? Apakah tidak faham dengan
penyampaian guru? Apakah guru membiarkan mereka? Atau apakah masalah daripada
pihak pelajar? Pelajar diberi masa satu hari merenung, berfikir dan diminta menulis apa
sahaja yang hendak diluahkan tanpa menulis nama mereka, dan meletakkan di atas meja
guru pada keesokan harinya.

Pelbagai alasan diberikan, tidak mengulangkaji, kurang membuat latihan, leka dengan
gajet, dan ramai juga memberi alasan, tidak faham bagaimana hendak jawab. Kenyataan:
‘tidak faham bagaimana hendak jawab’ menyentap hati ini. Rupanya bimbingan guru
kurang sempurna di mana pelajar tidak mahir mengaplikasi teori dan konsep dengan
permasalahan yang diberi. Pelajar perlu didedahkan dengan teknik menjawab soalan
dengan sebaiknya.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Pada peringkat awal pengajaran dan pemudahcara, guru telah membimbing dan
memastikan pelajar menguruskan nota secara sistematik dan kemas, serta mudah difahami.
Pelajar diberikan semangat dan penekanan bahawa motivasi dalam diri sendiri amat
penting sebagai penggerak kepada pencapaian kejayaan mereka. Pelajar diingatkan supaya
memahami dan menguasai konsep dan teori ekonomi yang terlibat dalam setiap tajuk.
Guru juga memastikan setiap pelajar mempunyai nota ringkas semua tajuk Ekonomi
Penggal 1 bagi memudahkan pelajar menguasai konsep dan teori ekonomi dengan cepat.
Apabila pelajar telah menguasai konsep dan teori ekonomi yang dipelajari dengan
baik,maka penguasaan teknik menjawab soalan memberi kesan yang tinggi kepada

18
mereka. Guru menggunakan soalan STPM yang sebenar, supaya pelajar terbiasa dengan
bentuk soalan peperiksaan. Guru terlebih dahulu memfokuskan kepada teknik menjawab
soalan aneka pilihan (Bahagian A). Guru yakin sekali penguasaan Bahagian A
membolehkan pelajar menguasai teori dan konsep ekonomi dengan baik.

TEKNIK ‘2T2K’ DALAM MENJAWAB SOALAN ANEKA PILIHAN


Aktiviti 1
Pelajar mesti memiliki dan menggunakan ‘highlighter’ iaitu pen penyerlah dalam
menjawab soalan aneka pilihan. Aktiviti ini dapat mengurangkan kelalaian pelajar dan
dapat memastikan pelajar menggunakan ‘otak sedar’ dalam menjawab soalan. Baca soalan
dengan teliti dan fahamkan akan kehendak soalan. Terus mencari jawapan yang tepat atau
kecilkan pilihan jawapan. Teliti alternatif jawapan dengan menyingkirkan pilihan jawapan
yang pasti salah, KIV pilihan jawapan yang kurang pasti sehingga tinggal satu jawapan
yang tepat.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah :

Langkah 1: Tentukan Kata kunci soalan


Pelajar hendaklah membaca soalan dengan teliti dan tandakan / ‘highligh’ kan kata kunci
soalan.

Langkah 2: Tentukan Konsep dalam kata kunci


Seterusnya pelajar hendaklah menentukantukan konsep atau teori dalam kata kunci soalan
berkenaan.

Langkah 3: Tolak , KIV


Tolak pilihan jawapan yang yakin salah. Ini supaya pilihan jawapan semakin kecil. Bagi
pilihan jawapan yang kurang yakin ‘KIV’

19
Aktiviti 2
Guru mempamerkan soalan aneka pilihan dan membimbing pelajar mengaplikasikannya.

Contoh soalan:
Kata kunci soalan Konsep: faktor
mempengaruhi permintaan

Keluk permintaan kopi beralih ke kiri disebabkan oleh

A penurunan harga teh pergerakan disepanjang keluk TOLAK


B penurunan harga kopi peralihan keluk permintaan KIV
C peningkatan upah buruh
peralihan keluk penawaran TOLAK
D peningkatan pendapatan peralihan keluk permintaan

permintaan meningkat TOLAK

Setiap pelajar dibekalkan 10 soalan aneka pilihan STPM 2015. Guru membimbing pelajar
untuk dua soalan pertama. Guru meminta 2 wakil pelajar mengaplikasikannya dalam
soalan 3, 4 dan 5. Soalan-soalan 6 hingga 10, diaplikasikan pelajar melalui perbincangan
kumpulan.

