Anda di halaman 1dari 2

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning
susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada
musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati
adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak
tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau
dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak
pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang
lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan
si pemakainnya. Walauapapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan
sesuai dengan si pemakai.

Anda mungkin juga menyukai