Anda di halaman 1dari 8

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan

dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya. Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera. Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan. Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah. Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali. Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga. Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.

Masalah kedatangan pendatang asing di negara kita. Setiap tahun negara kita menerima kedatangan pekerja asing yang bertali arus sama ada secara sah atau tidak sah kerana ekonomi negara ini yang bertambah pesat, bak kata pepatah "ada gula, adalah semut". Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga pembinaan. Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar, Filipina, Bangladesh, Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang dari negara Afrika. Kebanjiran mereka di negara ini telah mendatangkan pelbagai impak negatif. Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana pekerja asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding rakyat tempatan. Namun, pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih sangat kerja atau terlalu mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi menyebabkan pekerja tempatan meminta upah yang lebih tinggi supaya mereka turut dapat merasa nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan keuntungan mereka sahaja tanpa rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan menyebabkan mereka lebih menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan. Sikap majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan" dan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor itu telah dikuasai pekerja asing terutamanya sektor pembinaan. Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan pendatang asing ini yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di kawasankawasan yang berhampiran dengan rumah kongsi. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Contohnya mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan sewa rumah yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan rumah setinggan. Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes penyakit berjangkit. Mereka membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar atau demam hitam yang dipercayai dibawa oleh pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat Malaysia. Hal ini baru masalah penyakit berjangkit, belum lagi masalah "penyakit hati". Berapa banyakkah anak gadis Melayu yang jatuh hati dengan ketampanan dan keromantikan 'Mat Bangla' hingga ada isteri yang meminta cerai dari suami kerana terpikat dengan mereka. Walaupun berkomunikasi seperti itik dengan ayam, tetapi apabila hati dah tertawan yang pahit pun manis rasanya bila ditelan. Anak gadis Melayu pula ramai yang hilang akal warasnya apabila sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat bersama orang yang disayang walaupun umur baru setahun jagung dan keperluan hidup pun masih ditanggung ibu bapa tetapi itulah penangan pendatang asing ini. Natijahnya, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal ke negara ini lebih banyak mendatangkan impak negatif dari yang positif. Oleh yang demikian, semua pihak mestilah ikhlas dan berganding bahu dalam menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke negara ini. Kerajaan hendaklah berusaha untuk menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja tempatan. Sudah tiba masanya Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya pergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktivitiaktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,Sayangkan anak, tangan-tangankan. Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme menjalar dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini dan ingatlah , jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan

Sering kali kita terdengar masalah pengangguran graduan tempat meniti dari mulut ke mulut masyarakat. Walaupun telah beberapa puluh syarikat didatangi Melayu yang menghadapi masalah tersebut kerana mereka sering tersisih apabila bersaing dengan pelajar bukan Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Lebih parah lagi apabila kawasan tertentu orang Melayu begitu fanatik terhdap agama, sehingga menolak segala unsur yang berbaur asing. Tegasnya, kepentingan bahasa Inggeris perlu disedari oleh semua rakyat supaya negara kita tidak ketinggalan dan dipadang enteng oleh kuasa luar. Dasawarsa ini, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar di dunia. Ekonomi dunia juga boleh dikatakan telah dikuasai oleh negara tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa antarabangsa memandangkan negara asal bahasa tersebut mendominasi dunia dari segi ekonomi dan kemajuan teknologi. Justeru, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama dunia dan menjadi wahana komunikasi antara wakil ataupun pedagang asing dalam sebarang urusan. Sebab itulah, penguasaan bahsa Inggeris amat penting untuk kemajuan kendiri dan ekonomi negara. Di samping itu, sektor swasta yang kalian meluas di negara kita menambahkan kepentingan bahasa Inggeris. Seperti yang kita maklum, sektor swasta kebanyakannya dikuasai oleh orang Barat, jadi sudah tentu kemahiran bahasa Inggeris dengan lancar menjadi kritera utama dalam menggaji pekerja. Senario ini bercanggah dengan polisi sektor kerajaan yang mementingkan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat dan berkomunikasi. Jadi, kebanyakan orang Melayu hanya dapat bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan orang bukan Melayu yang dapat memegang jawatan tinggi di sektor swasta. Fenomena ini bukan soal diskriminas, sebaliknya sebabkan kemampuan orang bukan Melayu berkomunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa. Sekiranya, fenomena ini berterusan, sudah tentu negara kita tidak akan berkembang maju dan dipercayai lamkelamaan akan ditelan oleh kuasa asing. Selain itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad ingin menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian menuntut rakyat negara ini gigih berusaha untuk menghala ke arah tersebut. Koridor raya multimedia (MSC) yang menampilkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan pengendalian maklumat serta pekhidmatan, tidak mengetepikan bahasa Inggeris. Sudah tentu pelabur asing akan berlumba-lumba datang ke negara kita untuk membina kilang, industri dan menjadi rakan kongsi. Pada masa itu, bahasa dan negara. Kepentingan bahasa Inggeris bukan sahaja dirasai oleh masyarakat negara kita yang sedang pesat membangun, tetapi juga oleh masyarakat Jepun dewasa ini. Walau bagaimanapun, bahasa antarabangsa ini masih asing bagi negara Jepun berbanding negara kita. Jadi, kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan secepat mungkin untuk merancakkan pembangunan negara kita. Satu lagi fenomena yang ketara ialah semua tokoh politik negara kita mahir berbahasa Inggeris. Meraka yang menceburi politik dan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih tidak berpeluang untuk naik ke peringkat menteri kabinet. Sama juga dalam pemilihan pemimpin negara. Sudah tentu kita tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mampu berbahasa Inggeris memimpin negara kita dan dipandang enteng oleh negara asing. Tokoh-tokoh negara di petingkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menyuarakan pendapat mereka dalam bahasa Inggeris. Kalau sudah fasih berbahasa Inggeris, kita tidak memerlukan penterjemeh. Pada masa itu, nescaya negara kita akan dihormati oleh negara lain. Kesimpulannya, dunia ini didominasi oleh Bahasa Inggeris. Suka atau tidak. Kita terpaksa akur dengan senario ini. Kita perlu mengambil tindakn segara untuk meluaskan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan orang Melayu supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek. Dalam proses pencapaian Wawasan 2020, kebolehan penguasaan bahasa dunia juga merupakan satu daripada kriteria. "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya", demi kegemilangan negara dan masa depan generasi muda, semua pihak perlu berganding bahu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bahasa Inggeris. "Malaysia Boleh!"

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan pertandingan mendeklamasikan puisi peringkat sekolah. Sebagai setiausaha persatuan kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan kepada guru besar. Tulis surat itu selengkapnya. Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah kebangsaan Pandan Indah, 55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur. _________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, 55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur. Tuan, Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan menganjurkan pertandingan Mendeklamasi Puisi 2013 pada bulan hadapan. Sehubungan dengan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut. 3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat mendeklamasi puisi dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan mendeklamasi puisi di peringkat daerah. 4. Sambutan daripada murid-murid sangat menggalakkan. Sehingga kini, sebanyak 35 orang peserta telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini. Oleh itu, pihak kami memerlukan arena yang sesuai untuk penganjurkan pertandingan ini. 5. Untuk makluman tuan, pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut. Tarikh : 20 April 2013 Hari : Sabtu Masa : 8 pagi - 12 tengahhari Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, _____________________ (SURAYA BT HAIRUL) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

10 FEBUARI 2013

Andaikan anda setiausaha Jawatankuasa Sosial kampung anda. Tuliskan surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadu masalah sampah sarap yang tidak dipungut di kawasan anda No. 12, Jalan Dahlia, Taman Dahlia, 68100 Ampang. ____________________________________________________________________________________________________ Pihak Berkuasa Majlis Bandaraya Ampang, Jalan Pegawai, 68100 Ampang, SELANGOR DARUL EHSAN. Tuan, Masalah Sampah Sarap di Taman Dahlia Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahlia, Ampang, ingin mengadukan masalah sampah sarap di taman ini. 2. Sejak dua minggu lalu, sampah sarap di kawasa taman ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Dua buah tong sampah besardi taman ini sudah sarat dengan sampah. Oleh sebab itu, penduduk taman ini terpaksa membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan mencacatkan pemandangan penduduk. Setiap hari, terdapat anjing, kucing, tikus yang berkeliaran di kawasan sampah sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya. 3. Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini menggangu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan itu menjejaskan kesihatan penduduk taman ini. 4. Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap yang tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut. 5. Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera unttuk mengatasi masalah sampah sarap di taman kami. 6 MAC 2012

Yang benar,

Khairul amin
(MOHD KHAIRUL AMIN) Wakil Penduduk Taman Dahlia

Anda seorang guru yang telah berpindah ke tempat baru. Anda mendapat tahu anak murid anda di sekolah lama ingin mengunjung tempat baru anda. Tulis sepucuk surat kepada mereka bagi menceritakan tentang tempat-tempat menarik di tempat baru anda. 329, Jalan Pujut 3, Taman Mutiara, 98000 Miri, Sarawak. 26 Jun 2011.

