Anda di halaman 1dari 23

JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.

1) 2023

AMALAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF


GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

(PRIMARY SCHOOL VISUAL ARTS EDUCATION TEACHER ALTERNATIVE


ASSESSMENT PRACTICE)

Siti Norfatihah Nassir Hassan Palanivel1


Azlin Iryan Mohd Nor2
Norakmal Abdullah3

1-3
Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1
Corresponding author :snfnhfatihah06@gmail.com

ABSTRAK
Kesan pandemik Covid-19 dalam pendidikan menyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran mengalami transformasi. Bukan sahaja dalam proses pengajaran dan
pengajaran, namun berlaku juga transformasi dalam proses membuat pentaksiran. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji amalan pentaksiran alternatif guru Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka
bentuk kajian kes, melibatkan 10 orang guru Pendidikan Seni Visual di Sekolah Amanah
sekitar Kuala Lumpur. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temubual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Kutipan data dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi
pengurusan data yang lebih sistematik, kajian ini menggunakan perisian Nvivo dengan
menyalin semula patah kata informan ke dalam bentuk penulisan, membuat kod dan
menyusun kod-kod tersebut mengikut kategori yang sesuai kemudian kategori tersebut
dihubungkan melalui pembentukan tema yang menjawab soalan kajian. Analisis data
dirumuskan bahawa terdapat lima tema yang ditemui yang digunakan oleh guru
Pendidikan Seni Visual dalam melaksanakan pentaksiran alternatif dengan merancang
pengajaran dan pentaksiran alternatif, melaksana pengajaran dan pentaksiran alternatif,
merekod pentaksiran alternatif, tindakan susulan dan pelaporan pentaksiran alternatif.
Kajian ini adalah sangat penting kerana dapat memberi maklumat berkaitan dengan
amalan pentaksiran alternatif guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
74
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

serta pentaksiran bagi memastikan murid terus dinilai secara berterusan bersesuaian
dengan keperluan mereka dalam mendepani pelbagai situasi dan cabaran terkini. Secara
keseluruhannya, didapati bahawa guru melaksanakan pentaksiran alternatif secara
terancang dan sistematik melalui bimbingan dan pementoran serta pemantauan bagi
memastikan murid terus ditaksir secara berterusan.

Kata kunci: Amalan pentaksiran alternatif, guru Pendidikan Seni Visual.

ABSTRACT
The impact of the Covid-19 pandemic on education has led to transformational teaching
and learning sessions. Not only in the process of teaching and learning but also in the
transformation of the process of making assessments. The study aimed to examine the
alternative assessment practices of primary school Visual Arts Education teachers. The
study was conducted using a qualitative approach with a case study design, involving 10
teachers of Visual Arts Education at Trust Schools around Kuala Lumpur. Data collection
is through interviewing, observation and document analysis. Data collection is made
during the movement control order. For more systematic data management, the study uses
Nvivo software by re-copying informant words into writing form, creating code and
sorting the codes according to the appropriate categories then the categories are linked
through the formation of themes that answer the study questions. The data analysis
concluded that there were five themes found that were used by teachers of Visual Arts
Education in implementing alternative assessments by planning lessons and alternative
assessments, implementing teaching and alternative assessment, recording assessments,
follow-up actions and assessment reporting. This study is very important because it can
provide information related to teachers' alternative assessment practices in teaching and
learning as well as assessment to ensure that students are continuously assessed in
accordance with their needs in facing various situations and the latest challenges.
Overall, it was found that teachers implement alternative assessment in a planned and
systematic way through guidance and mentoring and monitoring to ensure students are
continuously assessed.
Keywords: Alternative assessment practice, teachers of Visual Arts Education.
75
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan sepanjang tempoh pelaksanaan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula sejak 2013 hingga 2025
bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Perubahan tersebut adalah selari dengan kemajuan global yang berlaku pada
masa kini. Aspek pentaksiran merupakan elemen penting dalam KSSR yang dilaksanakan
di semua sekolah. Pematuhan standard kualiti yang terkandung dalam KSSR melalui
pentaksiran merupakan pembaharuan yang perlu dicapai oleh murid sepanjang menjalani
proses pembelajaran.

Pada tahun 2016, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan.


Pelaksanaan PBD mengekalkan konsep pentaksiran dan melibatkan penetapan terhadap
pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran. Standard Prestasi yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi rujukan bagi
menetapkan tahap penguasaan murid bagi setiap mata pelajaran di bawah KSSR.
Perubahan dan penambahbaikan terus dilaksanakan dengan adanya Panduan Pentaksiran
Sekolah 2018 dan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah edisi kedua 2019 yang
menjadi rujukan para pendidik dalam melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Panduan
ini ditambah baik bagi membantu guru melaksanakan PBD dan turut menyumbang kepada
penjanaan idea-idea yang lebih kreatif guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta pentaksiran di samping mewujudkan suasana yang dapat
meningkatkan motivasi murid untuk terlibat secara aktif. Pelaksanaan pentaksiran adalah
secara berterusan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi memperoleh
maklumat berkaitan dengan kemajuan, perkembangan, kebolehan dan pencapaian murid
di samping dapat menjadi panduan guru untuk melaksanakan tindakan susulan melalui
peningkatan mutu dan kualiti pengajaran yang dilaksanakan.

