Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Jackwarior Jackol
930904-12-5203

Selamat sejahtera kepada pembaca yang budiman,


Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana kerja kursus PJM 3109 Bola
Sepak dan Bola Jaring ini dapat dihasilkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Saya berpuas hati kerana kerja kursus ini dapat saya laksanakan mengikut
perancangan yang telah saya buat.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr
Chin Ngien Siong atas bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada saya dan
rakan sekelas yang lain tentang tugasan kerja kursus yang diberikan ini. Sekalung
kasih saya rakamkan kepada keluarga yang tercinta atas doa dan dorongan yang
sentiasa diberikan kepada saya. Walaupun jauh, tetapi doa dan restu keluarga
sentiasa mengiringi perjalanan saya di sini. Buat rakan sekelas, saya rakamkan
setinggi penghargaan kerana perkongsian yang dilakukan bersama saya sepanjang
pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan. Tidak ketinggalan buat
orang perseorangan, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya untuk
menyiapkan tugasan ini pada setiap masa. Terima kasih semuanya.
Sepanjang pelaksanaan tugsan ini, saya mengalami beberapa kekangan
yang menyebabkan kerja kursus ini tergendala pelaksanaannya. Namun, kekangan
itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya percaya kerana kekangan itulah
kerja kursus saya ini dapat saya hasilkan dengan syarat kita rajin bertanya tentang
perkara yang kita tidak ketahui. Kekangan yang pertama saya alami ialah ketika
saya memikirkan cara saya mendapatkan maklumat mengenai kerja kursus bola
sepak dan bola jaring .Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai broadband jadi
agak susah saya mahu mencari maklumat di laman sesawang.Line wi-fi di blok
kediaman saya juga tidak berfungsi.Saya sedaya upaya mencari jalan untuk mencari
maklumat. Jika saya tidak mengambil tindakan mencari maklumat mengenai kerja
kursus pendek ini, sudah semestinya saya akan membuang masa yang ada. Jadi,
saya telah mengambil keputusan untuk membuat rujukan dalam buku-buku yang
terdapat di perpustakaan kerana saya percaya dengan melakukan rujukan, saya

akan dapat mencari maklumat yang saya perlukan dalam memastikan tugasan kerja
kursus ini siap pada tempoh yang ditetapkan dan menepati soalan yang diberikan.
Di perpustakaan, saya juga sempat mencari maklumat dalam laman sesawang
menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Selain itu, saya
juga bertanya kepada rakan sekelas saya yang lain. Dengan melakukan
perkongsian bersama mereka, saya sedikit sebanyak mendapat gambaran cara
untuk menganalisis perlakuan ansur maju dalam kemahiran bola jaring yang perlu
saya masukkan dalam kerja kursus ini. Saya juga turut berkolaborasi bersama guru
pelatih yang berlainan opsyen tentang pelaksanaan menganalisis ansur maju bola
jaring. Semua perkongsian ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan
yang ingin saya lakukan. Saya terhutang budi kepada semua pihak yang telah
membantu saya.
Selain itu, saya mempunyai kekangan dari segi pengurusan masa. Selain
kerja kursus PJM 3109 ini, saya mempunyai tiga lagi kerja kursus yang perlu saya
siapkan dalam tempoh yang tertentu. Jadi. Saya telah belajar untuk membahagikan
masa saya untuk menyiapkan kesemua kerja kursus yang telah diberikan oleh setiap
pensyarah pembimbing bagi setiap kursus. Tambahan pula, pemberian soalan
tugasan yang agak lewat berbanding semester yang lepas telah menyebabkan saya
agak kelam-kabut untuk melaksanakan semua kerja kursus ini. Namun, saya tidak
menjadikan itu sebagai alasan saya tidak menyiapkan kerja kursus saya ini. Begitu
juga dengan kerja kursus saya yang lain. Saya sedaya upaya untuk menyiapkannya
dalam tempoh yang telah diberikan. Selain itu, dalam semester ini banyak program
institut yang melibatkan guru pelatih di sini. Kadang-kala saya berasa penat setiap
malam dan tidak berupaya untuk meneruskan kerja kursus yang telah saya rancang.
Namun, saya tidak menjadikan itu alasan untuk kerja kursus ini tidak dilaksanakan.
Saya telah mengambil inisiatif untuk menyiapkan kerja kursus saya pada sebelah
petang jika saya tidak mempunyai kuliah.
Selain itu, saya meluangkan masa siang hujung minggu saya untuk
menyiapkan kerja kursus saya dan sebelah malamnya pula saya meluangkan masa
untuk diri saya sendiri seperti berehat menenangkan fikiran selepas berusaha untuk
menyiapkan kerja kursus saya. Walaupun banyak kerja kursus yang diberikan oleh
pensyarah, tetapi kerja kursus ini tidak sedikit pun mengganggu aktiviti yang saya
suka atau mengganggu kegemaran saya terutama pada hujung minggu. Hal ini

demikian kerana, saya sentiasa ingat pesanan seorang guru kepada saya semasa
saya masih menuntut di Tingkatan Lima, beliau berkata, Jangan biarkan hobi atau
kegemaran anda terbantut oleh bebanan kerja yang anda hadapi. Teruskan
melakukan perkara yang anda suka, yang penting anda harus bijak mengurus masa
dengan baik. Pandai-pandailah membahagikan masa anda. Ayat ini yang banyak
memontivasikan saya dalam aspek pengurusan masa. Saya tidak mahu hobi saya
tergendala begitu sahaja gara-gara tuntutan kerja yang banyak. Tambahan, kerja
sememangnya tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita.
Itu merupakan dua kekangan yang utama yang saya alami. Selebihnya, saya
dapat mengatasinya kerana itu adalah kekangan yang kecil sahaja. Saya telah
berjanji kepada diri saya bahawa saya akan melaksanakan tanggungjawab saya
dengan penuh tanggungjawab.
Melalui kerja kursus PJM 3109 Bola Sepak dan Bola Jaring , saya serba
sedikit belajar ansur maju kemahiran tendangan leret dan hantaran bola jaring aras
dada. Selain daripada itu, saya juga dapat mengintergrasikan pengetahuan dengan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang
berkesan dan bermakna. Tidak ketinggalan, melalui tugasan sedemikian rupa saya
dapat berkerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profession
keguruan.
Jadi, kerja kursus seperti ini harus dilaksanakan setiap semester kerana kerja
kursus ini juga banyak membantu guru pelatih untuk menguruskan masa mereka
dengan baik. Sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai