Anda di halaman 1dari 3

Apakah definisi masalah sosial?

Definisi masalah
Masalah (problem)
-

Kata yang digunakan untuk menggambarkan suatu keadaan yang


menghasilkan situasi yang membingungkan.
Masalah biasanya dianggap sebagai suatu keadaan yang harus diselesaikan

Sosial
-

Merujuk kepada hal-hal berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.

Masalah sosial
-

Masalah yang berhubungan dengan nilai kemasyarakatan.


Masalah sosial mengganggu ketenteraman masyarakat.

1. Menurut Soetomo
- Masalah sosial merupakan suatu keadaan yang tidak diinginkan oleh
sebagian besar masyarakat.
2. Menurut Soerjono Soekanto
- Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan
atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial.

Wajarkah ganja dihalalkan di Malaysia?


-

Pada pandangan saya, kita sepatutnya tidak membenarkan negara


meluluskan kegiatan marijuana.

Sekiranya Malaysia bersetuju, maka negara akan berdepan dengan situasi


genting yang mungkin akan melibatkan banyak pihak terutamanya remaja
sekolah.

Salah sebuaah negara yang membenarkan dadah marijuana dihalalkan,


uruguay.

Menurut Presiden Uruguay, Jose Mujica, negara terpaksa membelanjakan


hampir RM8 bilion untuk membanteras gejala dadah yang menular di
negaranya termasuk penempatan banduan yang disabitkan dengan dadah.

Kita lihat pemulihan bagi golongan mengambil dada di Malaysia kurang


berjaya, apatah lagu kerajaan ingin melaksanakan, ia akan menghancurkan
negara,

Saya percaya, kadar jenayah akan meningkat kerana penagih-penagih


dadah tiada punca pendapatan untuk mendapatkan bekalan, jadi tidak
mustahil mereka akan mencuri atau meragut bagi membelinya dadah,

Menurut seorang kenalan saya yang bertugas sebagai Pegawai Farmasi,


berkata, dalam sudut perubatan Malaysia, marijuana tidak diiktiraf dalam
kegunaan perubatan.

Kesan perubatannya tidak standing dengan ubat-ubatan lain.

Kesan masalah sosial kepada negara


1. kita kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa depan.
- Hal ini demikian kerana golongan remaja dan belia yang akan
menerajui kejayaan negara kita pada masa akan datang mengalami
keruntuhan moral dan sering terbabit dalam gejala sosial.
2. Infrastruktur negara turut akan musnah
- Infrastruktur negara turut akan musnah akibat gejala sosial seperti
vandalisme. Hal ini akan menyebabkan kerancakan pembangunan
negara kita terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi
lembap kerana wujudnya gejala sosial dalam kalangan masyarakat
yang tidak mempunyai pemimpin.
3. menjejaskan imej negara kita di persada antarabangsa.
- masalah sosial seperti pergaulan bebas dan menghisap dadah juga
akan menjejaskan imej negara kita di persada antarabangsa.Sekiranya
gela ini semakin berleluasa di negara kita, negara lain akan
mempunyai pandangan yang negatif terhadap negara kita. Akibatnya,
negara lain akan enggan memberi kerjasama politik manakala syarikatsyarikat besar di negara lain pula tidak akan membuat pelaburan di
Malaysia kerana takut pelaburan mereka berisiko tinggi dan tidak akan
memberi pulangan yang baik disebabkan keadaan rakyat yang kurang
bersatu padu dan sering terlibat dalam gejala negatif.

4. keamanan dan kesejahteraan negara kita juga akan tergugat akibat masalah
gejala sosial ini
- keamanan dan kesejahteraan negara kita juga akan tergugat akibat
masalah gejala sosial ini. Kadar jenayah yang berlaku di Malaysia akan
meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial. Selain itu, anasiranasir luar akan menerap masuk ke negara kita sekiranya generasi
muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak diri. Ini sekali gus akan

meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk membanteras masalah


ini. Akibatnya, rancangan pembangunan kerajaan terbengkalai akibat
kekurangan kos untuk menampung kos perbelanjaan untuk projekprojek tersebut. Secara tidak langsung, negara kita tidak akan menjadi
maju dan gagal merealisasikan impian Wawasan 2020 untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Cara mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyrakat


1.
2.
3.
4.

tegur dan lapor


kempen
risalah
ceramah

kita haruslah berganding bahu seperti bak pepatah bagai aur dengan tebing.
Jangan mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing perlulah dikikis dalam diri
Jangan tutup sebelah mata.

HARAPAN
Saya menyeru kepasa segenap lapisan masyarakat agar berganding bahu demi
membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar umbi. Marilah kita bersama-sama
bekerjasama seperti kata perumpamaan ini bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus menular. Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai