Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

SINOPSIS 2
WATAK-WATAK 2
LATAR 2
MASA 2
BAHANA MULUT 3
BABAK 1 3
BABAK 2 4
BABAK 3 6
BABAK 4 7
RUJUKAN 9

1
SINOPSIS
Kisah seorang budak lelaki bernama Megat Terawis yang sombong, tidak hormat kepada ibu
bapa dan pembantu rumah. Megat selalu mencela dan menyakiti hati pembantu rumahnya
dengan menyusahkan, menghina serta memandang rendah Mak Cik Limah sebagai orang
gaji. Megat juga tidak menghormati ibu bapanya dan tidak berbudi bahasa. Megat selalu
memaksa ibu bapanya mengikut katanya dan mematuhi segala kehendaknya. Pada suatu
hari, Megat sesat ketika sedang bermain di dalam hutan, Megat tertidur kerana letih dan
berjumpa dengan Sang Monyet yang buas dan ganas. Sang monyet tidak mahu membantu
Megat pulang ke rumah kerana sifat angkuhnya dan biadap, malahan menghukum Megat.
Sang Monyet dan rakan-rakan memberikan pengajaran dan Megat pun insaf. Megat pulang
ke rumah dan memohon ampun daripada ibu bapa serta Mak Limah dan berjanji akan menjadi
anak yang patuh dan berbudi bahasa.

WATAK-WATAK
1. Megat Terawis
2. Ibu Megat
3. Ayah Megat
4. Makcik Limah
5. Sang Monyet
6. Hakim Sang Monyet

LATAR :
1. Rumah Megat
2. Hutan
3. Mahkamah Monyet

MASA :
1. Tengahari
2. Petang
3. Malam

2
BAHANA MULUT
oleh
MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD

Babak 1

Tirai dibuka, kedengaran suara menyampaikan……

Nazam nasihat

Dengarlah tuan satu rencana

Nazam dibawa hamba yang hina

Mudah-mudahan jadi berguna

Supaya umat tidaklah leka

Janganlah engkau ingkar dan lupa

Kelak hidupmu jadi merana

Nasihat ini sangat bermakna

Jadilah engkau insan berguna

Lampu terang, di ruang makan dalam sebuah rumah.

Megat: Mak Limah…. Mana makanan? Megat lapar ni. Sekarang waktu makan Megat
tak tahu lagi ke!
Mak Limah : Ba…baiklah, tengah siaplah ni (tergesa-gesa)
Megat (marah) : Eeee, orang tua ni! Lambatlah buat kerja, orang dah lapar ni. Cepatlah
sikit, dah tua pun nak kerja lagi.
Mak Limah : Dah siap ni, Marilah makan Megat.
Megat : (menyepahkan makanan dengan raut muka yang marah dan kecewa). Apa ni
Mak Limah! Nasi lembik, lauk tak sedap! Megat taknak tak nak makanlah.

3
Mak Limah : Bukankah ini masakan kegemaran Megat?
Megat (mengherdik) : Alaaa… Mak Limah kalau setiap hari lauk sama, Megat dah
jemu dan loya nak makan.
Mak Limah : Baiklah Megat nanti Mak Limah masak yang lain.
Megat : Tak perlu susah-susah, Megat dah tiada selera.
Ibu : Apa yang bising-bising di dapur ni?
Megat : Tengok ni ibu, Mak Limah tak pandai masak, Megat tak sukalah makan
masakan macam ni!
Ibu : Megat….Megat.. tak baik buat rezeki macam tu! Tuhan marah. Tengok tu…
nasi bersepah. Tak baik! Membazir amalan syaitan.
Megat : Mak Limah tu! Dia tu tak pandai masaklah. Megat penat-penat pulang dari
sekolah nak makan, makanan tak siap lagi. Mak lihatlah sendiri. Siapa nak
makan makanan macam ni? Tak sedap langsung, Megat taknak makan.
Ibu : Tak baik cakap begitu Megat. Mak Limah yang uruskan segala-galanya untuk
kita sekeluarga. Kalau tak ada Mak Limah siapa nak buat semua ini?
Megat : Itulah ibu, bila Megat cakap mesti ibu pertahankan Mak Limah
Ibu : Megat, habiskan makanan tu. Tak baik tauu…
Megat melangkah pergi.
Ibu : Megat… (geleng kepala)

PENTAS GELAP

Babak 2

Di tepi hutan, Megat berseorangan, gembira leka bermain sambil bernyanyi dan
memetik bunga. Dia ternampak seekor rama-rama yang cantik lalu mengejar dan
cuba menangkap. Tiba-tiba, dia tersedar bahawa dia telah masuk jauh ke dalam
hutan.