Namun begitu, sistem pendidikan negara kita menghadapi cabaran baharu


apabila berlakunya penularan COVID-19 (Daniel, 2020). Perubahan daripada
76
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

pembelajaran secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR)


telah muncul sebagai pilihan yang perlu dilaksanakan dan tidak dapat dielakkan dalam
mendepani penularan COVID-19 dan situasi bencana yang dihadapi kini (Naciri et al.,
2020). Pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan sahaja
menjadi topik perbincangan utama Kementerian Pendidikan Malaysia malah oleh
seluruh rakyat Malaysia. Pandemik COVID-19 yang merebak dengan pantas dan tanpa
sebarang amaran awal menyebabkan berlakunya peralihan pembelajaran kepada PdPR
menjadi fenomena baharu bagi guru dan murid pada pelbagai peringkat institusi
pendidikan. Pelbagai kekangan yang dihadapi antaranya ialah liputan internet yang tidak
meliputi semua lokasi (Dian Ratu Ayu Uswatub Khasanah et al., 2020), penyediaan
kemudahan pendidikan digital yang terhad oleh ibu bapa (Obiakor & Adeniran, 2020)
dan infrastruktur teknologi dan pengurusan sistem teknologi (Ellya Susilowati & Mira
Azzasyofia, 2020). Transformasi ini menyebabkan murid perlu menyesuaikan diri
untuk mengikuti corak pembelajaran manakala guru pula perlu melakukan
pengubahsuaian yang bersesuaian sama ada dalam proses pembelajaran dan pentaksiran
murid bagi memastikan murid terus mendapat akses kepada pendidikan dan terus dinilai
mengikut kemampuan dan kemahiran. Penularan COVID-19 membawa perubahan besar
kepada kurikulum sebagai penyesuaian dalam mendepani situasi tersebut. Perubahan
bukan sahaja berlaku dalam proses penyampaian pembelajaran malah terhadap
pentaksiran (Cahapay, 2020). Pentaksiran alternatif merupakan salah satu inisiatif yang
boleh dilaksanakan oleh guru dalam melaksanakan penilaian.

Pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk


menilai penguasaan dan mengesan perkembangan murid. Pentaksiran ini selaras dengan
kaedah pembelajaran abad ke 21 berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi,
pemikiran, kritikal dan nilai. Pentaksiran alternatif seiring dengan pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid
secara holistik. Pentaksiran alternatif adalah suatu bentuk hasil pengukuran yang
menghuraikan pelbagai alternatif dan dijadikan sebagai suatu “ujian standard”.

77
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Pentaksiran alternatif merupakan suatu bentuk penilaian yang melengkapi semua


kekurangan daripada pentaksiran konvensional ( Nurul Akmar Said, 2020).

Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian ini ialah mengkaji amalan pentaksiran alternatif guru Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah. Kajian ini akan menjawab soalan mengenai amalan pentaksiran
alternatif guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

TINJAUAN LITERATUR

Pentaksiran

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual perlu dilakukan oleh guru-guru secara berterusan dan
teratur. Ia merupakan pentaksiran yang dilaksanakan secara menyeluruh meliputi Modul
Bahasa Seni Visual, Modul Kemahiran Seni Visual, Modul Kreativiti dan Inovasi, Modul
Apresiasi serta Pameran Seni Visual. Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Hayati
Mohd Yusoff dan Lee (2018) guru bertindak sebagai pemudahcara dan mempunyai
kaedah tersendiri untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran dilaksanakan dengan pelbagai
kaedah antaranya ialah melalui pemerhatian dan lisan.

Kajian yang dijalankan oleh Roslina Mohd Nor et al. (2020) pula mendapati
bahawa guru melaksanakan penilaian. Selain dari itu, guru juga membuat penilaian
terhadap murid dan membuat refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dibuat
berdasarkan aktiviti yang dijalankan dan dilaksanakan secara terancang. Penilaian yang
dilaksanakan secara formatif dan berterusan oleh guru untuk mengesan penguasaan murid
terhadap topi yang diajar dan penambahbaikan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat
pencapaian diperoleh. Hasil kajian oleh Lee dan Mohd Zahuri Khairani (2018)
menyatakan bahawa instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan
pengetahuan murid dipilih oleh guru semasa membuat penilaian. Antara aspek yang diberi

78
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

perhatian dalam merancang dan melaksanakan pentaksiran adalah latar belakang murid
dan tahap kognitif murid. Interaksi dilaksanakan bagi memperoleh maklumat berkenaan.

Scott (2020) pula berpendapat bahawa pembelajaran didorong oleh pentaksiran.


Pelaksanaan pentaksiran berlaku dengan baik dengan adanya kerjasama antara murid dan
keseluruhan organisasi pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid dan kualiti
pengajaran guru. Komunikasi sangat penting bagi memperbaiki mutu pentaksiran yang
dilaksanakan. Kajian yang dijalankan oleh Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus
(2018) menyatakan bahawa pengalaman guru akan mempengaruhi pentaksiran yang
dilaksanakan. Guru yang berpengalaman mempunyai kemahiran yang lebih tinggi
melaksanakan pentaksiran namun begitu tahap pendidikan guru baru atau guru novis
memberi kesan yang hampir sama dengan guru yang berpengalaman. Oleh itu, proses
bimbingan dapat membantu memperbaiki kualiti pentaksiran yang dilaksanakan.

Menurut kajian oleh Kalai Selvan (2020) bagi memastikan murid tidak tercicir
dalam arus pembelajaran, guru perlu peka terhadap pentaksiran yang dilaksanakan dan
memantau perkembangan murid dari masa ke semasa semasa proses pembelajaran
dilakukan. Tahap penguasaan murid dijadikan indikator bagi menentukan tahap
pencapaian murid. Rekod pencapaian murid adalah sangat penting bagi mengetahui
perkembangan murid secara menyeluruh dan seterusnya dapat dijadikan panduan untuk
guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang ke arah kemenjadian
murid.

Pentaksiran Alternatif

Menurut Aliasin & Amanlu (2017) penggunaan pentaksiran alternatif memberi kesan
signifikan terhadap prestasi dan meningkatkan pemahaman murid. Hal ini kerana,
pentasiran alternatif dapat meningkatkan motivasi murid dan menggalakkan penglibatan
dalam suasana persekitaran pembelajaran aktif. Seterusnya kajian oleh Triubaida Maya
Ardianti (2017) kaedah pentaksiran alternatif seperti portfolio, penilaian kendiri dan
penilaian prestasi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta
79
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

menyumbang kepada pemahaman dan peningkatan prestasi murid. Proses yang dilalui
oleh murid dalam suatu tempoh masa yang lebih panjang menggalakkan murid meneroka
lebih banyak dan seterusnya menarik minat mereka.

