Anda di halaman 1dari 89

KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke
semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta,
lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara
kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya
yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca
daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah
seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke
destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan.
Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada
dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk
dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Kesalahan
lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju
yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak
papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka
berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram
menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan
remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah
yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus
bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai
jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus
membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan
menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan
undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan
jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan
raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini
dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya
yang lain.Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka
tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna
jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan
keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian
menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.
Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab


pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan
hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak.
Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang
dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi
kesejahteraan bersama.
Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan

untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak

dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah

membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.

Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam

kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.Kempen

antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu

langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat

merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang

merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga

menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering,

dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.

Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.

Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi

kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui

pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan

kadar perokok dapat dikurangkan.


Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang

lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk

membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan

buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.

Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti

merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kempen antimerokok ini merupakan antara

langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk

menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk

menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan

intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan Berjaya
Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda

fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan

penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,

ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana

penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,

kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu

dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan

mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah

merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi

asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang

mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan

khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang

berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan

negara.Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah

dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar

Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh

tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat

dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan

terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja

tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat

inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil

langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah


undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak
boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah
Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang
sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telah
melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun
demikian,tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.
Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan
masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda
lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan
rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk
disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan
dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan
buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,
benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.

Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian
daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan
kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi
penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,pengaruh persekitaran terutamanya
pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana
kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan
peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah.

Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan
berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan
kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang
amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk
memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah
sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang
“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada
pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu
“Perangi Dadah Habis-Habisan”.
Isi Penting Esei Pelancongan
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju
dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).
Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di
Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi pelancongan
tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong
antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.Pelancongan menjadi suatu bidang
pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain
yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.Potensi industri pelancongan sebagai penjana
ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan
membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti
pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan
persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,semuanya menyumbang
secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.Kejayaan
industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan
(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan
luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-
cerita’(pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.
Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia,
tentunya akandatang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah
kempen dan promosi galakan yang terbaik.Aduan-aduan daripada para pelancong mesti
dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan
sikap perlu berlaku dalam memberilayanan terbaik kepada pelancong.Siri-siri dialog dan
pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian,
jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu
bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan
pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan
tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.Pelbagai kegiatan dalam usaha
mencari jalan memajukan industri pelancongan di
negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai
pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan
tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua
turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan
Antarabangsa Malaysia (MATTA)
2001 telah dianjurkan di sini.
·
Isu Teknologi Maklumat

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha

Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang

dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba

untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia,

sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan

Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC)

di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga

ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata

meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi

yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan,

ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia

pendidikan.Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi

multi media.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan

adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah

dapat diperluas.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar

sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi

disempadani batu-batadan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di

Cyberjaya yang disiarkan melaluiiklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat

ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami

akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang

budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu

pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di

kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan

daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan

sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut

keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan

mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat

di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut

memeningkan kepala para guru dan ibu

bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini.

Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini

merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja

dan belia. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih

dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.Hadirin yang

dikasihiSelain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih

buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman

dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk

bertindak di luar batasan kemanusiaan. multi

media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada

masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara

kita.Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih


Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan

untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak

dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah

membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.

Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam

kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.Kempen ini

memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan

remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru

orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat

dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.Kempen anti merokok yang dilancarkan

oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak

Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan

“tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat

menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini

dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan

kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan

jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk

menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan

intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya
Buli

Meminta wang daripada pelajar yang lemah kononnya sebagai wang


perlindungan.SEBAB Wujud akibat dari melibatkan diri di dalam gangsterisme.
Memeras ugut kenara handak mendapatkan wang bagi membeli rokok, dadah dan lain-
lain.Sikap suka membuli pelajar lain.Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan
KESAN Menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah
Boleh menyebabkan pergaduhan.Pelajar yang diugut mungkin akan dibelasah sekiranya
enggan memberikan wang.CARA MENGATASIGangsterisme perlu dibanteras dari
peringkat awal.Siasat sebab-sebab anak-anak takut hendak ke sekolah.Ibu bapa dan pihak
sekolah perlu bekerjasama.PUKUL CONTOH Memukul atau membelasah beramai-ramai
kolah SEBABMungkin timbul kerana rasa dendam Perasaan cemburu atau kecewa
dengan asmara juga membawa kepada kes ini.Gagal mendapatkan sesuatu yang diminta
daripada pelajar yang diperas ugut Sikap suka menunjuk pada setengah-setengah remaja
KESAN Pelajar yang dipukul mengalami kecederaan teruk.
Kadang kala mangsa yang dipukul boleh menemui ajal.
Ibu bapa terpaksa menukarkan mangsa yang dipukul ke sekolah lain
bagi mengelakkan kejadian berulang. CARA MENGATASIAktiviti samseng atau
gangsterisme perlu di banteras. Pelajar yang suka berkumpul sesama sendiri dan jauh dari
pelajar lain perlu diberi perhatian.CURI CONTOH Pelajar mencuri beg tangan guru di
sekolah.Terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.Sebab utama remaja mencuri adalah
untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang atau untuk membeli rokok atau dadah.
Kekurangan wang disebabkan kesempitan hidup seperti kemiskinan.
KESAN Menyusahkan mangsa.Menimbulkan rasa benci dan dendam di hati mangsa
terhadap si pencuri.Remaja yang mencuri akan terus dianggap bahaya dan disisih oleh
masyarakat. Akhirnya mencuri menjadi tabiat atau habit mereka.CARA
MENGATASISebab-sebab remaja mencuri perlu dikenal pasti dan langkah langkah perlu
diambil bagi menghapuskan punca-punca tersebut.Sekiranya yang mencuri adalah
seorang pelajar yang miskin, dapatkan bantuan kewanganuntuknya dan berikan tunjuk
ajar bagaimana hendak berbelanja secara berjimat cermat.ROGOL CONTOH
Dua pelajar cabul kehormatan kanak-kanak berusia 4 tahun
SEBAB Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu.
Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuan juga membawa kepada
masalah ini.Cabaran daripada teman atau rakan sebaya. Pengaruh media massa dan
bahan-bahan lucah. Akibat dari pergaulan bebas.
KESAN Menimbulkan kesan yang buruk ke atas mangsa sama ada dari segi
fizikal mahupun mental.Mangsa yang tidak berpendirian tetap atau tidak menghiraukan
diri sendiri mungkin terjebak ke dalam gejala bohsia.Pembuangan bayi menjadi-jadi.
Perogol mungkin akan mengulangi perbuatannya ke atas mangsa lain.
Pembunuhan ke atas mangsa.CARA MENGATASIIbu bapa memberi didikan agama
yang secukupnya.membentuk harga diri remaja melalui aktiviti
kokurikulum.Mengadakan ceramah kerohanian untuk mencari arah yang betul dalam
kehidupan. BUNUH CONTOH Menikam pelajar lain Memukul pelajar lain sehingga
maut SEBAB
Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan


Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan
ceramah dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat
banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di
negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu.
Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah
semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan
kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum
seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik
pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka
dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai
lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya. Selain itu,
kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu
kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.
Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka
yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa
memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar
kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu
memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya
pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan
perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak
sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda
malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu
kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.
Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan
baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan
kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus.
Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan
berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan,
cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha
bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya
masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya
terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat
bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan
mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan
melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong.
Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara.
Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna
jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.
Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju
atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju,
mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah
dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.Jelaslah bahawa kemalangan
jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu
itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi
seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan
raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu
saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa
memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang
lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan
raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.
Jalan Raya Yang Selamat

“Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan
berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan
jalan raya kita jalan yang selamat”.

Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama
anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi
sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia
disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di
dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri
baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203
kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini
meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-
punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak
telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi
bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini
demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang
konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan
dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Bak
kata pepatah Melayu, “kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang” kerana setiap
perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal
jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di
samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata,
infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan
raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita
ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam
khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.
Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling
menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di
hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah
Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada
hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta
menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah
menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa
menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang
demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar
kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya
melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.
PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).
Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di
Asia Timur - selepas China dan Hong Kong. Malaysia merupakan destinasi pelancongan
tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong
antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri
pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-
usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang
sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan
terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang
melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada
kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan
berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak
bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah
melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik
melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-
rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong
ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem
pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan
dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para
pelancong. Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk
memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam
memberi layanan terbaik kepada pelancong. Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap
perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi
merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan
tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika
setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan
sebaik-baikanya
Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel
penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat
pagi.Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke
Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”.
Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas
daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru
selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk
mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah
terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3
Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-
pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-
tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat
mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah,
tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari!
Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan
tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak
mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang
melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita
yang sebenar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk


masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak
judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang
berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang
penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang
sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah
sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. mengulas 100 buah buku
yang tersenarai pada setiap minggu.. Inilah yang dikatakan situasi
menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata,


‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah
maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya,
Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan
datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar
masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat
santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah
memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya


manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan
sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Jika ini
dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus
menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan
pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi
pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan
tahap keilmuan yang tinggi.Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan
matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di
seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui
pembaca. Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan
masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan
lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak
disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan
menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai
iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca
supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan
progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.