Refleksi Aktiviti 1 dan 2


Pelajar amat berminat dan seronok dengan aktiviti ini kerana mereka memperoleh satu
teknik atau kaedah dan bersungguh untuk mempraktikkannya. Hampir keseluruhan mereka
boleh menjawab 4/5 soalan dengan tepat. Terdapat pelajar yang meminta soalan tambahan.
Guru membekalkan soalan STPM 2015 (soalan 11 – 20) untuk dibincangkan dalam
kumpulan.

Aktiviti 3
Pelajar dibekalkan set-set soalan STPM sebenar. Guru meminta pelajar menjawab
sekurang-kurangnya 10 soalan aneka pilihan sehari sehingga menjelang hari peperiksaan
melalui pembelajaran akses kendiri secara individu ataupun kumpulan kecil.

20
Refleksi Aktiviti 3
Pelajar sangat berminat menyelesaikan tugasan. Terdapat pelajar yang menjawab lebih
daripada 10 soalan sehari. Guru mengambil markah bagi set-set soalan tertentu dan
memberikan hadiah kepada pelajar yang memperoleh melebihi 17/20 markah. Hakikatnya
menjawab soalan aneka pilihan secara berstrategi adalah satu cara pelajar belajar dan
mengulangkaji pelajaran secara berterusan. Ini akan dapat memantapkan penguasaan
konsep dan teori ekonomi seterusnya dapat membantu pelajar menjawab soalan esei dan
kuantitatif dengan lebih baik dan cemerlang.

TEKNIK ‘2T2K’ DALAM MENJAWAB SOALAN ESEI


Aktiviti 4
Guru menggunakan Microsoft PowerPoint dalam menjelaskan teknik ini. Guru terlebih
dahulu memberikan dapatan guru mengenai jawapan Bahagian B (esei) pelajar dalam
Ujian Kecemerlangan Penggal 1 yang lalu. Guru seterusnya menjelaskan ‘kehendak’ / kata
tugas yang digunakan dalam soalan. Pelajar hendaklah membaca soalan dengan teliti dan
menggariskan kata kunci dan kata tugas soalan supaya pelajar menggunakan ‘otak sedar’
dalam menjawab soalan. Pelajar mesti membuat perancangan dan persediaan dalam
menjawab soalan esei. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah:

Langkah 1: Tentukan Tajuk dan Teori (2T)


Baca soalan dengan teliti. Tentukan keberadaan soalan dalam tajuk pembelajaran ekonomi.
Apabila tajuk telah dikenalpasti, pelajar hendaklah menentukan teori atau konsep ekonomi
yang digunakan dalam soalan berkenaan. Ini supaya pelajar lebih fokus dan tidak tersasar
dalam menjawab soalan.

Langkah 2 : Kata Tugas dan kata Kunci (2K)


Gariskan / tandakan kata tugas dan kata kunci soalan, supaya pelajar tidak akan
memberikan fakta yang salah.

21
Aktiviti 5
Guru mempamerkan 3 soalan esei yang berbeza corak dan membimbing pelajar
mengaplikasikannya.

Kata Tugas Kata Kunci


Contoh Soalan:

Huraikan lima faktor penurunan permintaan motosikal tempatan. [10]

Tajuk 2 : Pasaran Barang dan Harga

Teori / Teori Permintaan / Faktor Mempengaruhi Permintaan


Konsep

Guru meminta pelajar menyenaraikan faktor mempengaruhi permintaan berdasarkan teori


ekonomi, dan membimbing pelajar menghubungkaitkan dan mengaplikasikannya kepada
situasi soalan iaitu penurunan permintaan motosikal.

Refleksi Aktiviti 4 dan 5


Pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya dan amat berminat serta bersungguh dalam
mendapatkan ilmu teknik menjawab. Pelbagai soalan dikemukakan terutamanya berkaitan
kata tugas soalan.

Aktiviti 6
Pelajar dibahagikan kepada 11 kumpulan (tiga orang dalam 1 kumpulan). Guru
memberikan tugasan iaitu menjawab 1 soalan esei bagi setiap kumpulan. Ketua kumpulan
akan menerima soalan secara undian.Soalan adalah berbeza pada setiap kumpulan.
Kumpulan dibekalkan kertas mahjung dan marker pen. Setiap kumpulan berbincang dalam
mengaplikasikan teknik yang dipelajari dan mempamerkan jawapan pada kertas mahjung.

Aktiviti 7
Pembentangan tugasan kumpulan berdasarkan kepada nombor soalan. Penentuan dan
penegasan jawapan dibuat bersama perbincangan dan bimbingan guru. Jika ada kesilapan
pembetulan terus dilakukan.

22
Refleksi Aktiviti 6 dan 7
Hanya dua pembentangan sahaja boleh dilaksanakan dalam satu masa PdPc. Setiap pelajar
mengambil bahagian secara aktif sama ada dalam perbincangan kumpulan ataupun
pembentangan. Mereka lebih bersikap terbuka, bersedia menerima teguran dan
membetulkan kesilapan.