Amalan pentaksiran alternatif berkembang walaupun terdapat kekangan dari segi


kekangan masa, jumlah murid dan kekurangan latihan (Abdallah Ghaicha & Elmostafa
Omarkaly, 2018). Guru mempamerkan kesediaan yang positif dalam melaksanakan
pentaksiran alternatif namun latihan perlu dilaksanakan dari pelbagai aspek seperti
kemahiran melaksanakan pentaksiran alternatif dan peralatan yang diperlukan perlu
disediakan bagi mendepani cabaran khusus yang timbul berikutan pelaksanaan
pentaksiran alternatif. Selain daripada itu, kajian oleh Phongsirikul (2018), guru dan
murid menunjukkan sikap positif terhadap pentaksiran alternatif dari aspek kesahihan dan
kebolehpercayaan. Pentaksiran alternatif dinilai sebagai pemangkin yang meningkatkan
motivasi murid. Pentaksiran alternatif juga perlulah selaras supaya tidak menimbulkan
kekeliruan.

Dapatan kajian lepas juga menunjukkan bahawa pentaksiran alternatif seperti


penilaian rakan sebaya dan pemerhatian serta maklum balas berkaitan tugasan
diaplikasikan namun guru menghadapi kesukaran dalam melaksanakan pentaksiran
alternatif (Nikmah Sistia Eka Putri et al., 2019). Pentaksiran alternatif berbeza dengan
pentaksiran tradisional kerana murid didorong untuk mempamerkan potensi mereka.
Pentaksiran alternatif membantu guru membuat penilaian murid secara menyeluruh dan
membantu menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran serta mencapai
objektif pengajaran (Tosuncuoglu, 2018).

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif jenis kajian kes untuk menjalankan


penyelidikan ini. Pemilihan pendekatan ini adalah berdasarkan kepada matlamat
penyelidikan iaitu meneroka secara mendalam dan memperoleh gambaran jelas
berkaitan amalan pelaksanaan pentaksiran alternatif guru Pendidikan Seni Visual
80
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Sekolah Rendah. Informan dalam kajian ini adalah seramai 10 orang. Dalam kajian ini,
populasi yang dipilih terdiri daripada guru-guru yang mengajar di empat buah Sekolah
Amanah yang terletak di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Kaedah persampelan bertujuan
dipilih dalam kajian bagi memperoleh maklumat daripada informan untuk mencapai
objektif kajian (Ganesha et al., 2022). Beberapa ketetapan dilakukan oleh pengkaji bagi
mengenal pasti informan antaranya ialah guru berkenaan mestilah mengajar subjek
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah sekurang-kurangnya satu tahun,
berpengalaman melaksanakan pentaksiran dan secara sukarela untuk terlibat dalam
kajian. Penetapan ini adalah bertujuan untuk pengkaji memperoleh makluman berkaitan
dengan amalan pentaksiran alternatif. Jadual 1 menunjukkan kaedah persampelan kajian
ini bersama kod peserta kajian.

Persampelan Kajian

Jadual 1
Kod Persampelan Kajian
Peserta Kajian Pengalaman Mengajar Subjek PSV (Tahun) Pengkhususan Subjek (PSV)
I1 15 Opsyen PSV
I2 17 Bukan opsyen PSV
I3 12 Opsyen PSV
I4 8 Opsyen PSV
I5 8 Bukan opsyen PSV
I6 2 Bukan opsyen PSV
I7 2 Bukan opsyen PSV
I8 1 Opsyen PSV
I9 5 Bukan opsyen PSV
I10 5 Opsyen PSV

Sebelum menjalankan kajian sebenar, pengkaji menjalankan kajian rintis. Tujuan kajian
rintis ini adalah sebagai persediaan awal kepada pengkaji untuk melaksanakan temubual
separa berstruktur dan memastikan soalan-soalan temubual adalah bersesuaian dengan
kehendak soalan kajian. Kajian rintis ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman
kepada pengkaji untuk melaksanakan temubual di samping memberi pendedahan awal
dan membolehkan pengkaji untuk melaksanakan penambahbaikan dan seterusnya
81
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

membantu pengkaji untuk menambahbaik strategi pengumpulan data. Tema-tema yang


terhasil melalui kajian rintis ini membantu pengkaji untuk melaksanakan sesi temubual
sebenar dan seterusnya membantu pengkaji untuk membuat pemilihan informan yang
mempunyai potensi untuk menjawab soalan kajian.

Terdapat tiga kaedah pengumpulan data dilaksanakan iaitu melalui pemerhatian,


temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian yang dijalankan adalah berkaitan
dengan pemerhatian pengkaji untuk memperoleh maklumat asas informan. Sebelum
menjalankan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian berkaitan dengan kriteria
pemilihan informan bagi memilih informan yang tepat dan seterusnya menjawab soalan
kajian. Selain itu, pemerhatian juga dijalankan bagi mewujudkan hubungan antara
informan dan pengkaji bagi memastikan kelancaran sesi temu bual seterusnya
mewujudkan suasana yang selesa semasa sesi temu bual dijalankan. Temu bual
merupakan kaedah utama yang digunakan. Kaedah ini melibatkan pengkaji dan informan
berkomunikasi dan bersoal jawab untuk menjawab beberapa soalan temu bual separa
terbuka berdasarkan panduan temu bual yang disediakan. Sesi temu bual yang
dilaksanakan adalah secara bersemuka dan secara dalam talian berikutan pematuhan garis
panduan semasa pelaksanaan Perintah Kawal Pergerakan. Pelbagai medium komunikasi
yang digunakan sepanjang melaksanakan kajian. Antaranya ialah medium Google Meet,
aplikasi Whatsapp dan email. Permohonan kebenaran melaksanakan kajian dilaksanakan
secara dalam talian menggunakan email. Manakala medium Google Meet digunakan
untuk melaksanakan sesi temu bual secara dalam talian memandangkan Perintah Kawalan
Pergerakan berikutan penularan Virus COVID-19. Namun setelah kelonggaran diberikan
oleh pihak kerajaan, pengkaji juga melaksanakan sesi temubual secara bersemuka.
Medium Whatsapp digunakan untuk menetapkan temu janji dan menghantar salinan
transkripsi untuk pengesahan informan.