Yang mulia tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-
murid sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan
dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak
sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara
untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam
daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia
khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit
terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian penularan penyakit masih
lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan oleh
masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.

Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Contohnya, setiap anggota
masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah
asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga
melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini
terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga kesihatan. Tambahan pula
sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya
penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk
negara ini. Oleh yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara
yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah
mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak
kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit
berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira
bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana
penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak
dihapuskan, bak kata pepatah biar titik jangan tumpah. Misalnya dalam kes penularan
penyakit selesema burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas
perlu dilupuskan. disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan


penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini semua anggota
masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat
ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan
kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri,
saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih

Memartabatkan Bahasa Melayu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya
hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk
“Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus
menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai
dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu
memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga
merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita.
Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan
mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar
bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses
penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.
Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran
tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran
tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu
peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-
anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan
juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan
kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak
kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.Indikator saya
yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang
bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam
kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP
perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta
yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa
Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu
dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang
berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara
ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas
digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara
ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”
dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah
menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung,
pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang
meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi
memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat,
penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut
menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian,
sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak
berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak
penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk
mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada
pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan
seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan
bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah
berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum.
Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan
dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita.
Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa
ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan
“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Sekian sahaja pidato saya kali
ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang
kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Cara-cara mengisi masa cuti sekolah dengan berfaedah.

Selamat pagi diucapkan kepada yang berusaha Puan Pengerusi Majlis,yang dihormati
Tuan Guru Besar ,Encik Musa bin Ismail,para hakin yang adil lagi saksama,guru-
guru,dan rakan yang dihormati sekalian.Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah,"Cara-
cara Meengisi Masa Cuti Sekolah dengan Berfaedah".

Hadirin sekalian,

Cara pertama yang saya fikir wajar untuk pelajar mengisi masa cuti sekolah secara
berfaedah adalah dengan mengulangkaji pelajaran masing-masing ataupun belajar secara
berkumpulan dengan kawan-kawan.Melalui cara ini sudah pasti dapat membantu pelajar
untuk memahirkan diri. Bagi sebilangan pelajar yang gemar akan aktiviti luar bilik
darjah,musim cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu.Mereka akan dapat
menggembara,menjelajah,mendaki gunung,atau berekspedisi ke tempat-tempat idaman
mereka.Kegiatan sebegini mengurangkan tekanan yang dihadapi sepanjang masa
belajar. Seterusnya pelajar-pelajar yang tiada rancangan untuk ke mana-mana,masa cuti
bolehlah digunakan untuk menolong ibu bapa di rumah.Kerja-kerja yang dapat dilakukan
termasuklah membersihkan rumah dan kereta dan sebagainya.Pertolongan yang
dihulurkan itu berupa suatu cara untuk membalas budi ibu bapa kita yang telah banyak
berkorban selama ini.

Hadirin yang dihormati,

Pelajar-pelajar bolehkan juga memilih untuk melakukan kerja-kerja sambilan semasa


cuti sekolah.Kerja sambilan yang dilakukan biarlah dapat mematangkan diri anda sebagai
pelajar.

Sebelum mengundurkan diri,saya berharap agar syarahan ringkas saya ini dapat
membantu para pelajar dalam merancang aktiviti yang akan dilakukan pada musim cuti
sekolah yang akan datang.Sekian,terima kasih.
Katak Di Bawah Tempurung

Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan.
Antaranya ialah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata
bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak
mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang
lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-
lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.

Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah
tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa
yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana
ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di
sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung
yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah
terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.Peribahasa
ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita
bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia
lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya
telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan
tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta
yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada
pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah
sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang
lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika
menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak
rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu
hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai
Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas
empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke
tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk
rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang
hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa
gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk
menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia
rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.

Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang
dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka
berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut
sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada
RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak
RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada
di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk
mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk
memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.

Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti.
Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang
dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah
tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti
dia akan memiliki tanah itu.

Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat


Tanah. Dia rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk
menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun
bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi nombor telefon yang
diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu.

Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta
salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan
milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan
bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang
menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka
juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu
tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu
dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah
hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke


atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini
merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu
segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah
tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan Dan Kepentingannya... .

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama


jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat
kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan
pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep
rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk
mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti
ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu
menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,
hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi
perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis
yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga
mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan
beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis sebegini.Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan
kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas
mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian
masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat
kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan
semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting
dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat
hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam
kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang
tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru
ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.


Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep
perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk
daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah.
Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan
nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa


kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan
semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua
harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Masalah Disiplin Pelajar Meruncing?

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?Masalah ini semakin
meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi
ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab
mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar
terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang
bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian
ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.Sementara itu
kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan
rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin
dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini.
Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-
jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa
yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang
negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah
yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama
sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan
tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah.
Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan
pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin
pelajar.Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar
turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan
anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.


Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan
sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media
massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini
berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Faedah Melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia

memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk

dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja

seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai

untuk dijadikan destinasi percutian.

Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan

pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat

melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan

tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga
direhatkan daripada terus bekerja.Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa

lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan

perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja

yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang

waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.Melancong juga akan dapat

memajukan industri pelancongan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum

melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-

destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah,

pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo

Negara, dan sebagainya.Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti

ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang

dipenuhi dengan bebanan kerja.

Remaja kini suka merokok di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang
muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental.
Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang
terpengaruh untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar
perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya,
remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu.
Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus
merebak dalam kalangan remaja.Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan
penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala
merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak
serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap
melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk
melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan,
fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati
lagi.Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan
iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja.
Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah
terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja
dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu,
iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap
dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah
mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan
remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media
massa.Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan
peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja
yang dengan mudah kerana harganya masih murah.

Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi
sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan
tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak.
Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan
diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya
dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Saya berharap
pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar
remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa
panjang.

Pencemaran Sungai

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering


diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita
wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk
mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan
ubat-ubatan.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus
mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang
disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-
sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil
tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil
makanan yang berkualiti sahaja.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan
melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang
melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot
badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat
membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat
melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit
jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk
mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan
darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak
kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan
yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka
mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-
kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan


pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara
Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi
pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga
kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

Kebaikan Belajar Melalui Alam Maya

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid
tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya
dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan
komputer dan internet sebagai medium.

Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses


pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh
menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran
merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti
pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek
penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.

Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan
bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan
pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama,
konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan
dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui
talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam
setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.

Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap
komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa,
pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis
secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.

Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru
untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka.
Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat
diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan
dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut
menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang
berkenaan.

Faedah Melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia
memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk
dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja
seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai
untuk dijadikan destinasi percutian.

Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan


pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat
melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan
tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga
direhatkan daripada terus bekerja. Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi
berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan
kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan
urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian
longgar.

Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada
waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa
juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak
sentiasa bersama mereka.

Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai
rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong
ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang
menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port
Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan
sebagainya.

Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk


mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi
dengan bebanan kerja.

Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki
permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan
tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian,
permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan
yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini,
permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot
permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan


tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang
ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita
merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu,
langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan
pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk
mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat
pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan
dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat
memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang
akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang


keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum,
permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi
masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat
sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni.
Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk
menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong
asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama
di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan
peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara
melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan


tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan
pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa
memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji
kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan
“kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai
nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara
daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa
permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan
rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak


lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat
ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa
ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara.
Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan
menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan
tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus
diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!
SEBAB-SEBAB KESESAKAN LALU LINTAS .

