Anda di halaman 1dari 4

Dangers Of Drug Abuse (Bahaya Penyalahgunaan Dadah)

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang sangat serius. Ia kini dipandang serius kerana dadah banyak melibatkan muda mudi zaman sekarang. Masalah dadah merangkumi skop yang sangat meluas, sekali gus memberikan masalah dan kesan kepada manusia dan juga kerajaan di seluruh dunia. Terdapat bahaya yang amat mendalam wujud akibat penyalahgunaan dadah yang juga perlu diambilkira secara serius.

Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan meningkatnya kadar jenayah dalam masyarakat. Penyalahguna dadah secara majoritinya melibatkan diri dalam jenayah berat (serius). Mereke ini terlalu terdesak untuk mendapatkan dadah, dan dikuasai dadah lalu sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan mencederakan orang lain. Selain itu, ketagihan ke atas dadah boleh membawa kepada masalah mental, mengakibatkan penagih hilang keseimbangan dan keupayaan untuk berfikir secara normal. Ini terbukti apabila terdapat peningkatan pesakit-pesakit mental di hospital mahupun di jalanan akibat dadah. Ia bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara. Malah masa depan sesebuah negara juga terjejas apabila di kalangan muda mudi yang bakal meneraju sesebuah negara itu terlibat dengan dadah. Gejala yang melibatkan dan menghasilkan wang yang banyak ini menarik minat golongan muda zaman sekarang terjebak dalam aktiviti kurang sihat ini. Aktiviti penjualan kokain dan heroin ini, dilihat sebagai sebab kenapa ramai golongan ini meringkup di dalam penjara sama ada di dalam mahupun luar negara.

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kebanyakan penyalahguna dadah terdiri daripada golongan muda, penyalahgunaan dadah juga dilihat mampu memusnahkan harapan sesebuah negara untuk melihat negaranya dipimpin oleh golongan muda yang akan meningkat dewasa suatu hari nanti. Ekonomi negara juga akan terjejas akibat penggunaan wang yang banyak dalam usaha membanteras kegiatan dadah ini. Kesimpulannya, Kerajaan,badan-badan keagamaan dan ibu bapa harus bangkit dan bertindak dalam usaha menangani masalah yang kurang sihat ini. Langkah- langkah untuk mengatasi penyalahgunaan dadah Pada 4 Feb 2010, seorang lelaki berusia 39tahun ditumpaskan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Lelaki terbabit pernah merengkuk 15tahun namun tidak pernah serik dengan pengalaman silam. Dewasa ini, jenayah dadah kian menular di kalangan masyarakat kita. Landasan untuk menuju matlamat negara bebas dadah menjelang 2015 telah ada, namun pengisiannya perlu disusun dan diperhalusi setiap masa. Pada tahun 2006, statistic menunjukkan bahawa pada setiap hari, negara kita melahirkan 29 orang penagih dadah baharu dan 36 penagih dadah berulang. Pada tahun 2007, negara kita telah mencapai usia 50 tahun merdeka dan ironisnya kebanyakan penagih dadah dilahirkan dan dibesarkan di negara merdeka. Jadi, bagaimanakah kita hendak menbanteras gejala penyalahgunaan dadah di negara kita?

Salah satu pihak yang perlu memainkan peranan untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa penting dalam menangani masalah ini kerana remaja dan belia merupakan golongan yang paling banyak terdedah dengan gejala penagihan dadah. Mereka ialah golongan yang produktif untuk merealisasikan wawasan negara. Walaubagaimanapun, dengan gangguan daripada penagihan dadah, potensi masa hadapan negara turut terjejas. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih efektif untuk mengawal anak mereka supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Jika dibandingkan ibu bapa pada zaman dahulu dengan ibu bapa zaman sekarang, perbezaannya agak ketara dalam kaedah mendidik anak. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih senang untuk membela anak mereka sendiri walhal anak mereka melakukan kesalahan itu demi untuk membela nama baik keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidk anak mereka dengan kaedah yang betul untuk membasmi jenayah ini.

Selain itu, kerjasama semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah amat diperlukan. Antara pihak yang perlu terbabit dalam usaha ini selain agensi kerajaan ialah badan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan. Usaha mereka ini meliputi pencegahan dan pemulihan penagih dadah sepanjang tahun di seluruh negara dan untuk semua golongan. Walau bagaimanapun, usaha yang dilakukan ini tidak mencapai matlamat asal negara untuk bebas daripada dadah keran tidak wujud penyelaran untuk mewujudkan satu barisan yang terancang dan kukuh. Sebagai iktibar, kita mengambil contoh cara kerajaan memerangi komunis, iaitu semua pihak bersatu memeranginya habis-habisan kerana semua pihak menganggap komunis sebagai musuh negara. Oleh itu, untuk memerangi penyalahgunaan dadah, maka semua pihak haruslah bekerjasama dan bersatu menentang bukan sahaja penagih dadah tetapi mencari jalan untuk menghapuskan pengedar dadah.

Sekteriat Membasmi Dadah UMNO menganjurkan kempen mega antidadah Karnival Rasa Sayang di 10 lokasi terpilih seluruh negara pada tahun 2007. Kempen ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan negara yang bebas daripada penagihan dadah menjelang 2015. Hal ini perlu dilaksanakan kerana pada masa ini, peratus penagih dadah ialah kira-kira 1.1 peratus dan diharapkan kempen ini dapat menjayakan hasrat kerajaan untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang 2015. Kempen ini bertemakan Sayang Keluarga Hindari Dadah berterusan sehingga hujung tahun 2007 mengikut tarikh yang ditetapkan dan di tempat-tempat yang telah dipilih.

Kesimpulannya, usaha memerangi penyalahgunaan dadah perlu dilaksanakan oleh semua masyarakat di negara ini. Cogan kata Dadah Musuh Rakyat wajar diuar-uarkan supaya setiap rakyat berasa bertanggungjawab dalam memerangi masalah ini. Selain itu, usaha pemulihan yang dilakukan terhadap penagih dadah hendaklah diteruskan sepanjang masa. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu seperti bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Anda mungkin juga menyukai