Semasa sesi temu bual dilaksanakan, penyelidik juga membuat rakaman video
dengan kebenaran informan dan membuat catatan lapangan. Pengumpulan data juga
melibatkan analisis dokumen iaitu merupakan sumber yang membantu pengkaji
memperoleh maklumat. Analisis dokumen ini juga membantu pengkaji memahami isi
82
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

kandungan dokumen yang berkaitan dengan kajian dan seterusnya mengembangkan


pengetahuan dan kefahaman dan seterusnya menjawab soalan kajian. Selepas sesi
temubual dilaksanakan, pengkaji menghasilkan transkripsi temu bual iaitu menyalin
semula patah kata informan ke dalam bentuk penulisan, seterusnya pengkaji membuat kod
dan menyusun kod-kod tersebut mengikut kategori yang sesuai dan seterusnya kategori
tersebut dihubungkan melalui pembentukan tema yang menjawab soalan kajian

Bagi pengurusan data yang lebih sistematik, kajian ini menggunakan perisian
Nvivo dengan menyalin semula patah kata informan ke dalam bentuk penulisan, membuat
kod dan menyusun kod-kod tersebut mengikut kategori yang sesuai kemudian kategori
tersebut dihubungkan melalui pembentukan tema yang menjawab soalan kajian.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik memperoleh maklumat berkaitan dengan


amalan pentaksiran alternatif guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sepanjang
tempoh kawalan pergerakan iaitu semasa penularan wabak Covid-19. Penyelidik
mendapatkan maklumat berkaitan dengan proses pelaksanaan pentaksiran alternatif iaitu
(i) merancang pengajaran dan pentaksiran alternatif (ii) melaksanakan pengajaran dan
pentaksiran alternatif (iii) merekod pentaksiran, (iv) tindakan susulan, serta (v) pelaporan
pentaksiran.

83
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Jadual 2
Rumusan Dapatan Temu Bual Guru Sekolah Amanah terhadap Amalan Pentaksiran
Alternatif PSV

Tema Dapatan

1 Merancang pengajaran dan Guru PSV memperoleh Bimbingan Komuniti


pentaksiran alternatif Pembelajaran Profesional atau Professional
Learning Community (PLC) dan memberi
penekanan penekanan terhadap penguasaan murid
2 Melaksanakan pengajaran dan Guru menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran
pentaksiran alternatif alternatif iaitu melalui pemerhatian, lisan serta
penulisan dan portfolio. Guru juga menggunakan
pelbagai pendekatan pentaksiran iaitu Pentaksiran
Luar Talian (Penggunaan Peranti Tanpa Capaian
Internet) dan Pentaksiran Dalam Talian
(Penggunaan Peranti Dengan Capaian Internet)
3 Merekod pentaksiran Guru menghasil rubrik dan merujuk rubrik supaya
bersesuaian dengan tahap penguasaan murid serta
mengumpul hasil tugasan murid
4 Tindakan susulan Guru melaksanakan penambahbaikan terhadap
keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan pencapaian murid berdasarkan
pentaksiran alternatif yang telah dijalankan
5 Pelaporan pentaksiran Pemantauan dan penyelarasan pentaksiran
alternatif dilaksanakan oleh penyelaras dan
pengesahan tahap pencapaian dilakukan oleh
pentadbir sebelum slip pelaporan pentaksiran
dikeluarkan. Dokumen pentaksiran juga disimpan
untuk rujukan guru dan pihak sekolah

Merancang Pengajaran dan Pentaksiran Alternatif

Perancangan pengajaran merupakan amalan yang dipraktikkan sebelum melaksanakan


sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan proses pengajaran berjalan dengan
lancar. Selain dari itu, bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dan seterusnya bagi
pemilihan kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Proses
merancang ini merupakan suatu rangka kerja yang mengandungi langkah demi langkah
serta melaksanakan pengajaran yang sistematik bagi memastikan topik pengajaran mudah
difahami oleh murid. Perancangan dilakukan secara harian sepanjang sesi pengajaran dan

84
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

pembelajaran. Menurut Khuzaimah Zaaim et al. (2019) guru sebagai perancang adalah
sangat penting bagi menepati objektif pengajaran dan bersesuaian dengan perbezaan
murid.

Bagi melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran


alternatif, guru telah memperoleh bimbingan dan pementoran melalui PLC. Amalan
pementoran dan bimbingan daripada PLC merupakan salah satu amalan yang telah
dilaksanakan di Sekolah Amanah bagi membantu guru berkongsi ilmu pengetahuan dan
kemahiran, mewujudkan hubungan yang berkualiti serta merancang aktiviti-aktiviti
pembangunan murid dan guru. Program pementoran merupakan salah satu mekanisme
yang membantu guru menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku melalui
bimbingan (Zahanim Ahmad & Qurratu Aini Syamim Rahman Hadzari, 2018).

Guru-guru dibimbing oleh Middle Leader atau dikenali sebagai Pemimpin


Pertengahan yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Setiap PLC mempunyai seorang
Middle Leader yang memainkan peranan sebagai mentor dalam membantu setiap ahlinya
dalam pelbagai aspek. Melalui PLC ini, setiap ahli berpeluang berkongsi kemahiran dan
ilmu pengetahuan bagi membantu setiap ahli. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
guru membuat perancangan dengan merujuk DSKP KSSR Pendidikan Seni Visual yang
meliputi Modul Bahasa Seni Visual, Modul Kemahiran, Modul Kreativiti dan Inovasi
serta Modul Apresiasi begitu juga pelaksanaan pameran.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, guru-guru dibimbing dalam pelbagai


aspek mengikut keperluan seperti bimbingan untuk membuat perancangan iaitu penulisan
rancangan pengajaran, bimbingan penghasilan bahan bantu mengajar digital serta
bimbingan penggunaan aplikasi digital bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pentaksiran alternatif. Situasi ini menunjukkan bahawa pentingnya proses bimbingan iaitu
sekiranya terdapat ahli yang mempunyai masalah dalam mendepani cabaran atau
permasalahan, PLC menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembangunan
profesional, kerjasama dan inovasi dalam kalangan guru yang mampu meningkatkan
pencapaian murid (Brown et al., 2018).
85
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