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di
nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita
kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai
jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat
untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan
lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan
(LRT), Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan
disediakan, malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak
pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih
kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak.
Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita
berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang
tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis.
Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku
saban waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkan


kesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual
perjalanan yang tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadual
perjalanan. Hal ini demikian kerana pihak berkenaan tidak memahami keadaan
sebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual berdasarkan waktu
mereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan berehat bermula pada pukul
satu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat mereka merupakan
waktu rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah. Natijahnya,
pelajar yang menaiki bas untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelas
tambahan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas. Secara ringkasnya,
kesesakan lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa membawa anak-anak
mereka balik ke rumah atau menghadiri kelas tuisyen.

Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah satu
faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga
minyak yang disebabkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dan
kejatuhan nilai Dolar Amerika telah menjejaskan taraf hidup dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa
minyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak mampu menanggung
subsidi harga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali ini
telah meningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan
penumpang terpaksa menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain
itu, beban ibu bapa juga akan dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki
bas ke sekolah atau menghadiri kelas tuisyen. Oleh sebab terpaksa menanggung
kos tambang yang tinggi, masyarakat sanggup berkereta sendiri supaya dapat
mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas terus
berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu
sebab yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan
kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebih
mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan
kebajikan masyarakat. Hal ini juga disebabkan oleh hanya beberapa bas syarikat
yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Dengan
itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama penumpang dari suatu destinasi ke
suatu destinasi yang berdekatan atau sebaliknya. Fenomena ini berlaku kerana
golongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa dengan setakat untuk
menunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka berpendapat bahawa “masa itu
emas”. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalah
kesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.

Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yang kurang
berkualiti dan kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihan utama
generasi kini merupakan perkara yang lumrah. Hal ini demikian kerana terdapat
segelintir pemandu teksi dan bas yang biadab terhadap penumpang. Di samping
itu, kebanyakan bas berada dalam keadaan yang kotor, panas, busuk, dan kurang
selesa. Misalnya, pemandu bas tidak menghormati penumpang dengan memarahi
mereka mahupun warga tua hanya kerana mereka membawa makanan ke dalam
bas, tertekan loceng di destinasi yang salah dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, pengguna berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas. Hal ini juga
menyebabkan pengguna tidak yakin akan perkhidmatan pengangkutan awam.
Justifikasinya, pengguna terpaksa memiliki kenderaan sendiri. Impak daripada hal
ini menyebabkan kesesakan lalu lintas kian hari kian serius.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar
dinafikan. Hal ini disebabkan kawasan pembinaan stesen Komuter amat jauh dari
pusat bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang,
Cheras dan sebagainya. Pembinaan stesen Komuter di kawasan yang jauh malam
di dalam hutan menyebabkan pengguna berasa sukar untuk mendapatkan tempat
meletak kenderaan di stesen Komuter. Senario ini membuktikan bahawa
pengangkutan awam yang disediakan tidak memberi kemudahan secara langsung
kepada pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke suatu
stesen, Namun begitu, pengguna juga sukar mendapat pengangkutan perantara
dari stesen Komuter ke destinasi yang hendak dituju. Untuk menjimatkan masa
dan wang untuk bertukar stesen dari satu stesen, pengguna lebih rela
menggunakan kenderaan sendiri. Habis, kesesakan lalu lintas di nusa kita terus
berlaku dan tidak pernah diselesaikan.Secara tuntas, walaupun negara kita
canggih dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai jenis pengangkutan awam
giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, senario kesesakan
lalu lintas tidak dapat berjaya dibendung selama ini khasnya di bandar-bandar
utama pada waktu bekerja. Hal ini telah membebankan rakyat dari pelbagai segi
seperti masa dibazirkan pada waktu kesesakan, kelewatan menguruskan urusan
yang penting. Daripada membiarkan masalah ini kronik, pelbagai langkah yang
efisien dan praktikal harus diambil dengan serta merta. Oleh itu, kerajaan haruslah
sensitif terhadap isu-isu kesesakan dan mengambil tindakan dengan bijak
menggunakan peruntukan supaya lalu lintas dilancarkan semula.

SEBAB-SEBAB KESESAKAN LALU LINTAS .

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di
nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita
kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai
jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat
untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan
lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan
(LRT), Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan
disediakan, malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak
pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih
kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak.
Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita
berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang
tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis.
Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku
saban waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkan


kesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual
perjalanan yang tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadual
perjalanan. Hal ini demikian kerana pihak berkenaan tidak memahami keadaan
sebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual berdasarkan waktu
mereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan berehat bermula pada pukul
satu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat mereka merupakan
waktu rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah. Natijahnya,
pelajar yang menaiki bas untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelas
tambahan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas. Secara ringkasnya,
kesesakan lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa membawa anak-anak
mereka balik ke rumah atau menghadiri kelas tuisyen.

Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah satu
faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga
minyak yang disebabkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dan
kejatuhan nilai Dolar Amerika telah menjejaskan taraf hidup dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa
minyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak mampu menanggung
subsidi harga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali ini
telah meningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan
penumpang terpaksa menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain
itu, beban ibu bapa juga akan dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki
bas ke sekolah atau menghadiri kelas tuisyen. Oleh sebab terpaksa menanggung
kos tambang yang tinggi, masyarakat sanggup berkereta sendiri supaya dapat
mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas terus
berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu
sebab yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan
kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebih
mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan
kebajikan masyarakat. Hal ini juga disebabkan oleh hanya beberapa bas syarikat
yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Dengan
itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama penumpang dari suatu destinasi ke
suatu destinasi yang berdekatan atau sebaliknya. Fenomena ini berlaku kerana
golongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa dengan setakat untuk
menunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka berpendapat bahawa “masa itu
emas”. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalah
kesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.
Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yang kurang
berkualiti dan kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihan utama
generasi kini merupakan perkara yang lumrah. Hal ini demikian kerana terdapat
segelintir pemandu teksi dan bas yang biadab terhadap penumpang. Di samping
itu, kebanyakan bas berada dalam keadaan yang kotor, panas, busuk, dan kurang
selesa. Misalnya, pemandu bas tidak menghormati penumpang dengan memarahi
mereka mahupun warga tua hanya kerana mereka membawa makanan ke dalam
bas, tertekan loceng di destinasi yang salah dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, pengguna berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas. Hal ini juga
menyebabkan pengguna tidak yakin akan perkhidmatan pengangkutan awam.
Justifikasinya, pengguna terpaksa memiliki kenderaan sendiri. Impak daripada hal
ini menyebabkan kesesakan lalu lintas kian hari kian serius.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar
dinafikan. Hal ini disebabkan kawasan pembinaan stesen Komuter amat jauh dari
pusat bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang,
Cheras dan sebagainya. Pembinaan stesen Komuter di kawasan yang jauh malam
di dalam hutan menyebabkan pengguna berasa sukar untuk mendapatkan tempat
meletak kenderaan di stesen Komuter. Senario ini membuktikan bahawa
pengangkutan awam yang disediakan tidak memberi kemudahan secara langsung
kepada pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke suatu
stesen, Namun begitu, pengguna juga sukar mendapat pengangkutan perantara
dari stesen Komuter ke destinasi yang hendak dituju. Untuk menjimatkan masa
dan wang untuk bertukar stesen dari satu stesen, pengguna lebih rela
menggunakan kenderaan sendiri. Habis, kesesakan lalu lintas di nusa kita terus
berlaku dan tidak pernah diselesaikan.

Secara tuntas, walaupun negara kita canggih dalam bidang sains dan teknologi,
pelbagai jenis pengangkutan awam giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, senario kesesakan lalu lintas tidak dapat berjaya dibendung
selama ini khasnya di bandar-bandar utama pada waktu bekerja. Hal ini telah
membebankan rakyat dari pelbagai segi seperti masa dibazirkan pada waktu
kesesakan, kelewatan menguruskan urusan yang penting. Daripada membiarkan
masalah ini kronik, pelbagai langkah yang efisien dan praktikal harus diambil
dengan serta merta. Oleh itu, kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakan
dan mengambil tindakan dengan bijak menggunakan peruntukan supaya lalu
lintas dilancarkan semula.

FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL


Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik,
kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa
dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli
segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan
masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak
cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa
“sediakan payung sebelum hujan”.Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan
dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan
menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip “sedikit-sedikit,
lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai
dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung
dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan
rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang
mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai
lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita
sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita
memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh
sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan
hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.Ibu bapa memainkan peranan sebagai
mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus
mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti
menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa
hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang
pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa
hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali
dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk
mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan
kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif
ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan
negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak
seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank
untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.Walhasil, sebagai
anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita
sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan
menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung
boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang
lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan
menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN

Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan berbagai-bagai peribahasa. Peribahasa


ini digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Setiap peribahasa
mempunyai maksudnya yang tertentu. Dalam setiap peribahasa, lazimnya tersirat nasihat
dan pengajaran yang sesuai dijadikan panduan hidup sepanjang zaman. Begitulah halnya
dengan peribahasa “sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan”. Peribahasa ini
mempunyai maksud yang baik sekali dijadikan pengajaran dan pedoman dalam
kehidupan kita sehari-hari. “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan” bermaksud jika
kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah kita menginsafinya dengan
segera. Dari segi bahasa, kata sesat bermaksud tersalah jalan atau tidak mengikut jalan
yang betul. Kata sesat dapat diertikan juga sebagai tidak mengikut ajaran yang benar atau
menyimpang daripada kebenaran. Peribahasa ini menganjurkan kita membetulkan
langkah, perbuatan, atau kesilapan yang telah kita lakukan. Dalam hal ini kita perlu
meneliti dan mengkaji punca atau sebab sesuatu kesilapan itu kita lakukan supaya
kesilapan itu tidak kita ulangi. Oleh sebab itulah kita disuruh berpatah balik ke pangkal
jalan apabila kita tersesat. Dari pangkal jalan kita dapat menemukan punca kesilapan kita.
Dari situ jugalah kita dapat mencari jalan yang betul. Jauh atau dekat perjalanan
kesesatan kita, bukanlah ukurannya. Selangkah kita tersesat jalan, kita akan mengalami
kerugian yang berlarutan seandainya kesilapan itu tidak kita sedari. Kita tidak dapat
mencari jalan yang betul kerana punca atau sebabnya tidak kita ketahui. Kita tidak dapat
membetulkan kesilapan kita kerana caranya tidak kita ketahui. Oleh hal yang demikian,
kita patut insaf dan mencari jalan yang betul itu semula. Dalam hal ini, natijah tersesat
pemikiran adalah lebih buruk kesannya daripada keadaan di dalam hutan atau tersesat
ketika mencari jalan pulang ke rumah. Hal ini dapat dijelaskan melalui pepatah “terlajak
perahu dapat diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Seseorang yang tersesat pemikiran
bermakna dia keliru ketika mencari arah kehidupan yang sebenarnya. Dia akan bertindak
sesuka hatinya dan terkeluar daripada batas-batas tatasusila dan moral manusia.
Tindakannya bertentangan dan menyimpang daripada kebenaran. Gejala tersesat
pemikiran ini jelas berlaku dalam kalangan remaja negara kita pada hari ini. Kebanyakan
remaja kini hidup bagai anak ayam kehilangan induk. Mereka tidak mendapat bimbingan
yang betul untuk meneruskan perjalanan hidup mereka. Lantaran itu mereka mudah
tersesat. Mereka sesat dalam gaya hidup yang lumrah dengan pelbagai aktiviti yang
meruntuhkan moral. Mereka sesat dalam kemungkaran dan lembah maksiat kerana
mereka tiada ketahanan diri yang kental dan kukuh. Sesungguhnya, kesesatan tidak
bermakna kehancuran. Kehancuran hanya akan kita alami seandainya kita meneruskan
perjalanan dalam keadaan yang sesat. Oleh sebab itu, apabila kita tersesat, kita
seharusnya kembali ke pangkal jalan dan membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan.
Mudah-mudahan dengan izin Tuhan, kita akan selamat di sepanjang perjalanan pada
masa depan.

KESIHATAN ASAS KEBAHAGIAAN

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan
oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar
menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai
tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus
mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang
disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-
sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil
tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil
makanan yang berkualiti sahaja.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan
melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang
melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot
badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat
membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat
melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit
jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk
mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan
darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak
kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan
yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka
mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-
kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan


pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara
Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi
pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga
kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

PENGALAMAN TERSESAT DI DALAM HUTAN

Hatiku menjadi gelisah. Perkara yang tidak kuingini asyik bermain-main di dalam
mindaku. Kawasan sekelilingku yang merupakan flora dan fauna sahaja telah menjadikan
aku berasa asing dan kurang selesa. Aku menyesal kerana aku tidak mengikut nasihat
guruku supaya tidak merayau-rayau di dalam hutan seorang diri. Aku tidak tahu apakah
yang harus aku lakukan dalam keadaan yang bingung ini. Aku tidak membawa peta dan
kompas kerana tertinggal di rumah. Makanan yang aku bawa hanya dua keping roti,
beberapa keping biskut dan sebotol air yang hanya cukup dimakan untuk dua hari sahaja.
Keadaan hutan di kawasan gunung ini terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk
dan serangga halus bermaharajalela di sini.

Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal. Keadaan yang kurang selesa ini
menyebabkan aku sentiasa mencuba untuk mencari jalan keluar. Untuk berpatah balik,
jaraknya agak jauh. Sekiranya aku menunggu kawan-kawanku di sini, beberapa jam lagi,
hari akan bertukar malam. Kemungkinan untuk aku berjumpa dengan mereka semakin
tipis. Langit pula kelihatan gelap menandakan hujan lebat akan turun pada bila-bila masa.
Bimbang juga rasanya kerana aku terlupa membawa baju yang berlebihan dan tentu aku
akan basah kuyup.

Tiba-tiba, suatu idea menerjah dalam benakku. Aku tahu bahawa aku mesti mencuba
sedaya upaya untuk menghampiri mana-mana sungai yang berdekatan. Sungai dapat
membekalkan sumber air dan aku tidak perlu risau tentang kehausan. Aku menguatkan
semangat aku lalu menjelajah hutan untuk mencari sungai. Kegelapan menutupi hutan
itu. Perasaanku semakin kecut. Aku berasa bimbang akan dibaham oleh binatang-
binatang buas ataupun terserempak dengan sesuatu yang tidak kuingini. Aku berdoa
dalam hati kecilku agar dapat keluar dari hutan ini dengan selamat. Aku bernasib baik
kerana selepas beberapa jam, aku berjaya mencari sebatang sungai yang kelihatan jernih
dan bersih. Walau bagaimanapun seluruh tubuhku basah kerana aku banyak berpeluh.
Perutku terasa sangat lapar dan tekakku kering dan dahaga. Dengan segera, aku
mengeluarkan bekalan yang aku bawa daripada beg galas lalu terus menyumbatnya ke
dalam mulut. Hilang rasa kelaparan dan kehausanku dengan serta merta.

Tanpa membuang masa, aku terus mengumpulkan ranting, dahan kayu dan dedaun kering
untuk dijadikan unggun api. Tujuannya adalah untuk menghindarkan nyamuk dan
binatang buas, di samping memanaskan badan aku pada waktu malam nanti. Tanpa
kusedari, hari sudah bertukar menjadi malam dan seluruh badanku berasa letih. Aku
bingkas membentangkan tikar berdekatan dengan unggun api lalu membaringkan
tubuhku di atas tikar tersebut. Sebelum aku tidur, aku berdoa agar bantuan segera tiba dan
siang cepat menjelma.Aku tidak pasti entah bila aku terlelap. Sedar-sedar, mentari
menyingsingkan cahayanya. Badanku lebam akibat gigitan nyamuk pada seluruh
badanku. Walau bagaimanapun, aku berasa gembira kerana keadaan hutan yang gelap
menjadi terang semula.

Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Aku memekap telinga untuk
memastikan siapakah yang memanggil namaku. Rupa-rupanya, mereka ialah kawan-
kawanku bersama-sama dengan beberapa anggota polis yang sedang berjalan ke arahku
aku. Aku berasa gembira dan berlari untuk mendapatkan mereka. Kami berpeluk-
pelukan. Aku tidak tahu apakah yang harus aku katakan. Terlalu gembira perasaanku.

Kini aku telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari hutan. Guru-guruku dan
semua peserta perkhemahan termasuk ahli keluargaku menarik nafas lega. Mereka
mengatakan namaku telah terpapar di media massa. Mereka telah membuat liputan
tentang kehilanganku. Aku berjanji bahawa aku tidak akan leka dan cuai lagi pada masa
hadapan. Namun, pengalaman ini tidak akan melemahkan semangatku untuk mengikuti
aktiviti seperti ini pada masa hadapan.

KES RAGUT

SEJAK dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya
individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.Ketika itu, kes
ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun
perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-
akhir ini turut meragut nyawa manusia.Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang
koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg
tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See
Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi
isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum
wanita.Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal
selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam
nyawa.Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih
berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.Banyak
pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada
wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.Menurut
mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa
yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau
memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.Profesor
Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia,
Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan
ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan
diri untuk menentang kejadian seumpama itu.Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama
kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang
dilakukan kepada wanita.``Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius
terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah
terutama di tempat awam,'' katanya.Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu
peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan
kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita
terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.``Wanita patut
memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya.
Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk
melakukan se-suatu apabila diserang,'' ujarnya.Pada masa yang sama, mereka harus peka
kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping
berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara
berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.``

Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau
dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri
dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu,''
nasihatnya.Jelas Profesor Mahmood, wanita juga perlu membina kesedaran untuk
sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah
mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang.Ditanya
sama ada wanita sendiri yang menjadi pendorong kepada peragut, Mahmood berkata
semuanya bergantung kepada penampilan individu itu sendiri dan sejauh mana mereka
membuat persiapan untuk menghadapi risiko sedemikian apabila berada di luar
rumah.Sehubungan itu, beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni mempertahankan
diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.`

`Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama
ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi
mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka,'' tambahnya.Mahmood
turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang
banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding
barang kemas.