Menemui murid-murid 1Amanah yang berada di Kuala Kangsar, Perak semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saudara dan saudari, Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara dan saudari mengutus surat kepada saya. Saya sangat rindu kepada anda semua. Saya berasa sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa dalam kalangan anda yang berhasrat berkunjung ke negeri saya pada bulan November yang akan datang. Kedatangan anda telah saya maklumkan kepada ahli keluarga saya. Mereka dengan tangan terbuka sedia menerima kunjungan saudara dan saudari. Kali ini, saya akan memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri saya yang dapat saudara dan saudari lawati. Sarawak ialah negeri yang sangat besar dan dibahagikan mengikut daerah. Saya hanya memperkenalkan tempat menarik di daerah saya, Miri sahaja. Antara tempatnya, Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum. The Grand Old Lady ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang terawal di Miri. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya bergelar sebagai Canada Hill. Bukit ini boleh memandang pemandangan bandaraya Miri dengan lautnya yang cantik. Muzium Sains Petroleum juga didirikan di sana bagi mempamerkan pelbagai jenis pameran yang berkaitan dengan industri minyak. Seterusnya, Taman Negara Gua Niah ialah tempat menarik yang mesti dilawat oleh saudara dan saudari. Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di negara kita dan penuh dengan sejarah. Gua ini juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu dan seterusnya menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Gua ini sangat menarik minat pelancong dari tempatan mahupun asing. Oleh itu, saudara dan saudari jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi Gua Niah. Selain itu, saudara dan saudari juga boleh mengunjungi Taman Negara Bukit Lambir. Taman Negara ini merupakan salah satu hutan yang kaya dengan pelbagai spesies di dunia. Hutan ini mejadikan habitat kepada pelbagai hidupan liar seperti ungka, tarsiers, babi hutan, tupai terbang, rusa, kelawar, tikus, dan 157 jenis burung. Terdapat beberapa air terjun di sepanjang Sungai Liam. Antaranya ialah air terjun Pertama, Kedua dan Ketiga atau Latak. Air terjun 25 meter tingginya antara Latak dengan kolam dan airnya sangat dalam. Hutan di Taman Negara ini juga sesuai dijadikan tempat merentas desa. Saya rasa setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini. Saya berharap saudara dan saudari akan melawat negeri saya. Sekian, terima kasih.

Yang Benar Cikgu Sidi

Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal di hadapi pada hujung tahun ini. No. 23, Lorong 3, Jalan BBP3, Taman Batu Berendam Putra, 75350 Melaka. 27 Julai 2012 Menemui sahabatku Jet Seng yang berada di Kuala Lumpur. Saya berharap saudara berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Saudara, Terlebih dahulu saya ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana lambat membalas surat saudara. Jika tidak silap saya, saudara meminta saya menceritakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal kita hadapi penghujung tahun ini kan? Sebenarnya tidak susah untuk membuat persediaan tersebut kerana terdapat banyak cara yang boleh kita ikuti. Antara persediaan yang saya lakukan ialah menjaga pemakanan saya dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang yang cukup dari segi karbohidrat, protin, vitamin dan mineral perlu diambil secara seimbang supaya minda kita kekal cergas dan otak sentiasa cerdas. Kita tidak sepatutnya mengambil makanan ringan seperti kerepek kentang dan lain-lain lagi sebab makanan ini mengandungi monosodium glutamate yang boleh mengakibatkan seseorang itu mudah lupa. Hal ini boleh menggangu pelajaran kita. Selain itu saya juga mengatur masa saya dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas. Saya mengatur masa saya supay tidak membuang masa terhadap sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manafaat. Jadual masa juga membolehkan kita mengulang kaji dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan ini, kita boleh meningkatkan prestasi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Di samping itu, saya akan pastikan kesihatan saya sentiasa terjaga dengan baik. Untuk itu saya akan bersenam sekurangkurangnya tiga kali seminggu supaya badan saya akan sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Justeru itu janganlan mengabaikan kesihatan kita sehingga sakit baru hendak menyesal, bak kata pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'. Cara terakhir dan terpenting yang saya lakukan ialah mengulang kaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan. Kita tidak patut mengulang kaji pada saat-saat terakhir kerana menurut kajian saintifik, kita tidak dapat menyerap semua benda yang kita baca jika kita mengulangkaji pada saat-saat terakhir. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'. Setakat ini saja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam lembaran yang akan datang. Sahabatmu, Joey

Anda mungkin juga menyukai