“...dalam PLC pun kita ada bincang nak buat, tapi kita takdalah nak
suruh cikgu buat macam ni macam tu. Panduan untuk nak rancang, nak bimbing
dan nak libatkan guru”. I4

“Saya kena rancang apa yang perlu diajar, libatkan murid, baru saya
boleh taksir. Apa yang saya belajar di IPG saya aplikasikan. Tetapi situasi
sekarang ni saya tak lalui sebelum ni. Jadi saya kena tambah ilmu saya. Perlu
berguru dengan orang yang berpengalaman melalui PLC”. I8

Melaksanakan Pengajaran dan Pentaksiran Alternatif

Guru memilih kaedah pentaksiran alternatif yang bersesuaian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antara kaedah pentaksiran alternatif yang digunakan oleh guru ialah
pemerhatian, lisan serta penulisan dan portfolio. Pemerhatian adalah salah satu kaedah
pentaksiran alternatif yang digunakan untuk menaksir bagi modul-modul yang terdapat
dalam Pendidikan Seni Visual. Kaedah pentaksiran lisan digunakan untuk menaksir
Modul Bahasa Seni Visual dan Modul Apresiasi Seni Visual sama ada semasa sesi
bersemuka dan dalam talian, Semasa melaksanakan aktiviti secara dalam talian, medium
seperti Google Meet, Zoom atau Youtube live, guru berbual secara lisan melalui teknik
penyoalan. Guru juga melibatkan murid melalui pembentangan hasil karya dan Bahasa
Seni Visual. Pentaksiran alternatif Pendidikan Seni Visual juga dilaksanakan melalui
penghasilan penulisan dan portfolio. Penulisan dan portfolio dinilai sebagai bahan bukti
terhadap hasil karya murid. Ia adalah sebagai bukti yang sahih terhadap perkembangan
pembelajaran murid dan penguasaan topik pembelajaran. Penulisan dan portfolio akan
dinilai oleh guru apabila murid menghantarnya sama ada melalui dalam talian ataupun
secara bersemuka. Tugasan murid yang meliputi kesemua modul yang akan ditaksir oleh
guru dimuatkan dalam portfolio dan akan dinilai oleh guru. Guru berperanan sebagai
fasilitator melalui pelaksanaan kaedah-kaedah ini manakala murid sebagai pembelajar
aktif. Amalan pembelajaran yang diterapkan dalam ini melancarkan lagi sesi pengajaran
dan pembelajaran kerana merupakan satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid
(Hasan et al., 2021).
86
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Guru juga mempelbagaikan kaedah pentaksiran alternatif antaranya ialah melalui


pentaksiran di dalam bilik darjah, pentaksiran luar talian (Penggunaan Peranti Tanpa
Capaian Internet) dan pentaksiran dalam talian (Penggunaan Peranti Dengan Capaian
Internet). Pendekatan yang dipilih oleh guru adalah bersesuaian dengan situasi dan
keperluan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara dengan menyesuaikan kaedah dan
pendekatan dengan objektif pembelajaran. Kepelbagaian kaedah pentaksiran alternatif
yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran serta
pentaksiran murid adalah sangat penting kerana murid mempunyai kemampuan yang
berbeza-beza.

Perbezaan murid seharusnya diberi keutamaan antaranya ialah berkaitan dengan


kekurangan infrastruktur digital, perkongsian peranti dan capaian internet supaya semua
murid dinilai secara berterusan dan mengelakkan berlakunya keciciran (Nik Md. Saiful
Azizi Nik Abdullah et al., 2021).

“Kita perlu melaksanakan pentaksiran alternatif. Sebelum ni memang kita ada


pentaksiran, masa PKP pun kita ada laksanakan sebab kita ada GM. Jadi pentaksiran
alternatif yang sesuai dengan situasi murid tu berlaku masa GM tulah cikgu kena
lakukan”. I1

“Pentaksiran alternatif yang kami jalankan, bila murid hasilkan karya, murid
pun boleh uploadkan gambar. Pentaksiran alternatif melalui pemerhatianlah kalau
kita tengok karya murid tu”. I2

“Sebelum PKP tu dah kena buat pentaksiran dah. Semua subjek kena buat
pentaksiran walaupun PdPR,jadi kami perlu kreatif melaksanakan pentaksiran
alternatif sebab subjek PSV ini melibatkan penghasilan karya. Kalau sebelum ni,
boleh lihat depan-depan. Masa pandemik ni, murid jauh”. I3

87
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Merekod Pentaksiran

Amalan merekod tahap pencapaian murid merupakan perkara penting dalam


pelaksanakan pentaksiran alternatif Pendidikan Seni Visual. Ini kerana ia akan
mempamerkan kefahaman, kemahiran dan nilai yang telah dicapai oleh murid. Guru
merekod pencapaian murid apabila selesai menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi setiap modul dalam borang transit. Penyataan pencapaian dapat menunjukkan
perkembangan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Tahap penyataan penguasaan
umum disediakan di dalam DSKP KSSR supaya wujudnya unsur kesahan dan
kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Penggunaan rubrik ini bagi menyelaraskan taksiran.
Bagi merekod tahap pencapaian murid, guru menghasilkan rubrik yang bersesuaian
dengan kepeluan murid dan kemudiannya merujuk rubrik tersebut. Rubrik yang dihasilkan
adalah berbeza dengan rubrik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.
Hal ini adalah kerana guru perlu peka dengan keperluan murid yang berbeza-beza. Kriteria
tahap penguasaan perlu difahami oleh guru dengan jelas supaya murid memperoleh tahap
penguasaan yang bersesuaian. Tahap keseluruhan bagi mata pelajaran akan ditentukan
pada akhir tahun. Guru mentaksir murid secara holistik dan mengambil kira aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pertimbangan profesional juga dilakukan terhadap
murid melalui interaksi guru bersama murid, pengalaman guru dan perbincangan bersama
sakan sejawat. Semasa pelaksanaan terdapat beberapa kekangan namun melalui
pertimbangan profesional berkenaan, murid akan ditaksir bersesuaian dengan penglibatan
mereka. Pertimbangan profesional ini adalah sangat diutamakan semasa pelaksanaan
pentaksiran alternatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana murid
berada di lokasi yang berbeza. Kebiasaan yang dilalui sebelum pandemik iaitu guru
membuat pentaksiran bersemuka berubah menjadi norma baharu iaitu pentaksiran secara
dalam talian mahupun luar talian.