``Seelok-eloknya jangan membawa dokumen penting yang tidak diperlukan setiap hari di
dalam beg tangan memadai dengan keperluan untuk hari itu. Begitu juga dengan barang
kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang
terjamin selamat,'' tambahnya.Menurut Mahmood, sudah sampai masanya wanita
melancarkan gerakan pre-mansion untuk mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut
terhadap mereka.

``Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan
majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita
tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis,''
cadangnya.Seperkara lagi kata Mahmood, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan
keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi
seperti itu``Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di
kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan
hanya menjadi pemerhati.``Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut
ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan
jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas
Mahmood.SeminarDitanya sama ada perlu atau tidak diperbanyakkan seminar dan
bengkel mencegah jenayah di kalangan wanita, Mahmood menjelaskan, apa yang ada
sekarang sudah memadai, hanya perlu ditambah nilainya sahaja.``Apa yang dimaksudkan
dengan nilai adalah bengkel yang berunsurkan penampilan diri dan tata rias diisi juga
dengan ceramah daripada pihak keselamatan (polis) atau mereka yang berkaitan perkara
terbabit asalkan ia memberi manfaat,'' katanya.Mengenai sikap peragut, Mahmood
berkata, biasanya peragut adalah mereka yang yang suka mencuri.``Mereka hanya
inginkan barang daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh
mendatangkan mudarat kepada mangsa,'' jelas Mahmood.Seperkara yang perlu diingati
oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan melawan untuk
keselamatan diri.``Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya
lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan
apa yang mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau
berpusing-pusing kerana kekuatan peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan motor
yang dipandu,'' ujar Mahmood.Dalam apa juga keadaan, kata Mahmood, langkah terbaik
adalah sentiasa berhati-hati.Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis,
beringat sebelum kena.

TELEFON BIMBIT

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai


urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan
teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang
tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, pelbagai alat
teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta
dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi
sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh.
Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej
pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi
menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini
lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon
untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah
dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga
boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana
mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai
telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai
telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-
mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak
menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon
bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di


sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah,
mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-
nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik
wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak
mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman
berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah
diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit
orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian
sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut
kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat
kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila
terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan
mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon
bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain.
Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain.
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta
mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di
sesebuah sekolah.
Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat
turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan
berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan
mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi


yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam
proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang
berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah
diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.
Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan
sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon
itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan


pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui
perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat
yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara
tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit
apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang
tinggi.
SEMANGAT KEJIRANAN

Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir
ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini
diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran


bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula.
Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana memang ada kepentingannya.Langkah awal ialah masyarakat
menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka.

Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama


pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.
Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi
perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu
menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan
mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan
berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran


semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang
menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat
Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh
masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus
mekar dalam masyarakat kita.Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan
semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini
pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu
terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu
umah.

Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan
nasional.Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa
kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat
ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya
diri sendiri "siapakah jiran kita?
ISU PENGANGKUTAN AWAM

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang
dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi.
Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.Sudah pasti
dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita
ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh
masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem
pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam
terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan
pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus
diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun
menggunakan LRTSelain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem
pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan
awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka
hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori
ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja
menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga
kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam
mereka.Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel
dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan
penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula.Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka,
satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum
kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.Malah, pengangkutan awam turut
terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas
yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang
melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu
imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam
negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk
memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh
pelanggan.Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit
untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini.
Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.
ISU-ISU PELANCONGAN DI NEGARA INI
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).
Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di
Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi
pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat
menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri
pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-
usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang
sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan
terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang
melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada
kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan
berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak
bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah
melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik
melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-
rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Jika diperhalus, banyak
yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi,
kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran
sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.Aduan-aduan
daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri
pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik
kepada pelancong.Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan
semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan
program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha
menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam
industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Pelbagai
kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini
dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh
besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya
di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan.
Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa
Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.
· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan
industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor
swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan
berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang
menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan,
pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-
belah.Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti
mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.
· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri
pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak
kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga
harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. Contohnya,
bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah
kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan
semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong,
rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. Dengan menjadi
pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan
keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan
ekonomi industri itu.Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih
kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan
memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali
melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak
meningkatkan industri pelancongan di negara ini. Selain dari sudut komersial
pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya
akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan
pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan
merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran,
ternakan ikan dan sebagainya.
PENCEMARAN SUNGAI
Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam
negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan
mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai
kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid
melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap
keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang


mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga
penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah
dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara
membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting
sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan
cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik
mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan
menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya
daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda
pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk
hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,
Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin
meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan
Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian
hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah
tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53.
Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan
batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang
menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun
kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak
ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai
dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat
negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada
mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan
keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik
setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis
dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang
didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu
menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju
perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan
mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat
mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah
segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini
seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan
prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya
apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar.
Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran
dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab
ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak
berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media,
barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang
tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada
peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik
ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada
kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan
akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh
dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman
dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian
tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap


pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah
keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap
pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga
dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang
secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg
penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang
telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh
dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu
bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak


ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di
tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka
melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak
yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu
bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak
yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak
masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,
menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga
diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah
kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda
sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika
anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi
mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak
tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih
sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah
dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah
tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan
gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan
antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam
rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan
keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu
dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam
melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab
yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-
anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan


segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga
Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap
orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi
kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan
insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak
boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-
pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri
yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan
kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan
yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan
bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah
tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah
untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-
kanak akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang


keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk
menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan
kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik
atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa
kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa.
Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.
Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada
negara ini.

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan


raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang
meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi
tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan
pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen
terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di
kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing
enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka
dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang.
Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha
mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka.
Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa
negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes
rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma
sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am
buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam
ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis
bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna,
Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk
melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing


yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin
tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara
asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS,
tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik
telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan
hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat
jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan


masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.
Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai
kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan
kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu,
pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan
datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas
kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi
yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap
dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka
mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan
pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang
pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang
pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan,
misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan
sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa
membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang
pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran


mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu
menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah
airnya sendiri.
Gejala pembuangan bayi

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain
tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana
berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka
sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal
ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat
setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan
mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap
demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya
memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata
ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong
dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang
rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan
anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini.
Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu
dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga
menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat
golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik.
Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran
dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.
Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial.
Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat
komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka
sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan
kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat
disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak
seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media elektronik pula iaitu Internet,
televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi
salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial.

Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada
keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih
mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan
Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa
masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi,
apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru
stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di
telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin
berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang
sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.

Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan


turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang
terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah
minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat.
Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan
muda-mudi.

Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi


contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan
keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur
pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut
keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari
berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan
tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang
canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber.
Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-
bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan
lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat
Malaysia.

Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi
dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh
sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di
hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa
untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber.

Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin
berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut
dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula,
setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja
di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label
18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan.
Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan
justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah
sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain
sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri.

Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala


sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada hari
ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya
sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda.
Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk
kepentingan individu tertentu.
Punca berlakunya pencemaran air

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin
tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan
bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini,
banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah
diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan
domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang
sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan
sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan
oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan
oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan
kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke
dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara
bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan
mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti
tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein
manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil
dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut
dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan
bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom
di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan


kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa
persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting
dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat
membendung fenomena ini.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai
oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.Objektif lawatan
tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-
cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan
sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga
disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau,
barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka
tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam
Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP
dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian
yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa
keluaran DBP secara percumaSebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk
membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi
potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00
petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan
DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-
faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku
tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar,
mahasiswa, mahupun orang perseorangan.Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai
minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan
dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah
pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini
dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan
pengetahuan.Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan
kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di
sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009.

Farid Asfar
………………………………
(FARID ASFAR B ABD GHANI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
FAEDAH-FAEDAH TELIFON BIMBIT

Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sejenis alat komunikasi yang digunakan oleh
orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan kos penggunaan bulanannya
tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat menggunakan kemudahan
alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit memang membawa banyak
manfaat kepada kehidupan masyarakat mas a kini.

