Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk
kepada keputusan yang dibuat oleh guru mengenai cara mengelola, melaksana dan menilai
pengajaran. Hal ini bermaksud bahawa guru perlu merancang dengan teliti isi pelajaran,
teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan Pada masa yang sama, menurut Esah Sulaiman (2004),
perancangan pengajaran juga merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru dengan
bijak mengenai perkara yang hendak diajar serta bagaimana untuk memudahkan murid
supaya faham apa yang disampaikan, Dengan ini, jelaslah bahawa perancangan
pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan
pembelajara supaya berjalan lancar.

2.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Adil

Bilangan Murid : 28 orang

Tarikh : 27 Mac 2018

Hari : Rabu

Masa : 9.20 – 10.20

Tema : Ekonomi Malaysia

Tajuk : Laut Penjana Ekonomi

Standard Kandungan

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan meggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
lakonan secara didik hibur.

Standard Pembelajaran

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta
menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. Menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa badan yang kreatif semasa
berlakon.

Sistem Bahasa:

 Bahasa badan
 Sebutan dan intonasi

Elemen Merentas Kurikulum:

 Ilmu: Sains
 Nilai: Yakin, berani, kerjasama
 Keusahawanan: Belajar dari kesilapan
 Kreativiti dan inovasi: Melakukan gerak badan yang kreatif

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)

Kemahiran Berfikir: Berfikir, menjana idea, menganalisis, mengenal pasti, merumuskan.

Kecerdasan Pelbagai: Verbal – linguistik, interpersonal, intrapersonal

Belajar Cara Belajar: Membaca, belajar dalam kumpulan

Pembelajaran Kontekstual: Mengaitkan dengan perkara di sekeliling

Strategi PdP: Berpusatkan bahan, berpusatkan murid

Teknik: Soal jawab

Bahan Bantu Mengajar

Jenis Bilangan
Video 1
Petikan taman laut 28
Pembesar suara 1
LCD 1
Komputer riba 1

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah melakonkan teater


Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran
Set induksi -Video hidupan 1. Guru menayangkan video kepada KB:
(5 minit) laut murid.  Berfikir
 Menjana idea
2. Murid diminta meneliti video tersebut.
KP:
 Verbal-
3. Guru bersoal jawab dengan murid. linguistik
 Interpersonal

4. Guru mengaitkan jawapan murid


Nilai:
dengan isi pelajaran.  Yakin
 Berani
Langkah 1 -Petikan taman 1. Murid diminta membaca senyap KB:
(10 minit) laut petikan taman laut.  Berfikir
 Menjana idea
2. Guru meminta murid membaca kuat
KP:
petikan taman laut.  Verbal-
linguistik
3. Guru membetulkan sebutan, intonasi
BCB:
murid sekiranya salah.
 Mendengar

Langkah 2 - Petikan taman 1. Guru memaparkan video teater KB:


(25 minit) laut pembaca kepada murid.  Berfikir
- Lakonan  Analisis
 Kenal pasti
- Video ‘teater 2. Guru meminta murid melakonkan
pembaca’ watak yang terdapat dalam petikan KP:
‘Taman Laut’ di hadapan kelas.  Verbal-
linguistik
 Intrapersonal
3. Murid lain diminta memberikan
komen tentang persembahan rakannya. BCB:
 Mendengar
4. Guru membetulkan dan memberi  Belajar dalam
kumpulan
pandangan tentang persembahan
murid.
Nilai:
 Yakin
 Kerjasama
Langkah 3 -Soalan 1. Guru memaparkan soalan dalam KB:
(15 minit) ‘powerpoint’ di hadapan kelas  Berfikir
 Analisis
 Jana idea
2. Murid diminta memilih nombor
soalan dan menjawab soalan tersebut. KP:
 Verbal-
3. Guru akan membetulkan jawapan linguistik

murid sekiranya salah.


BCB:
 Membaca
Penutup Kognitif 1. Guru meminta murid merumuskan KB:
(5 minit)  Rumusan isi pelajaran.  Berfikir
 Merumus
2. Guru mengucapkan terima kasih
KP:
kepada murid.  Verbal-
linguistik

Nilai
 Yakin

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar (BBM) merujuk kepada bahan yang direkacipta untuk
memudahkan pembelajaran dan pengajaran, sama ada berbentuk objek, carta pegun,
medium persembahan dan bahan pembelajaran elektronik. BBM tidak termasuk alatan
yang tersedia di dalam kelas atau makmal seperti papan tulis, kapor, pen warna dan
sebagainya. Penggunaan BBM yang pelbagai dalam proses PdP dapat menarik perhatian
atau minat murid untuk lebih fokus di samping meningkatkan kefahaman murid untuk
memahami sesuatu konsep yang diajar (Mohd Dahlan, 1992).

3.1 Elemen Pengisian Kurikulum Dalam Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan komputer riba, LCD dan pembesar suara sebagai bahan bantu mengajar jelas
menunjukkanpengaplikasian elemen kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). BBM ini digunakan untuk menayangkan video berkaitan hidupan laut dan juga
soalan yang ingin diajukan kepada murid. Dengan ini secara tidak langsung pendedahan
dan pengetahuan berkenaan TMK dapat diberikan kepada murid.

4.0 BAHAN PENTAKSIRAN

4.1 Elemen Pengisian Kurikulum Dalam Bahan Pentaksiran

Anda mungkin juga menyukai