Hasil tugasan murid bagi subjek Pendidikan Seni Visual dikumpul sebagai bukti
penglibatan murid dan bukti guru membuat pentaksiran secara telus dan holistik
berdasarkan penglibatan dan hasil tugasan murid. Hasil tugasan murid merujuk kepada

88
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

bukti penghantaran tugasan murid dan hasil karya murid. Bagi memastikan murid
menghantar tugasan dan hasil karya, guru menyediakan senarai semak kepada murid.

“Murid ni senang kalau bagi video penghasilan. Mereka tonton dan


mereka buat. Lepas dah siap atau belum siap pun, murid hantar dalam Telegram
ni. Lepastu saya nilai dan rekod. Tak sempat siap boleh sambung. Kita dah
bincang dalam panitia untuk tetapkan tempoh satu-satu modul tu”. I4

“Hasil karya saya akan lihat dan kumpul dalam fail, kotak atau komputer
saya. Saya simpan sebagai bukti”. I5

“Semua hasil karya murid saya akan kumpul dan rekod supaya mudah
saya taksir. Lagipun dalam setiap sesi pengajaran ada murid yang hadir ada juga
yang tak hadir. Asalkan murid tu hantar, saya akan nilai. Kalau tak hantar, susah
jugalah kita nak nilai sebab bukti semua kita kena kumpul. Kalau nilai ni, kita
tahulah tajuk mana yang murid telah kuasai, modul mana yang murid kuasai
sebab dalam seni ni ada empat modul. Semua modul tu kena buat untuk dapat
jumlah TP keseluruhan. Kena rekod semua tu”. I1

Tindakan Susulan

Dapatan kajian ini mendapati, guru membuat perancangan, melaksanakan perancangan,


merekod skor, kemudian melaksanakan tindakan susulan. Tindakan susulan perlu
dilaksanakan bagi menilai keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan. Keberkesanan dari aspek penyampaian guru adalah penting bagi
memastikan objektif tercapai di samping dapat mengetahui tahap pemahaman murid.

Sekiranya guru mendapati objektif tidak tercapai dan murid kurang faham
terhadap sesi yang telah dijalankan, guru perlu membuat tindakan susulan dengan
mengubah pendekatan dan kaedah pentaksiran alternatif yang digunakan supaya lebih
bersesuaian dengan keperluan murid yang berbeza-beza supaya dapat mengembangkan
89
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

potensi murid ke tahap yang lebih baik. Seterusnya dapat meningkatkan kualiti pengajaran
guru (Mardziah Abdullah et al., 2019).

Melalui temu bual yang dijalankan, didapati bahawa guru menjalin hubungan
yang sangat baik bersama dengan penjaga melalui medium komunikasi seperti Telegram
dan Whatsapss. Medium komunikasi tersebut dijadikan sebagai medium perkongsian
pancapaian murid. Penjaga dan murid akan dimaklumkan berkaitan dengan pencapaian
mereka berdasarkan penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan. Namun sekiranya
terdapat murid yang tidak melibatkan diri, guru akan membuat penambahbaikan dengan
mendapatkan maklum balas daripada penjaga murid berkenaan. Selain itu, guru juga akan
menyenaraikan nama murid yang tidak terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
kepada guru kelas dan penyelaras PBD bagi tindakan susulan. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa guru sentiasa memberi peluang kepada murid untuk membuat
penambaikan terhadap tugasan yang diberikan supaya dapat meningkatkan pencapaian
mereka. Hal ini adalah kerana proses penilaian adalah secara berterusan dan akan dinilai
dari masa ke semasa. Selari dengan dapatan oleh Senin Khamis dan Asri Selamat (2019)
iaitu maklum balas yang disampaikan oleh guru dapat mendorong murid untuk membuat
perancangan, pemantauan dan menyusun strategi untuk meningkatkan tahap pencapaian.

“Saya also change my strategy untuk mengajar untuk lebih menarik dan
tingkatkan pencapaian murid”. I5

“Lepas dah taksir, saya akan tengok pula,murid mana yang tak hantar
tugasan atau tak hadir,saya akan hubungi penjaga melalui Whatsapp atau Telegram
secara personal .Kot ada yang kita oleh tolong .Mungkin murid tu tiada gajet atau
ada masalahkan. Situasi sekarang ni kita pun faham. Kami bagi peluang untuk murid
buat. Kita maklumkan penjaga secara individu pula”. I1

“Kalau saya dapat kesan murid yang tidak hantar kerja, kita dapatkan
nombor telefon daripada guru kelas dan hubungilah untuk bertanya dan membantu.

90
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Semua murid sekurang-kurangnya perlu cuba untuk terlibat supaya saya dapat taksir.
I4

Pelaporan Pentaksiran

Pemarkahan hasil pentaksiran alternatif oleh guru di sekolah atau penyelarasan antara
guru di sekolah adalah satu proses yang dikenali sebagai pemantauan. Ia memerlukan
penyelarasan untuk memastikan pentaksiran alternatif Pendidikan Seni Visual
dilaksanakan dengan betul dan konsisten dari segi memahami prosedur tahap pencapaian,
menggunakan peraturan tahap pencapaian dan pemberian tahap pencapaian. Tahap
pencapaian murid bagi subjek Pendidikan Seni Visual dilaporkan secara berkala oleh
setiap guru mata pelajaran. Tahap pencapaian keseluruhan murid dilaporkan oleh guru
mata pelajaran dalam borang Pentaksiran Bilik Darjah. Tahap penguasaan murid bagi
subjek Pendidikan Seni Visual dipantau oleh Penyelaras Pentaksiran sama ada dibuat
perubahan atau dikekalkan perlu disahkan oleh guru besar sekolah bagi memastikan
kesahihan tahap pencapaian sebelum dikumpul oleh penyelaras pada peringkat akhir.