Dari segi perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang
walau di mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar dari
rumah terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya
telefon awam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu
berbuat demikian lagi.

Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit


walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes
kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah
tinggi. Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi
rakannya di tengah-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang sedemikian tidak
berlaku sebelum terciptanya telefon bimbit. Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit
memainkan peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya
dengan pantas dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat
tentang sesuatu barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini
menyebabkan bidang pemiagaan seperti insurans, penjualan terus, perkhidmatan
pengangkutan, dan bidang-bidang perniagaan lain berkembang maju.

Secara keseluruhannya, penggunaan telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi


manusia masa kini yang sibuk. Dalam apa jua keadaan sekalipun, telefon bmbit telah
memudahkan corak komunikasi di kalangan
semua lapisan masyaakat, tidak kira untuk tujuan apa sekalipun
Faedah kokurikulum di sekolah

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar
agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu
melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan
kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang
keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan
zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu
mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar
sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan
membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang
berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan
aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah
ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka
dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti
kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar
untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu
keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula
menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya
menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat
dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama
apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga
mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti
kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform
akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika
kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan
persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini
turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan
apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang
prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang
kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum
kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka
seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh
semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.
Karangan Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu
Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-
tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap
sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan,
memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi.
Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap
pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010,
“Guru Pembina Negara Bangsa”.

Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat.
Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan
lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang
Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru
biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita?
Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara
dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin
kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang
berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga
negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada
putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini,
pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet,
e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu
bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini,
guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga
perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan
beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi
maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang
cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan
yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian
kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu
menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat
mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada
pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh
hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang
bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri
penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah
mulia dapat menjanakan pembangunan negara. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa
bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik
sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di
hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru
berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang
dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum
serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan
amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan
sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru.
Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru
semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin
mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan
gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah
semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya
mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek
dan emosi.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan


pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia.
Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat
membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari
Guru.
MEYUBURKAN KESEDARAN SIVIK

Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta
muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan
kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu warganegara
yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan awam untuk
dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju
dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun, tanpa kita sedari kesedaran
sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu rendah malah semakin luntur ditelan arus
pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita,
individu-individu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Kata-kata, “Yang muda
disayangi, yang tua dihormati,” tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila
berada di dalam pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih
banyak lelaki yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada
wanita tua atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula,
sampah-sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara
asing di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman
negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang
memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan dapat
kita lihat di mana-mana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami
permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi
menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita.

Pepatah ada mengatakan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih; ibu bapalah yang
yang akan mencorakkan kehidupan dan peribadi mereka yang sebenarnya. Pepatah ini
menggambarkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi yang
positif dalam diri anak-anak mereka. Malahan, rumah adalah ibarat syurga kepada setiap
anak yang lahir ke dunia ini. Dari rumah, mereka mengenal erti kasih sayang, perasaan
saling memahami serta saling menghormati. Namun, hakikat yang amat pahit untuk
diterima adalah terdapat banyak daripada kalangan masyarakat kita kini yang menjadikan
rumah sebagai neraka buat anak-anak mereka. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat
mendapati bahawa kadar perceraian dan rumah tangga bermasalah semakin hari semakin
meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town dan
Johor Baharu. Perceraian memperlihatkan masalah rumah tangga antara suami isteri yang
berpunca daripada permusuhan, perkelahian dan kecurangan antara suami isteri. Siapakah
saksi kepada semua permasalahan ini? Sudah pastilah insan-insan lain dalam institusi
rumah tangga itu, iaitu anak-anak. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mereka telah
memusnahkan keceriaan rumah tangga dan alam remaja anak-anak mereka menyebabkan
anak-anak turut berendam air mata. Menyaksikan ibu bapa ‘seperti anjing dengan
kucing’, akan mempengaruhi pertumbuhan jiwa anak-anak terutama remaja yang sedang
meningkat dewasa. Perasaan marah kepada ibu bapa ini akan mewujudkan luka jiwa yang
amat dalam kepada anak-anak. Maka, akan terdapat antara mereka yang melepaskan
kemarahan itu di luar rumah, iaitu dengan menconteng atau melakarkan ‘graffiti’ di
tempat-tempat menunggu bas atau merosakkan harta benda awam seperti tandas dan
telefon awam. Malahan, terdapat juga dalam kalangan mereka yang bertindak seperti
‘marahkan pijat, kelambu dibakar’ iaitu melepaskan kemarahan dan dendam mereka
kepada orang lain seperti guru-guru dan rakan-rakan dengan menunjukkan sikap biadab
dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Segala perlakuan ini dapat kita lihat dalam
kehidupan kita sehari-hari menjadi bukti rendahnya kesedaran sivik di kalangan
masyarakat terutama golongan remaja. Malahan, kajian polis mendapati bahawa lapan
puluh peratus daripada remaja yang ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah
merupakan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Justeru tidak keterlaluan
jika kita menyatakan bahawa salah satu punca kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan
masyarakat adalah berpunca daripada kelonggaran dalam institusi rumah tangga itu
sendiri sehingga menyebabkan jiwa anak-anak menjadi tidak subur atau terbantut.
Seterusnya, perkara tersebut akan mempengaruhi perlakuan mereka.
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Kita mahu melahirkan masyarakat yang hidup
seperti aur dengan tebing, saling menguatkan antara satu sama lain. Kita mahu
melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya serta sentiasa bersedia untuk
bekerjasama demi kebaikan bersama. Dalam hal ini, saya berpendapat agar amalan
bergotong-royong yang menjadi teras konsep bekerjasama dalam masyarakat kita perlu
disuburkan kembali, terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Pada tahap awal, kita
berharap agar para menteri dan Wakil Rakyat turut turun padang bersama-sama dengan
rakyat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan. Apabila budaya gotong-royong ini
telah dapat diwujudkan, masyarakat akan dengan sendirinya mengatur program-program
tersebut untuk kepentingan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, amalan rumah
terbuka serta ziarah-menziarahi pada musim-musim perayaan juga merupakan amalan
positif yang akan meningkatkan kesedaran sivik dalam masyarakat kita. Melalui aktiviti
ini, sesama jiran akan salin mengenali dan beramah mesra sesama mereka. Walau
bagaimanapun, kita berharap agar kejadian berebut makanan yang berlaku dalam satu
majlis terbuka anjuran seorang menteri beberapa tahun lalu akan dapat diatasi pada masa-
masa akan datang. Kita mahu melihat bukan sahaja keharmonian hubungan pelbagai
bangsa di negara kita tergambar melalui aktiviti tersebut, malahan juga kita mahu
menampilkan adab yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita yang terkenal dengan
budi bahasa dan kesantunannya. Apabila program-program ini dapat disebarluaskan di
seluruh negara, sudah pasti tahap kesedaran sivik masyarakat kita juga akan dapat
ditingkatkan.

Kesimpulannya, walaupun masalah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan


masyarakat kita belum begitu parah, namun, kita perlu berusaha untuk membaikinya. Hal
ini terutamanya dalam kalangan remaja kerana merekalah yang bakal mencorakkan hala
tuju masa depan negara. Kita menginginkan agar kemajuan yang kita kecapi adalah
selaras dengan pembangunan jiwa dan peribadi anak-anak bangsa kita. Justeru menyedari
hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat masih rendah atau semakin
luntur, semua pihak harus membuka mata dan memainkan peranan masing-masing untuk
membina satu bangsa Malaysia yang berjaya dan mempunyai tahap kesedaran sivik yang
tinggi. ‘Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita’. Oleh itu bersama-samalah kita
seluruh warga negara yang tercinta ini memupuk sikap saling bekerjsama dan saling
bersatu hati agar kemajuan yang diingini tercapai tanpa mengorbankan nilai dan susila
bangsa dan agama kita
Minat Membaca

Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai
membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah
buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun.
Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap
sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai
keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian sebelum pantas mengkritik
kelemahan negara lain.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan
menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih
ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan
seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika
ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku
sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.

Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat
buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai,
keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan
birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana
mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan.

Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan
kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang
senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak
membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan
bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu
menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan
terlalu jauh.

Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita


yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat
bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini
kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin
selepas ini kita semua akan membaca?
FAEDAH KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar
agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu
melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan
kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang
keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan
zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu
mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar
sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan
membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan
aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan
aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah
ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka
dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti
kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar
untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu
keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula
menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya
menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat
dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama
apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga
mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti
kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang
prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang
kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum
kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka
seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh
semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.
HOBI

Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada
yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan
berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan
mereka melakukan semua hobi itu. Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita
dan usaha-usaha untuk menggalakkannya terutama dalam kalangan remaja? Elok kita
semua renungkan.

Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik.
Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita
menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini memang
nampak mudah dan tidak menarik tetapi mempunyai kesan yang mendalam kerana
memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaik mungkin. Ada masa untuk bekerja,
ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa untuk riadah.

Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi itu
hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa, teman
yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu. Jadi,
kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya
terutama untuk memastikan hobinya lebih baik dan berkesan untuk jangka panjang.
Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan moden
yang penuh cabaran ini.

Pemilikan hobi juga mampu mengeratkan hubungan baik keluarga atau rakan rapat
seseorang itu. Aktiviti hobi boleh dilaksanakan bersama-sama dengan anak atau kawan
lalu menyebabkan interaksi semakin kerap berlaku. Tindakan ini memberikan satu
pemahaman yang baik tentang sikap seseorang. Jelaslah, hobi berupaya menjadikan
hubungan sosial manusia semakin positif.

Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan
asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu dalam
aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu. Kehidupan kita juga menjadi lebih
bermakna dan menarik untuk diteruskan dari hari ke hari. Sudahkah anda semua
melakukan hobi anda hari ini?
Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak

Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup
berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa
hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang
melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan
kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai
lagi.

Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus menggunakan
semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan sekarang.
Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara kontemporari, lalu dengan mudah
mengguna pakai cadangan dikemukakan buku atau penceramah, tanpa melakukan
penelitian, tapisan atau kefahaman yang mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul
dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah
remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu
bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah
seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu
bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu
bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman
kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam
dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang
berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan
memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri
mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk
anak remajanya.

Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya
keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat,
remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan
struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa
perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau
tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki
atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar
dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada
tempoh tertentu.

Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali dan
memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan ada dua
komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah ‘responsif’, iaitu
sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah ‘permintaan’, iaitu sebanyak
mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa berdepan dengan
paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang ialah responsifnya
terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan pula ialah permintaannya
terhadap keperluan masa depan anak remajanya. Pertembungan, dinamika dan
keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan.
Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu:
autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah
responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan
penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan
pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita
anak remaja ditentukan ibu bapa.

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam
peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga
diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula
mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif
dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai.
Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan
cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama
kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian.
Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu
bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah. Mereka
banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak
remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala
tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian
keibubapaan.

Namun begitu, gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu
bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani
kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila
marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin
sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra kaunselor dalam setiap
keluarga, program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk
melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih
sayang dan kepemimpinan.
Cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk
menjaga kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap
kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin
baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka.
Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti
seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan
kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang
sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang
seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul
sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak
sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap
kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut
pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk
menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat
tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi
perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit
berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit
berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu
sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut
meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang
tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan
tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar
kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara
ini.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan


oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang
banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu
perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang
mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah
kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa
kesihatan, nyawa kita akan melayang.
Ucapan YDP PIBG

Yang berusaha pengacara majlis,Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor,
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin;Yang
Berhormat Dato’ Ir. Jamlus bin Hj. Aziz,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan
Sukan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas,Yang
Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom,Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau;
Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin mewakili
Pegawai Daerah Tampin,Yang Berusaha Encik Sabudin bin Hj. Sani, Pengetua SMK
Jelai (F);Yang Berusaha Tuan Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah, Pengurus-Pengurus Gugusan Felda Jelai, Ketua-ketua kampung, pemimpin-
pemimpin masyarakat dan persatuan belia, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan
yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam
majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang
berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’
Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang
dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB.
Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato’
terhadap kami.

Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat
menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan
diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan
mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang.
Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad
Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda
kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu
yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-
anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan
ekonomi kian bertambah.

Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita
mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej
atau universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini boleh merebut
peluang. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan dalam aspek
kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan
itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.

Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan.
Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun
belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat
dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan
dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat
membentuk disiplin anak-anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat
pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum
mencukupi. Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah,
tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat.
Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-
sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk
melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan
sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB Dato’
dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan
jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh
menyumbang demi kemajuan anak-anak kita .

Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan
terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada
petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa
yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-
anak kita jua.

Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.


Khasiat Limau Nipis

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu, ketika masih kanak-kanak, kita
mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit
garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur
sembuh bukan? Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air
limau nipis kononnya dapat mengeimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih
banyak kegunaan buah limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga
menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime,
bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah.
Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari
‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit
luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya
pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang
toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang
terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin
melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah
dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih
setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh
digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit
kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh
dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat
doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin
ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air
limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin
C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal
bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk
membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara
kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau
nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang
penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui,
besi adalah suatu antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor
memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut
sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin,
yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk
adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di
atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri
tidak jelas tujuannya.

Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari
limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa
manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini
umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air
rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada
air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali
sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar
di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis
tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik
juga untuk menyembuhkan

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam
segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari.
Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan
nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap


Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini
pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Karangan tentang Badan Kebajikan di Malaysia

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang
memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan
golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada
golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun,
badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha
murni mereka itu.
Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka
membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka
melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu
terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan
oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir
masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti
mereka.
Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej
badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya
untuk mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada
badan kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan
memperoleh wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi,
badan kebajikan dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi.
Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa
kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan
menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk
membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi
untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah
yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan
dapat menjalankan tugas mereka.
Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran
sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui
dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang
peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa
harus memudahkan urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya
menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp
perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.
Intihanya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya.
Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat
untuk turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau
tenaga untuk memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan
kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.
Karangan tentang Badan Kebajikan di Malaysia

Marcapada ini, pidana ragut di peringkat lokal semakin membimbangkan. Lebih ruwet
lagi, kes-kes ragut acapkali berakhir dengan kematian. Hal ini berpotensi disebabkan oleh
kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dalam diri peragut
selain kedaifan perspektif mereka terhadap agama. Oleh yang demikian, semua pihak
harus bersinergi agar jumlah kes ragut di Malaysia mampu dikurangkan. Namun begitu,
apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan demi membejat pertambahan kes
tersebut?

Inisiatif yang boleh dilakukan antara lain adalah menasihati umum terutamanya kaum
hawa agar tidak membawa barang-barang berharga ketika keluar dari rumah. Hal ini
kerana, kehausan wang adalah punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah
ini. Ironinya, wanita dewasa ini sering memperaga barang kemas segagai simbol
kemewahan tetapi mereka kurang arif bahawa obsesi itu berkemungkinan memakan diri
mereka.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma
dengan memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk tubuh,
sampai bilakah orang ramai akan terus alpa dengan persepsi bahawa hukuman jenayah
ragut adalah ringan? Maka, apabila hukuman tersebut wujud dengan izhar, secara tidak
langsung hal tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba
meragut.

Di samping itu, pihak yang dominan seperti PBT juga perlu menggerakkan kewujudan
kempen-kempen memerangi pidana ragut. Perkara ini berikutan, masyarakat lokal masih
mengerling enteng tentang impak negatif jenayah ragut terhadap mangsanya. Penjanaan
kempan-kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan
mangkin yang efektif demi mengurangkan jumlah kes ragut di peringkat tempatan
secara holistik.

Akhirulkalam, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatis agar imej
negara tidak tercalar dari pandangan pelancong-pelancong asing yang datang melawat
Malaysia. Lebih utama lagi, kita harus memikirkan trauma yang dialami oleh mangsa
ragut yang berpotensi untuk menjejaskan kehidupannya. Janganlah kita mengambil sikap
sambil lewa dan hanya akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa
ragut seperti kata pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'.
PUNCA-PUNCA MEREBAKNYA HINI

Influenza A (H1N1) ialah sejenis virus yang dibawa oleh babi dan kian menular ke
sebahagian pelosok dunia. Dasawarsa ini, pandemik tersebut kian meluaskan
penularannya di peringkat lokal. Kebimbangan rakyat Malaysia memuncak apabila kes
terbaru mencatatkan mangsa ke-75 sejak virus ini mula merebak pada Jun 2009.
Malahan, wabak ini lebih terkesan lagi apabila beberapa buah sekolah terpaksa
menangguhkan sesi pentarbiahan mereka bagi memberi peluang kepada badan
kesihatan membasmi virus tersebut.

Sifat nafsi yang membukit dalam diri suspek H1N1 merupakan punca utama penyebaran
virus tersebut. Sebagai misalan, segelintir individu masih ingkar dengan arahan pihak
kesihatan untuk dikuarantinkan. Mereka masih boleh menjalankan aktiviti harian seperti
biasa tanpa menyedari impak yang bakal dialami oleh persekitaran sekeliling. Hal ini
kerana, virus tersebut akan kekal selama enam jam pada tempatnya jika individu tidak
mengamalkan praktikal yang sewajarnya seperti menutup mulut dengan tisu ketika
bersin.

Di samping itu, gelombang H1N1 juga akan terus merebak sekiranya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) tidak mengawasi tempat-tempat pemuliharaan babi bagi mengawal
kebersihannya. Hal yang demikian berpotensi menjejaskan aset kesihatan penduduk yang
tinggal berhampiran khususnya. Rentetan itu, perkara ini tidak harus dikerling enteng
oleh PBT bagi menjamin penularan virus negatif itu tidak dimartabatkan lagi. Baik rakyat
sendiri mahupun PBT khasnya haruslah bersinergi dengan kukuh demi memastikan
kepentingan negara akan terus terkawal.

Tambahan lagi, terjahan virus H1N1 tersebut bakal bermaharajalela akibat kelonggaran
sistem pemeriksaan di pintu import dan eksport, terutamanya di lapangan terbang. PBT
harus memperketat pengesanan virus H1N1 agar virus tersebut tidak dibawa masuk oleh
pelancong asing yang melawat Malaysia. Janganlah berpeluk tubuh dan mengabaikan
kepentingan bahaya H1N1 kepada umum.

Tuntasnya, semua pihak haruslah mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan walau di


mana-mana kita berada. Fahami langkah membasuh tangan yang betul dan elakkan diri
pergi ke tempat-tempat yang sesak. "Sudah terhantuk baru terngadah", itulah rangkai kata
yang paling sesuai bagi menggambarkan polemik yang dihadapi jika hal ini tidak
dibanteras dari akar umbi.
Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya

Kementerian Pelajaran Malaysia baru sahaja meningkatkan dominan kepentingan


kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit
menerangkan kokurikulum sebagai simbolik kepada tiket kemasukan ke Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berserta beberapa syarat kelayakan yang lain. Oleh yang
demikian, institusi-institusi akademik di Malaysia mula mempromosikan badan-badan
beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan
Pengakap bagi menyusuri arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform
antara lain adalah memapankan ketahanan mental dan fizikal diri. Hal ini sangat penting
kerana meningkat usia remaja, banyak cabaran yang perlu ditongkah seraya
mendambakan kekuatan luaran dan dalaman. Bahkan, formula ketahanan diri tersebut
juga boleh diaplikasikan demi menghadapai rintangan pada masa hadapan. Oleh itu,
aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti
'flying-fox', 'night-walk' dan 'jungle-trekking' merupakan kaedah awal bagi membuka
kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini kepada diri mereka.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan


semangat kerjasama dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui
penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang mendesak ketepatan masa yang tinggi
seperti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum
daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang sedap mata memandang. Jika
semangat bersinergi tidak dipahat dalam diri pelajar, sikap bertanggungjawab dan
prihatin juga tidak akan wujud. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform
sering masyhur dengan ketepatan masa dan nilai disiplin yang tinggi.

Selain itu, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat
berfaedah kerana sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika bergiat lasak, para pelajar
boleh tampil menghulurkan bantuan. Sebagai misalan, Persatuan Bulan Sabit Merah
(PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan
kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi
memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum bagi menjamin


kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada aset kurikulum sahaja.
Para pelajar perlu sedar bahawa roda zaman sedang berputar justeru mereka harus
mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.
Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak
dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam
sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita
terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus
dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.

Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran
udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan
heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban
ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul
ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini
berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang
menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau
laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap
kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-
penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan
sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.

Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan
masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan
pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi
memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku
apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang
flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit
juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus
dimanifestasikan.

Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan


pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian.
Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu
dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang
kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan
menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian,
pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat
dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan
alam sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar pidana ini tidak
bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan
pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen
dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di
lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang
masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani
hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat
penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus
melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi
petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar
makan padi". Mereka harus dihukum.

Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk
tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar
terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap
masyarakat di dunia.
Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang
melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan
keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes
jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita
sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-
punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja
dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja.
Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa
ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan
sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi
sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga
mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-
pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat
seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di


kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-
rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah
dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu
seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin
mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.
Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan
tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di
sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan
sebagainya.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan
remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio
memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan
tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan
dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data
penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka
untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan
pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa
hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana
segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah
diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja
mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan
siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar
hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran
sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat
membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi
menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti
ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah
didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk
berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang


melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati
mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa,


kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka
bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat
memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa
segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
Kepentingan Sambutan Hari Perayaan di Malaysia?

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang
Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India.
Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan
makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran
dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini
dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi
antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep
rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang
menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan
berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan
interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan
pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini
menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang
berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham
antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya
kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia
terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika
rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan
Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat
negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah,
perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu
mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara


ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan
yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada
sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini
pada masa hadapan.
Impak Kewujudan Pasaraya Besar di Malaysia?

Salah satu bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat sesebuah negara itu sudah maju
ialah pasaraya besar wujud dengan begitu ketara dan Malaysia sudah memiliki pelbagai
pasaraya besar. Kewujudan pasaraya sebegini sudah menjadi satu lumrah kehidupan
terutama di kawasan bandar besar yang mempunyai populasi yang begitu tinggi.
Kebanyakan pasaraya besar ini dimiliki oleh syarikat multinasional yang berasal dari
negara asing seperti Perancis dan Britain. Sudah pasti akan wujud pelbagai impak ekoran
kemunculan pasaraya sebegini dalam budaya kita.

Impak negatif yang pertama ialah pasaraya besar ini berupaya menjejaskan
keseinambungan peruncit-peruncit kecil-kecilan di negara ini. Kalau dahulu peruncit ini
boleh bersaing dengan pekedai lain tetapi kemunculan pasaraya besar sukar ditandingi
mereka. Biasanya pasaraya besar membeli barangan dalam bentuk pukal lalu berupaya
menjualnya dengan harga yang jauh begitu murah. Pada masa yang sama kos operasi
pasaraya ini juga begitu rendah dibandingan dengan peruncit tempatan yang tiada pilihan
selain gulung tikar. Maka, semakin banyak pasaraya besar ini semakin tipislah peluang
untuk peruncit tempatan untuk mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama pasaraya besar membawa kemunculan budaya baru pula yakn
budaya membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya pembeli terpaksa
membeli dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan lebih banyak potongan harga
jika membeli sesuatu produk itu secara berasingan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya
konsep pembaziran yang keterlaluan terutama dalam aspek penggunaan sesuatu produk
dan juga kegunaan wang pengguna. Oleh itu, pasaraya besar menyebabkan budaya
membazir muncul dalam masyarakat kita sedikit demi sedikit lalu menjadi satu
kelaziman pula suatu masa nanti.Akibat pembinaan pasaraya besar ini tertumpu di
kawasan yang padat penduduknya masalah kesesakan lalu lintas pula menjadi semakin
kronik terutama ketika hujung minggu atau awal bulan. Kesukaran untuk mendapatkan
tempat letak kereta menyebabkan banyak penggunan yang berkunjung ke pasaraya ini
sengaja meletakkan kereta mereka di bahu-bahu jalan lalu menghalang kelancaran lalu
lintas kenderaan lain pula. Situasi sesak ini pastinya menimbulkan masalah bukan sahaja
kepada pengguna tetapi juga kepada penduduk sekitar yang terpaksa menghadapi
keadaan yang serupa berulang kali sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya, pasaraya
besar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bukanlah satu isu baru lagi malah
sudah menjadi sesuatu yang biasa pula.

Natijahnya, pasaraya besar memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan
masyarakat kita sekarang. Kalau kita kaji secara mendalam semua aktiviti harian
masyarakat banyak tertumpu di kawasan pasaraya besar ini. Kalau dahulu berbelanja
dianggap sebagai satu kehendak kini aktiviti berbelanja sudah menjadi keperuan atau
amalan biasa dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin masyarakat kita tidak akan
mengena lagi jiran tetangga mereka kerana sibuk menghabiskan masa di pasaraya sahaja.
Bayangkan.
Pelajar Bekerja Secara Sambilan?

Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang
biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini
turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan
atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan
oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut
mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.

Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan.
Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan
pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan
kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan
menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka
benar-benar melaluinya.

Malah, remaja mampu membentuk personality yang menarik menerusi kerja sambilan ini.
Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan
mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika
berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak
yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja
mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan
mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa
satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu
kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.

Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya
harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk,
mementingkan kewangan, lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh
sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap
terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan
remaja ke arah budaya yang tidak sihat.

Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus
secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum
menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus
bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka
penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.