Aktiviti 8
Eviden pembentangan yang telah selesai ditampal di dinding kelas. Pada waktu lapang
setiap pelajar hendaklah menyalin dengan menggunakan ‘otak sedar’ dalam buku masing-
masing.

Refleksi Aktiviti 8
Setiap pelajar menyalin soalan dan jawapan yang betul dalam buku pada waktu lapang
mereka. Ini sepatutnya pelajar lebih mahir dan menguasai konsep serta menguasai teknik
menjawab soalan esei.

6.0 DAPATAN KAJIAN


Markah Ujian Kecemerlangan Penggal 1, Pencapaian Peperiksaan Percubaan Penggal 1,
dan Peperiksaan sebenar Penggal 1 bagi mata pelajaran ekonomi dijadikan alat pengukur
untuk melihat keberkesanan teknik ini.Data markah ujian dan peperiksaan berkenaan
dikumpul dan dianalisis secara analisis deskriptif dengan menggunakan program microsoft
excel. Data markah dikumpul secara jadual berdasarkan bilangan peratus. Seterusnya
dipersembahkan dalam bentuk graf pai, dan graf bar untuk memudahkan penganalisaan.

6.1 Objektif 1 :Meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahagian A


Bahagian A terdiri daripada 20 soalan aneka pilihan di mana setiap solan menyumbang
satu markah mutlak, dan markah penuh Bahagian A adalah 20 markah.

Jadual 3 : Markah Terendah dan Tertinggi: Bahagian A Ekonomi 1


Markah Markah
Bil Pelajar Terendah Tertinggi
(/20) (/20)
TFE 1 33 2 15
Percubaan 33 5 19
Penggal 1 33 5 20

23
Jadual 4 : Analisis Markah Bahagian A Ekonomi 1
Markah: 16 & ke atas Markah : 10 - 15 Markah : bawah 10
Bil
Bil % Δ Bil % Δ Bil % Δ
Pelajar
(mata%) (mata%) (mata%)
TFE 1 33 0 0 - 6 18.2 - 27 81.8 -
Percubaan 33 9 27.3 27.3 15 45.4 27.3 9 27.3 -54.5
Penggal 1 33 12 36.4 9.1 14 42.4 -3.0 7 21.2 -6.1

Berdasarkan jadual 3, pelaksaan teknik ini telah dapat meningkatkan pencapaian markah
terendah pelajar iaitu daripada 2/20 kepada 5/20. Begitu juga ia dapat meningkatkan
pencapaian markah tertinggi pelajar iaitu daripada 15/20 kepada 20/20. Sementara analisis
pencapaian markah Bahagian A dapat dilihat dengan lebih jelas berdasarkan graf bar di
bawah:
Gambar rajah 2: Analisis Markah Bahagian A Ekonomi 1

ANALISIS MARKAH BAHAGIAN A EKONOMI 1


90
81.8
80
70
60
Peratus ( % )

50 45.4 42.4
36.4
40
27.3 27.3
30 18.2 21.2
20
10
0
16 DAN KE ATAS 10 HINGGA 15 BAWAH 10
Markah

TFE 1 TRIAL P1

Berdasarkan jadual 4 dan gambar rajah 3, didapati peningkatan pencapaian cemerlang iaitu
memperoleh ‘16 markah dan ke atas’ daripada 0% pada ujian kecemerlangan kepada
27.3 % dan meningkat kepada 36.4% dalam Peperiksaan Penggal 1. Pelajar lemah dalam
pencapaian dapat dikurangkan sebanyak 54.5 mata % dalam peperiksaan percubaan
berbanding ujian kecemerlangan dan terus berkurang sebanyak 6.1 mata % dalam
peperiksaan sebenar berbanding peperiksaan percubaan.

24
6.2 Objektif 2 : Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Ekonomi Penggal 1
Kertas Ekonomi 1 terdiri daripada 3 bahagian soalan. Bahagian B pula terdiri daripada 6
soalan esei dan calon perlu menjawab 4 soalan di mana setiap solan menyumbang 10
markah, dan markah penuh Bahagian B adalah 40 markah. Sementara Bahagian C pula
terdiri daripada 3 soalan kuantitatif dan calon perlu menjawab 2 soalan di mana setiap
solan menyumbang 10 markah, dan markah penuh Bahagian C adalah 40 markah. Oleh itu,
markah keseluruhan Ekonomi Kertas 1 adalah 80 markah.