Informan menyatakan bahawa pelaporan pentaksiran alternatif menggunakan


template pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah. Proses pelaporan individu adalah peringkat
terakhir pelaksanaan pentaksiran. Tahap penguasaan murid akan dimaklumkan kepada
murid dan juga penjaga melalui pemberian slip pelaporan. Slip pelaporan ini
mengandungi tahap penguasaan murid secara keseluruhan dan juga penyataan berkaitan
tahap penguasaan tersebut. Dapatan daripada informan menunjukkan bahawa guru-guru
akan meyimpan bukti dan dokumen yang berkaitan dengan pentaksiran.

“Selesai semua modul dalam satu tajuk atau bidang tu, baru saya bagi
taksir sekali lagi. Kena ada pertimbangan juga. Kami bincang dengan panitia
untuk pertimbangan atau kelonggaran dalam membuat pentaksiran alternatif.
Kemudian akan buat pelaporan”. I1

91
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

“Pentaksiran alternatif ni kita buat setiap kali aktiviti dijalankan.


Penghasilan karya murid, murid guna Bahasa Seni, murid buat apresiasi dan
murid berkreativiti. Tahap penguasaan keseluruhan tu bukan setiap kali kita ajar.
Dua kali setahun je. Itu tahap penguasaan setelah beberapa tajuk telah diajar”.
I4

Kesimpulan

Dapatan kajian mendapati bahawa guru melaksanakan proses pentaksiran alternatif bagi
memastikan pentaksiran dilaksanakan secara berterusan iaitu dengan menjalankan
pentaksiran alternatif yang bersesuaian dengan situasi dan keperluan murid. Proses
pentaksiran alternatif yang dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan
perancangan, pelaksanaan, perekodan, tindakan susulan dan pelaporan tahap pencapaian
murid. Pemeringkatan amalan pentaksiran alternatif ini adalah sangat penting supaya
pentaksiran yang dilaksanakan adalah secara sistematik dan mengelakkan berlakunya
ketirisan atau kecuaian sepanjang proses pentaksiran dilaksanakan. Namun begitu
terdapat jurang yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif iaitu guru
masih memerlukan bimbingan dalam proses pelaksanaan pentaksiran tersebut. Proses
bimbingan adalah sangat penting berikutan pentaksiran semasa era pandemik bukanlah
satu kebiasaan bagi guru-guru. Guru perlu memilih kaedah pentaksiran alternatif yang
bersesuaian dengan kemampuan dan kemahiran guru sebagai pentaksir di samping
mengutamakan keperluan murid. Guru perlu kreatif mengolah kaedah pentaksiran supaya
murid dinilai berdasarkan penglibatan mereka.

Secara umumnya, pelaksanaan pentaksiran alternatif bagi subjek Pendidikan Seni


Visual dalam kalangan guru sekolah rendah mempunyai cabaran dan kekangan tersendiri
terutamanya ketika mendepani situasi pandemik. Walaupun guru sekolah rendah telah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran secara bersemuka sebelum
berlakunya penutupan sekolah berikutan pandemik namun pengalaman melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran secara tidak bersemuka sama ada secara
dalam talian atau di luar talian merupakan suatu pengalaman baharu yang perlu dilalui
92
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

bukan sahaja oleh guru malah melibatkan murid dan juga penjaga. Namun begitu, cabaran
dan kekangan terus dihadapi dengan mencari alternatif untuk melaksanakan sesi
pentaksiran yang bersesuaian dengan keperluan murid iaitu pentaksiran alternatif bagi
memastikan murid terus dinilai secara berterusan dan perkembangan mereka terus
dipantau dari semasa ke semasa supaya dapat mengelakkan berlakunya keciciran dalam
pelajaran. Guru sentiasa bersemangat untuk melaksanakan pentaksiran alternatif dalam
situasi norma baharu walaupun pada awalnya memberi sedikit bebanan dan tekanan.
Namun dengan adanya bimbingan,pementoran dan pemantauan daripada Professional
Learning Community (PLC), guru-guru dapat melaksanakan pentaksiran alternatif secara
teratur dan terancang. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh
Kalai Selvan (2020) bagi memastikan murid tidak tercicir dalam arus pembelajaran, guru
perlu peka terhadap pentaksiran yang dilaksanakan dan memantau perkembangan murid
dari masa ke semasa semasa khususnya dalam proses pembelajaran berkenaan. Tahap
penguasaan murid dijadikan indikator bagi menentukan tahap pencapaian murid. Rekod
pencapaian murid adalah sangat penting bagi mengetahui perkembangan murid secara
menyeluruh dan seterusnya dapat dijadikan panduan untuk guru merancang pengajaran
dan pembelajaran yang menyumbang ke arah kemenjadian murid.

Guru-guru akur dengan keperluan teknologi dalam pelbagaikan kaedah


pentaksiran alternatif berikut keperluan setiap murid adalah berbeza-beza. Guru-guru
berusaha menjana idea dan kreativiti bagi menyediakan pentaksiran alternatif bagi
subjek Pendidikan Seni Visual yang pelbagai termasuklah yang berteraskan teknologi.
Seterusnya. pengkaji menyarankan agar kajian terhadap keperluan modul pentaksiran
alternatif bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam kalangan guru di seluruh
negara.