Megat (panik) : Ehhh…. Di mana aku sekarang ni? Baik aku pulang segara. Tapi
bagaimana hendak pulang? Aku tidak biasa dengan tempat ini. Ibu!
Ayah! Tolong Megat. Megat dah sesat, tak tahu jalan hendak pulang
ke rumah. Megat takut. Tolong, ayah tolong, ibu!

4
Megat merayau-rayau mencari tanda yang pernah dilalui, namun hampa. Megat
akhirnya tertidur keletihan.

(Pentas gelap seketika, apabila terjaga megat terkejut kerana dikerumuni oleh monyet
yang garang dan bengis.)

Megat : Eh di mana aku? Tolong jangan apa-apakan aku. Aku cuma mahu pulang
sahaja.
Monyet : Hei, budak lelaki. Mengapa kamu berani menceroboh ke tempat kami?
Megat (terkejut) : Eh, binatang apa pula ni? Macam monyet, tapi kenapa besar pula?
Monyet : Jangan banyak cakap! Jawab segera soalan aku.
Megat : Ehhh… kamu ni rupa macam monyet, tapi kenapa boleh bercakap macam
manusia pula?
Monyet : Aku dah kata jangan banyak tanya. Lagi sekali aku tanya, kenapa kau
ceroboh kawasan kami?
Megat : Tak, aku tak ceroboh tempat kamu. Aku hanya tersesat! Aku tidak tahu
jalan pulang.
Monyet : Bohong! Kau jangan cuba berbohong, kau sengaja ceroboh tempat kami!
Megat : Tolonglah percaya wahai monyet, aku tidak menceroboh tempat kamu. Aku
hendak pulang, tapi tiba-tiba aku sampai di sini. Tolonglah percayakan aku.
Monyet : Sudah, jangan banyak cakap lagi. Tangkap dia, gigit dia, kita makan dia!
Megat : Tolonglah, percayalah, aku tak ceroboh kawasan tuan. Lepaskanlah aku
pulang.

Megat cuba melarikan diri, tetapi dia terjatuh.

Monyet : Tangkap!
Monyet : Ikat budak ini, jaga, jangan sampai terlepas pula. Malam ini dia akan jadi
makanan kita. Hahahahhaha.
Megat : Tolonglah, wahai monyet. Janganlah makan aku. Lepaskanlah aku, aku
berjanji tidak akan datang ke sini lagi.
Monyet : Ahh, sudah terlambat! Ayuh kita ikat dia.
Megat : Tolong, tolong lepaskan aku…

Semua monyet mengikat Megat.

5
Babak 3

Megat dibawa ke mahkamah monyet. Seketika kemudia Ketua Hakim monyet


pun sampai

Monyet : Tuan hakim, dimaklumkan bahawa ada penceroboh telah masuk


kekawasan kita.
Megat : Tuan Hakim, saya bukan menceroboh tetapi aku tersesat.
Monyet : Bohong, Tuan Hakim! Budak ini sengaja masuk ke kawasan kita dan
melakukan banyak kersoakan.
Monyet : Betul, betul. Tuan Hakim. Percayalah, aku tidak menceroboh dan tidak
melakukan apa-apa kerosakan.
Monyet : Untuk pengetahuan yang Arif, latar belakang budak ini bukannya bagus
sangat. Saya selalu melihat dia berlagak sombong, tidak hormat pada ibu
bapa dan sentiasa meninggikan suara.
Megat : Tuan Hakim, percayalah cakap saya, itu semua fitnah. Tuan Hakim, aku tidak
pernah bersikap sebegitu.
Monyet : Yang Arif boleh saya tambah hujah saya lagi?
Tuan Hakim : Mahkamah membenarkan.
Monyet : Budak lelaki ini selalu menghina dan mencerca orang gajinya yang telah
mengasuh dia sejak kecil lagi. Dia juga pernah menyepahkan makanan
yang dimasak oleh orang gajinya. Selain itu, dia juga selalu melawan kata
kedua orang tuanya.
Megat : Yang Arif, tolonglah saya tak pernah melakukan sebegitu. Percayalah pada
saya.
Tuan Hakim : Baiklah, yang tertuduh. Sekarang giliran kamu membela diri!
Megat : Yang Arif, saya tidak pernah berkelakuan seperti itu, saya anak yang baik.
Monyet : Bohong! Yang Arif, tertuduh selalu melakukan perkara yang berlawanan
dengan nilai murni seorang anak.
Megat : Tuan Hakim, kalau ada kesilapan yang saya buat, bukanlah saya sengaja,
mungkin kerana kesilapan saya. Tolonglah, percayalah kepada saya, Tuan
Hakim.