JADUAL 5 : Analisis Keputusan Ujian 1, Percubaan, dan Penggal 1 : Ekonomi 1


KEPUTUSAN UJI 1 TRIAL P1
BIL % BIL % BIL %
A 0 0 1 3.0 7 21.2
A- 0 0 1 3.0 3 9.1
B+ 0 0 5 15.2 4 12.1
B 2 6.1 1 3.0 2 6.1
B- 2 6.1 1 3.0 7 21.2
C+ 1 3.0 2 6.1 1 3.0
C 2 6.1 7 21.2 1 3.0
LULUS PENUH 7 21.2 18 54.5 25 75.7
C- 3 9.1 1 3.0 2 6.1
D+ 3 9.1 5 15.2 1 3.0
D 4 12.1 4 12.1 2 6.1
NGMP 0.93 1.91 2.67
LULUS
10 30.3 10 30.3 5 15.2
SEBAHAGIAN
GAGAL 15 45.5 4 12.1 3 9.1
TIDAK HADIR 1 3.0 1 3.0
TOTAL 33 100 33 100 33 100

Berdasarkan jadual 5, Nilai Gred Mata Pelajaran telah meningkat daripada hanya 0.93
dalam ujian 1 kepada 1.91 dalam peperiksaan percubaan dan terus meningkat kepada 2.67
dalam Peperiksaan Penggal 1. Sebelum teknik ini dilaksanakan pencapaian terbaik hanya
‘B’, tetapi selepas ia dilaksanakan didapati, terdapat 2 orang pelajar memperoleh ‘A’ dan
‘A-‘. Pencapaian ini terus meningkat kepada 10 orang dalam peperiksaan sebenar. Analisis
pencapaian ini boleh dilihat dengan lebih jelas berdasarkan graf bar di bawah.

25
Gambar rajah 3: Analisis Pencapaian Ekonomi Penggal 1

ANALISA PENCAPAIAN MATA PELAJARAN


EKONOMI PENGGAL 1
75.7

54.5
45.5
Peratus ( % )

30.3 30.3
21.2
15.2 12.1 9.1

LULUS PENUH LULUS SEBAHAGIAN GAGAL


Keputusan

UJIAN 1 TRIAL PENGGAL 1

Berdasarkan jadual dan gambar rajah 3, pencapaian lulus penuh (mencapai sekurang-
kurangnya gred C) meningkat iaitu daripada hanya 21.2% dalam ujian 1, kepada 54.5%
dalam peperiksaan percubaan dan terus meningkat kepada 75.7% dalam peperiksaan
sebenar. Sementara peratus kegagalan dapat dikurangkan iaitu daripada 45.5% dalam ujian
1 kepada 12.1% dalam peperiksaan percubaan dan terus menurun kepada 9.1% dalam
peperiksaan sebenar.

7.0 RUMUSAN
Teknik ini bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar tetapi dapat
meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi di SMK Dato’
Sedia Raja. Ini terbukti dengan peningkatan pencapaian cemerlang dalam Bahagian A
sebanyak 27.3 mata% dan berjaya mengurangkan pelajar lemah sebanyak 54.1 mata%
dalam peperiksaan percubaan. Pencapaian cemerlang terus meningkat sebanyak 9.1mata%
lagi dan pelajar lemah terus berkurang sebanyak 6.1mata% lagi dalam Peperiksaan
Penggal 1.

26
Sementara pelajar lulus penuh bagi mata pelajaran Ekonomi 1 meningkat sebanyak 33.3
mata% dan pelajar gagal berkurang sebanyak 33.4 mata% dalam peperiksaan percubaan.
Pencapaian lulus penuh terus meningkat sebanyak 21.2 mata% lagi dan kegagalan
berkurang sebanyak 3 mata% dalam peperiksaan sebenar.

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Teknik ini berkesan dan baik bagi pelajar, dengan syarat pelajar telah menguasai
pemahaman konsep dan teori ekonomi dengan baik dalam setiap tajuk Ekonomi Penggal 1.
Kehadiran pelajar juga amat penting dalam menguasai konsep dan teori ekonomi.
Walaupun pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan ini, tetapi jika pelajar
masih tidak menguasai konsep dan teori dengan baik, ia kurang memberi kesan kepada
pencapaian pelajar. Bagi memastikan kaedah ini lebih berkesan untuk membiasakan
pelajar dengan soalan peperiksaan sebenar., ia memerlukan masa yang banyak untuk
latihan yang banyak. Oleh itu, sukatan pelajaran sebaiknya dihabiskan lebih awal. Apa
yang diharapkan teknik ini dapat dijadikan idea dan dimanfaatkan oleh mata pelajaran lain
dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran mereka.

RUJUKAN
1. https://samsiah70.wordpress.com/2011/04/26/teori-pembelajaran-kolaboratif/
dicapai pada 2/11/2016
2. Majlis Peperiksaan Malaysia(2012), Sukatan Pelajaran Ekonomi, Tingkatan Enam.

27

Anda mungkin juga menyukai