RUJUKAN

Abdallah Ghaicha & Elmostafa Omarkaly (2018). Alternative assessment in the Moroccan
EFL classrooms teachers’ conceptions and practices. Higher Education of Social
Science, 14(1), 56-68. https://doi.org/10.3968/10161

93
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Aliasin, S.H., & Amanlu, M. (2017). The Effect of alternative assessment techniques on
EFL learners’ reading comprehension ability and self-efficacy in reading: The case
of Iranian junior high school students. Linguistics and Literature Studies, 5(3), 160-
168. https://doi.org/10.13189/lls.2017.050302

Brown, B. D., Horn, R. S., & King, G. (2018). The effective implementation of
professional learning communities. Alabama Journal of Educational Leadership, 5,
53-59.

Cahapay, M. B. (2020). Rethinking education in the new normal post-Covid-19 era: A


Curriculum Studies Perspective. 4(2), 1-5.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd.Rahman (2021). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 67-87.

Daniel, S. J. (2020). Education and the COVID-19 pandemic. Prospects, 49(1-2), 91-96.
https://doi.org/10.1007/s11125-020-09464-3

Dian Ratu Ayu Uswatub Khasanah, Hascaryo Pramudidyanto & Barokah Widuroyekti.
(2020). Pendidikan dalam masa pandemik Covid-19 pendahuluan. Jurnal Sinestesia,
10(1), 41-48.

Dilmaç, S., & Dilmaç, O. (2020). Visual art teachers’ determination of the self sufficiency
to use alternative assessment tools. International Journal of Evaluation and
Research in Education, 9(2), 292-302. https://doi.org/10.11591/ijere.v9i2.20496

Ellya Susilowati & Mira Azzasyofia (2020). The Parents stress level in facing children
study from home in the early of COVID-19 pandemic in Indonesia. International
Journal of Science and Society, 2(3), 1-12. https://doi.org/10.54783/ijsoc.v2i3.117

Ganesha, H. R., Member, B., Retail, G., & Private, T. (2022). Deriving right sample size
and choosing an appropriate sampling technique to select samples from the research
population during Ph.D. program in India. International Journal of Applied
Engineering and Management Letters.

Hasti Robiasih & Titi Lestari (2020). Formative Assessment performed by high school
teachers in the pandemic era. Loquen: English Studies Journal, 13(2), 80.
https://doi.org/10.32678/loquen.v13i2.3557

Kalai Selvan, A.(2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif


pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal, 3(1),152-161.

Khuzaimah Zaaim, Mohamaed Yusoff Mohd Nor & Shahlan Surat. (2019). Tahap
kompetensi guru (PdPc) SKPMg2 dan tahap kemenjadian murid. International
Journal Of Education, Psychology And Counseling, 4(27), 51-62.
94
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

Lake, R., & Olson, L. (2020). Learning as we go : Principles for effective assessment
during the COVID-19 pandemic. Center on Reinventing Public Education, July.

Lee, H. Y., & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBS guru-guru PSV Hilir Perak
dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik. KUPAS SENI: Jurnal Seni
dan Pendidikan Seni,6, 1-10.

Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty Hutagalung (2019). Tadbir urus
pentaksiran murid dalam kalangan guru pra sekolah. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik.

Naciri, A., Baba, M. A., Achbani, A., & Kharbach, A. (2020). Mobile learning in higher
education: Unavoidable alternative during COVID-19. Aquademia, 4(1), ep20016.
https://doi.org/10.29333/aquademia/8227

Nik Md. Saiful Azizi Nik Abdullah, Rohani Ali, Nurul Nadiah Yahya, Rabiatul Athirah
&Muhammad Isa (2021). Cabaran pengajaran digital secara maya dan kesediaan
murid pasca Covid 19. Sains Insani, 6(2).
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.317

Nikmah Sistia Eka Putri, Bambang Widi Pratolo & Fatimah Setiani (2019). The
alternative assessment of EFL Students’ oral competence: Practices and constraints.
Ethical Lingua: Journal of Language Teaching and Literature, 6(2), 72-85.
https://doi.org/10.30605/25409190.v6.72-85

Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus (2018). Amalan perancangan, pelaksanaan dan
pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran pranumerasi di tadika
swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(02), 101-110.

Nurul Akmar Said (2020). Alternative assessments : Performance assessment,


authenticity, portfolios and methods of implementing performance assessments.
Sains Humanika, 2 (2000), 51-55.

Obiakor, T., & Adeniran, A. (2020). Covid-19 : Impending situation threatens to deepen
Nigeria’s education crisis. Center For The Study Of The Economies Of Africa.

Phongsirikul, M.(2018). Traditional and alternative assessments in ELT: Students’ and


teachers’ perceptions. Reflections, 25(1), 61-84. https://so05.tci-
thaijo.org/index.php/reflections/article/view/136267

Roslina Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Nik Yusuf & Hamzun Haron. (2020). Meneroka
pengajran guru cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu kajian
kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH).

Scott, I.M. (2020). Beyond 'driving': The relationship between assessment, performance
95
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 21 (BIL.1) 2023

and learning. Medical education, 54(1),54-59.

Senin Khamis & Asri Selamat. (2019). The Use of feedback in the classroom assessment:
A case study. International Jurnal of Academic Research in Progressive Education
and Development, 8(3), 325-334.

Siti Hayati Mohd Yusoff & Lee, H.Y. (2018). Pengetahuan dan kesediaan guru PSV Hilir
Perak dan Bagan Datuk dalam melaksanakan PBS dalam PdP. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi,14,122-142.

Tosuncuoglu, I. (2018). Importance of assessment in ELT. Journal of Education and


Training Studies, 6(9), 163. https://doi.org/10.11114/jets.v6i9.3443

Triubaida Maya Ardianti, L. A. M. (2017). Students’ responses on the application of


authentic assessment in EFL reading class. Journal of English Language, Literature,
and Teaching, 1(2), 1-14.

Zahanim Ahmad & Qurratu Aini Syamim Rahman Hadzari (2018). Konsep mentoring
dalam kalangan guru : Satu penelitian awal. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial Dan Kemanusiaan, April, 557-576.

96

Anda mungkin juga menyukai