Suasana sepi. Perbicaraan selesai. Semua menanti keputusan Tuan Hakim.

Tuan Hakim : Baiklah, mahkamah monyet medapati…Kamu bersalah dan dijatuhi


hukuman gigit sampai mati.

6
Megat : Tolong! Tolong! Tuan Hakim, saya tak bersalah. Lepaskanlah saya.

Semua bersorak gembira. Megat dimasukkan ke dalam penjara.

Monyet berpantun :
Kalau tuan ke Bukit Sentosa,
Belikan saya pari nyonya,
Jangan kita berbuat dosa,
Kelak akan dapat balasannya

Babak 4

Megat : Ibu, ayah, Mak Limah, tolong Megat.


Monyet : Diam, jangan menangis! Ini makanan kamu. Nanti tiba masanya kami pula
makan kamu.

Melihat makanan yang dihidangkan sedih dan terharu.

Megat (teknik monolog): Oh Tuhan, tolonglah saya selama ini saya tidak pernah
bersyukur dan atas pemberianmu.

Megat tertidur. Tiba-tiba dia terdengar suara orang memanggil.

Mak Limah : Megat..Megat… Bangun, cepat kita lari sebelum monyet-monyet itu
sampai. Ibu bapa megat menanti di luar.
Megat : Tolong makcik, selamatkan Megat. Megat takut dan menyesal. Megat berjanji
tak akan meyusahkan Mak Limah lagi. Tolong, makcik tolong!
Mak Limah :Cepat Megat!
Monyet : Hoi. Kawan-kawan budak itu melarikan diri. Kejar!
Megat : Cepat, Mak Limah, lari! Pegang tangan Megat.
Mak Limah : Megat, larilah dulu. Makcik letih, pergilah cepat. Ibu bapa Megat ada di
sungai.
Monyet : Kejar, cepat tangkap mereka!

7
Mak Limah berjaya ditangkap oleh tentera-tentera monyet dan mereka
mengerumuninya, Mak Limah menjerit ketakutan. Megat memerhati dengan
perasaan sedih dan sayu. Megat lari terus mendapatkan ibu bapanya yang
menunggi di tepi sungai.

Megat : Ibu..ayah, tolong Megat. Megat takut.


Bapa Megat: Cepat Megat. Monyet-monyet tu dah dekat lari laju lagi
Ibu Megat : Laju lagi, Megat, ibu di sini, cepat.
Megat : Ibu…ayah, awas monyet di belakang ibu dan ayah, lari…

Ibu dan ayah Megat juga dikerumuni oleh monyet. Mereka menjerit-jerit. Megat
turut menjerit sekuat hati dan jatuh pengsan.

Mak Limah : Megat..Megat..bangun, Megat. Megat, Mak Limah ni…. Syukurlah Megat
dah selamat. Kami semua sangat risaukan keselamatan Megat.
Megat : Makcik…makcik, ampunkan Megat yang selalu sakitkan hati makcik. Ibu ayah
ampunkan dosa Megat yang selalu melawan dan ingkar arahan ibu dan ayah.
Bapa Megat : Sudahlah, Megat. Megat dah selamat. Itulah, berapa kali ayah dan
pesan, jangan masuk ke hutan seorang diri. Kan dah sesat.
Megat : Ibu dan ayah tidak apa-apa? Mak Limah pun juga tak apa-apa?
Ibu Megat : Megat yang tesesat di sini dan tertidur. Kami tidak apa-apa. Nasib baik
Mak Limah terjumpa Megat di sini.
Megat : Megat minta maaf, Makcik, ayah, ibu….
Bapa Megat : Sudahlah, marilah kita balik ke rumah. Mak Limah dah masak masakan
kegemaran Megat.

Megat berpelukan dengan ibu, bapa dan Mak Limah (tekik beku)

Pentas gelap

-TAMAT-

8
RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdul Rashid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 39-45.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Johan Jaafar. (2012). Drama pentas Johan Jaafar. Petaling Jaya: Balang Rimbun Sdn. Bhd.

Kamala. (2012). Kumpulan Drama Anna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidan. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai